Semalam kami sempat berjumpa dengan beberapa pengurus syarikat emas lain-lain, harga emas dah naik kata mereka. Biar betul? tengok index mana? semua peniaga emas tahu indeks emas tiada ketika tempoh raya cina ni, ada kilang buka 1 Februari, ada yang buka sehingga akhir Januari, sepanjang tempoh ini tiada sumber untuk merujuk indeks emas tempatan, opkos bagi yang tengok indeks global macam kitco, goldprice dan etc, memang boleh tengok, tapi secara jelas, konkrit dan jitu harga-harga rujukan tersebut tidak tepat untuk mengira harga emas tempatan
Ramai yang selalu tanya, kenapa harga emas tak mengikut indeks seperti bursa saham Kuala Lumpur, atau harga emas yang ditulis Bank Negara, atau dari kiraan kitco dan bermacam-macam lagi indeks emas global yang lain, ia simple sebenarnya, indeks rujukan tersebut tidak include kos-kos sampingan lain, penghantaran, sekuriti, tukaran wang asing, dan sebagainya. Sama seperti jika anda menukar wang asing di Kedai2 Money Changer, rate di bank lain, rate di Google Finance lain, rate setiap kedai pun lain, begitulah juga emas.
Selalu juga menjadi persoalan kepada kami, kenapa harga emas di pantai timur rendah, di utara lagi rendah, di selatan pula mahal, yang sebenarnya itu hanya sentimen dan anggapan dan itupun tidak tepat.
Bercakap pasal pantai timur ni, memang banyak sentimen pasal emas di area ni, ada negeri mendakwa emas mereka lebih berkualiti dari negeri lain, opss? kualiti apa agaknya? emas 916 dimana-mana pun bermaksud 91.6% emas atau 22 karat, jika ditimbang menggunakan density meter, akan memberikan bacaan 22k, density meter ini standardize, sama sahaja di Kelantan ke, Kedah ke atau Sabah sekalipun. Cuma semangat kenegerian melebihi realiti dan tak salah untuk berbangga dengan kampung halaman, jadi biarlah ia kekal menjadi mitos!
Di kawasan yang lebih maju lebih ramai menggunakan mesin berbanding mengekalkan menggunakan kemahiran tangan, jadi yang sebetul-betulnya emas disana lebih baik dari kehalusan tetapi bukannya kualiti.
Sepanjang cuti raya cina ini, ofis kami tidak pernah tutup, kami kekal melayani pelanggan yang datang dan pergi ke tempat pelanggan untuk jual beli, yang sedikit menjadi kaget apabila turun kebawah melihat kedai-kedai lain ditutup dengan notis sehingga akhir Januari, hampir semua kedai dibahagian bawah tertutup rapat, jika kita orang melayu di kota, keadaan ini biasa dilihat ketika hari raya, semua rumah2 jiran tertutup rapat, tetapi time raya cina ni, kedai2 pula tertutup rapat. maksud saya sebenarnya, kita tidak ramai di kedai bawah????
Dikawasan sini, kebanyakan kedai-kedai bawah hanyalah bengkel2 kereta, saya melihat bisnes bengkel kereta ini sangat menguntungkan, kenapa tidak? bengkel2 kereta disini tumbuh semacam cendawan, lokasinya pula sebelah menyebelah saja, sewa kedai di bawah bukan murah, kurang-kurang 4-5 ribu sebulan.. tidak nampak pula, kedai mereka lengang setiap hari, ada saja kereta yang keluar dan masuk.
Pomen-pomen kita suka buka bengkel di kawasan terlindung, silap strategi rasanya, yelah, customer yang ramai ini yang bertudung, agaknya mereka takut nak ke bengkel-bengkel terlindung, jadi mereka pun pergilah kesitu. Customer bertudung ni kebanyakan banyak duit, jika suruh ditukar plug yang baru pakai sebulan pun, mereka akan tukar, janji kereta mereka tak ada masalah…
Ok berbalik kepada emas, yup harga emas sedang menaik, semalam indeks yang kami dapat adalah 6380 berbanding sebelum sebelum raya sekitar 6300-6330.
Akhir kata, selamat memandu pulang, dan Selamat Tahun Baru kepada yang menyambut raya cina, saksikan video Tarian Shuffle Harimau di Lot 10 beberapa hari sebelum raya cina 2012.