Kenapa tidak dapat menjana duit dari emas?

dapat duit beli emas
Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

Pasaran emas kelihatan semakin berkembang diluar sana, hampir setiap hari produk baru dikeluarkan, bermacam-macam syarikat emas tumbuh dan hampir setiap jam laman web dan blog emas dibina. Ini nampak menarik, jika dulu perniagaan emas cuma melibatkan jual beli barang kemas, kini kebanyakan keyword tertumpu kepada pelaburan emas samada menggunakan ar-rahnu, cash, hibah ataupun koperasi. Pattern orang membeli emas pun ada naik turunnya, jumlah jualan biasanya lebih besar ketika harga emas dalam keadaan menaik, tetapi pada keadaan menurun seperti sekarang, jumlah jualan juga akan drop. Kebanyakannya bukan kerana pembeli hilang mood membeli, tetapi penjual sendiri seperti hopeless melihat keadaan market. Membeli emas bagi pembeli biasa tidak semestinya bergantung kepada market, harga emas tidak lari dari circle naik dan turun, sama seperti perniagaan-perniagaan lain, orang membeli emas kebanyakannya apabila mereka mempunyai cash lebihan yang tak tahu mana nak letak.  Setiap hari mesti ada org yang dapat untung besar dalam perniaagaan  ada juga pekerja yang mendapat bonus 12 bulan, ada juga pesara yang baru menerima duit saraan KWSP, ada warga felda dapat durian runtuh 8 Mei ini…wang tunai ada dimana-mana, samada kita cepat atau tidak berjumpa mereka yang berpoket penuh ini, jika kita terlewat, mungkin aliran tunai mereka masuk ke konsultan unit amanah, atau agent hartanah lagi teruk jika mereka diapproach agent jual kereta,  membeli kereta bukannya satu pelaburan yang baik, kesian pelabur nanti. Untuk menjual emas, rasanya tidak susah seperti menjual stok-stok saham yang berbagai jenis, emas ada satu saja, yang bezanya cop, kualiti dan berat, emas juga bukan benda baru, semua orang tahu emas, semua org yakin dengan emas, lagipun emas dengan manusia terutama pompuan macam magnet, ada daya tarik menarik antara satu sama lain. Kita tak perlu risau jika produk kita jual sejenis je,  kerana sejak gold rush 2001, baik perempuan atau lelaki tidak pandang pada design mereka beli, yang penting emas itu tulen, padu dan mudah dijual,  emas pelaburan bukan untuk dipakai, ia untuk simpan dan tunggu untuk jual dan dapat keuntungan  tinggi, lebih tinggi dari dari menyimpan di tempat biasa pun pelanggan kita akan senyum .  untuk pengetahuan, kenaikan emas mantain melebihi 30% setahun sudah masuk tempoh 11 tahun lalu, ini statistik yang sangat baik, mengalahkan pelbagai pelaburan-pelaburan konservatif yang lain. rekod ini wajib kita tunjuk supaya pelabur untung dan kita boleh senyum menjual. Kami nak kongsi bagaimana cara terbaik untuk kita sentiasa mendapat pelanggan baru, bagaimana cara mudah untuk menjual dan cara yang senang untuk tackle “button signal” pembeli serta material/graphic untuk membantu anda, cara ini dikongsi oleh “Abg Azis” yang jual emas 1-2kg seminggu, pelanggan dia tak putus…. baca di laman agent (untuk agent sahaja) (daftar disini)        

