10 Cara Menggandakan Keuntungan Pelaburan Emas 2012

Banyak terpapar diblog, akhbar membicarakan berganda-ganda keuntungan dengan melabur atau membeli emas, adakah benar emas menguntungkan? Bagi saya YES, emas memang menguntungkan, pengalaman saya menjalankan urusan jual beli emas dan pada masa yang sama, emas yang saya beli saya anggap sebagai pelaburan agak menguntungkan, Bagaimanapun kadang-kadang emas yang dibeli terpaksa dijual pada harga rendah kerana indeks emas jatuh, kadang-kadang pula saya mendapat keuntungan dengan menjual emas yang dibeli ketika indeks rendah pada harga yang tinggi. Begitulah sebenarnya permainan emas. Ada juga visitor yang bertanya bagaimana boleh mereka menjana pendapatan bulanan daripada pelaburan emas, saya sebenarnya tidak pasti anda bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan hanya membeli dan berharap harga emas naik setiap bulan untuk overlap, mungkin ada caranya tetapi fokus saya tidak disitu, tidak kepada pelaburan. Dengan mengharapkan kepada pelaburan sahaja, saya rasa sukar untuk menjana pendapatan setiap bulan kerana harga emas ada pasang surutnya, contohnya awal tahun 2011, harga emas dari Januari hingga Mac dalam posisi menurun, bagaimana boleh menjana pendapatan? tetapi dari segi jualan, saya rasa bulan Januari hingga Mac 2011 adalah rekod terbaik saya menjual emas hampir 1kg setiap hari kerana banyak permintaan lebih-lebih lagi di kawasan desa. Saya menulis artikel ini untuk berkongsi sedikit cara kepada pelabur emas sebelum anda meneruskan pembelian emas dan cara-cara ini mungkin dapat membantu menggandakan keuntungan anda. 1. Harga/Masa : faktor ini mungkin faktor utama dalam jual beli emas, memilih masa yang sesuai untuk membeli emas pada harga yang rendah contohnya ketika indeks emas jatuh mendadak adalah cara terbaik, tetapi sebagai pelabur yang menganggap masa itu sendiri emas, setiap jam setiap minit, peniagaan mesti mendapat keuntungan, menunggu harga emas jatuh kadang-kadang seperti menunggu kucing bertanduk, apabila sekadar menunggu, masa sendiri terbuang dan duit mungkin dibelanjakan.. Jujurnya, tiada siapa pun yang tahu bila harga emas naik atau turun, tiada siapa yang dapat mengawal harga emas walau Amerika sekalipun. 2. Jenis emas (barang kemas/ gold bar) , pendapat saya, pelabur harus mengikut trend emas semasa, contohnya pada 2010 ramai pelabur membeli emas jongkong seperti pamp suisse, lady fortuna, dinar kelantan didalam portfolio pelaburan mereka, kerana nilainya ketika itu tinggi, dan sangat mudah untuk dijual, manakala pada 2011 pula, trend emas pergi kearah gelang tangan padu samada pasir atau gajah, mengikut trend semasa lebih penting dari anda memandai membeli produk dari kedai yang tidak mudah untuk dijual seperti bunga raya, kijang, atau etc. Kualiti emas mungkin sama tetapi jika permintaan untuk suatu item yang menjadi trend pembelian, ramai pembeli atau pelabur boleh membeli pada harga lebih tinggi dari harga jualan. 3. Meningkatkan modal pelaburan: keuntungan emas semestinya berdasarkan berapa gram emas ditangan pelabur, bukan disebabkan design cantik, ataupun nilai sentimental emas kepada anda. Jika saya mempunyai kemampuan dan kelayakan untuk membuat pinjaman modal dari mana-mana institusi seperti Agrobank, Bank Rakyat, Felda dengan interest yang rendah dibawah 4% setahun, saya pasti akan membuat pinjaman. Ini kerana kenaikan harga emas sejak bertahun-tahun lalu hampir 30-40% jauh lebih tinggi dari interest pinjaman. 