Cara menguji ketulenan emas

Beberapa hari lepas, saya ada menerima comment dari visitor berkenaan cara paling mudah menguji ketulenan emas kerana beliau risau jika membeli item bukan emas di kedai emas tertentu, saya telah meletakkan soalan beliau dan jawapan didalam forum hargaemas, bagaimanapun ada baiknya jika saya meletakkan didalam laman page ini sendiri. berikut adalah beberapa pembincangan saya

goldanddiamonds_03

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Link forum : https://hargaemas.com.my/discuss/index.php/topic,4.0.html (jika anda mempunyai maklumat lain sila kongsi ye, no registration untuk berforum)

claudia
October 21st, 2009 at 8:49 am

Nak tanya saya bminat nk tapi saya kadang-kadang ragu dgn sesetengah kdai kcl yg menyatakan menjual cincin @ barangan emas putih…boleh bagi saya tunjuk ajar mengetahui rupa emas putih sebenar
Link: http://www.hafizjewel.com/koleksi/emas-putih/set-barang-kemas-ep49/#comment-1483

Pertamanya claudia, jika anda membeli emas putih pada mana2 kedai emas, pastikan anda mendapat resit dan surat emas, jika anda khuatir dan perlukan pengesahan, cuba anda ke kedai2 emas lain dan suruh mereka uji, jika item yang anda beli bukan emas seperti dinyatakan didalam surat emas, laporkan kepada polis dengan segera.

berkenaan emas putih ada beberapa cara untuk anda memastikan ketulenan emas putih. (berikut hanyalah beberapa langkah untuk menilai ketulenan emas, tetapi ia tidak semestinya tepat, cara terbaik, bawa sendiri item tersebut ke mana-mana kedai emas untuk pengesahan)

1. emas putih kebiasaannya mempunyai dua kualiti yang dicop pada setiap item iaitu 750 atau 375, paling penting untuk customer memastikan cop2 tersebut terukit samada pada belah dalam, kancing atau daun.

2. toreh sedikit bucu item emas putih pada batu hitam (contoh batu asah), emas putih sepatutnya keluar warna kuning keemasan, bukan putih.

Sekali lagi diingatkan supaya bawa item tersebut ke kedai emas, untuk pengesahan. Berikut cara standard didalam ujian penulenan emas. (bergantung kepada pengalaman)

3. lalukan (HCL) hydrochloric acid, pada torehan emas putih (pada batu hitam) tersebut, jika hilang ia bukan emas.

4. Lalukan (NaOH) pada torehan emas putih (pada batu hitam), untuk mengetahui kualitinya.

ajampeace : Salam..setahu saya untuk uji emas tu, kita gigit emas tu..hehehe..betulka tu aaa???

cara gigit emas? heee, emas itu mcm mana pun dalam keadaan suhu bilik ia tetap dalam keadaan pejal (logam) susah untuk agak, kecuali anda betul2 biasa dengan emas. Itupun jika ia emas 999 dimana hampir 100% kandungannya adalah emas (betul emas mmg dianggap logam yang lembut)

tetapi apabila emas itu dikeraskan untuk dibentuk (dicorakkan) ia perlu diubah kualiti seperti 916, 835 ataupun 750, maka sifat lembut emas 999 hampir hilang. maka susah nak agak kalau gigit.

selain gigit, antara cara yang boleh dikatakan agak mitos sedikit adalah seperti

1. asahkan emas pada seluar anda (cth seluar jean) beberapa kali dan cuba hidu, sifat emas, ia tidak mempunyai bau, jika bukan emas, akan berbau seperti besi

2. ketukkan emas pada lantai simen, emas mempunyai bunyi yang lebih padat berbanding logam2 lain, untuk bezakan bunyi logam emas dengan logam lain, bandingkan dengan wang syiling atau apa saja logam yang mudah diketuk (tukul?? heee)

3. Emas mudah dilenturkan, jika anda tidak sayang item tersebut dan betul ingin mengujinya, guna kekuatan anda dengan kekuatan beberapa kPA dan pintal item tersebut, jika mudah ia mungkin emas, jika bukan.. besi la itu agaknya..

diatas adalah beberapa mitos atau cara, tetapi ia tidak semestinya tepat, cara terbaik ialah pergi ke kedai emas yang dipercayai, dan biarkan mereka mengujinya menggunakan asid ataupun timbangan air..

saya ada melihat beberapa gold tester di ebay, mungkin anda berminat untuk membelinya, mudah sahaja, semudah menggunakan kertas litmus..

apa pendapat anda? adakah info ini membantu

89 thoughts on “Cara menguji ketulenan emas

  1. salam..bagaimana hendak mengetahui emas tulen.?
    saya mempunyai tiga keping emas,penah saya pergi menguji di kedai emas,koperasi tentera dan bank rakyat setelah menguji keputusan nya,didapati emas pior.setelah bertanya untuk dijual pihak berkenaan tidak dapat memletak harga.adakah emas ini sangat mahal ataupun memang tidak boleh dijual..??hairen saya.

