KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini
Dari sekolah bukit jalil, kami terpaksa berjalan hampir 300m ke Stadium Bola Bukit Jalil, disisi-sisi jalan bas-bas yang menghantar penyokong Indonesia berhenti dan menurunkan penyokong mereka, sambil disambut oleh laungan hon-hon kereta dibelakangnya kerana bas itu berhenti terlalu lama ditengah jalan. Jalan disitu dipenuhi dengan Gelora merah putih, dan kami beramai2 dengan jersi kuning hitam, berjalan dengan tenang melalui jalan disitu,tanpa ada sebarang provokasi, masing-masing buat hal sendiri. Seolah masing cuba untuk mengelakkan sebarang provokasi di luar stadium walaupun dalam hati masing-masing tidak sabar untuk menyorak, memekik, menjerit….Serang…serang serang…
Setelah berjalan lebih 200m mengelilingi stadium, bayangan gelombang hitam kuning kelihatan, seakan pesta, diluar stadium bukit jalil, gendang2 diketuk, vuvuzela ditiup, pelbagai lagu mula dinyanyikan dari lagu “inilah barisan kita”, “negaraku” dan jeritan Malaysia boleh. Kami sempat berpusing-pusing di gerai diluar stadium untuk membeli bekalan makanan sambil mencari cenderahati lain, shawl, jersi, vuvuzela, topi dan pelbagai lagi asalkan nampak warna hitam kuning di badan. pheewit.
Dalam sibuk mencari barang, sekumpulan penyokong Indonesia berarak membawa replika Piala AFF Suzuki memecah dominasi penyokong Malaysia disitu dengan bunyi gendang dan disambut dengan pekikan dan tiupan vuvuzela dari penyokong Malaysia, ramai yang berhenti sekejap dari sibuk membeli untuk mengambil gambar bersama penyokong Indonesia. Keadaan adalah friendly dan terkawal, tiada tangan2 nakal memprovokasi mana-mana pihak, malah penyokong Malaysia memberi laluan kepada perarakan tersebut untuk berlalu dengan lancar. Cuba bayangkan di Stadium Bung Karno nanti, ada penyokong Malaysia berani buat ke? huhu.. x kot, sebab disana peminat terlampau fanatik, jika jual tiket pun mereka tidak boleh kawal, penghadang stadium sendiri pun mereka dihancurkan, padang bola sendiri pun dirosakkan, macam mana mereka nak kawal provokasi penyokong sendiri nanti. Tapi di Malaysia, penyokong adalah sportif, masing2 cuba mengelak provokasi, lebih-lebih lagi, tika ini hubungan Malaysia-Indonesia masih lagi panas akibat dari beberapa pertelingkahan sebelum ini.
Tepat jam 5 petang kami mula melangkah masuk kedalam stadium,polis yang menjaga laluan sangat tidak friendly, habis semua kocek diseluk, mencari mancis, mercun, dan apa jua alat yang boleh mengganggu suasana perlawanan nanti. Geram juga melihat cara polis yang menjaga laluan penyokong, seolah macam penjenayah pula kami diperiksa setiap inci, setelah 5 minit ditahan, kami akhirnya boleh masuk dengan tenang dan terus mencari seat yang sesuai.
Seperti dijangka semua tempat duduk penuh, 30 minit kami mundar mandir mencari seat di kawasan tengah, tetapi tiada rezeki, ada yang membolot hampir 7-8 seat seorang untuk bagi anak mereka tidur, ada juga yang ambil seat lebih untuk letak barang dan makanan, dan yang paling banyak, seat kosong untuk memisahkan kumpulan mereka dengan kumpulan yang lain, akhirnya setelah puas berpusing, kami dapat lihat dengan tenang di satu kawasan belakang keeper, takpalaah, janji dapat duduk.
Perlawanan pun bermula dan kami duduk dengan tenang mengharapkan gol dari pemain Malaysia. Ketika duduk menanti, tiba-tiba ada kilauan merah dibelakang, rupanya diatas tempat duduk kami, adalah sekumpulan penyokong fanatik malaysia, aksi lagak ngeri mereka berdiri diatas besi penghalang yang mungkin ketinggiannya 300m, memang saya kutuk. jika jatuh apa, apa yang akan jadi, tak apa abaikan bahagian ini. Mereka mula memasang bunga api merah dan semburan asap pada pendapat saya dan menyanyikan lagu “Inilah barisan kita”, menarik! kami pun apa lagi, turut menari, melompat, menjerit memberi peransang kepada pemain Malaysia.
Separuh masa pertama selesai tanpa sebarang gol dijaringkan kedua-dua belah pihak, Apabila separuh masa kedua bermula, permainan terhenti sekejap, kami yang distadium tentu sahaja tidak faham apa yang berlaku, penyokong yang marah mula membaling botol, tisu, mercun kearah padang, ada yang tepat2 kena kepada pegawai FRU yang bertugas. Ia memang tidak sportif dan memalukan negara sendiri. Tapi dilautan hapir ratusan ribu penyokong, memang sukar untuk mengawal tangan-tangan nakal tersebut, ada beberapa ketika, pegawai polis (mata2) yang berada bersama penyokong, menarik dan menangkap mereka yang membaling item kedalam padang, tetapi ia agak terkawal dan penyokong cuma bangun untuk melihat.
Perlawanan diteruskan, selang beberapa minit, pemain Malaysia score 1-0 meriuhkan lagi suasana didalam stadium, kemudian gol kedua dan ketiga menyusul dalam tempoh yang singkat sahaja. Lautan hitam kuning bersorak, menjerit, melompat diatas seat, dalam tempoh masa 20 minit sebelum pertandingan berakhir, kawasan penyokong Indonesia sudah kelihatan sepi, lengang, mungkin ramai penyokong mereka sudah bergerak meninggalkan stadium, dan kawasan tersebut telah diambil oleh penyokong berpakaian kuning..
Akhirnya wisel penamat ditiupkan dan SAH MALAYSIA MENANG 3-0!!!! Tahniah kepada pemain-pemain Malaysia dan jurulatih K. Rajagopal. :)
Kami bangga di hargaemas menggunakan trademark hitam kuning di website kami :)