KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini
Akhirnya keputusan telah dicapai, harga tiket ditetapkan sebanyak RM50 untuk semua tempat duduk, manakala stadium Shah Alam menjadi venue Final tahun ini. Saudara- saudara yang dihormati sekalian, untuk catatan saudara, harga tiket sebelum ini cuma RM30 (2010) dan RM20 (2009) sahaja, tetapi pada tahun ini naik mendadak 67% kepada RM50 per tiket. Graf berikut menunjukkan kenaikan harga tiket sepanjang 5 tahun.
Dijangka pada tahun 2012 dan 2013 harga tiket akan mencapai angka satu ribu ringgit Malaysia. “Sometimes paper is more worth than gold” –Abang Zainal (ulat tiket). Kami tidak menjanjikan pelaburan anda memberi pulangan tetapi trak record sepanjang 5 ini tahun membuktikan Tiket Bola adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan. (order disini)
Berbalik kepada kualiti padang, kata FAM adalah kata putus, mana-mana pihak yang memberontak boleh angkat kaki dan pergi bermain dengan kelab Slovakia, rejim yang telah 27 tahun di tampuk kuasa akan kekal, Revolusi telah lama berkubur dalam FAM. Jadi kepada penyokong, tiada pilihan atau peluang lain kecuali bersama-sama kestadium Shah Alam sabtu ini memenuhkan poket FAM atau pilihan alternatif duit RM50 tadi beli pizza dan tengok depan TV 42 inci. – dan tidak lupa Selamat Harijadi kepada Birthdayboy FAM hari ini dan selamat bercuti orang Pahang
Sumber:
Laman web yang menentang keputusan opportunist FAM disini: https://www.facebook.com/Kami.Bantah.Harga.Tiket.PM2011
Laman Facebook FAM diserang bertali arus penyokong yang tidak berpuas hati dengan keputusan FAM : http://www.facebook.com/pages/Persatuan-Bola-Sepak-Malaysia-FAM/135663096513988