Kerugian pelaburan emas sepanjang 2012

 

2012 ini adalah tahun yang cukup suram untuk pelaburan dan perniagaan emas, bukan sahaja kerana kejatuhan pasaran emas tetapi juga krisis-krisis skim pelaburan yang merugikan ramai pihak dan  syarikat emas sendiri. Laporan akhbar menyiarkan lebih dari 20 syarikat emas diserbu pihak berkuasa dan beratus lagi disenarai hitam Security Commision (SC), anggaran kasar kerugian yang dialami  warga Malaysia berkemungkinan melebihi RM15 bilion sepanjang tahun ini.

 

Genneva-Gold-Investors-Scammed

Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

 

Antara kerugian-kerugian terbesar dicatatkan didalam dunia pelaburan emas sepanjang tahun 2012.

1. Krisis Bestino Golden House (Kerugian dianggarkan RM411 Juta, 7000 Individu terlibat)

Syarikat pelaburan emas Bestino mula beroperasi sekitar tahun 2008 dengan skim pembelian jongkong emas bernilai RM10,000 – RM50,000 dan juga terbitan 400 juta saham tanpa kelulusan SC.  Skim pelaburan Bestino ini menjanjikan pulangan dividen sebanyak 36% setahun menarik minat 6740 orang ramai untuk melabur,

Operasi pelaburan Bestino mula mengalami masalah apabila disiasat Security Commision pada awal tahun 2011 apabila Empat pengarah syarikat Bestino didakwa di Mahkamah Ipoh atas kesalahan pengubahanan wang haram dan menyebabkan aset mereka dibekukan. Pada awal tahun 2012, syarikat tidak dapat membayar dividen 3% bulanan kepada pelabur menyebabkan pelabur memberi tekanan untuk memulangkan kembali capital mereka. Pada pertengahan 2012, pengarah syarikat berjanji untuk mencairkan ‘aset’ mereka di luar negara yang bernilai hampir ‘400 juta’ untuk tujuan membayar balik modal pelabur tetapi membatalkan kembali kerana bimbang  wang yang dibawa masuk akan dibekukan semula Bank Negara. Krisis antara syarikat dan pelabur masih berlanjutan dan belum dapat diselesaikan sehingga ke hari ini.

 

2. Penipuan emas (tungsten) di dalam Ar-Rahnu. (Kerugian RM80 juta, ratusan terlibat)

Pada April 2012, seorang pemilik kedai emas membuat laporan polis mendakwa diperdayakan pihak Pajak Gadai Ar-Rahnu di sebuah bank di Bandar Ipoh, mangsa yang membeli kira-kira 2kilogram emas dari pelanggan mendakwa emas yang dibeli sebenarnya campuran tungsten-emas dan disahkan pusat peleburan emas. Ekoran laporan yang dibuat, pihak bank terbabit memeriksa seluruh cawangannya di Malaysia dan menemui kira-kira ratusan emas palsu yang bernilai hampir RM80 juta didalam akaun emas Ar-Rahnu. Sindiket yang melakukan penipuan ini masih dibawah siasaran serta turut melibatkan pihak dalaman bank itu sendiri.

 

3. Pelaburan emas 999 padu dan Jongkong Emas 999.9 (Kerugian lebih RM2billion, >20,000 terlibat)

Pelaburan emas 999  melibatkan lebih ramai pelabur berbangsa melayu bermula sekitar awal 2010 menggunakan Jongkong Emas Pamp Suisse 999.9 dan juga emas padu 999, skim pelaburan ini tidak diuruskan mana-mana syarikat dan lebih berbentuk perniagaan jual beli emas, Pada tahun 2011 harga emas naik ke kemuncaknya pada bulan September, kenaikan harga emas yang tinggi ini menarik minat beribu pelabur baru untuk membeli emas. Dari spekulasi Bank-bank utama di Malaysia berkenaan kenaikan harga hingga mencecah RM400/gram dalam tempoh masa singkat, mendorong ramai pelabur menukar portfolio mereka kepada emas.

Tetapi  sayangnya, walaupun spekulasi berterusan dari broker dan penganalisis pasaran, harga emas hanya mampu bertahan beberapa bulan sebelum jatuh teruk pada awal 2012 ekoran kejatuhan ekonomi eropah, ramai pelabur yang membeli ketika harga puncak tersebut terpaksa menanggung kos simpan emas atau menerima risiko emas mereka akan dilelong apabila tamat tempoh waktu simpanan.  Akhirnya pelabur terpaksa mengeluarkan emas dan menyimpannya sendiri dan ramai juga yang terpaksa menjual emas mereka untuk mengelak terus membayar upah simpan.

