Harga emas semasa naik

Harga emas melonjak naik semalam 4/11/2009 setelah pengumuman IMF akan menjual emas secara besar-besaran kepada India (200 Tonnes ), pada harga bruto 1045 dollar per ounce lebih kurang (~RM114.23/gms,999). Harga emas dijangka naik kerana wujudnya permintaan lebihan emas dari IMF oleh China, Russia dan negara teluk yang mungkin akan menggunakan emas sebagai transaksi perdagangan minyak sebagai diverkasi selain dari penggunaan matawang dollar.

Untung dan rugi warga Malaysia

1. Kenaikan harga emas ini sedikit sebanyak dapat membantu pelabur di syarikat tertentu yang kini menjadi koperasi bagi mengurangkan kerugian yang ditanggung akibat kemelut syarikat yang dibekukan oleh bank negara.

2. Pertambahan bajet bagi pemuda pemudi yang akan melansungkan perkahwinan pada November atau Disember Tahun ini, sebelum ini harga emas 916 dipasaran lebih kurang RM124/gms kini menjadi RM134/gms, naik sebanyak RM10/gms, suatu jumlah yang agak besar.

3. Baru sahaja kita mengalami kenaikan harga minyak (RON95) sekarang harga emas pula naik, nasihat saya, melaburlah didalam emas 999, yang lebih kukuh, jika anda masih menyimpan emas 916, 835, 750 yang tidak dipakai, elok sahaja trade in kepada emas 999, pergi kesini untuk trade in.

TRADE IN EMAS KEPADA 999

4. Nilai wang kertas semakin susut, ada apa dengan RM1o sekarang berbanding RM10 sepuluh tahun yang lalu, tetapi tetap ada apa 10gms emas sekarang berbanding 10gms emas sepuluh tahun yang lalu. fahamkah anda? pelaburan amanah saham dengan kenaikan 8% setahun tetap tidak dapat membendung inflasi yang semakin naik (6%) beberapa tahun yang lepas, tahun ini mungkin meningkat lagi. (8% – 6%= “2%”),.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More