Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog
Category: Bantuan Teknikal
Kenapa tidak dapat menjana duit dari emas?
Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View CatalogPasaran emas kelihatan semakin berkembang diluar sana, hampir setiap hari produk baru dikeluarkan, bermacam-macam syarikat emas tumbuh dan hampir setiap jam laman web dan blog emas dibina. Ini nampak menarik, jika dulu perniagaan emas cuma melibatkan jual beli barang kemas, kini kebanyakan keyword tertumpu kepada pelaburan emas samada menggunakan ar-rahnu, cash, hibah ataupun koperasi. Pattern orang membeli emas pun ada naik turunnya, jumlah jualan biasanya lebih besar ketika harga emas dalam keadaan menaik, tetapi pada keadaan menurun seperti sekarang, jumlah jualan juga akan drop. Kebanyakannya bukan kerana pembeli hilang mood membeli, tetapi penjual sendiri seperti hopeless melihat keadaan market. Membeli emas bagi pembeli biasa tidak semestinya bergantung kepada market, harga emas tidak lari dari circle naik dan turun, sama seperti perniagaan-perniagaan lain, orang membeli emas kebanyakannya apabila mereka mempunyai cash lebihan yang tak tahu mana nak letak. Setiap hari mesti ada org yang dapat untung besar dalam perniaagaan ada juga pekerja yang mendapat bonus 12 bulan, ada juga pesara yang baru menerima duit saraan KWSP, ada warga felda dapat durian runtuh 8 Mei ini…wang tunai ada dimana-mana, samada kita cepat atau tidak berjumpa mereka yang berpoket penuh ini, jika kita terlewat, mungkin aliran tunai mereka masuk ke konsultan unit amanah, atau agent hartanah lagi teruk jika mereka diapproach agent jual kereta, membeli kereta bukannya satu pelaburan yang baik, kesian pelabur nanti. Untuk menjual emas, rasanya tidak susah seperti menjual stok-stok saham yang berbagai jenis, emas ada satu saja, yang bezanya cop, kualiti dan berat, emas juga bukan benda baru, semua orang tahu emas, semua org yakin dengan emas, lagipun emas dengan manusia terutama pompuan macam magnet, ada daya tarik menarik antara satu sama lain. Kita tak perlu risau jika produk kita jual sejenis je, kerana sejak gold rush 2001, baik perempuan atau lelaki tidak pandang pada design mereka beli, yang penting emas itu tulen, padu dan mudah dijual, emas pelaburan bukan untuk dipakai, ia untuk simpan dan tunggu untuk jual dan dapat keuntungan tinggi, lebih tinggi dari dari menyimpan di tempat biasa pun pelanggan kita akan senyum . untuk pengetahuan, kenaikan emas mantain melebihi 30% setahun sudah masuk tempoh 11 tahun lalu, ini statistik yang sangat baik, mengalahkan pelbagai pelaburan-pelaburan konservatif yang lain. rekod ini wajib kita tunjuk supaya pelabur untung dan kita boleh senyum menjual. Kami nak kongsi bagaimana cara terbaik untuk kita sentiasa mendapat pelanggan baru, bagaimana cara mudah untuk menjual dan cara yang senang untuk tackle “button signal” pembeli serta material/graphic untuk membantu anda, cara ini dikongsi oleh “Abg Azis” yang jual emas 1-2kg seminggu, pelanggan dia tak putus…. baca di laman agent (untuk agent sahaja) (daftar disini)
Bagaimana membeli emas dan membuat untung?
Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View CatalogDalam perniagaan emas, keuntungan bukan hanya pada menjual emas, malah membeli juga kita boleh membuat keuntungan, biasanya pembeli emas yang aktif akan dapat untung banyak, yang pasif dapat sikit lah. Semasa membeli emas, ada beberapa individu terlibat, pelanggan, pembeli dan pelebur. Biasanya cara lama untuk membuat marketing seperti menampal poster-poster emas di kawasan-kawasan strategik, atau letak pada cermin kereta, atau tabur di kawasan perumahan, mana2 yang mudah dilihat, contoh poster disebelah. Tetapi itu cara dahulu, cara sekarang ada banyak medium seperti surat kabar, majalah, internet, facebook dan sebagainya untuk buat marketing. Sambil duduk depan komputer pun boleh marketing, customer call, jumpa di kedai makan dan beli, senang sahaja.. Apabila emas telah dibeli, lebur emas itu untuk mendapat kualiti yang lebih baik, kemudian emas itu boleh dijual pada harga yang lebih tinggi, teknik melebur emas ada kami ajar dalam entry (boleh baca disini….untuk agent sahaja) Dalam entry itu kami ada juga tunjukkan peralatan yang diperlukan, macam mana cara pengiraan, bagaimana cara menguji, anda perlu mendaftar sebagai agent untuk akses, boleh daftar disini (click here) link entry: https://www.facebook.com/groups/hargaemas/doc/252789188150068/ (sebarang soalan boleh terus tanya disana)
Promosi Public Gold April : Beli Silver dapat baucar RM100
Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog
Public gold sedang mengadakan promosi bulan April untuk pembelian 2 jongkong silver PG yang beratnya 1kg setiap satu, setiap pembelian 2 jongkong silver ini akan mendapat RM100 baucar. Promosi ini berjalan bermula 1 April 2012 sehingga 31 April 2012, Jika dikira hari ini, 1kg jongkong PG berharga sekitar RM 4,076.00 dan harga jual RM 3,587.00. Saya ambil sedikit masa anda untuk bandingkan bagaimana perbezaan kenaikan harga emas dan silver sepanjang 5 tahun terakhir.
Jika dibandingkan kedua-dua bentuk pelaburan ini, kedua-duanya sesuai untuk pelaburan jangka panjang 3-5 tahun dan keatas, manakala untuk pelaburan jangka pendek dan sederhan, Silver mengatasi emas, contoh kenaikan harga silver dalam masa 2 tahun mencatat kenaikan sebanyak 83% berbanding emas hanya sekitar 47%, bagaimanapun dalam masa setahun, kenaikan harga silver adalah negatif berbanding emas. Dari segi volatility, harga silver lebih cepat berubah turun dan naik berbanding emas, pada pendapat saya pelaburan silver sesuai untuk aggresif investor, yang ingin mendapat pulangan tinggi dalam masa yang singkat.
Hargaemas Malaysia Android Apps
Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View CatalogDesc: Monitor all physical and virtual gold prices in Malaysia, for all type of gold including 999, 916, 750. This apps also include used gold calculator, Ar-Rahnu Investment Calculator, Daily Ar-Rahnu price for Agrobank, Ar-RahnuX, Bank Rakyat also to monitor Maybank Gold Investment Account, Public Bank Gold Investment Account and Kuwait Finance House Gold Account-i, CIMB Gold Saving Account and UOB. Icon dan screen shot applikasi hargaemas