KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini
Jika ini bukan kali pertama anda mengunjungi Portal harga emas ini, anda mesti perasan dengan wajah baru laman harga emas, kami mengubahnya sedikit untuk membantu seo website dan pada masa yang sama menambahbaikkan beberapa laman sosial utama. Bagaimanapun maklumat dan infomasi di laman ini tidaklah begitu banyak seperti di laman-laman pelaburan emas yang lain, kerana jobscope kami sebelum ini hanyalah sekitar kepada urusniaga emas fizikal samada lebur, bakar dan jual beli emas di Kuala Lumpur, Selangor dan Kajang terutamanya.
Bermula Januari 2011 ini, laman harga emas akan mula fokus kepada pelaburan emas dan kami akan cuba mendapatkan maklumat, peluang pelaburan dan jangkaan pulangan untuk semua pelaburan yang berkaitan dengan emas di Malaysia. Ketika artikel ini ditulis, harga emas di pasaran semasa samada global or local, semuanya sedang mengalami “correction” , mean, harga emas jatuh sila rujuk graf diatas
Dari August 2010 sehingga awal Januari 2011, harga emas naik agak tinggi, selepas January 2011, harga mula merosot turun, pelaburan saya susut rm7/gram, jumlah agak besar juga. jika saya ada 100g, saya dah lost RM700.00 bayangkan jika saya ada lebih banyak gram? (bayangan sahaja), buat masa ini memang saya sedang rugi dan tidak dapat cover kos jika lebur. Maka saya ambil keputusan untuk tunggu dan lihat, walaupun modal perniagaan agak terlekat sedikit disini.
Bos saya jangkakan harga akan terus susut, 3-4 bulan akan datang, bermakna saya akan lost lagi… tapi itu hanya jangkaan, tidak semestinya tepat, firasat saya akan naik, mungkin jatuh sekejap sahaja ketika raya cina dan boom akan naik tinggi selepas raya cina. perhaps!..
Ada yang berkira-kira untuk mula membeli emas ketika harga sedang susut ini, secara teori pelaburan mudah, “beli ketika rendah dan jual ketika mahal”, tak perlulah refer kepada Warren Buffet or sesiapa sahaja kerana teori ini budak sekolah pun tahu, tapi persoalannya serendah mana harga emas akan jatuh?.
Jika rujuk kepada harga trading pelabur di US, harga emas yang paling tinggi mencecah (1 Jan 2011) USD1421.10/onz (1Onz = 28.35gram, 1USD = RM3.06), dan hari ini harga emas jatuh pada harga USD1360.40/onz) bezanya sebanyak USD61/onz iaitu bersamaan RM6.58/g dalam tempoh masa 2 minggu sahaja. (masih didalam range spread harga biasa didalam pelaburan emas), means? nothing…..!!.teruskan membeli sekarang, kerana mungkin harga akan mula naik (ketika saya menulis ini, harga emas naik sedikit :)
Keadaan pelaburan emas sekarang masih berada di keadaan “Bull Market” ia dijangkan akan terus naik tinggi untuk tempoh beberapa tahun lagi, cuma wujudnya kemungkinan harga mungkin akan jatuh dibawah USD1300/onz akhir bulan ini (mengikut jangkaan beberapa broker disana). Apapun emas adalah pelaburan selamat, selagi anda berhati-hati dan jangan membeli emas palsu, dan jangan membeli dengan harga yang tinggi. (spt di kedai2 femessssss – 999 only have 1 quality, doesnt matter u buy di exclusive villa ke, di warung mamak, at the end u akan jual kepada pembeli emas juga kan.. that exclusive kedai pun cuma jual, wont buy anyway..) kecuali certain emas fizikal spt publicgold. ok itu sahaja..
Sebelum itu, sedikit pesanan dari Menteri Malaysia berkenaan pelaburan emas.
“Selain mudah ditipu dengan dinar emas palsu bahan logam itu juga nilai harganya turun naik setiap saat di peringkat antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan wang zakat kepada
fakir miskin di Dewan Haji Hussin, Perupuk di sini, hari ini. –awang adek ???
Beliau sebaliknya menasihatkan rakyat Kelantan yang mempunyai lebihan wang menyimpannya di bank-bank yang nilainya lebih terjamin dan tidak pernah diturunkan malah akan mendapat banyak faedah??
Orang yang sama menyarankan beli emas perhiasan lagi menguntungkan dari membeli emas 999 ??? ermm..
Perubahan di Harga Emas Malaysia
Salam,
sy ada beberapa soalan nak tanya, sy masih baru lg dlm pelaburan ini.
1) apakah yg dimaksudkan dgn pelaburan emas?
2) betul ke jika kita hendak cuci gelang/rantai emas, kedai emas akan ambil sedikit emas itu, berat gelang/rantai tsebut akan bkurangan sedikit?
Dia kata kat org yang jual emas tiruan..bukan emas betul…apa la korang ni…. Bukanke skrg ni ramai mangkok mangkok yang suka menipu..bila dia tengok ramai org ghairah dalam membelii emas..mula la depa ni panjang akal… pembeli emas amat mudah ditipu..percaya la….
din kalu xnak di tipu mai la beli emas dengan saya sbb saya ejen public gold. emas public gold ada sijil dan no siri lagi tau. kalu nak hubungi saya 012-********
-admin- sini bukan tempat promote…
akum,
sekadar bertanya,
merujuk kpd chart forex,
emas telah mencapai point 1484.37 dan menunjukkan trend menurun (mungkin sedikit @ sebaliknya),
so sejauh manakah ini akan mempengaruhi harga pasaran emas di malaysia?
terutama kepada yang ingin membeli emas di kedai2,
tq
saya x nampak trend menurun, index emas beberapa bulan yang lepas dlm linkungan 1420 skrg dah cecah 1480… kesannya harga emas dikedai akan lebih mahal,
Xpayah sound apa2. Just dont have to masukkan fatwa yang merapu tu. Nak buat biz pun kena ikut hukum juga. Jangan nak campur haram halal. Jangan terasa…en. Admin. Just memperingati….
saya agak la, yg aiman maksudkan ialah ‘fatwa’ awng adek tu. dia bercakap atas kapasiti politik. byk bias. apa yg kelantan buat x betul dari pandangan matanya..huhu
Saya sangat kagumi blog ni. Maklumla saya baru berjinak dengan perniagaan emas ni. Blog ini memang sangat membantu saya dalam mengerti apa itu emas sebenarnya. Jangan lah memasukkan sesuatu artikel yang lucu seperti diatas. Masukkanlah sesuatu yang lebih berfaeedah dan bermunafaatkan dan boleh memberi ilmu kepada yang tidak mengetahui.
Wallahualam
Assalamualaikum.
Bukankah simpanan emas itu sunnah Rasulullah… Siapa itu Awang Adek???
Wang kertas adalah duit fiat. Tiada nilai. Susut nilai adalah. Tahun 2020 nanti wang RM100 hanya akan bernilai RM50. Walhal emas tahun 2020 nanti akan bernilai 5x ganda. FIKIR FIKIRKAN