4. Mengurangkan pinjaman ar-rahnu: Bagi mereka yang menggunakan platform Ar-Rahnu untuk pelaburan, cuba membayar sedikit demi sedikit ansuran kepada Bank setiap bulan untuk merendahkan caj bulanan dari 0.75% sehingga 0.50% sahaja, pelabur juga boleh mengurangkan pinjaman mereka beransur-ansur dari 70% kepada 50%, 40% mengikut kemampuan. Sehingga akhirnya emas tersebut menjadi milik anda sepenuhnya. 5. Menjual kepada kawan: Jangan menunggu harga emas naik baru hendak menjual, selepas membeli, cuba tanya kawan-kawan anda samada mereka berminat dengan pelaburan emas? mengikut pengalaman saya, ramai yang sangat berminat dengan emas, cuma mereka tidak tahu cara, dimana dan masa untuk mencari tapak pelaburan. Saya tidak menjalankan kajian tetapi saya sangat jarang berjumpa dengan mereka yang sangat benci dengan emas, dan rumah yang tidak terisi walau sedikit pun dengan emas. Adakah anda tahu, anda boleh menjana keuntungan dari pelaburan juga dengan merefer pelanggan kepada kami. 6. Kenali emas dan memperbanyakkan pengetahuan berkenaan emas. Apabila sudah melabur dan apa langkah seterusnya? saya cadangkan anda mengenali perniagaan emas itu sendiri, emas tidak terhad kepada jongkong atau emas 999 sahaja, ada pelbagai lagi cabang emas yang menguntungkan seperti emas 916, 750 , emas dan permata. Dengan mempelajari banyak cabang emas, mungkin anda boleh menjalankan perniagaan /carigali kecilan emas pada masa akan datang. Aktiviti carigali emas kini menjadi trend di Amerika dimana ramai yang membawa keluarga keluar bercuti sambil mengorek emas, tidak mungkin trend ini akan berjangkit kepada negara kita suatu masa akan datang. 7. Pelaburan Baru/Produk Baru, pendapat saya, anda tidak perlu hanya mengikut satu produk sahaja dalam pelaburan anda seperti kesetiaan melampau peminat public gold membeli emas mereka sahaja, banyak lagi pelaburan emas baru yang bakal muncul pada 2012 ini, contohnya Dinar Pahang, Emas Rakyat, 1Gram GCP, emas padu 916 dan juga akaun simpanan beberapa bank utama. -8 hingga 10 akan ditambah pada masa akan datang- Snippet: Seperti dinyatakan didalam Al-Quran, akan tiba suatu masa datangnya Dajal atau (Fitnah) maka dunia akan ditimpa bencana atau peperangan, dimana anda jika ia terjadi dizaman kita? jika saya menjadi Doktor, saya mungkin boleh mencari makan dengan merawat pesakit, jika saya menjadi pekebun, saya boleh makan dengan tanaman saya tanam jika tidak diracun. Tetapi jika saya kontraktor kelas A, jaguh internet, pakar kewangan, cikgu, mungkin ketika itu tiada kerja saya boleh lakukan kecuali urusniaga emas yang tetap akan berjalan. Saya pengarah syarikat? saya pengurus kanan jabatan kerajaan? tetapi jika berlaku perang saya bukan sapa-sapa  :)    

Emas Mengubah Taraf Hidup

“Abang ni kan bila duduk depan orang ramai, Atif lalu, buat tak tahu aje,” kata wartawan Wanita Hari Ini, Marwatif Amer. “Ish! Atif lagi la, bila abang lalu kat depan mata langsung tak jeling pun, komputer tu lebih penting,” balas saya mengusiknya. Atif seperti dia suka dipanggil, gadis ceria berasal dari Alor Star, Kedah cukup pemurah dengan ukiran senyuman. Senyumannya mengingatkan saya kepada 2 wanita saya temui pada 24 April lalu sewaktu membuat tinjauan harga beras di sempadan Malaysia-Thailand. Sebelum ke sempadan saya sempat singgah ke kedai menjual cincin di Kota Bharu. “Ini cantik, Kak Ma beli kat orang ni. Tapi buatan dia kemas la,” kata taukeh kedai.