Hukum trade in emas mengikut islam

images

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Rasulullah S.A.W pernah menyatakan dalam sabda baginda bermaksud begini:

“Enam perkara yang perlukan urusan serah dan terima berlaku serentak (dalam satu masa) dan dalam timbangan yang sama berat adalah yang melibatkan penukaran (spt sistem barter):

1. Emas dengan emas
2. Perak dengan perak
3. Tamar dengan tamar
4. Barli dengan barli
5. Garam dengan garam
6. Gandum dengan gandum”

Selain dari 6 perkara yang dinyatakan di atas, pertukaran untuk barang yang tidak sama (contoh: emas dengan perak, emas dengan wang), urusan serah dan terima perlu berlaku dalam satu masa.

Ustaz turut menyatakan bahawa fatwa antarabangsa menyetujui bahawa dalam kehidupan hari ini, duit ringgit (matawang) boleh diibaratkan seperti emas. Wallahua’lam.

Berdasarkan sabda di atas, 4 mazhab utama telah sepakat dalam hukum pembelian emas secara bertangguh. Keempat-keempat mazhab menyatakan bahawa emas tidak boleh dibeli secara bertangguh/ansuran. Urusan jual beli emas adalah secara tunai sahaja (cash and carry). Emas perlu diserahkan kepada pembeli setelah bayaran penuh diterima.

Apakah hukum ‘trade-in’ emas lama kepada emas rekaan baru?
Menjawab persoalan ‘trade-in’ emas lama dan tukar kepada emas baru, jatuh hukum riba dalam kes ini. ini kerana sesetengah emas lama yang di ‘trade-in’ adalah sama berat dengan emas baru yang diingini oleh pembeli tetapi pembeli tetap perlu tambahkan bayaran untuk emas rekaan baru tersebut. Jadi, wang tambahan di sini termasuk dalam wang riba.

Cara untuk mengelakkan terjadinya riba di sini adalah dengan melakukan dua urusniaga. Pertama, jual dahulu emas lama. Selesaikan dahulu urusan jual beli nya. Kemudian barulah melakukan jual beli untuk emas baru.

Perkara ini turut disentuh dalam UZAR dalam laman blog beliau. Beliau memberikan ulasan lebih terperinci berserta rujukan di sini.

Pengambilan untung dari turun naik harga emas/mata wang?
Kalau beli emas untuk simpanan jangka panjang, hukumnya harus.
Tapi kalo beli emas dan selalu jual-beli disebabkan spekulasi utk dptkan untung, takut2 jatuh hukum judi.
(Seseorang pernah bagi pendapat beliau mengenai jual beli saham. Beliau pernah ‘gila’ main saham masa muda-muda dulu. Bila ada khabar mengatakan harga saham akan naik, cepat-cepat jual saham. Bila ada saham baru keluar dan dikatakan akan ‘boom’, beliau pasti beli. Tapi sekarang, beliau merasakan ia seperti judi, jual-beli saham kerana ada ramalan mengenai turun-naik saham tersebut. – ia cuma pendapat peribadi beliau yang kebetulan sama dengan perkara yang dibincangkan ustaz. Saya rasa isu ini perlu kupasan lanjut mengenai had yang dibolehkan untuk dapatkan untung dari jual-beli emas. Maklumlah, sekarang ni topik “Kaya melalui jual-beli emas” tengah ‘hot’ .)

Ini sahaja yang mampu saya catatkan mengikut pemahaman saya daripada apa yang diterangkan sepanjang siaran tersebut. Mungkin orang lain punya ‘argument’ tersendiri terutama mengenai persoalan terakhir mengenai jual beli saham/emas. Wallahu’alam.

sumber dari: http://masalifah.blogspot.com/2010/02/trade-in-emas-termasuk-dalam-riba.html

2 thoughts on “Hukum trade in emas mengikut islam

  1. syarat paling utama jual beli emas ni mesti cash and carry dan tidak boleh ade penangguhan.
    so apakah maksud bayaran deposit dalam urusan jual beli emas yg dilaksanakan Hargaemas ni?

    1. Konsep deposit ini cuma locking harga, apabila emas sampai, baru tuan jelas semua pembayaran secara tunai. Ini tidak menyalahi mana2 hukum dan ini bukan penangguhan, sila refer kepada pihak yang lebih arif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro