Emas putih merupakan emas yang telah mengalami proses pemutihan. Proses pemutihan tersebut dilakukan dengan melibatkan reaksi kimia dan juga perubahan struktur atom. Proses pemutihan atau dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai “bleaching” ini biasanya mencampurkannya dengan logam “Nikel” yang lebih murah dan hasilnya adalah adalahd hampir kepada platinum dari segi struktur, rupa dan ciri logamnya . Untuk maklumat anda, semua logam didunia ini berwarna putih kekelabuan kecuali emas dan tembaga.Sebab itu salah satu cara untuk menguji keaslian emas, anda hanya perlu toreh kepada batu hitam sahaja.
Emas putih ini sudah menjadi trend sejak tahun 1920-an lagi sebagai pengganti platinum, kerana harga platinum yang lebih mahal dan memerlukan suhu yang sangat tinggi untuk membentuk sebagai barang perhiasan. Dari segi ekonomi, penggunaan suhu yang tinggi ketika harga minyak dab gas yang melonjak naik seperti sekarang sangat merugikan.
Untuk perhiasan, tidak ada perhiasan yang menggunakan emas tuleni 24 karat kerana ia terlalu lembut. Kerana itu, dalam mengubah atau membentuk emas tulen menjadi emas perhiasan, emas akan dicampurkan dengan bahan logam lain untuk menguatkan strukturnya. Untuk kualiti, hasil emas putih biasanya sekitar 17 karat. Bila Anda lihat emas putih yang berkilat, biasanya perhiasan tersebut sudah ditambah lapisan rodium. Bahan rodium ini digunakan untuk disadurkan kepada emas putih, bukan emas tulen. Dan apabila usia suatu item emas meningkat, lapisan rodium ini biasanya akan mula menipis dan hilang. Emas putih ini perlu dijaga dengan baik, dan sentiasa perlu disadur untuk memastikannya terus berkilat.
Untuk harga emas putih, harganya biasanya lebih rendah sedikit berbanding emas kuning. Emas putih ini biasanya dijadikan perhiasan yang dijual beli di kedai-kedai emas sebagai cincin emas putih, kalung emas putih, gelang emas putih dan sebagainya. Dan perlu diketahui emas putih ini SANGAT tidak sesuai untuk dijadikan salah satu bentuk pelaburan kerana kualiti emasnya yang rendah, nilainya boleh jatuh sehingga 70% daripada nilai dibeli dan jarang ada pembeli membeli emas putih ia hanya sesuai dijadikan perhiasan, disimpan dan sebagai kenang-kenangan.
Tetapi jika anda ingin menjual emas putih, sila klik disini banner dibawah.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini
berapa harga secial platinum (9999) berbanding emas
Tuan, antara emas 750 & emas putih… yg mana satu lebih bernilai?