Harga emas 999 AgroBank RM176/gram bermula esok

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Berita baik bagi pelabur emas 999 di Agro Bank, bermula esok, agro bank akan menaikkan kadar nilaian semua kualiti emas di Ar-Rahnu agro bank, kami cuma mengetahui harga untuk emas 999 sahaja iaitu naik sehingga RM176/gram berbanding kadar harga sebelum ini iaitu RM165.80/gram. Pelabur dah untung RM10.20/gram (berita baik). Mungkin ramai yang menunggu dan tertanya-tanya sebelum ini, kenapa agro bank lewat menaikkan harga emas berbanding Ar-Rahnu bank rakyat yang telah naik RM172/gram pada bulan lepas.

Pendapat kami merasakan kerana pada april lepas harga emas tidak begitu stabil kerana berlaku naik turun yang tinggi berbanding bulan mei yang dilihat lebih stabil, oleh itu apabila harga emas semakin stabil, Agro Bank mula menaikkan kadar harga emas mereka selepas melihat situasi harga emas di pasaran.

Bulan Mei juga mencatatkan rekod harga emas tertinggi pada 5.5.2011 berikutan peristiwa kematian Osama Ben Laden. Graf terbaru harga emas menunjukkan emas bakal naik lebih tinggi lebih dari jangkaan ramai. Sumber dari Goldprice Org: menyatakan, rally kenaikan harga emas akan berterusan naik untuk 3 hingga 10 tahun akan datang
Silver and Gold Prices Remain in a Long Term Bull Market with Another 3 to 10 Years to Run Wild

Selain dari Agro Bank, Federation of Gold Smith Malaysia juga turut menaikkan harga emas retail yang dijual dikedai emas kepada harga yang baru.

Nilai baru harga emas retail (2 June 2011)

999 Gold : RM177.00/gm
916 Gold : RM167.00/gm
835 Gold : RM153.00/gm
750 Gold : RM138.00/gm
375 Gold : RM75.00/gm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More