Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View CatalogKami tidak menghalang pelanggan untuk membayar menggunakan cek, kami boleh menerima semua bentuk pembayaran untuk sebarang tempahan, tetapi ia harus menunggu tempoh masa untuk cek ditunaikan dahulu. Kami tidaklah cuba untuk bertegas kepada pelanggan, jika hanya kesilapan pada cek, ia tiada masalah, tetapi jika cubaan untuk melakukan transaksi menggunakan fraud cek, ia sedikit sebanyak menjejaskan akaun kami di bank serta menjejaskan urusan pelanggan-pelanggan yang lain, buat masa ini, akaun kami di maybank dibekukan buat sementara kerana kemasukan cek palsu tersebut. Tetapi kepada pelanggan hargaemas yang telah melakukan transaksi, tempahan anda telah kami proses, melalui akaun cimb kami. Tiada masalah dan item anda akan dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan. Tujuan entry ini ditulis untuk memberi amaran kepada agen2, dealer2 dan pemilik emas untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan fraud cek, jika anda menerima cek, bank draft (bukan tunai), ambil sedikit masa (1-2 hari) sehingga cek telah ditunaikan sebelum menyerahkan emas kepada pembeli. Bagi bayaran tunai, insyallah tiada masalah. Jalankanlah bisnes yang jujur dan straight forward, bagi hargaemas kami tidak ingin berurusan sekali sahaja dengan pelanggan kami, pelanggan yang setia adalah lebih baik dari jutaan wang ringgit dari kerja penipuan..wallahualam…