Harga Emas 999 kini RM190/gram

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Sejak semalam index emas telah mencapai kenaikan tertinggi dalam sejarah, untuk rekod, index emas CHL tidak pernah melebihi 6000pts, tetapi semalam index emas  naik secara tiba-tiba, ekoran kejatuhan USD sehingga mencecah 6095!! sebelum ianya susut pada petang selasa kepada 6040. FGJAM (federation of Gold Smith & Jewelery Malaysia) di laman mereka telah menaikkan harga retail emas 999 kepada RM190/gram, naik rm7/gram berbanding harga emas pada bulan lepas RM183/gram. Harga emas di bank rakyat pula telah naik mencecah RM187/gram, sebaik-baiknya ini adalah peluang untuk pelabur yang baru melabur untuk overlap keuntungan mereka. Purata harga emas di bank rakyat pada bulan lepas sekitar RM179/gram-RM183/gram.

Harga emas terkini FGJAM:
999 Gold : RM190.00/gm
916 Gold : RM180.00/gm
835 Gold : RM166.00/gm
750 Gold : RM149.00/gm
375 Gold : RM81.00/gm

Agrobank pula bakal menaikkan harga emas 999 kepada 18*/gram berbanding harga sekarang RM176/gram, sekali lagi pelabur emas di Agrobank dapat overlap pelaburan mereka sebanyak RM*/gram, berbanding bulan lepas dengan kenaikan hampir RM11/gram.

Tips untuk mereka yang baru didalam pelaburan emas secara Ar-Rahnu, Pihak Bank tidak terlibat didalam  pelaburan emas anda. Jika anda bertanya kepada pihak bank, “nak ambil untung”, kemungkinan pegawai bank terpinga-pinga tidak faham maksud anda. Cara paling senang adalah dengan membawa surat gadaian emas dan nyatakan ingin perbaharui surat. Beza kenaikan harga ditolak dengan upah simpan, bakinya anda boleh simpan atau melabur di Akaun Emas CIMB, Public Bank atau Maybank untuk memaksimumkan keuntungan.

Jika sebelum ini pelabur melabur menggunakan jongkong emas Pamp Suisse, Public Gold, atau Dinar Emas Kelantan, Agro bank telah menukar sistem pinjaman mereka dari 70% kepada 65% sahaja, apabila pelanggan overlap (tebus gadai), pelanggan mungkin perlu membayar perbezaan harga 5% tersebut. Sedikit menyusahkan tetapi pelabur boleh menukar jongkong emas mereka kepada barang kemas 24k yang lain contohnya belah rotan, rantai tangan pasir ataupun rantai tangan gajah, sila hubungi kami untuk bantuan. 03-87502645 (Hargaemas)

Kami sedikit kecewa apabila hadir ke Bank Rakyat untuk memajak syiling emas yang dikeluarkan Habib Jewels siang tadi, kata pegawai bank, mereka hanya menerima produk Poh Kong, Wah Chan, Tomei..produk Habib Jewels tidak diterima. KENAPA TIDAK? Bank Rakyat syarikat melayu, Habib Jewels syarikat melayu? kenapa taknak terima produk Melayu????? Perkasa harus siasat permainan pegawai bank….

2 thoughts on “Harga Emas 999 kini RM190/gram

    1. Apa yang kami tahu, bank rakyat tidak lagi menerima emas kualiti 999 (dengan amain besar), mungkin disebabkan ada syarikat yang di’Ban’ bank negara kembali aktif memanipulasikan sistem arrahnu untuk sistem pelaburan mereka, syarikat tersebut pernah dibekukan oleh bank negara sebelum ini kerana cara perniagaan mereka yang meragukan, baru-baru inimuncul kembali dengan nama baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More