Skip to main content

Cubaan untuk menipu beli emas cek fraud

Shahrul February 13, 2011 2 min baca 6 komen
Cubaan untuk menipu beli emas cek fraud

Pada awal minggu lepas (2-2-2011) kami telah dihubungi oleh seseorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Mr.X, beliau amat berminat untuk membeli beberapa rantai emas 999 dan gold bar gcp dan request quotation. Setelah quotation dihantar, keesokan harinya, kami telah menerima panggilan pada sebelah petang memaklumkan semua jumlah amaun telah dimasukkan kedalam akaun kami dan meminta item dihantar segera. Dan seperti biasa kami memaklumkan item hanya boleh dihantar dalam tempoh masa 3-5 hari bergantung kepada avaibility.

Keesokkan harinya kami menghubungi pihak bank untuk mengesahkan cek telah dimasukkan, pegawai bank yang dihubungi, meminta kami datang ke home branch. Pegawai yang bertugas menunjukkan 4 keping cek yang dipalsukan dengan amaun dan signature yang meragukan. Pelanggan tersebut cuba menghubungi kami sekali lagi dan berjanji untuk membayar menggunakan bankdraft dan tunai, apabila kami menerima bankdraft dengan signature yang meragukan sekali lagi, kami tidak bertolak ansur dan telah melakukan laporan polis kepada pelanggan tersebut.

Kami tidak menghalang pelanggan untuk membayar menggunakan cek, kami boleh menerima semua bentuk pembayaran untuk sebarang tempahan, tetapi ia harus menunggu tempoh masa untuk cek ditunaikan dahulu. Kami tidaklah cuba untuk bertegas kepada pelanggan, jika hanya kesilapan pada cek, ia tiada masalah, tetapi jika cubaan untuk melakukan transaksi menggunakan fraud cek, ia sedikit sebanyak menjejaskan akaun kami di bank serta menjejaskan urusan pelanggan-pelanggan yang lain, buat masa ini, akaun kami di maybank dibekukan buat sementara kerana kemasukan cek palsu tersebut. Tetapi kepada pelanggan hargaemas yang telah melakukan transaksi, tempahan anda telah kami proses, melalui akaun cimb kami. Tiada masalah dan item anda akan dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan.

Tujuan entry ini ditulis untuk memberi amaran kepada agen2, dealer2 dan pemilik emas untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan fraud cek, jika anda menerima cek, bank draft (bukan tunai), ambil sedikit masa (1-2 hari) sehingga cek telah ditunaikan sebelum menyerahkan emas kepada pembeli. Bagi bayaran tunai, insyallah tiada masalah. Jalankanlah bisnes yang jujur dan straight forward, bagi hargaemas kami tidak ingin berurusan sekali sahaja dengan pelanggan kami, pelanggan yang setia adalah lebih baik dari jutaan wang ringgit dari kerja penipuan..wallahualam…

Ditulis oleh Shahrul

Penulis di HRGMS

Lihat Semua Artikel

6 responses to “Cubaan untuk menipu beli emas cek fraud”

  1. patutnya tak payah terima cek dengan jual beli emas nih… orang lain buat masalah … kita pulak jadi susah…

    mamat tu tak kena blacklist jugak ke?

  2. ASSALAMUALAIKUM…

    BARU2 NIH SAYA PUN ADA TERKENA PENIPUAN CEK NIH.. AKAUN SAYA DIBEKUKAN DAN AKHIRNYA DITUTUP, SY DALAM PROSES MENDAPATKAN PENGESAHAN.. MENURUT PEGAWAI BANK TU DIA CKP SAYA SUDAH DI BANNED.. GERAM BETOL… ORG LAIN YG TIPU SY YG KENA..

    PLS ADVICE SY..

    • @khairulnawawi, dah dapat settle belum akaun saudara, saya smpai sekarang kene banned dengan maybank, nak buka mana2 akaun pun x boleh, boleh x email cerita saudara kat saya shahrul.id(a)gmail.com, bagi nama no ic dan maklumat berkaitan, saya rasa nak tulis surat rasmi kepada maybank…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *