Jenis emas, kualiti dan karat

Saya terpanggil untuk menjawab soalan mell dichat box kami berkenaan kualiti emas seperti 24k, 22k. Apa maksud 24K, Karat, dan 22K. Adakah 22K adalah 916. Baik saya mulakan dengan terangkan sedikit berkenaan karat. Perkataan karat diambil dari perkataan Latin iaitu kerátion (??????o?), atau dari perkataan Arab q?r?? (?????) dan juga dari perkataan Itali carato, yang bermaksud Biji Kacang Carob, Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana2 berat standard digunakan, orang-orang tua kita menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau dimana ia tumbuh) sebagai timbangan berat. Mengikut persamaan , 1 karat adalah bersamaan dengan 24 (berat emas)/(berat total item).
Contoh Kacang Carob, saya tak jumpa nama melayu untuk kacang ini, mungkin sebab tidak tumbuh di negara kita.
Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain biasanya Silver (perak) untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibuat bentuk seperti cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik
Tahukah anda, 1gms emas dapat ditempa menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi
Selain emas 24karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan adalah 22K, 18K dan 14K, berikut adalah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya. Continue reading

Beli jongkong emas 999 bawah harga pasaran (closed)

Salam sejahtera buat pelawat harga emas, sedikit maklumat untuk saya kongsi, bagi mereka yang berminat untuk membeli atau menyimpan emas 999 gold bar (terpakai) saya ada beberapa list customer untuk anda boleh berurusan, Harga paling rendah buat masa ini adalah RM130.00/gms untuk hari ini (17.06.10), (Harga emas 999 semasa RM151/gms jadi anda jimat RM21/gms jika membeli dengan pemilik emas disini) jika anda berminat untuk membeli emas 999 terpakai, boleh hubungi saya seperti nombor diatas, dan saya akan arangekan appointment antara anda (pembeli) dan owner gold bar berikut.
Hanya gold bar dari Pamp Suisse, Public Gold, Poh Kong, OUB beserta cert sahaja sah diniagakan disini
Antara senarai yang kami ada. Continue reading

Harga Emas mencapai rekod baru! Perak pun naik

Uh oh.
Gold hit all-time high yesterday’s trading! It hit new record of US$1242.70 an ounce (oz). And Silver is at its highest in two-years! Naik ke lebih kurang US$19.50 per oz.
Harga Emas di pasaran dunia – yang naik SETIAP TAHUN, DALAM 10 TAHUN TERAKHIR INI – dijangka kini untuk terus melonjak. Dan harga Perak, the poor man’s Gold, akan terus jadi pak turut naik juga. (Apabila orang kata harga Precious Metals ni naik ke harga itu, yang dimaksudkan ialah Pure Gold and Pure Silver. (Iaitu 24k Gold, bukan 22k Gold yang dipakai datin. Tapi jika pure gold naik, tentunya 22k gold pun naik sama). Dalam pasaran antarabangsa, harga Precious Metals diukur dalam ounce, oz. Ini ukuran lama, tapi masih terus digunakan secara meluas di pasaran precious metals Amerika.
Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

Jika nak ikuti pasaran Precious Metals ni, antara yang selalu saya baca ialah sini dan sini. Juga sini. Awas! Jangan pula kamu percaya semua yang kamu baca di sini, sebab ada laporan ditulis oleh syarikat/orang yang MENJUAL emas dan saham emas, dan precious metals yang lain. Kita baca nak dapatkan info bukan termakan umpan. Pasaran emas terbesar ialah yang didagangkan di CME. Dulu namanya Chicago Mercantile Exchange, bursa paling besar di dunia menjual macam-macam futures contract. Kini dah jadi CME Group; bursa saham KL pun ada talian dengan mereka. Yang dijual di Chicago ni, pasaran hadapan (futures market) macam-macam – termasuk pork bellies (perut khinzir), rough rice (beras kasar), live cattle (lembu hidup), sawit dan butter. Lihat di sini.
Balik ke cerita emas.
Continue reading

Jongkong emas di Utara

Saya ada 5 ketul jongkong emas dengan berat 50gms setiap satu, saya nak jual pada harga rm129/gms jika ada sesiapa nak beli boleh hubungi saya. Hanya wang tunai diterima. Untuk mereka yang ingin melabur didalam emas, boleh beli pada harga tersebut. harga semasa 999 gold bar ialah RM152/gms, jimat RM23/gms

Trend harga emas menurun Raya Cina

images (1)
Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

Beberapa hari lagi, sambutan Hari Raya Cina bakal disambut di Malaysia, seperti trend tahun-tahun yang lalu, harga emas Malaysia mula mengalami penurunan sehingga index terkini iaitu 4490 (9Feb10), selepas sambutan raya cina dijangkakan harga emas akan kembali naik. Index emas Malaysia kemungkinan akan ditutup selama seminggu, bagi pengusaha emas kecilan, modal jual beli emas mungkin sukar untuk transaksi berikutan tauke utama menghentikan aliran masuk tunai selama seminggu , kemungkinan selepas index emas dibuka, index akan melonjak naik, itu anggaran pihak kami. Walaupun begitu, kemungkinan harga emas jatuh tetap anda. Pilihan ditangan anda, samada anda mengikat harga sebelum cuti perayaan atau mengikut harga index emas selepas index dibuka kembali. Selamat tahun baru cina, hati2 memandu dari kami. Terima kasih.