  2. salam..saya ada menjumpai ketulan batu yg mana pada batu tersebut ada terlekat mineral galian seperti emas.di jumpai semasa meratakan sebuah bukit kedalaman lhh kurang 10~20 meter dalam tanah..sy dah uji di kdai emas melalui batu hitam gosok dan titis asid..mineral tu keluarkan hablur berwarna hijau..adakah itu kandungan emas..cina kat kdai tu ckp bukan tapi die sibok bertanta dapat kat mane pulak hampeh..

  3. salam sya nk tanya bru nie sya telah membeli gelang emas suasa dia kte emas muda nie takkn luntur smpai bila2 tpi mcm mna kte nk pastikn dia tulen emas suasa ke tak dia dah bakar gelang nie di depn sya tpi tkde ape yg berubah adakah itu tulen.

  4. slm. suami sy ada bantu 1 pkcik di sabah. ketika suami nk blk ke KL, pkcik tu bg 1 bgkusan hadiah dlm kotak. berat. sbb risau ttinggl flight, suami tk smpat cek apa dlm bgkusan kotak tu. dh smpai kt umh br buka. rupanya ketul jongkong emas. ada cop 999.9 GOLD. berat 2kg.betul ke ini emas? sy bminat nk beli asid utk test ketulinan emas. blh sy beli dr tuan asid ni? sayang nk jual emas ni. jd suami bw ke ar-rahnu. tp tk diterima sbb tkde cop bank negara/swiss. sy dr kajang.

    1. salam akak,

      sekiranya betul barang tu berharga….. tahniah
      di agro bank ada disediakan peti simpanan peribadi… chargenya pun murah kurang dari rm 100/thn…
      kalau sayalah, elok disimpan sahaja brg tu… utk jaminan masa depan anak2…
      lagipun harga emas akan naik 500% slps 3 thn…
      tu mengikut tinjauan saya…
      lg satu, dlm al-quran pun ade sebut pasal emas ni, jd mmg bentuk pelaburan yg terjamin…..
      TAPI jangan lupa utk keluarkan zakat…

    2. Hati2 byk penipuan sekarang ..if u rase itu emas amik pemotong try potong jongkong tu if dpt potong bukan emas la tu ..koz i pon ade yg 5kg but its fake …beli kat indonesia ..berlambak

  5. Sy br beli sebentuk cincin platinum…bile tnye seller dia ckp tu cincin platinum…tp dh balik rmh br prasan dlm resit tulis ‘cincin emas dgn platinum’ soalan sy bolekah emas dan platinum brcampur? Sy mmg xnk cincin emas…sy nk cincin yg 100% platinum…ada pendapat?

    1. agree, tp penggunaan asid memadai untuk urusniaga biasa, senang dan ekonomik berbanding menggunakan timbangan air (kos tinggi), penggunaan asid telah lama digunapakai sejak zaman firaun di mesir lagi.

  6. Saya keliru antara emas putih dan platinum..? apa kelebihan platinum berbanding emas putih.. mana yang lebih mahal? Saya ada beli sebentuk cincin platinum untuk suami saya, tapi dia pakai tak sampai setahun, cincin tersebut jadi kehitaman dan nampak kotor? saya beli cincin tersebut dengan harga rm700. jadi saya jadi keliru, adakah saya telah ditipu?

  7. salam, my sis ade bg gelang emas yg dia beli smasa brkhwin di jordan x lma dulu. sy lihat emas jrdan dgn emas malaysia amat berbeza. sy nk tau skiranya kalau sy hndak tolak gelang tu ade ke kedai emas yg nk ambik? di gelang tu ade cop hlmark nya “21K”.. sy dah wat test kt btu asah dan mang ade jlur srbuk emas tp x da pulak acid nk test hlang x hlang bnda tu. pihak tuan ade x buat test emas? lkasi sy skrang di pahang. trimas.

    1. saya belajar di jordan dulu … emas kat sana murah… ada yang beli borong sebelum balik malaysia… tak yah juallah emas tu.. kan hadiah tu, elok simpan je… duit habis tp emas kekal, kasih abadi

  8. Salam,
    Sy ade terjumpa dgn seutas gelang kaki tp agak buruk n khitaman.mcmane nk tentukn ianya emas atau bukan.thanks.

