KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira DisiniMasalah ini bakal menjadi serius apabila syarikat Ar-Rahnu mengubah polisi ekoran masalah dalaman beberapa minggu lalu, kesan ini sangat terasa kepada pelabur seperti kami kerana tidak dapat overlap, nama mungkin disenaraihitam dan juga terpaksa menjual pada harga rendah seperti sekarang, oleh kerana itu, kami di hargaemas menawarkan penyelesaian yang lebih mudah iaitu ‘lelong sebelum item dilelong’.
Cara ini cukup mudah, pertama, pelanggan boleh menghubungi Hargaemas di talian 03-92264232 atau isi form di hargaemas.com.my, pihak hargaemas akan menghubungi penjual dan membantu menebus keluar emas didalam ar-rahnu, emas akan dibeli mengikut harga belian Hargaemas.
Setelah item tersebut dikeluarkan dari Ar-Rahnu, ia akan disenaraikan didalam laman lelongan ini pada harga kilang dan akan dilelong kepada pembeli. Penjual dapat melihat sendiri item yang dilelong dan dapat menjemput rakan untuk membeli item mereka, selain itu, kami juga akan iklankan laman ini untuk menarik lebih banyak bidaan.
Untuk sesi pertama, item akan dilelong secara percuma selama 3 bulan, selepas tempoh lelongan tamat bidaan tertinggi dikira pemenang. Untuk meneruskan lagi lelongan, penjual akan dikenakan caj yang rendah setiap bulan 1-2% sama seperti caj upah simpan di Ar-Rahnu. Didalam tempoh lelongan, nama pembida dan maklumat pembida akan dipaparkan untuk memastikan setiap bid adalah telus dan ‘genuine’.
Selepas lelongan tamat dan item berjaya dijual, baki jualan akan diserahkan kepada penjual. Penjual dan pembeli dapat menghubungi sesama sendiri untuk memastikan pembayaran telah dilakukan dan baki dipulangkan.
Pihak Hargaemas terpaksa meletakkan syarat untuk pembida wajib memiliki akaun Facebook bagi memudahkan urusan, NO IC juga diperlukan untuk pengesahan.
Kelebihan melelong emas disini, penjual dapat meminimumkan kerugian dari membayar upah simpan setiap bulan disamping dapat mengelak nama kita dari disenaraihitam oleh Ar-Rahnu. Penjual boleh menetapkan sendiri harga jual minimum dan maksimum. Manakala kelebihan kepada pembeli pula, mereka dapat membeli pada harga yang lebih rendah dari harga emas semasa disini, jadi tiada pihak yang rugi dan sama-sama menguntungkan.
Buat masa ini, Hargaemas cuma membantu untuk menebus Gold Bar, Dinar, Rantai Tangan Gajah, Rantai Tangan Pasir, Rantai Tangan Belah Rotan, Rantai Tangan Melur, Rantai Leher Roda, Rantai Leher Gajah untuk kualiti 999 dan 916 sahaja.
sekadar info, bagi yang ingin buat bisnes melalui ar rahnu, elakkan buat gelang pital sireh sebab untuk pajakan ar rahnu dikira sebagai emas 916, lazimnya akan ke emas 950. Amat baik sekiranya buat gelang belah rotan dapat dinilai sebagai emas 999. Selamat berpuasa.
kalau kita menang bid, boleh cod tak?