Emas Di Timbunan Sampah

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Bau busuk, bahaya timbunan sampah runtuh dan hujan lebat yang boleh menaikkan paras air tanpa disedari, bukanlah halangan kepada berdozen-dozen pemungut  barangan logam terpakai untuk “melombong” di kawasan timbunan sampah berketinggian hampir 300m di utara Guatemala. Setiap hari, kira-kira 300 orang yang menggelar diri mereka “pelombong” turun ke bawah jurang dan mengharungi air sampah yang busuk semata-mata untuk mencari cincin dan gelang perak atau emas yang mungkin terdampar di situ. “Saya mendapat lebih banyak wang datang ke sini daripada pergi ke syarikat, di pejabat kami selalu ditengking dimarah, tapi disini kami bebas,” kata Eddie Miranda, 41 tahun. Eddie bernasib baik baru-baru ini apabila menemui  gelang emas seberat 9 gram, emas tersebut dijual dengan harga 2000 quetzals ($ 256). Jika dikira dalam ringgit, 9gram emas buruk bernilai hampir RM1170. Ia mungkin tidak kelihatan seperti banyak, tetapi jika dibandingkan dengan gaji purata penduduk Amerika Tengah, jumlah tersebut hampir sama dengan $ 270 (RM860) gaji minimum di negara Amerika Tengah. Walaupun nyawa jadi taruhan akibat air sampah yang berasid, ramai pekerja dan penganggur memilih cara hidup seperti ini apabila mereka mampu mendapat $20 dollar sehari, dua kali ganda gaji sehari jika bekerja biasa.

Harga emas mana yang betul?

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Calculate

Ada ramai yang bertanya dengan saya sebelum ini berkenaan dengan harga emas rujukan dalam urusniaga jual beli emas di malaysia. harga emas retail ditentukan oleh federation of gold smith malaysia (fgjam), tetapi ia tidak semestinya tepat kerana ada banyak kedai emas yang tidak mengikut harga standard ini, cthnya kedai2 emas di jln masjid india, di terengganu, kedah dan kelantan. untuk pengetahuan pembaca, harga emas yang menjadi rujukan yang tepat, boleh dilihat di goldprice.org 1. click pada gmbar graf di sebelah kiri di atas 2. pilih option myr, gram, dan in 3 or 6 days. 3. disitu anda dpt melihat harga emas sebenar. 4. seterusnya ia bergantung kepada kualiti emas spt 999 (95%), emas lama (42%) 5. kemudiannya harga emas ditolak dengan spread harga tertentu 6. so anda akan dpt nilai yang hmpir tepat dengan harga emas semasa. (kebiasaannya pula harga semasa hmpir sana dengan susut nilai 30% dari harga emas FGJAM. suscribe disini untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkenaan emas setiap hari. click button subscribe di sebelah atas.
SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Learn More

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN ASAS NIAGA EMAS DARI KILANG
View Intro