Promosi awal Mei 2012 – Selamat Menyambut Hari Ibu

Kami di Hargaemas ingin mengucapkan selamat hari ibu kepada ibu-ibu diluar sana samada yang bekerja, yang berniaga ataupun yang berada di rumah, semoga semuanya sihat sejahtera, seperti biasa ketika kami bersama Hafizjewel, kami seringkali mengadakan sambutan hari ibu dan bapa di restoran seri melayu, jalan conlay setiap tahun. Buat masa ini kami yakin Hafizjewel masih merupakan penaja utama hadiah untuk ibu-ibu dan bapa-bapa yang terpilih.

Bagi mereka yang mungkin tidak berkesempatan masa untuk mengucapkan sepatah dua kata kepada ibu anda di kampung atau di desa, kami di Hargaemas menyediakan servis penghantaran percuma hadiah yang disukai setiap wanita, iaitu emas… layari www.hrg.ms/mother untuk membuat tempahan dan menulis sedikit ucapan kepada mereka. Promosi ini berakhir sehingga 15 Mei 2011.

Untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan harga emas, layari www.hargaemas.com.my/terkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

[get_sheet_value location="Iklan!b3"][get_sheet_value location="Iklan!b4"]