    1. emas 999.9 bermaksud emas 24k, iaitu kualiti emas paling tinggi, emas 995 biasa dikenali sebagai emas tarik, jika diuji menggunakan densitimetre bacaan yang diperolehi adalah 23k

  9. saya baru terjumpa seutas gelang.. tapi x tau emas kuningatau bukan… bila tanya pada kengkawan semua kata macam emas.. pada gelang tidak ada sebarang cop.. adakah cara untk menganalnyer..berat 29gram

  10. salam saudara…kawan saya ada platinium 9999 JM London beserta sijil harta peninggalan bapa dia….saya nak tanya apa beza platinium dengan platinum?…bolehkah platinium di uji sama dengan emas?…bagaimana hendak menguji platinium…harap saudara boleh bantu….sekian

  11. salam, sy nk tnya cincin sy patah bru 2bulan memakai, knapa ya? krana emasnya @ ada sbb lain? terbelah dua & msih boleh d pakai.
    ada cara tak nk baiki?
    selalunya brapa lama?

  12. kat mane kite bleh dapat asid tu ye, bleh admin syorkan kedai yag jual x,..saye dah untu search kat internet,..blurRR

  13. salam…
    1. sy berminat dengan emas putih…mmg agak mahal. Suami juga menyokong saya dengan membeli beberapa barangan kemas emas putih sepanjang perkahwinan kami. Sy pernah mendengar emas putih sekiranya dijual tiada harga..benarkah begitu? mengapa emas putih lebih mahal dari emas kuning kalau dibeli tapi lebih murah kalau dijual?
    2. Baru2 ini rakan suami telah memperkenalkan pelaburan emas fizikal public gold. Sampai hari ini kami tiada kata putus untuk membeli emas tersebut sebab ragu2 tentang pelaburan tersebut dan takut tertipu. Pada pendapat tuan yang mana lebih menguntungkan melabur membeli emas fizikal atau ASB…tolong explain?

    1. Assalamualaikum….saya nak tahu harga pasaran emas putih atau platinium.setakat ini ada kawan nak suruh saya jual plattinium gold bar 9999.9 original.tahun 1964 London.ada pasaran ke?

  14. assalamualaikum, saya nk tanya.. saya ada sebentuk cincin berlian white gold berat 1.6 gram , stone weight ( RD 18 -0.27 RD 1 -0.05) yang saya x pakai lagi, so bole x nk jual?? valuable ke?? thanks..

  15. nak tanya dgn tuan.. benarkah gold whole seller dmalaysia ni kalau diaorang beli emas dia beli pada harag diskaun 30% dari harga pasaran??

    KAlau benar dimana rasionalnya atau dengan siapa(badan yg memantau persatuan emas) nak saya buat rujukan.

    sekian terima kasih

  16. kenapa kalu emas yg kita cuci balik kt kedai emas (konon2 nk nampak kilat cam baru beli) mst hasilnyer emas kita yg tebal tadi jd nipis huhuhu… dh jd susut nilai pulak. sejak dari tu sy dh xberani lg nk cuci kt kedai sgt mengecewakan..

    1. Mmg la mcm tu da masuk
      Asid balik ..bukan main rndam ngan emas n..ingat cuci gune sabun ke? hahahhaaxpyh cuci la kalo xnk .senang …

      1. xpayah nak menipu la…celup emas berapa second je..mcm mana boleh kurang, ko ni mungkin salah sorg penipu celup emas, celah mana berkurang berat emas, padahal celup dlm larutan emas spatutnya berat lagi naik laa (klu guna NANOgram) …

    2. U ni peniaga emas ke pembuat emas ..pelik bgab jawapan tokeu blog ni …jawapan pon cam
      Bodoh je ..baru beniaga ke ? Report polis ..hahaha ..weh ko pegi join la persatuan peniaga emas mmg ko kene bambu la

  17. Salam, sy nk tya…kalu setiap emas yg dh ada cop 916,750, 585 atau apa2 nombor la, itu mmg dh betul2 sahih ke ketulinan emasnyer? ada kemungkinan tipu x? sy bkn taw pun emas tu tulen ke x sbb kalu beli pun berpandukan cop ada ada pd amas tu jer. 1 lg, sy nk taw emas 585 tu ada nilai ke kalu jual balik, ini emas paun ke? utk emas 750 tu pulak cara kiraan nyer macamnana dan berapa rm segram? sy tahu kiraan emas 916 jer (segrm x brat + upah)upah tu kdg2 mhl sgt kedai letak mmg camtu ke?.