 

4. Pelaburan Emas Genneva (Kerugian lebih RM10bilion, >50,000 terlibat)

Pelaburan emas ini diuruskan oleh Genneva Malaysia Sdn Bhd , sebuah syarikat  berpangkalan di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur  melibatkan ramai pelabur VVIP dan pelabur berbangsa cina.  Didalam bentuk pelaburan  ini , Genneva menjanjikan pelabur pulangan dividen (2%) setiap bulan dalam bentuk hibah selagi emas disimpan pelanggan dalam tempoh 6 bulan, selepas tamat  6 bulan pelabur boleh menjual emas semula kepada Genneva dengan harga belian dahulu, ataupun membeli semula dan  terus menikmati pulangan hibah 2% setiap bulan.

Pada bulan Oktober 2012, pihak berkuasa Malaysia dan Singapura menyerbu pusat operasi Geneva Malaysia Sdn Bhd dan Geneva Pte Ltd dan merampas kira-kira 200kg emas dan wang tunai yang belum diserahkan kepada pelabur.

Oleh kerana pelaburan emas Genneva melibatkan amaun yang besar, kes emas Genneva beberapa kali kedengaran di sidang parlimen dan tekanan berterusan kepada Kementerian Kewangan serta Bank Negara Malaysia yang terlibat dalam operasi keatas syarikat.. Kes emas Genneva masih didalam siasatan dan kerugian yang dicatatkan merupakan terbesar dalam pelaburan emas Malaysia tahun ini.

 

Rujukan dari Malaysiainsider, utusan,hmetro, NST

Khidmat tebus emas di ar-rahnu dan lelong semula

Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

Harga emas yang tidak menentu akhir ini banyak meresahkan pelabur dan pembeli emas termasuk kami, walaupun harga emas tidak berterusan turun tetapi kenaikan harga emas tahun ini tidak setinggi tahun lalu, ini sedikit sebanyak merugikan pelabur emas yang menggunakan sistem ar-rahnu kerana perlu membayar upah simpan yang tinggi setiap bulan, sedangkan harga emas tidak naik tinggi.  (LAYARI  www.hargaemas.com.my/lelong) Masalah ini bakal menjadi serius apabila syarikat Ar-Rahnu mengubah polisi ekoran masalah dalaman beberapa minggu lalu, kesan ini sangat terasa kepada pelabur seperti kami kerana tidak dapat overlap, nama mungkin disenaraihitam dan juga terpaksa menjual pada harga rendah seperti sekarang, oleh kerana itu, kami di hargaemas menawarkan penyelesaian yang lebih mudah iaitu ‘lelong sebelum item dilelong’. Cara ini cukup mudah, pertama, pelanggan boleh menghubungi Hargaemas di talian 03-92264232 atau isi form di hargaemas.com.my, pihak hargaemas akan menghubungi penjual dan membantu menebus keluar emas didalam ar-rahnu, emas akan dibeli mengikut harga belian Hargaemas. Setelah item tersebut dikeluarkan dari Ar-Rahnu, ia akan disenaraikan didalam laman lelongan ini pada harga kilang dan akan dilelong kepada pembeli. Penjual dapat melihat sendiri item yang dilelong dan dapat menjemput rakan untuk membeli item mereka, selain itu, kami juga akan iklankan laman ini untuk menarik lebih banyak bidaan. Untuk sesi pertama, item akan dilelong secara percuma selama 3 bulan, selepas tempoh lelongan tamat bidaan tertinggi dikira pemenang. Untuk meneruskan lagi lelongan, penjual akan dikenakan caj yang rendah setiap bulan 1-2% sama seperti caj upah simpan di Ar-Rahnu. Didalam tempoh lelongan, nama pembida dan maklumat pembida akan dipaparkan untuk memastikan setiap bid adalah telus dan ‘genuine’. Selepas lelongan tamat dan item berjaya dijual, baki jualan akan diserahkan kepada penjual. Penjual dan pembeli dapat menghubungi sesama sendiri untuk memastikan pembayaran telah dilakukan dan baki dipulangkan. Pihak Hargaemas terpaksa meletakkan syarat untuk pembida wajib memiliki akaun Facebook bagi memudahkan urusan, NO IC juga diperlukan untuk pengesahan. Kelebihan melelong emas disini, penjual dapat meminimumkan kerugian dari membayar upah simpan setiap bulan disamping dapat mengelak nama kita dari disenaraihitam oleh Ar-Rahnu. Penjual boleh menetapkan sendiri harga jual minimum dan maksimum. Manakala kelebihan kepada pembeli pula, mereka dapat membeli pada harga yang lebih rendah dari harga emas semasa disini, jadi tiada pihak yang rugi dan sama-sama menguntungkan. Buat masa ini, Hargaemas cuma membantu untuk menebus Gold Bar, Dinar, Rantai Tangan Gajah, Rantai Tangan Pasir, Rantai Tangan Belah Rotan, Rantai Tangan Melur, Rantai Leher Roda, Rantai Leher Gajah untuk kualiti 999 dan 916 sahaja.