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Saya membelek cincin perak dengan batu merah diikat suasa. “Berapa harga ni kak?,” tanya saya. “Tiga ratus genap la, special prize dah tu. Sebab abang Napi” Napi, nama gelaran jurukamera wakil TV3 di Kelantan, Hanafi Mat. Sewaktu keluar dari kedai itu saya dihampiri wanita berbaju kuning lengkap bertudung muncul dari deretan kedai. “Nama kita Kak Zura,” katanya kepada saya. Saya senyum. “Nama saya Mazidul,” saya memperkenalkan diri. “Ish! Tak payah kenalkan diri dah, Kak Zura kenal sangat, selalu kuncul kat TV,” katanya sambil tangan menggenggam erat tali beg tangan disandang. “Bila datang sini?,” tanya Kak Zura. “Dua hari dah,” saya membalas ringkas. “Kaya sungguh orang di Kelantan ni kan? Tak berat ke leher tu?,” gurau saya. Di leher Kak Zura melekap kemas 3 rantai emas selebar ibu jari setiap satu. “Kita dah biasa, berniaga macam ni la,” balasnya. “Ini kawan baik abang Napi ni,” kata jurukamera. “Kak Ma tadi pun kawan abang Napi jugak?” Hanafi menganggukkan kepala. Tidak hairan, sejak saya mula mengenali Hanapi sewaktu melaksanakan tugasan pertama Majalah 3 pada tahun 1997, dia memang mempunyai ramai kenalan. Kemana sahaja dia melangkah, dia dikenali dan seringkali disapa, barangkali macam Kak Zura. “Mari minum,” pelawa Kak Zura. Sewaktu di restoran, Kak Zura tidak teragak-agak berkongsi sebahagian daripada kisah hidupnya. “Nama dalam kad pengenalan apa?,” tanya saya, sekadar ingin tahu. “Siti Hasmah Wok. Macam nama isteri Tun Mahathir lah. Tapi kalau nama glamor, panggil Kak Zura saja,” jelasnya selamba. Dimaklumkan dia dilahirkan di Bachok, Kelantan dan kini berusia 54 tahun. “Tua dah Kak Zura ni,” keluhnya. “Tapi steady lagi,” puji saya. “Dulu Kak Zura kahwin umur 12 tahun, percaya tak?” Saya terpegun sekali lagi. “Pilihan mak ayah, masa tu kita tak tau apa. Boleh bertahan sebulan, lepas tu cerai terus,” katanya. “Ini anak sulung Kak Zura, Nora. Anak dengan suami ke dua, ada lima semua anak, umur antara 18 dan 40 tahun,” sambil dia mengerling ke arah wanita duduk di sebelah kanannya. “Nora kerja apa?,” soal saya. “Ikut mak la, jadi body guard dia,” sambil tersenyum. “Kak Zura berniaga macam mana?,” tanya saya. “Kita beli barang kemas orang tak mampu tebus di pajak gadai, lepas tu jual kepada pembeli,” jawabnya. Tidak hairanlah mengapa purse Kak Zura penuh dengan wang kertas lima puiluh ringgit. “Tak muat dah purse tu, bubuh dalam beg saya ni sikit,” saya mengusiknya. Dia hanya tersenyum. Spontan Kak Zura kemudian mengeluarkan timbang elektronik dan calculator dari beg tangan dijinjing sejak tadi. “Macam ni, dulu Kak Zura beli harga dia 10 ribu, waktu tu ada datin ni pakai. Emas putih ni. Sekarang harga dia 24 ribu,” katanya sambil tersenyum. Barangan kemas three-piece diletakkan di atas meja. “Uih! Mahalnya,” saya terkejut. “Dulu Kak Zura jual buah-buahan dari Danok tapi satu hari 20 tahun lepas, ada perempuan tua datang nak jual gelang sebab dia terdesak tak cukup duit. Kak Zura beli dan lepas tu jual kat kedai, boleh untung 70 ringgit,” jelasnya. Terpancar wajah keceriaan. “Lepas tu Kak Zura terfikir, jual buah nak dapat untung 70 ringgit sehari susah. Kalau jual beras seludup, asyik kena tangkap, mana larat. Sejak itu la Kak Zura mula beli dan jual emas” Pada awal pertemuan saya menjangka Kak Zura ibu tunggal. Tetapi telahan