Harga emas semasa mulai jatuh

images (3)
Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

Harga emas di Pasaran mulai jatuh sejak beberapa hari yang lalu, kejatuhan ini adalah yang terbesar dalam tempoh masa 20 bulan ini. Kejatuhan harga emas ini dikatakan berkait dengan peningkatan nilai dollar didalam pasaran dunia dan wujudnya kemungkinan China tidak akan membeli emas didalam simpanan IMF seperti dilakukan India beberapa bulan lalu yang menyaksikan harga emas dunia melambung tinggi. Apa pun, emas tetap sesuai untuk pelaburan jangka panjang.

Harga emas semasa naik

Harga emas melonjak naik semalam 4/11/2009 setelah pengumuman IMF akan menjual emas secara besar-besaran kepada India (200 Tonnes ), pada harga bruto 1045 dollar per ounce lebih kurang (~RM114.23/gms,999). Harga emas dijangka naik kerana wujudnya permintaan lebihan emas dari IMF oleh China, Russia dan negara teluk yang mungkin akan menggunakan emas sebagai transaksi perdagangan minyak sebagai diverkasi selain dari penggunaan matawang dollar. Untung dan rugi warga Malaysia 1. Kenaikan harga emas ini sedikit sebanyak dapat membantu pelabur di syarikat tertentu yang kini menjadi koperasi bagi mengurangkan kerugian yang ditanggung akibat kemelut syarikat yang dibekukan oleh bank negara. 2. Pertambahan bajet bagi pemuda pemudi yang akan melansungkan perkahwinan pada November atau Disember Tahun ini, sebelum ini harga emas 916 dipasaran lebih kurang RM124/gms kini menjadi RM134/gms, naik sebanyak RM10/gms, suatu jumlah yang agak besar. 3. Baru sahaja kita mengalami kenaikan harga minyak (RON95) sekarang harga emas pula naik, nasihat saya, melaburlah didalam emas 999, yang lebih kukuh, jika anda masih menyimpan emas 916, 835, 750 yang tidak dipakai, elok sahaja trade in kepada emas 999, pergi kesini untuk trade in.
TRADE IN EMAS KEPADA 999
4. Nilai wang kertas semakin susut, ada apa dengan RM1o sekarang berbanding RM10 sepuluh tahun yang lalu, tetapi tetap ada apa 10gms emas sekarang berbanding 10gms emas sepuluh tahun yang lalu. fahamkah anda? pelaburan amanah saham dengan kenaikan 8% setahun tetap tidak dapat membendung inflasi yang semakin naik (6%) beberapa tahun yang lepas, tahun ini mungkin meningkat lagi. (8% – 6%= “2%”),.

Cara menguji ketulenan emas

Beberapa hari lepas, saya ada menerima comment dari visitor berkenaan cara paling mudah menguji ketulenan emas kerana beliau risau jika membeli item bukan emas di kedai emas tertentu, saya telah meletakkan soalan beliau dan jawapan didalam forum hargaemas, bagaimanapun ada baiknya jika saya meletakkan didalam laman page ini sendiri. berikut adalah beberapa pembincangan saya goldanddiamonds_03
Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