Pergerakan Pelaburan Emas Setakat Ini

Ekonomi eropah mungkin dalam keadaan genting sekarang, tetapi kami tidak pasti pula apa kesannya kepada Malaysia. Dalam Jobstreet hari ini, diterangkan ramai pelabur menjual aset emas mereka khamis lalu untuk mengimbangi kerugian dalam ekuiti dan bon. Ini membuktikan emas sebagai penyelamat aset kerana jika pelaburan emas merugikan pelabur, mereka seharusnya menjual ekuiti untuk menampung kerugian emas bukannya menjual emas untuk menampung ekuiti. Khamis lalu, berlaku penjualan emas dengan kuantiti yang besar di beberapa pasaran eropah dan india. menyebabkan lambakan emas di pasaran. Apabila wujud lambakan emas di pasaran maka harga emas jatuh. kami anggap anda faham bahawa emas bukannya komoditi yang dibeli untuk diindustrikan seperti besi, timah, getah atau aluminium. Emas yang dibeli kebanyakannya disimpan dalam bentuk asal samada jongkong, barang kemas atau syiling. Jadi tiada kilang, meminta emas untuk diproses menjadi tin ataupun DRB-HICOM membeli emas untuk bodi khas kereta proton tuah yang bakal dipasarkan awal tahun hadapan. no DEMAND…. Sentimen “wait & see” memainkan peranan utama ketika ini, ramai trader sedang menganalisa kemampuan emas untuk naik lebih tinggi sebelum kembali ke pasaran emas. Bagaimanapun, ketika ini, harga emas sedang menokok perlahan naik beberapa points pada hari sabtu. -Sedikit berita positif untuk kami- Update: Index emas CHL pada khamis lalu menjunam sehingga 5995 (rekod kami) tetapi kembali naik 6235 ketika artikel ini ditulis. Update silver: silver tidak berbeza dengan emas, harga silver juga mengalami kejatuhan pada pergerakan yang hampir sama. Beberapa analisa pergerakan harga emas dari trader forex.

Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

clearly whut?  paling minimum harga emas untuk kekal berada dalam bullish trend sepatutnya berada didalam bulatan merah, tetapi harga emas telah jatuh lebih dari paras tersebut, bermaksud trend bullish emas 2011 telahpun berkecai, bagaimanapun harga emas tidak lebih murah dari akhir september 2011. (bullish trending bermaksud dalam keadaan menaik, bearish trending bermaksud dalam keadaan menurun) Okey kita undur sedikit lagi masa kebelakang kerana trend harga emas tidak boleh dikira dalam tempoh setahun sahaja, kita ke titik lebih rendah pada akhir 2008.

See.. trend emas masih berada pada bullish trending, untuk tempoh masa 3 tahun. (akhir 2008-akhir 2011). Jadi, berapa lama harus kita tunggu untuk harga emas dapat kembali kepada harga semasa? Okey kita undur sedikit lagi masa untuk melihat sejarah.

Pada awal 2008, harga emas turut mengalami penurunan, malah lebih teruk berbanding sekarang, 34% drop, mengambil masa 3 bulan untuk kembali kepada paras semasa, jadi jika hari ini emas turun 18%, maka emas akan mengambil masa sekitar 1 1/2 bulan untuk kembali ke landasan asal. The most luckiest man, is who look on this graph and think about the opportunity.
harga emas semasa hari ini

Harga emas paling rendah sejak Ogos, what next?

Pagi ini, 15 Disember 2011, harga emas telah jatuh menggerunkan (bak kata pendita) dibawah paras terendah dalam tempoh 200 hari. Untuk maklumat anda, tiada serangan, peperangan atau bencana alam berlaku dalam minggu ini kecuali kelemahan anak cucu Hitler, Napoleon dan Mussolini menangani  sistem kewangan bank eropah menyebabkan matawang euro jatuh sehingga $1.30 berbanding matawang Uncle Sam. Bayangkan jika matawang ringgit jatuh sehingga RM4.50 berbanding USD1.00, memang nampak teruk Next, apa akan jadi seterusnya pada harga emas? Kita lihat balik pada August 2009, iaitu pada waktu kejatuhan terakhir harga emas dalam tempoh 200 hari. pada graf dibawah.

harga emas semasa hari ini

Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

Graf ini menunjukkan kejatuhan harga emas yang sama berlaku pada 2009, Menggerunkan?? Sebenarnya kejatuhan ini tidaklah begitu menggerunkan kerana membeli emas adalah pelaburan paling selamat dan paling bijak yang anda lakukan, Harga emas dalam suatu jangka masa pendek memang diketahui ramai pakar forex di carigold, ia sangat fluctuate, boleh naik dan turun dengan tinggi setiap masa. Keadaan ini memang sentiasa berlaku, Jadi cucu cicit, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Dato’ Maharalela, Yamtuan Antah, Perakman, tak perlu risau, harga emas pasti akan naik lagi Lagipun kejatuhan matawang euro ini disebabkan kelemahan badan perbankan eropah, Bank yang mencipta bon, loan, wang kertas, tidaklah sebijak tuhan merancang kewangan mereka. kepercayaan pelabur dalam sistem kewangan dan wang kertas akan susut, dan pelbagai pihak akan meningkatkan simpanan emas mereka. China dan India ketika ini masih menunjukkan minat mereka untuk membeli emas.

