KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini
Ramai kini mula melihat emas sebagai salah satu bentuk pelaburan baru yang menguntungkan, selain dari harganya yang stabil, designnya yang menarik, emas juga dapat mengawal anda dari berbelanja lebih dari keperluan. Menyimpan wang tunai atau wang kertas di bank bukanlah satu pilihan yang baik, wang tunai dengan mudah dapat dikeluarkan pada bila-bila masa ditambah lagi setiap hari iklan-iklan gadget seperti telefon iphone, android, blackberry yang menjadi global trend sekarang ada dimana2. Dari telefon 3g, kemudiaannya 3gs kemudiannya 4g, dan terlatest Ipad, sekurang-kurangnya ada yang terliur untuk memiliki satu, dua atau tiga…gadget terbaru. (jika bukan penggemar gadget, anda mungkin penggemar kereta, memancing atau apa sahaja termasuk bini muda….sukahati anda…)
Masalah utama yang menghalang untuk membeli dan menyimpan emas, adalah kekangan kemampuan untuk membeli kerana harga emas sentiasa naik dari sehari ke sehari. Jika dilihat 4 tahun yang lalu, harga emas 916 ketika itu sekitar RM73/gram sahaja berbanding sekarang, ianya telah mencecah RM155/gram (lebih 2x ganda), dalam masa 4 tahun sahaja, harga emas meningkat dengan begitu tinggi, malah lebih tinggi dari kenaikan gaji sesetengah kita. Ini menyebabkan kemampuan beli kita pula semakin menurun lebih-lebih lagi mereka yang tiada kenaikan gaji sejak tahun 2007 (sedih :( )..
Jika anda rajin membaca di forum2 emas, ada banyak yang menulis tentang membeli emas secara ansuran, beberapa cara yang mungkin boleh dikongsi disini adalah;
1. Secara Kutu -di forum wanitaniaga, forum wanita2, ada sesetengah forumer mengadakan kutu sesama mereka untuk membeli emas, bagaimana caranya, saya rasa ramai yang dah paham, cubalah lawat laman2 web wanitaniaga dan sebagainya.
2. Ar-Rahnu – caranya agak simple, anda menghubungi penjual, berjumpa di bank ar-rahnu bank rakyat, agro bank atau ar-rahnu biasa, penjual boleh memajak item yang ingin dibeli diatas nama anda, nilai pajakan diberi kepada penjual dan bakinya dibayar sendiri pembeli kepada penjual mengikut harga yang dipersetujui bersama. Pembeli boleh membayar secara ansuran setiap bulan kepada bank sehingga item selesai ditebus dalam tempoh 6 bulan atau lebih.
3. Berbaik-baik dengan tauke kedai emas, ada ramai tauke kedai emas yang sudi memberi anda beli perhiasan emas secara ansuran, lebih-lebih lagi jika anda kakitangan kerajaan.
Jika anda ada cara yang lebih efisien dan menarik, sila kongsikan di ruangan komen dibawah….
*mungkin ramai yang concern berkenaan hukum beli emas secara ansuran, sila rujuk diruangan forum ini, imbalan emas bukan lagi dibeli dengan dinar emas, tetapi dengan wang tunai. (iluvislam)
Jika anda ingin membeli emas 999 dengan cara kedua boleh hubungi kami, shahrul 012-2301015
Boleh terangkan cara menjual emas secara ansuran …macam mana??
SENANG AJE NAK BELI EMAS SECARA ANSURAN, JUST PERGI KE MANA2 BANK DAN DPTKAN PINJAMAN. YOU PUNYA DUIT YANG DPT TERUS BELI EMAS DAN BAYARAN KE PIHAK BANK DIANGGAP ANSUARN EMAS YANG DIBELI. PINJAMAN CUMA 5% SETAHUN MANAKALA KEUNTUNGAN KENAIKAN EMAS HAMPIR 30%. SO 30% – 5%, MASIH UNTUNG 25%. IN HANYA PENDAPAT DARI PENGALAMAN