saya ternyata meleset. “Suami Kak Zura pencen dah, Yahya namanya. Dulu dia kerja Jabatan Perikanan, lepas tu join maritim, duk laut berhari-hari,” jelasnya. “Gambar siapa kat handphone tu,” soal saya. “Anak bongsu Kak Zura, Nordaleela. Baru habis SPM,” jelasnya. “Buat apa dia sekarang?” “Dia minat menari, ada waktunya ke Kuala Lumpur, ikut group menari kalau ada majlis,” jelasnya bangga. Saya mendengar sambil mata menjeling semua barang kemas dipakai Kak Zura. “Tak takut ke jalan-jalan pakai emas banyak ni? Kena ragut kan payah?” “Kak Zura dah biasa kawasan ni. Tak pernah berlaku lagi la. Mintak-mintak jangan,” luahnya. “Tapi Kak Zura ada bawa pisau lipat,” dia kelihatan yakin. “Kalau kira-kira berapa nilai semua barang kemas Kak Zura pakai di badan ni?,” soal saya. “Seratus ribu lebih rasanya,” jangka Hanapi. “Itu tak termasuk harga gelang kaki Kak Zura lagi, dekat-dekat 7 ribu ni,” sambil dia menyingkap sedikit kain di pakainya ke tahap buku lali. “Bila abang Pi nak bawa kita ke rumah orang susah, kita pun nak sedekah sikit ni,” tanya Kak Zura kepada Hanapi. “Nanti lah kita pergi, Mazlin Nordin nak datang hari khamis minggu depan ni, kita pergi sekali lah,” janji Hanapi. Petang sama, Hanafi menghubungi saya. “Jom la, dia masak dah” Sewaktu tiba di perkarangan rumah Kak Zura saya benar-benar terpegun, bukan calang-calang besarnya rumah banglo dua tingkat dibina dengan kos lebih 400 ribu ringgit itu. Saya terfikir, mengapa wanita hidup mewah seperti Kak Zura masih lagi berjalan kaki setiap hari, berkunjung dari kedai ke kedai, mencari pelanggan untuk membeli emasnya? “Itulah kerja Kak Zura suka,” jelasnya kepada saya. “Elok la tu, Kak Zura suka jual emas, abang suka laut,” gurau saya. Yahya kini memiliki 9 bot menangkap ikan di laut dalam. “Kalau lain kali Mazidul datang dengan famili, turun kapal terbang, jalan kaki saja ke rumah ni, dekat sangat,” kata suami Kak Zura. “Airport Pengkalan Chepa kat belakang tu saja, tak payah sewa hotel, duduk saja dengan kami,” pelawa Yahya. Malam itu kami dihidangkan pelbagai lauk-pauk, sedap. Dijamu buah-buahan, durian, jambu dan mempelam. Terdetak di hati saya. “Rezeki hasil jualan emas, barangkali”
Cerita ini saya petik dari blog Mazidul Akmal Sidek (Sebuah cerita lama yang tetap fresh dikepala saya), ini adalah bukti bagaimana emas dapat mengubah taraf hidup seseorang, jika Kak Zura yang asalnya nak dapat RM70 sehari pun susah, kini memiliki rumah berharga ratusan ribu ringgit serta beratus ribu ringgit barang kemas ditubuh, apa anda rasa? Amazing? Tuah ayam nampak dikaki, tuah Manusia, siapa yang tahu?? Jumpa kami di Kursus Pengenalan Emas 10 April 2011, Nouvelle Hotel (Sg. Besi) 10am-3pm (Yuran RM100.00 sahaja, Tempahan 03-89332827) ini bukan MLM (Daftar Disini)

Pelaburan Emas vs ASB vs Unit Amanah

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Kenaikan harga emas yang konsisten setiap hari mungkin menarik minat ramai pelabur untuk memilih emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan mereka, pelaburan yang sihat adalah pelaburan pada jangka masa sederhana dan panjang, walaupun harga emas naik secara berterusan, ia sebenarnya tidaklah memberi pulangan yang tinggi dalam tempoh masa yang singkat kecuali keajaiban secara tiba-tiba berlaku (krisis, bencana, perang , kekurangan minyak, kejatuhan ekonomi US, biasanya akan menaikkan harga emas) , seperti juga pelaburan ASB, unit amanah atau