Harga emas 999 AgroBank RM176/gram bermula esok

Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

Berita baik bagi pelabur emas 999 di Agro Bank, bermula esok, agro bank akan menaikkan kadar nilaian semua kualiti emas di Ar-Rahnu agro bank, kami cuma mengetahui harga untuk emas 999 sahaja iaitu naik sehingga RM176/gram berbanding kadar harga sebelum ini iaitu RM165.80/gram. Pelabur dah untung RM10.20/gram (berita baik). Mungkin ramai yang menunggu dan tertanya-tanya sebelum ini, kenapa agro bank lewat menaikkan harga emas berbanding Ar-Rahnu bank rakyat yang telah naik RM172/gram pada bulan lepas. Pendapat kami merasakan kerana pada april lepas harga emas tidak begitu stabil kerana berlaku naik turun yang tinggi berbanding bulan mei yang dilihat lebih stabil, oleh itu apabila harga emas semakin stabil, Agro Bank mula menaikkan kadar harga emas mereka selepas melihat situasi harga emas di pasaran. Bulan Mei juga mencatatkan rekod harga emas tertinggi pada 5.5.2011 berikutan peristiwa kematian Osama Ben Laden. Graf terbaru harga emas menunjukkan emas bakal naik lebih tinggi lebih dari jangkaan ramai. Sumber dari Goldprice Org: menyatakan, rally kenaikan harga emas akan berterusan naik untuk 3 hingga 10 tahun akan datang Silver and Gold Prices Remain in a Long Term Bull Market with Another 3 to 10 Years to Run Wild Selain dari Agro Bank, Federation of Gold Smith Malaysia juga turut menaikkan harga emas retail yang dijual dikedai emas kepada harga yang baru. Nilai baru harga emas retail (2 June 2011) 999 Gold : RM177.00/gm 916 Gold : RM167.00/gm 835 Gold : RM153.00/gm 750 Gold : RM138.00/gm 375 Gold : RM75.00/gm

Kursus Asas Emas 29 Mei 2011

Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

Kursus Asas Perniagaan & Pelaburan Emas 1 untuk sesi seterusnya akan dilakukan di Nouvelle Hotel (sebelum ini dikenali sebagai Mint Hotel) pada 29-5-2011. Pada hari Ahad jam 10 pagi – 3 petang, Yuran: RM150.00 . kursus sesi Asas satu ini merangkumi skop
Pengenalan Emas Pengenalan Mutu Emas Pengenalan Harga Emas Tempatan & Antara Bangsa Harga Emas Industri Harga Emas Public Open Pengiraan harga emas mengikut index CHL Bagaimana Perkiraan Harga Index Mengikut Mutu Emas Bagaimana perkiraan Harga index membeli emas terpakai Mengenali Emas secara Tradisional Cara Membeli Emas Terpakai Cara Membeli Surat Pajak Gadai Menguji Emas menggunakan ASID Menguji Emas Menggunakan DENSITY METER Cara-cara tempahan emas dan penghantaran untuk perniagaan Didalam kelas ini kami akan mengadakan beberapa demo bagaimana urusniaga dilakukan, contoh jual beli dan maklumat untuk pihak anda perlukan didalam perniagaan. Yuran penyertaan hanyalah RM150.oo sahaja termasuk makan tengahari dan sijil kursus akan disediakan.
Kelas perniagaan emas hanya mempunyai tempat terhad, sila daftar sekarang di kursusemas.com (click here)
Hubungi :  Enc. Amirul 012-6981832 Cik Azura 012-6303723 Ofis : 03-89332827
 
Easy Personal Loan During Covid-19 Crisis
Compare At RinggitPlus
Belajar Emas, Ebook Ilmu Asas Jual Beli Emas 101
Learn More