KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini
Public gold sedang mengadakan promosi bulan April untuk pembelian 2 jongkong silver PG yang beratnya 1kg setiap satu, setiap pembelian 2 jongkong silver ini akan mendapat RM100 baucar. Promosi ini berjalan bermula 1 April 2012 sehingga 31 April 2012, Jika dikira hari ini, 1kg jongkong PG berharga sekitar RM 4,076.00 dan harga jual RM 3,587.00. Saya ambil sedikit masa anda untuk bandingkan bagaimana perbezaan kenaikan harga emas dan silver sepanjang 5 tahun terakhir.
Jika dibandingkan kedua-dua bentuk pelaburan ini, kedua-duanya sesuai untuk pelaburan jangka panjang 3-5 tahun dan keatas, manakala untuk pelaburan jangka pendek dan sederhan, Silver mengatasi emas, contoh kenaikan harga silver dalam masa 2 tahun mencatat kenaikan sebanyak 83% berbanding emas hanya sekitar 47%, bagaimanapun dalam masa setahun, kenaikan harga silver adalah negatif berbanding emas. Dari segi volatility, harga silver lebih cepat berubah turun dan naik berbanding emas, pada pendapat saya pelaburan silver sesuai untuk aggresif investor, yang ingin mendapat pulangan tinggi dalam masa yang singkat.