Bank Rakyat, pelaburan emas memerlukan suatu tempoh masa untuk ia naik dan boleh dijual bagi mendapat pulangan yang lumayan. Jika disimpan selama mungkin pun, harga emas akan kekal naik. Pelaburan pasif yang lain seperti ASB, Tabung Haji ataupun di Bank Rakyat adalah bentuk pelaburan yang popular di Malaysia. Rata-rata mereka yang berduit mempunyai akaun didalam setiap pelaburan yang disebut diatas. Kami di hargaemas cuba membawa anda untuk satu pilihan/option/medium pelaburan yang sebenarnya sudah lama tetapi semakin popular dari sehari ke sehari ia itu BELI, SIMPAN dan JUAL EMAS. Sebelum anda berfikir untuk memulakan pelaburan emas, selidik dahulu berapa simpanan anda ada sekarang, lihat simpanan di akaun ASB, di tabung haji dan pelbagai pelaburan yag lain dan tuliskan di kertas “saya ada RM________ di ASB, saya ada RM_______ di Tabung Haji dan saya ada RM ______ di Unit Amanah, bagi mengetahui berapa simpanan semasa anda. Setelah meneliti simpanan yang ada, baru anda boleh tentukan berapa cash anda boleh melabur didalam emas. Seterusnya kita bandingkan pulangan bagi setiap pelaburan 1) Tabung Haji – pelaburan di Tabung Haji memberi pulangan dividen sekitar 4-5% setahun, diluluskan oleh syara’ dan mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja dan sebagai persedian untuk melaksanakan ibadah haji bagi org muslim. 2) ASB – Unit amanah saham yang diuruskan oleh PNB kebiasaanya memberi pulangan dividen sebanyak 5-8% setahun, mudah untuk potongan gaji, boleh dikeluarkan pada bila2 masa waktu bekerja di banyak tempat dan ada juga bank menawarkan pinjaman untuk pelaburan ASB. 3) Bank Rakyat – Salah satu pelaburan pasif yang membeli dividen yang tinggi setiap tahun sekitar ~15% tetapi terhad dan sukar untuk menjadi ahli. 4) Unit Amanah – Pelaburan pasif dan sederhana dengan pulangan 10-15% setahun samada dalam bentuk dividen, bonus dan capital gain, memberi lebih banyak pilihan dana, diuruskan oleh konsultan untuk keluar masuk tunai dalam tempoh masa tertentu hari bekerja, dan pelabur boleh menggunakan wang kwsp untuk melabur disini. Setelah meneliti semua bentuk pelaburan diatas dari segi pulangan, kelebihan dan sebagainya, mari kita melihat prestasi pelaburan emas sebagai salah satu pilihan didalam portfolio pelaburan pelabur. 1) Berapa pulangan/keuntungan emas setiap tahun? Sepanjang 2010, harga emas naik sebanyak 34.13% setahun. Jika dilihat dari untuk tempoh masa yang lama, contohnya graf 10 tahun dibawah, harga emas adalah konsisten naik melebihi 450%. sumber: goldprice.org Pelaburan emas adalah mudah, BELI, SIMPAN dan JUAL dimana-mana sahaja dimuka bumi, walaupun ketika krisis perang, kemarau, bencana, bank ditutup, pelabur masih boleh menjual emas untuk mendapatkan barang keperluan ataupun keluar dari rantau yang dilanda bergolak. 2) Berapakah bentuk pelaburan emas?  Ada beberapa bentuk pelaburan emas, yang popular (1) biasanya adalah secara fizikal iaitu dengan membeli emas 999 (24karat) samada dalam bentuk rantai, jongkong, dinar ataupun wafer. (ii) Ada juga beberapa bank menawarkan pelaburan emas dalam bentuk unit, dimana pelabur boleh membeli emas dalam bentuk unit dan diberikan buku akaun.Dana pelaburan tersebut akan diniagakan mengikut harga jual beli emas semasa. Bagaimanapun pelaburan emas fizikal lebih popular kerana boleh dijual beli pada bila2 masa malah pelabur boleh meniagakan emas mereka dan ditukar hakmilik dengan mudah. 