Promosi Februari 2012 , Selamat Menyambut Maulidur Rasul

Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

Dapatkan produk pelaburan emas pada harga promosi sepanjang 2012, hubungi agent kami untuk setiap tempahan. Click disini untuk menghubungi agent kami di lokasi anda. (Senarai Agent) Item untuk tempahan adalah:
  • Rantai Tangan Gajah 999 & 916 (20g, 30g, 50g dan 100g)
  • Rantai Tangan Pasir 999 & 916 (10g, 20g, 30g, 50g dan 100g)
  • Gelang Belah Rotan 999 & 916 (10g, 20g, 30g, 50g, dan 100g)
  • Cincin Belah Rotan 999 & 916 (5g & 10g)
  • Rantai Tangan Melur 916 (10g, 20g, 30g, 40g, 50g dan 100g)
  • Pamp Suisse 100g
Hubungi agent kami di kawasan anda:
Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Melaka, Johor, Kuantan, Kuala Terengganu, Sungai Petani, Kota Bharu, Ampang
minyak iran emas

Harga emas mendaki selepas Tahun Baru Cina

Seperti jangkaan ramai pihak, harga emas mula mendaki selepas berakhirnya tahun baru cina Isnin lalu, index MKS yang bermula sekitar 6270 pada pagi rabu naik kepada 6415 pagi ini, mewujudkan pelbagai andaian samada kitaran tahunan yang selalu disebut apabila hari raya cina, atau kerana spekulasi harga minyak besar kemungkinan naik 30% ekoran sekatan baru yang dikenakan Amerika dan sekutu kepada Iran. Konflik sekatan baru Amerika keatas Iran. Kerajaan Presiden Hitam Amerika pertama yang diwakili Barrack Obama  tunduk kepada desakan Israel untuk membekukan aset Bank Ketiga Terbesar Iran (Bank Tejarat Iranian) serta menghalang mana-mana syarikat luar yang bekerjasama dengan Bank Tejarat untuk memasuki pasaran Amerika, Barrack Obama besar kemungkinan kecut perut apabila mendapat ancaman bunuh dari Pengarang Akhbar Israel, Andrew Adler yang mencadangkan Mossad menamatkan nyawa Obama kerana bersikap anti-israel. link: http://blogs.ajc.com/jay-bookman-blog/2012/01/20/solution-for-israel-take-out-obama/   Sekatan terbaru yang dikenakan Amerika dan EU ini meningkatkan suasana tegang manakala Iran pula mengancam untuk menutup Selat Hormuz (Laluan 1/5 minyak dunia) disempadannya. Wakil Amerika di Nato melaungkan untuk melakukan apa saja menggunakan kekuatan tentera bagi menyekat hasrat iran,  besar kemungkinan perang bakal meletus lagi di Asia Barat. minyak iran emas
Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

Bagaimana kesan konflik ini menaikkan Harga emas Sekatan berterusan keatas pegangan Iran diluar negara memaksa Iran untuk menukarkan aset mereka kepada emas dan membawa masuk emas tersebut kedalam negara sebagai reserve. Menyebabkan permintaan emas fizikal meningkat, Walaupun Republik Iran mengakui simpanan emas mereka mampu bertahan selama 10 tahun mereka bercadang untuk menerima emas sebagai tukaran dengan minyak. http://www.bullionstreet.com/news/iran-starts-converting-assets-to-gold-to-bypass-sanctions/912 India dan China berkemungkinan besar bersetuju untuk membayar Iran menggunakan emas untuk minyak. Langkah yang bakal diikut negara-negara lain yang tidak menerima  sekatan Amerika, jika langkah ini berjaya, permintaan emas fizikal akan meningkat tinggi dan menguntungkan pelabur. http://www.digitaljournal.com/article/318404 Rujukan: http://goldpricenetwork.com/news/economy/961/imf-iran-stops-exports-of-oil-prices-increase-30/  

Hargaemas Malaysia Android Apps

Applikasi kami kini telah tersenarai di android market disini, https://market.android.com/details?id=hargaemas.resources , anda boleh melayari dari laman web mereka atau menggunakan telefon android anda untuk memuat turun applikasi kami. Link: https://market.android.com/details?id=hargaemas.resources Ini adalah versi pertama dari kami, kami memohon maaf jika mempunyai sebarang kekurangan, respon dan review.anda amat penting untuk kami membaiki applikasi ini untuk versi seterusnya. gold price malaysia android
Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

Desc: Monitor all physical and virtual gold prices in Malaysia, for all type of gold including 999, 916, 750. This apps also include used gold calculator, Ar-Rahnu Investment Calculator, Daily Ar-Rahnu price for Agrobank, Ar-RahnuX, Bank Rakyat also to monitor Maybank Gold Investment Account, Public Bank Gold Investment Account and Kuwait Finance House Gold Account-i, CIMB Gold Saving Account and UOB.   Icon dan screen shot applikasi hargaemas image image image image
Easy Personal Loan During Covid-19 Crisis
Compare At RinggitPlus
Belajar Emas, Ebook Ilmu Asas Jual Beli Emas 101
Learn More