Krisis di Mesir adakah mengubah harga emas

Dalam laporan kami isnin yang lalu ada menyentuh berkenaan isu kenaikan harga emas apabila riots, protest ataupun rusuhan penduduk awam mesir menolak kepimpinan regim Hosni Mubarak menyebabkan kenaikan harga emas. Bagaimanapun dari rujukan yang kami terima hari ini, Pihak Bank Of China menafikan kesan dari pergolakan di Asia Barat menaikkan harga emas semasa (rujuk hargaemas.posterous.com)

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Emas di Mesir

Sejarah Mesir mencatatkan penggunaan emas yang lebih agung dari mana-mana bangsa atau tamadun didunia ini. Emas dipakai oleh raja, pembesar dan digunakan dalam setiap upacara besar-besaran. Ketika zaman firaun berkuasa, bangsa Mesir yang menyembah matahari menganggap emas adalah satu bentuk tuhan yang berada di bumi. Ini kerana, ketika itu hanya logam emas yang berkilau seperti kilauan matahari sama seperti tuhan mereka.

Jadi tidak hairan jika setiap makam firaun, piramid dan semua tempat bersejarah di Mesir mempunyai bilik rahsia yang terkandung didalamnya ratusan juta artifak diperbuat daripada emas. Ini termasuk keranda diraja, lapisan luar mayat diraja, bekas mayat binatang diraja dan sebagainya diperbuat daripada emas.

Sistem penghambaan ketika dahulu memudahkan raja-raja Mesir memperhambakan apa sahaja bangsa selain mereka untuk menggali emas terutamanya di Lembah Sungai Nil berdekatan dengan Laut Merah dan di Nubia, hamba-hamba tersebut dikawal ketat oleh pasukan tentera diraja, suatu yang bukan lagi rahsia ketika itu, hamba yang dibawa ke tempat perlombongan emas tidak akan kembali semula. Tempat perlombongan adalah sangat bahaya dan dilakukan tanpa peralatan yang mencukupi.

Selepas kehabisan bekalan emas di Mesir, tentera menyerang Jordan, Syria, Yemen untuk mendapatkan emas bagi upacara keagamaan mereka. Ketika ini disebut, terdapat 75% lagi artifak emas mesir masih tertanam di padang pasir dan menunggu masa untuk dikeluarkan.

Dalam Al-Quran juga ada menyebut saudara Nabi Musa A.S bernama Qarun mempunyai harta melipah ruah malah melebihi kekayaan Firaun itu sendiri sebelum dia mati ditelan bumi. Kaedah sains telah membuktikan kewujudan emas ini (mungkin secara geo, seismic dan sonic)

Dan akhirnya pada 2011, Sejarah membuktikan sekali lagi kekayaan emas dimiliki Presiden Hosni Mubarak memiliki hampir RM200b aset termasuk bertan-tan emas. Kekayaan yang tidak seimbang diantara pemimpin dan rakyat inilah yang mencetuskan rusuhan, protes selain sikap sekularisme pemimpin mesir yang mengikut telunjuk barat dan israel. Hosni Mubarak, you are fired!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More