Link forum : https://www.hargaemas.com.my/discuss/index.php/topic,4.0.html (jika anda mempunyai maklumat lain sila kongsi ye, no registration untuk berforum)
claudia October 21st, 2009 at 8:49 am Nak tanya saya bminat nk tapi saya kadang-kadang ragu dgn sesetengah kdai kcl yg menyatakan menjual cincin @ barangan emas putih…boleh bagi saya tunjuk ajar mengetahui rupa emas putih sebenar Link: http://www.hafizjewel.com/koleksi/emas-putih/set-barang-kemas-ep49/#comment-1483
Pertamanya claudia, jika anda membeli emas putih pada mana2 kedai emas, pastikan anda mendapat resit dan surat emas, jika anda khuatir dan perlukan pengesahan, cuba anda ke kedai2 emas lain dan suruh mereka uji, jika item yang anda beli bukan emas seperti dinyatakan didalam surat emas, laporkan kepada polis dengan segera. berkenaan emas putih ada beberapa cara untuk anda memastikan ketulenan emas putih. (berikut hanyalah beberapa langkah untuk menilai ketulenan emas, tetapi ia tidak semestinya tepat, cara terbaik, bawa sendiri item tersebut ke mana-mana kedai emas untuk pengesahan) 1. emas putih kebiasaannya mempunyai dua kualiti yang dicop pada setiap item iaitu 750 atau 375, paling penting untuk customer memastikan cop2 tersebut terukit samada pada belah dalam, kancing atau daun. 2. toreh sedikit bucu item emas putih pada batu hitam (contoh batu asah), emas putih sepatutnya keluar warna kuning keemasan, bukan putih. Sekali lagi diingatkan supaya bawa item tersebut ke kedai emas, untuk pengesahan. Berikut cara standard didalam ujian penulenan emas. (bergantung kepada pengalaman) 3. lalukan (HCL) hydrochloric acid, pada torehan emas putih (pada batu hitam) tersebut, jika hilang ia bukan emas. 4. Lalukan (NaOH) pada torehan emas putih (pada batu hitam), untuk mengetahui kualitinya.
ajampeace : Salam..setahu saya untuk uji emas tu, kita gigit emas tu..hehehe..betulka tu aaa???
cara gigit emas? heee, emas itu mcm mana pun dalam keadaan suhu bilik ia tetap dalam keadaan pejal (logam) susah untuk agak, kecuali anda betul2 biasa dengan emas. Itupun jika ia emas 999 dimana hampir 100% kandungannya adalah emas (betul emas mmg dianggap logam yang lembut) tetapi apabila emas itu dikeraskan untuk dibentuk (dicorakkan) ia perlu diubah kualiti seperti 916, 835 ataupun 750, maka sifat lembut emas 999 hampir hilang. maka susah nak agak kalau gigit. selain gigit, antara cara yang boleh dikatakan agak mitos sedikit adalah seperti 1. asahkan emas pada seluar anda (cth seluar jean) beberapa kali dan cuba hidu, sifat emas, ia tidak mempunyai bau, jika bukan emas, akan berbau seperti besi 2. ketukkan emas pada lantai simen, emas mempunyai bunyi yang lebih padat berbanding logam2 lain, untuk bezakan bunyi logam emas dengan logam lain, bandingkan dengan wang syiling atau apa saja logam yang mudah diketuk (tukul?? heee) 3. Emas mudah dilenturkan, jika anda tidak sayang item tersebut dan betul ingin mengujinya, guna kekuatan anda dengan kekuatan beberapa kPA dan pintal item tersebut, jika mudah ia mungkin emas, jika bukan.. besi la itu agaknya.. diatas adalah beberapa mitos atau cara, tetapi ia tidak semestinya tepat, cara terbaik ialah pergi ke kedai emas yang dipercayai, dan biarkan mereka mengujinya menggunakan asid ataupun timbangan air.. saya ada melihat beberapa gold tester di ebay, mungkin anda berminat untuk membelinya, mudah sahaja, semudah menggunakan kertas litmus.. apa pendapat anda? adakah info ini membantu

Harga emas terkini di Malaysia

Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog

Graf dari goldprice, menunjukkan harga emas semasa untuk kualiti 999  di Malaysia pergrams. Untuk mendapatkan harga emas 916, 750, 375 sila rujuk di (click butang biru dibawah). Harga berikut adalah reference sahaja, Ia tidak menunjukkan dengan tepat harga sebenar emas bagi Pasaran Malaysia hari ini. Harga emas untuk hari ini adalah ; harga emas 916 hari ini, harga emas 999 hari ini, harga emas 750 hari ini.
Harga emas terkini mengikut kualiti 999 Gold : RM166.00/gm 916 Gold : RM157.00/gm 835 Gold : RM144.00/gm 750 Gold : RM131.00/gm 375 Gold : RM71.00/gm Last updated on 2 Mar 2011. untuk melihat harga terkini semasa emas malaysia bagi dealer yang berdaftar sila klik “Harga” pada main menu diatas, untuk menjual emas, sila klik “Jual Emas” pada menu diatas.
Harga diatas merujuk kepada harga emas semasa yang dijual dikedai emas, harga tersebut hanya diupdate untuk tempoh masa tertentu, kedai-kedai emas biasanya akan menjual pada yang lebih rendah. Untuk mendapatkan maklumat dimana kedai emas menjual pada harga yang lebih rendah, ikuti perbincangan dibawah. Untuk maklumat anda, harga tersebut untuk harga retail emas baru. Untuk harga emas terpakai, ia akan susut nilai sebanyak 30% – 40% (kecuali emas 999) daripada nilaian terkini. Bergantung kepada mutu emas, kuantiti , dan bentuk fizikal item.
Jika anda berminat untuk menerima harga emas semasa terus ke email anda, sila subscribe disini Link , kami akan menghantar email berkenaan harga emas semasa  seminggu / sebulan sekali supaya anda alert dengan harga emas di pasaran. Bantu kami untuk hebahkan. Terima kasih.
Easy Personal Loan During Covid-19 Crisis
Compare At RinggitPlus
Pelaburan Emas Paling Murah, Cuma RM1.00
Buy At Hellogold