Harian Metro Jamboree: Bukit Mawi bekas lombong emas Terengganu

MARANG 17 Mac – Bukit Mawi di sini yang terkenal sebagai salah satu lubuk emas akan dibangunkan semula secara komersial dan bakal menjadikannya tumpuan pengeluaran logam berharga itu di negara ini. Kerja-kerja melombong akan dilakukan oleh sebuah syarikat bumiputera, Proserv Technical Sdn….
read more

Peniaga Emas Ditembak di Pandan Indah

Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaan beliau berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, di ibu negara hari ini. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Amiruddin Jamaluddin berkata dua lelaki yang menaiki motosikal Yamaha berwarna biru…
read more

Suspek Rompak Kedai Emas Temerloh Lolos Diri Guna Kargo

TEMERLOH: Polis tidak menolak kemungkinan enam lelaki yang merompak barang kemas bernilai RM3.2 juta di Mentakab dua hari lepas, turut menggunakan lori kargo bagi meloloskan diri. Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, suspek yang menaiki kereta jenis Honda Accord dan Toyota…
read more

Peniaga Emas Dirompak RM500,000

SUNGAI BULOH – Hanya dalam tempoh lima minit, sebuah kedai emas di Paya Jaras, di sini kerugian hampir setengah juta ringgit dalam kejadian rompakan bersenjata, petang kelmarin. Kejadian berlaku kira-kira jam 2.40 petang ketika mangsa sedang melayan pelanggan, sepasang suami isteri….
read more

Harga emas di India melonjak tinggi

Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

NEW DELH – INDIA. Harga emas di India dijangka melonjak sekali lagi kepada Rs28,000 (AS$467) setiap 10 gram menjelang akhir tahun dengan permintaan akan meningkat ekoran musim perkahwinan, demikian menurut satu kajian. “Harga akan bergerak antara Rs26,500 (AS$442) dan RM27,500 (AS$459) sebelum mencecah Rs28,000 setiap 10 gram sekitar November dan Disember,” kata kajian yang dibuat oleh Persatuan Dewan Perdagangan dan Perindustrian India (Assocham) mengenai trend emas. “Kami enggan bersetuju dengan pendapat sesetengah penganalisis yang menyatakan emas sudah hilang tarikannya berbanding ekuiti ekoran penambahbaikan di dalam ekonomi AS,” kata kajian itu. Malah, katanya, sekiranya andaian yang ekonomi AS telah semakin pulih betul, maka, akibat yang seterusnya ialah inflasi akan meningkat dalam ekonomi Amerika. “Dan pada masa itu, emas akan sekali lagi dilihat tempat yang selamat jika dibandingkan dengan inflasi,” kata kajian itu. Kajian itu dibuat berdasarkan kepada maklumat daripada beberapa penganalisis domestik dan antarabangsa serta para pengurus dana dan urus niaga emas. – Bernama
Easy Personal Loan During Covid-19 Crisis
Compare At RinggitPlus
Belajar Emas, Ebook Ilmu Asas Jual Beli Emas 101
Learn More