    1. Ko
      Keje nk upah kan ? Bistu tukang emas tu xpyh byr upah kat diorang ke ? Soalab agaj bangang ko ni..muke
      Ko ni sah2 seswi pakai yg tiruan je :) cerewet nk manpus

  18. saya ada jumpa ketulan kuning bercampur batu hitam dari dalam tanah…saya nak tanya mcm mana nak pastikan yang barang itu emas atau bukan…dah cuba pakai magnet tak lekat…ada cara lain yang mudah tak…tolong en.admin nak pakai asid ..saya tak pandai

    1. Tu kan baru menipu klakar ..jgn percaya la ngan tokei blog ni aku tgk jwpan pon cam bodoh je ..pandai ke x meniaga mas ni

  19. Assalamuallaikum,

    Saya mencari pelabur yang sanggup untuk membeli emas mentah yang bercampur perak seperti batu galena.

    Sekira berminat saya sanggup menguruskan sebagai orang tengah no hpone saya 017383****

  20. As salam,

    Tuan, kalau gangsa tulen ada harga tak di pasaran? kalau boleh dijual dimanakah tempat yang paling sesuai untuk saya pergi dan berapakah harga segram?

    terima kasih

  21. Salam w.b.t. Aku nak tau la tn admin, betol ke lau jual WG 750 xberbaloi psl pembeli amek reger rendah banding dgn reger emas.?

  22. Salam..Saya mempunyai Sebuah Arca yg dijumpai disalah sebuah tempat bersejarah dgn Kerajaan Kesultanan Negeri Perak, berbentuk seekor burung helang emas lama ( 835 ) & bertahtah dgn Sebutir Batu Zamrud ( Besar )berukuran 24 cm ukurlilit, 351 butir berlian dibawah sayap & sepasang Batu Delima Red Shappire pada mata arca burung helang tersebut.Berat keseluruhan dlm 6 kilo..Berapa anggaran harganya mengikut pendapat tuan ? Saya telah rujuk kpd beberapa pihak termasuk Habib Jewels, Kedai Emas, Jab Geo Sains & Mineral, Pihak luar negara dari Singapura, Jepun & Taiwan ! Nilai & Harga sangat berbeza diantara satu sama lain..

  23. Salam..Nak ty pasal platinum brand J.M tapal kuda berat 36 ounces..ada idea nak jual kepada sape??nak cari pembeli yang bleh ambik platinum nie..komen skit,bleh??tq

  24. Hi, saya ada rantai emas platinum suami saya yang sudah 10 tahun lebih. Sekarang saya nak jual rantai itu karna suami saya tidak mau pakai lagi.
    Boleh tanya dimana saya dapat jual rantai itu? saya dah cuba jual toko emas Kuching tidak ada yang mau membeli emas putih platinum.

  25. sy ada loket gantung di baju keseluruhan medal bersalutkan emas ukiran depan Raja Thailand dan dibelekang ukiran buddha (monk) pinnya tertulis emas 916 dan yang lainnya saya kurang pasti. Bagaimana untuk mengesahkan samada emas atau bukan dan apakah laku untuk dijual? dan berapakah nailainya?

  26. tuan, saye ni nak tanye sebenarye emas 858 berasal dari mane?….. soal ny saye tu pernah dengar orang cakap die bilang berasal dari negara malaisiya ape betul?………

  27. Tuan, di mana kita boleh beli emas yang ikut harga semasa seperti dalam kitco.com tu? Klu beli Maybank/Publi dsbnya..harga lain!

  28. askm,

    tumpang tanye..saya nk bli brg emas guna kad kredit..lps tu nk jual semula sbb nk guna duit.boleh jual emas tu kt awk ke?

    thanks

  29. Salam,
    Saya nak tanyer, kalu emas yg kita dulang sendiri termasuk kumpulan emas apa ye, dan berapa harganye? kat mana bole jual emas yg serbuk mcmnie.
    Terima kasih atas perhatian saudara.

  30. o yeke..jadi brape minimun untuk beli emas sebenarnye??..saya baru bekerja..jadi rm3000 pn sudah agak banyak bagi saya..jadi ape yang Encik boleh syorkan??..ade terdapat di pasaran rantai emas 999?

  31. saya nak beli mas untuk melabur..kalu bajet dalam rm2000-rm3000,berbaloi tak untuk beli rantai emas n simpan..pastu bile harga da naek banyak saya jual..boleh ke macam tu?

  32. salam
    saya ada membeli cincin emas 835, permata berlian tulen. haeganya sepatutnya berapa agak2? sebutir permata 0.28ct.. saya takot harga yang saya beli terlalu mahal.

  33. Salam,,,

    saya nak bertanya adakah pihak Tuan/Puan sanggup membeli emas yg berupa patung naga. Utk makluman pihak Tuan/Puan, emas nya hanyalah sekadar 70 to 80% sahaja dan baki nya lagi gangsa (Campuran emas & gangsa).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More