Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View CatalogKami tidak menghalang pelanggan untuk membayar menggunakan cek, kami boleh menerima semua bentuk pembayaran untuk sebarang tempahan, tetapi ia harus menunggu tempoh masa untuk cek ditunaikan dahulu. Kami tidaklah cuba untuk bertegas kepada pelanggan, jika hanya kesilapan pada cek, ia tiada masalah, tetapi jika cubaan untuk melakukan transaksi menggunakan fraud cek, ia sedikit sebanyak menjejaskan akaun kami di bank serta menjejaskan urusan pelanggan-pelanggan yang lain, buat masa ini, akaun kami di maybank dibekukan buat sementara kerana kemasukan cek palsu tersebut. Tetapi kepada pelanggan hargaemas yang telah melakukan transaksi, tempahan anda telah kami proses, melalui akaun cimb kami. Tiada masalah dan item anda akan dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan. Tujuan entry ini ditulis untuk memberi amaran kepada agen2, dealer2 dan pemilik emas untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan fraud cek, jika anda menerima cek, bank draft (bukan tunai), ambil sedikit masa (1-2 hari) sehingga cek telah ditunaikan sebelum menyerahkan emas kepada pembeli. Bagi bayaran tunai, insyallah tiada masalah. Jalankanlah bisnes yang jujur dan straight forward, bagi hargaemas kami tidak ingin berurusan sekali sahaja dengan pelanggan kami, pelanggan yang setia adalah lebih baik dari jutaan wang ringgit dari kerja penipuan..wallahualam…
abdfatah says:
patutnya tak payah terima cek dengan jual beli emas nih… orang lain buat masalah … kita pulak jadi susah…
mamat tu tak kena blacklist jugak ke?
admin says:
x, bank x buat siasatan pun, terus je blacklist… saya buat report polis pun, bank senyap je,
khairulnawawi says:
saya belum setle.. wat masa nih saya pun kene banned.. xblh buka akaun dgn maybank..
khairulnawawi says:
ASSALAMUALAIKUM…
BARU2 NIH SAYA PUN ADA TERKENA PENIPUAN CEK NIH.. AKAUN SAYA DIBEKUKAN DAN AKHIRNYA DITUTUP, SY DALAM PROSES MENDAPATKAN PENGESAHAN.. MENURUT PEGAWAI BANK TU DIA CKP SAYA SUDAH DI BANNED.. GERAM BETOL… ORG LAIN YG TIPU SY YG KENA..
PLS ADVICE SY..
admin says:
saya kena blacklist terus dari maybank, x dapat buka lagi akaun maybank dimana-mana pun
admin says:
@khairulnawawi, dah dapat settle belum akaun saudara, saya smpai sekarang kene banned dengan maybank, nak buka mana2 akaun pun x boleh, boleh x email cerita saudara kat saya shahrul.id(a)gmail.com, bagi nama no ic dan maklumat berkaitan, saya rasa nak tulis surat rasmi kepada maybank…