Jual Surat Pajak Gadai Emas & Ar-Rahnu
Upload surat pajak anda — sistem kira nilai emas dan anggaran baki secara automatik
Upload surat pajak | Kiraan automatik | Seluruh Malaysia
Jual Surat Pajak dengan Harga Terbaik
Salah satu kelebihan surat pajak ataupun menyimpan emas adalah kerana komoditi ini sangat mudah dicairkan (kebentuk tunai) dimana emas boleh dijual atau dipajak pada bila-bila masa.
Bagi mereka yang ingin menjual surat pajak yang tidak ditebus, kami boleh membantu pemilik untuk menebus serta membeli barang kemas anda. Baki dari harga sebenar item ditolak nilai tebusan akan diserahkan kembali kepada pemilik sebelum tempoh masa surat pajak tamat.
Nak Tahu Nilai Surat Pajak Anda?
Upload surat pajak anda ke kalkulator kami. Sistem akan baca maklumat emas dan kira anggaran nilai serta baki yang boleh anda terima.
Upload & Kira Surat PajakKenapa Pilih Kami untuk Jual Surat Pajak?
Seluruh Malaysia
Kami beroperasi di seluruh Malaysia. Tidak kira anda di mana, kami boleh membantu jual surat pajak anda.
Pakar Surat Pajak
Kepakaran kami dalam jual beli surat pajak. Kami faham semua jenis surat pajak - konvensional dan Ar-Rahnu.
Selamat & Boleh Dipercayai
Proses jual surat pajak yang selamat dan telus. Baki wang akan diserahkan sebelum tempoh tamat.
Proses Pantas
Kalkulator surat pajak memberi anggaran nilai serta-merta selepas upload. Proses pantas tanpa perlu menunggu.
Nasihat Percuma
Boleh berbual mesra dengan kami untuk bertanya pasal surat pajak. Ini memang kepakaran kami.
Harga Terbaik
Kami tawarkan harga terbaik untuk jual surat pajak. Hubungi untuk dapatkan tawaran terbaik.
Jenis Pajakan Emas di Malaysia
Di Malaysia terdapat 3 jenis pajakan emas yang biasa digunakan iaitu:
1. Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu)
Sistem Ar-Rahnu adalah lebih baik, lebih afdhal, lebih selamat, tidak membebankan dan lebih tersusun.
2. Pajak Gadai Konvensional
Pajak gadai konvensional dengan bunga pinjaman yang lebih tinggi berbanding Ar-Rahnu.
3. Pajak Gadai Pinjaman Berlesen
Pajak gadai dengan lesen khas dari pihak berkuasa.
Perbezaan Surat Pajak Gadai Konvensional dan Ar-Rahnu
Surat Pajak Gadai Konvensional
Kelebihan (Pro):
- Senang dan mudah untuk memajak emas, menerima semua jenis emas
- Cepat untuk berurusan dan menerima warganegara luar untuk pajak
- Menerima bar, syiling, coin, emas padu dan emas berbatu
- Boleh berunding jumlah pinjaman samada lebih atau kurang
- Buka hampir setiap hari dan berada di kebanyakan tempat
- Nama pemajak tidak dimasukkan dalam sistem CCRIS atau CTOS
- Tiada limit untuk pajakan sehari
Kekurangan (Cons):
- Bunga pinjaman dikira tinggi hampir 2% sebulan atau 24% setahun
- Surat pajak yang tamat tempoh akan dijual dan dianggap lebur
- Item yang dipacking seperti laminate bar akan dikoyakkan
- Mutu emas dalam pajakan tidak ditulis dan berat tidak selalu tepat
- Barang kemas yang elok biasa ditulis bengkok atau sebagainya
Surat Pajak Gadai Ar-Rahnu
Kelebihan (Pro):
- Upah pinjaman rendah sekitar 0.75% sebulan dari harga marhun
- Jenis emas, karat dan berat emas tertera dengan jelas pada surat pajak
- Surat pajak boleh disambung dengan membayar upah pinjaman
- Lelongan emas dibuat secara terbuka dan mengelak syubhah
- Ar-rahnu membantu peniaga emas dengan memberi sedikit kelebihan kepada peniaga
Kekurangan (Cons):
- Nama pemajak akan dimasukkan kedalam sistem CCRIS dan ada kesukaran untuk membuat loan
- Buka cuma pada waktu pejabat dan lambat untuk menunggu giliran
- Tidak menerima bar, coin, syiling, dinar dan emas padu yang lain
- Jumlah pinjaman tidak boleh dibincang kerana sistem arrahnu sedikit ketat
- Nama pemajak boleh disenarai hitam di CCRIS kerana tidak menjelaskan pinjaman
Jual Surat Pajak - Maklumat Penting
Elakkan Disenarai Hitam
Elakkan dari nama disenarai hitam kerana tidak menebus emas sebelum dilelong. Jual surat dengan segera, anda masih boleh mendapat wang tunai apabila kami menebus item untuk anda.
Tukar kepada Barang Kemas
Anda juga boleh menukar emas yang dipajak kepada barang kemas. Hubungi kami untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan ini.
Cara Guna Kalkulator Surat Pajak
Upload Surat Pajak
Muat naik gambar atau PDF surat pajak anda ke kalkulator.
Sistem Kira
Sistem baca maklumat emas (berat, mutu, nilai pajakan) dan kira anggaran nilai.
Lihat Anggaran
Dapatkan anggaran baki wang tunai selepas nilai tebusan ditolak.
Teruskan Jual
Jika berpuas hati dengan anggaran, teruskan proses jual surat pajak melalui platform.
Kalkulator Surat Pajak — Upload & Kira Sekarang
Muat naik surat pajak gadai emas atau Ar-Rahnu anda. Sistem akan baca maklumat emas dan kira anggaran nilai serta baki yang boleh anda terima — percuma dan pantas.
Pergi ke Kalkulator Surat PajakUpload surat pajak | Kiraan automatik | Seluruh Malaysia
Nak Kira Nilai Emas Sahaja?
Gunakan kalkulator emas kami jika anda ingin mengira nilai emas tanpa surat pajak.
Kalkulator Emas