Harga emas jatuh ke paras lebih rendah

ACCESSORIES EMAS 916 UNTUK SAMBUNG BARANG KEMAS PUTUS ROSAK DIY
View Catalog

hari ini harga emas jatuh ke paras lebih rendah dari sebelumnya, memgikut index global, harga emas jatuh kepada USD1346/onz, dari paras terendah sblmnya 1353. pada minggu lepas harga emas berlegar sekitar 1362 ada sedikit kenaikan dan penurunan dengan lower high with slowly lower trend. jangkaan moneytrend, harga emas mungkin akan turun sekitar 1320 – 1280 dalam tempoh 2-3 minggu akan datang. tetapi diingatkan sekali lagi, ini cuma jangkaan sahaja, tiada signal yang jelas pergerakan harga emas ketika ini. index emas chl malaysia pula jatuh kepada 5065 hari ini, kejatuhan pertama dibawah paras 5100, pemilik emas mula akan kerugian ketika ini jika menjual emas disebabkan kemampuan pembeli emas kini menurun. daripada harga index diatas, harga emas dalam rm/g adalah rm133.40, jatuh dibawah harga rm134.65. (ini adalah nilai jika diconvert dari usd/onz sahaja, tidak melambangkan dengan tepat harga emas di pasaran malaysia) pasaran emas mula menunjukkan series of downtrend, dengan bbrp pergerakan turun lebih tinggi berbanding kenaikan. tetapi jika dilihat secara keseluruhan dalam tempoh 6 bulan, penurunan ini sangat, amat, teramat2 kecil berbanding dengan kenaikan yang tinggi sebelum ini. sekali lagi saya repeat ini hanya correction sementara samada disebabkan tarikh smkn hampir kepada tahun baru cina (china adalah pengeluar emas terbesar didunia), atau sebetul-betulnya signal downtrend. tunggu dan lihat, ini mungkin masa terbaik untuk mula membeli emas.
graf kenaikan emas 2011

Berapa tinggi harga emas naik tahun 2011?

graf kenaikan emas 2011
ACCESSORIES EMAS 916 UNTUK SAMBUNG BARANG KEMAS PUTUS ROSAK DIY
View Catalog

Mengikut Zero Hedge, kenaikan harga emas pada tahun 2001 sehingga 2010 adalah di antara 0.7% dan 31.9% setahun. Secara purata bagi tempoh 10 tahun, kenaikan adalah sebanyak 18.4%. Berdasarkan pengiraan, Zero Hedge menjangkakan bahawa harga emas pada tahun 2011 adalah di antara USD1,771.60 dan USD1,875.09 satu aun. Jika kita convert kepada ringgit, ianya lebih kurang di antara RM177 dan RM187 satu gram.
link asal: http://sharinginfoz.blogspot.com/2011/01/berapa-tinggi- harga-emas-boleh-naik.html

Perniagaan emas secara online

ACCESSORIES EMAS 916 UNTUK SAMBUNG BARANG KEMAS PUTUS ROSAK DIY
View Catalog

Perniagaan jual beli emas ini adalah antara perniagaan yang telah bertapak dalam peradaban manusia, sejak sebelum masihi lagi Manusia mula menggunakan emas sebagai matawang, sebagai penunjuk kekayaan dan penanda aras kekuasaan. Ketamadunan manusia tidak pernah lari dari terlibat didalam jual beli emas, contoh seperti  Tamadun Rom, Parsi, Aryan, China, Islam semuanya mempunyai sejarah sendiri berkenaan emas, samada wang syiling dengan gambar raja mereka, bangunan yang dibina dari emas atau arca emas tuhan-tuhan mereka, semuanya dicipta dari emas bagi melambangkan kemulian, kebesaran dan kekuasaan mereka. Perniagaan emas bukannya suatu yang baru, ia sangat lama, malah sebelum roda dicipta lagi emas telah pun digunakan. barang perhiasan dari emas dikatakan tidak banyak berubah dari dahulu sampai sekarang, cincin masih mempunyai bentuk yang bulat, begitu juga subang, gelang , rantai emas, sama sahaja dari generasi nenek moyang kita hingga ke zaman siber ini. Cuma apa yang terbaru berkenaan emas, jika bukan dari bentuknya, bukan dari valuenya, mungkin adalah dari segi bagaimana pemasaran jual beli emas itu sendiri.
*tahukah anda, salah satu cara mudah untuk menjual emas di internet adalah dengan membina blog, contohnya di  Station916 dimana anda boleh melihat item-item barangan kemas dijual.
Saya ingin berkongsi bagaimana, “emas” boleh menjadi  perniagaan yang menguntungkan secara online? “ye secara online”. Jika sebelum ini sudah menjadi rahsia terbuka bahawa tauke emas kaya, jadi disini saya ingin berkongsi bagaimana mereka boleh menjadi kaya? ia bukannya rahsia yang besar, cuma ia suatu yang nampak biasa tetapi ada ceritanya. Continue reading

Bagaimana mencari emas?

ACCESSORIES EMAS 916 UNTUK SAMBUNG BARANG KEMAS PUTUS ROSAK DIY
View Catalog

Ada banyak soalan saya terima bagaimana untuk mencari emas, dimana tempat paling mudah untuk mencari emas,dimana area ada banyak emas?. Saya sebenarnya tidak dapat jawab, kerana saya sendiri tidak pernah terlibat dalam eksplorasi mencari emas,tidak pernah, malah ada yang mengajak kami terlibat dalam eksplorasi mencari emas di sumatera,di kepulauan Mindanao dan macam-macam lagi.Bukannya kami tidak berminat, tetapi tentunya ia melibatkan banyak perkara yang kami tidak mahu terlibat.
apa yang saya tahu pun cumalah dari bacaan, pengalaman2 rakan2 hafizjewel yg terlibat dan informasi dari pakcik saya yang bekerja di Jabatan Mineral dan Galian. Jika pembaca  pandai menggunakan “google”, saudara mungkin akan terjumpa laporan2 beserta  peta-peta taburan emas yang disediakan oleh pensyarah di Universiti tempatan.  (saya pernah jumpa siap dengan Map lagi) So kita kembali kepada basic explorasi sendiri iaitu “Research, Research and Research”.
Continue reading
jonkong emas 999

Kami membeli emas 999 terpakai

jonkong emas 999
ACCESSORIES EMAS 916 UNTUK SAMBUNG BARANG KEMAS PUTUS ROSAK DIY
View Catalog

Buat makluman pelawat harga emas, kami sedang mencari penjual untuk menjual emas 999 didalam simpanan mereka dibawah value semasa, jika anda berminat untuk menjual emas simpanan anda, Syarat yang diperlukan ialah. 1. Emas pamp-suisee beserta sijil dan resit pembelian dari mana-mana syarikat emas. 2. Emas berada didalam simpanan penjual bukan di Bank atau diluar dari Malaysia. 3. Selain pamp suisee kami menerima jongkong UOB, Dinarkel, dan jongkong-jongkong emas yang sah. 4. Keutamaan untuk penjual di Lembah Klang sahaja atau mereka yang boleh hadir ke Lembah Klang untuk transaksi. Jika anda berminat, sila isikan borang dibawah, sertakan sekali harga anda. Kami mempunyai amaun tertentu untuk dibelanjakan. Keutamaan pada harga terendah yang boleh anda berikan kepada kami. Terima kasih.
[contact-form 1 “sell-gold form”]
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro