Keju Diperbuat Dari Emas

keju dari emas

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Menjelang perayaan krismas pada akhir bulan ini, pengusaha-pengusaha kedai makan di Britain berlumba-lumba untuk mencipta menu baru yang unik dan enak untuk disajikan kepada orang ramai. Keju emas yang mengandungi daun emas dan bahan minuman keras juga dari emas bakal menjadi salah satu hidangan yang mampu menarik perhatian istimewa peminat makanan eksklusif dan mewah.  Keju yang dijual pada harga £608 per kg (sama denga RM3000/kg) telah mendapat banyak tempahan dari selebriti terkenal yang dirahsiakan nama mereka.

Jurucakap syarikat Clawson Dairy dari Leicestershire, Janice Breedon, menunjukkan sepotong keju emas ini berkata “anda dapat melihat hirisan-hirisan emas dalam setiap potongan keju dengan jelas, kami meletakkan jumlah emas yang cukup besar dalam setiap hidangan yang dihasilkan dan terbukti ini adalah hidangan paling “bersinar-sinar” dalam krismas akan datang”. “kami terkejut dengan respon yang diterima apabila produk ini tersebar di pelbagai blog, banyak pihak ternama telah menghubungi kami untuk membuat tempahan dan identiti mereka terpaksa kami rahsiakan, percayalah mereka adalah orang yang cukup terkenal”, akhiri beliau.

Didakwa tempahan itu dibuat oleh bintang pop UK dan beberapa “Sheikh-sheikh kaya dari tanah arab?????” -salah raya barangkali

potongan keju emas
Lapisan dalam keju emas yang dipotong


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More