3) Bagaimana untuk memastikan pelaburan emas fizikal lebih selamat? Jika pelabur membeli emas dalam kuantiti yang besar, dan bimbang jika rumah dimasuki, Ada banyak bank yang menyediakan perkhidmatan Peti Simpanan Deposit dengan harga yang rendah dan mampu milik sekitar rm70/Tahun. (click disini) 4) Apakah kelebihan pelaburan emas lagi? Kami senaraikan 30 kelebihan melabur dan menyimpan emas didalam artikel terdahulu, sila rujuk disini (click here) 5) Bagaimana untuk mendapatkan emas pada harga lebih rendah? jika anda membaca artikel ini, harga emas menawarkan diskaun harga emas sebanyak 2.0% untuk gold bar dan barangan kemas, beli sekarang. lawati laman store harga emas malaysia COUPON CODE: HARGEMAS http://store.hargaemas.com.my Order sekarang dan kami hantar ke pintu pejabat/rumah anda. (Lembah Klang Sahaja)

9 barang mewah dari emas

Emas dari dulu sehingga kini adalah simbol kemewahan, simbol taraf sosial, simbol kekayaan seseorang.. jika dahulu firaun membina menara emas, Abu Jahal menjual patung emas, Qarun mempunyai Gudang Emas, kegilaan mereka tidak terkubur bersama fizikal mereka didalam tanah, kegilaan itu tetap diwariskan anak cucu moyang mereka di zaman serba canggih ini. Berikut adalah barang2 mewah yang dihasilkan dari kegilaan manusia pada emas sebagai lambang kemewahan dan taraf sosial. 1. Posche 911 ini dimiliki oleh jutawan Rusia, bodinya dihasilkan dari 40 pound emas 24 karat, bahagian dalamnya dihasilkan menggunakan emas 22 karat, bodi, stering, rims, aci pintu juga dihasilkan menggunakan emas. Tempat paling selamat untuk parking kereta ini adalah di Bilik Kebal bank.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Continue reading

Harga Emas mencapai rekod baru! Perak pun naik

Uh oh.
Gold hit all-time high yesterday’s trading! It hit new record of US$1242.70 an ounce (oz). And Silver is at its highest in two-years! Naik ke lebih kurang US$19.50 per oz.
Harga Emas di pasaran dunia – yang naik SETIAP TAHUN, DALAM 10 TAHUN TERAKHIR INI – dijangka kini untuk terus melonjak. Dan harga Perak, the poor man’s Gold, akan terus jadi pak turut naik juga. (Apabila orang kata harga Precious Metals ni naik ke harga itu, yang dimaksudkan ialah Pure Gold and Pure Silver. (Iaitu 24k Gold, bukan 22k Gold yang dipakai datin. Tapi jika pure gold naik, tentunya 22k gold pun naik sama). Dalam pasaran antarabangsa, harga Precious Metals diukur dalam ounce, oz. Ini ukuran lama, tapi masih terus digunakan secara meluas di pasaran precious metals Amerika.
KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Jika nak ikuti pasaran Precious Metals ni, antara yang selalu saya baca ialah sini dan sini. Juga sini. Awas! Jangan pula kamu percaya semua yang kamu baca di sini, sebab ada laporan ditulis oleh syarikat/orang yang MENJUAL emas dan saham emas, dan precious metals yang lain. Kita baca nak dapatkan info bukan termakan umpan. Pasaran emas terbesar ialah yang didagangkan di CME. Dulu namanya Chicago Mercantile Exchange, bursa paling besar di dunia menjual macam-macam futures contract. Kini dah jadi CME Group; bursa saham KL pun ada talian dengan mereka. Yang dijual di Chicago ni, pasaran hadapan (futures market) macam-macam – termasuk pork bellies (perut khinzir), rough rice (beras kasar), live cattle (lembu hidup), sawit dan butter. Lihat di sini.
Balik ke cerita emas.
Continue reading
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro