Saya terpanggil untuk menjawab soalan mell dichat box kami berkenaan kualiti emas seperti 24k, 22k. Apa maksud 24K, Karat, dan 22K. Adakah 22K adalah 916. Baik saya mulakan dengan terangkan sedikit berkenaan karat.
Perkataan karat diambil dari perkataan Latin iaitu kerátion (??????o?), atau dari perkataan Arab q?r?? (?????) dan juga dari perkataan Itali carato, yang bermaksud Biji Kacang Carob, Pada waktu dulu sebelum timbangan gram, oz atau mana2 berat standard digunakan, orang-orang tua kita menggunakan biji kacang carob (dikhabarkan setiap bijinya adalah sama walau dimana ia tumbuh) sebagai timbangan berat. Mengikut persamaan , 1 karat adalah bersamaan dengan 24 (berat emas)/(berat total item).
Contoh Kacang Carob, saya tak jumpa nama melayu untuk kacang ini, mungkin sebab tidak tumbuh di negara kita.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Jika mengikut pengiraan standard, emas 24K adalah emas paling tulen dengan peratus ketulenan emas 99.99%, iaitu logam emas tanpa campuran logam lain. Oleh kerana sifat emas yang lembut dan mudah ditempa, ia biasanya dicampurkan dengan logam lain biasanya Silver (perak) untuk menjadikan ia lebih keras dan dapat dibuat bentuk seperti cincin, rantai dan gelang dengan corak yang menarik
Tahukah anda, 1gms emas dapat ditempa menghasilkan sekeping logam dengan panjang dan sisi 1 meter persegi
Selain emas 24karat, kualiti emas lain yang biasa digunakan adalah 22K, 18K dan 14K, berikut adalah jadual kualiti emas mengikut ketulenannya.
24 carat (99.9% ketulenan atau lebih tinggi) (emas sepuluh)
22 carat (emas 916, 91.6%)
21 carat (87.5%)
20 carat (83.3%)
18 carat ( 75.0% emas) emas yang mempunyai batu. (cincin tunang, cincin perkahwinan)
14 carat ( 58.5%) emas campur , biasa digunakan orang-orang tua kita dulu kala
10 carat ( 41.7%)
9 carat (37.5%) emas suasa, biasanya dijadikan cincin lelaki.
Setiap kualiti emas mempunyai sedikit perbezaan kaler, kekerasan dan sifat fizikalnya, emas campur nampak lebih merah berbanding warna emas biasa dan begitulah untuk kualiti-kualiti emas yang lain bergantung kepada logam kedua yang dicampurkan bersama emas untuk menghasilkan barang perhiasan tersebut.
Tahukah anda, warna emas bukannya kuning semata-mata, ia boleh juga dihasilkan menjadi merah, kuning, hijau bergantung kepada logam kedua yang ditambah (Argentum, Manganese, Copper etc)
loket emas dengan kaler hijau dan merah (sumber blackhill)contoh cincin emas berkaler hijau dan merah
Tetapi trend emas dengan pelbagai kaler seperti diatas tidak begitu popular di negara kita, mungkin kalernya tidak menarik atau harganya yang lebih mahal(pada pendapat saya) berbeza dengan kaler emas tulen yang bersilau-silau jika digilap dan mudah dijual beli di pasaran tempatan.
Ok, seterusnya, apakah emas 22k adalah emas 916? jawapannya ya, emas 22k adalah emas 916. Emas 22K sangat popular di India. Ia digunakan sebagai Dowry perkahwinan, (Lazimnya dalam majlis perkahwinan mereka, keluarga mempelai wanita akan menyediakan beberapa gram emas (100 – 400gms, untuk dibawa bersama mempelai wanita kerumah pengantin lelaki) bagaimanapun tradisi ini hampir tidak diamalkan lagi kecuali di beberapa tempat.
Di Malaysia, emas 22k kebiasaannya tidak dicop 22k, ia biasanya dicop emas 916, disini timbul kekeliruan dan sedikit masalah. Pembeli emas lazimnya tidak akan membeli emas bertanda 22k dengan harga emas 916 kerana pertama, 22K bukan penggunaan standard di Malaysia, kedua, emas yang dicop 22K mungkin dihasilkan di India dan ia tidak disahkan ketulenannya di Malaysia, pelebur sendiri tidak akan mengambil emas 22K pada harga emas 916, sebab itu emas 22K lazimnya dibeli pada harga emas 90 atau emas 835, bergantung kepada keputusan ujian ketulenan asid.
Minta pendapat, kenapa harga disesetengah kedai dlm satu negeri/daerah misalnya boleh tdpt pbezaan y ketara, cth kedai A -RM198 B-RM176 utk 1grm emas 916, dr segi upah standard, bergantung bentuk emas, adakah dr segi kualiti y mbuatkan pbezaan trsbut…
Muna says:
Wy20 itu emas ke x ?
Sandra says:
Apa perbezaan emas Australia Dan emas Malaysia?
Tq u admin
saya pernah terlibat dengan syarikat etika emas di kuala lumpur dan saya mendapati keuntungan yang syarikat saya peroleh tidak separti yang di janjikan.tapi untuk menjenamakan syarikat saya,saya telah terbabit dalam skin ini.saya tahu emas banyak keuntungannya terutama untuk backup kita terutama bila mengalami sesuatu musibah yang tidak di jangka.dan saya juga tahu perjalanan emas di singapura.saya nak berkonsi pengetahuan denagan en.saya baru berumur 23 tahun,dan ayah saya telah lama berpengalaman dalam bidang ini.
azira says:
so emas yang dicop 22k tidak ada harga di malaysia ke? atau masih boleh dijual tapi dengan harga yang murah
Hafiz says:
slm..
blhkah admin terangkan apakah perbezaan emas di thailang dgn malaysia?gred dan komposisi emas thailand adakah sama dgn emas malaysia?
Ahmad Ridhwan Bin Md Nasir says:
Betulkah 18kjj ini emas tulen
Shahrul Zakaria says:
beli dimana dulu?
Maria says:
Minta pendapat, kenapa harga disesetengah kedai dlm satu negeri/daerah misalnya boleh tdpt pbezaan y ketara, cth kedai A -RM198 B-RM176 utk 1grm emas 916, dr segi upah standard, bergantung bentuk emas, adakah dr segi kualiti y mbuatkan pbezaan trsbut…
Muna says:
Wy20 itu emas ke x ?
Sandra says:
Apa perbezaan emas Australia Dan emas Malaysia?
Tq u admin
Shahrul Zakaria says:
sama…. x kisah emas dari planet mana pun
Mohd Azam says:
Assalam admin nk tanye sikit.. cincin warna emas semua.. dlm cincin tu ade nombor > 18KJJ
Emas ke ??
Please give all info about mas 18kjj ??
Shahrul Zakaria says:
mungkin emas, tapi mcm mana pun kena test asid juga
Mohd rizal says:
Saya beli emas kat dubai 22k dengan 21 karat bawa balik malaysia lepas tu saya gi kedai gadai macam mane boleh atau tidak
mastura arina hashim says:
ape maksud chopard gold? sbb beli kat UK.
adryn says:
Kalau cincin ade cop 18kgp brape harga klau dijual
Samahduo says:
1 dinar kelantan bersamaan dengan 917.0 GOLD, berapa carat tu? sebab kalau 916 adalah 22k
Hargaemas says:
917 pun 22 karat, sama saja, xde beza sangat 916 dan 917…
azhar says:
barapa harga emas 850
admin says:
if hari ini sekitar RM130.00 #bump!
ila says: