KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini
Tahniah, tahniah dan tahniah kepada pemain muda Harimau Muda Malaysia kerana berjaya menjinakkan Garuda di gelanggang keramat Gelora Bung Karno semalam, bertambah manis pabila kita berjaya menjinakkan Indonesia dua kali di gelanggang mereka sendiri, dua kali didepan 100,000 penyokong fanatik mereka dan dua kali menembusi pintu gol Kurnia Meiga, kita memang jelas menang.. Kita berjaya! Horeyyy…horeyy.. Gelora Bung Karno bukan lagi tempat keramat Indonesia, mungkin boleh diubah dijadikan Kubu Malaysia. kerana kita tidak pernah tewas di Stadium Keramat itu akhir-akhir ini.
Pastinya selepas ini, mana-mana perlawanan bola sepak antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi semakin panas, bukan sekali mereka tewas, ini adalah kali ketiga dalam final terakhir Malaysia bertemu Indonesia. Merekakan lebih rela tewas di tangan Thailand atau Vietnam tapi tidak jika bertemu Malaysia, dendamnya akan disimpan dan dilepaskan dalam perseteruan akan datang. Walaupun kita bisa tewas suatu hari nanti, tapi kenangan 3 tahun ini eloklah kita catat sebagai saat bersejarah kekuatan Harimau Muda Malaya!!
Generasi Muslim, Apek, Badrol, Najmi dah boleh dijadikan lagenda, mereka berjaya mencapai sesuatu yang Arwah Supermokh dahulu pun tidak pernah capai, iaitu “kejuaraan berganda” sukan sea, selepas memungut emas pada kejohanan di Laos 2009, tahun ini sekali lagi Harimau Muda mencanting batik dan menari pendet untuk meraih emas Sukan Sea Palembang 2011 lebih manis dihadapan 100 ribu penyokong setia yang menjerit “@$#%&%# Malaysia”.
Akhirnya pada minit ke 130 lagu terang bulan ciptaan Pierre-Jean de Béranger berkemundang di Stadium Gelora sekali lagi, kali ini tanpa ada tiupan trompet dan sorakan “mesra” tuan rumah, Bendera Jalur Gemilang berkibar megah di tiang tetinggi stadium sambil disaksikan oleh Shabery Chik dan Ong Kim Swee. mesra sekali mereka. Dan akhirnya tahniah sekali lagi Apek, jasamu dikenang! Kami peminat setia mewakilkan kepada Dahlia Teck menunggumu di LCCT. 21 hb 11, Garuda patah sayap, blog jejariruncing pun senyap … so, last one…Hallo Fakri… helloooo…nak saung pun tak boleh, u have 2 gold medal, while 24million Malaysian n me dont even imagine to have one. Play better next time…