Skip to main content

Gold Backed Debit Card Kini Mula Dipertimbangkan di US

Shahrul April 13, 2026 4 min baca
Gold Backed Debit Card Kini Mula Dipertimbangkan di US

Beberapa hari lepas, satu laporan menarik muncul — beberapa negeri di Amerika Syarikat seperti Texas & Florida mula passing so-called transactional gold laws that would invite consumers to save and spend gold through their own accounts.

Lebih banyak negeri di US mula mengumpul emas fizikal secara agresif, dan dalam masa sama, menggalakkan penggunaan gold-backed debit card.

Ini bukan sekadar cerita “emas tengah naik harga”.

Ini cerita tentang cara guna duit mungkin berubah semula.


Apa yang berlaku sekarang agak pelik jika ikut logik biasa. Selama ini, kerajaan simpan emas sebagai reserve. Tapi dalam perkembangan terbaru, emas bukan sekadar disimpan — ia mula dipertimbangkan untuk digunakan dalam sistem pembayaran harian.

Ini bermaksud emas mungkin kembali berfungsi sebagai duit, tetapi bukan dalam bentuk lama.

Tapi dalam bentuk kad debit.


Konsep ini sebenarnya bukan baru, tapi sebelum ini ia tak praktikal. Masalah terbesar emas sentiasa sama — susah nak guna.

Nak beli kopi takkan nak potong jongkong.

Apa yang berubah hari ini ialah teknologi pembayaran. Dengan integrasi rangkaian seperti Visa dan Mastercard, sistem kini boleh convert emas kepada fiat secara automatik setiap kali transaksi berlaku. Pengguna hanya swipe kad, dan di belakang tabir, sebahagian kecil emas dalam akaun mereka dijual secara real-time.

Dari sudut pengguna, ia nampak seperti debit card biasa.

Tapi underlying dia berbeza sepenuhnya.


Dan ini selari dengan apa yang sedang berlaku secara global.

Central bank di seluruh dunia sudah lama mula membeli emas semula pada skala besar. Dalam masa yang sama, keyakinan terhadap mata wang fiat semakin dipersoalkan, terutama selepas beberapa tahun inflasi tinggi dan ketidaktentuan ekonomi.

Gold Backed debit card muncul tepat pada masa ini — bukan secara kebetulan.


Bagaimana pula dengan Malaysia?

Buat masa ini, ekosistem emas di Malaysia masih berada pada tahap simpanan. Platform seperti Public Gold dan MIGA sudah membuktikan bahawa permintaan untuk simpan emas memang wujud.

Tetapi satu perkara masih belum ada — kemampuan untuk terus menggunakan emas tanpa perlu jual manual.

Emas Lelong Murah Dari Platform

Itu gap yang belum diisi.

Dan berdasarkan apa yang berlaku di luar negara, gap ini mungkin tidak akan kosong lama.


Namun, realiti penggunaan masih ada limit.

Kos transaksi, spread harga emas, dan juga turun naik harga dalam jangka pendek menjadikan gold debit card bukan sesuatu yang sesuai untuk semua orang. Ia lebih sesuai sebagai alternatif — bukan pengganti penuh kepada akaun bank biasa.

Tambahan pula, regulation memainkan peranan besar. Dalam konteks Malaysia, apa-apa berkaitan sistem pembayaran akan melibatkan Bank Negara, dan ini biasanya mengambil masa sebelum sesuatu model baru boleh diluluskan sepenuhnya.


Melihat kepada trend semasa, kemungkinan besar Malaysia akan melihat versi awal produk ini dalam beberapa tbulan akan datang. Bukan secara besar-besaran, tetapi melalui rollout terhad atau pilot terlebih dahulu.

Dan jika ada satu nama yang patut diperhatikan sekarang, ia adalah Wahed.

Dengan kehadiran sedia ada dalam pasaran Malaysia dan fokus kepada patuh syariah, mereka berada dalam posisi yang agak strategik untuk membawa model ini masuk ke pasaran tempatan apabila tiba masanya.


Platform seperti Wahed mula menguji model gold-backed debit card dengan positioning yang lebih jelas: alternatif patuh syariah kepada sistem kewangan sedia ada. Ini penting kerana dalam konteks Muslim, emas bukan sekadar aset — ia mempunyai legitimasi sejarah sebagai medium pertukaran.

Jika model ini berjaya, ia bukan sekadar produk baru, tetapi mungkin membuka kategori baru dalam Islamic finance.


Buat masa ini, gold debit card masih berada di peringkat awal.

Tetapi arah dia sudah jelas.

Emas tidak lagi sekadar disimpan.

Ia sedang cuba kembali menjadi duit — kali ini dalam bentuk yang lebih sesuai dengan dunia digital.


Jika anda berminat untuk ikut perkembangan ini lebih awal, anda boleh mula dengan platform seperti Wahed.

👉 Daftar melalui referral Wahed di sini: [HARGAEMAS]

Dan bila kad ini akhirnya tersedia di Malaysia, kemungkinan besar ia tidak akan dibuka kepada semua orang sekaligus.

Ditulis oleh Shahrul

Penulis di HRGMS

Lihat Semua Artikel

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *