Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog
Tag: harga emas jatuh
Harga emas paling rendah sejak Ogos, what next?
Saya beri duit, saya beri emas, jangan tembak
Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Catalog
Mufta Ali, seorang komander pemberontak di Libya yang menemui Ghadafi di kawasan pembentungan Sirte, Libya menjelaskan Bekas Pemimpin tersebut berulang kali menawarkan duit, emas dan pelbagai keperluan kepada pejuang pemberontakan NTC bagi menggantikan nyawanya. Dua video klip yang dirakam menunjukkan Ghadafi yang ketika itu kelihatan penat, pening dan ketakutan menawarkan duit dan emas dan terdengar laungan, “selain bercakap tentang duit, lebih baik kamu berdoa seperti orang islam yang lain, dan bertaubat sebelum kamu mati”. Ghadafi tidak menghiraukan laungan tersebut selain terus merayu tidak ditembak.
Selang beberapa minit kemudian video seterusnya, Ghadafi akhirnya menemui ajal dengan tembakan di kepala dan rusuk kanan badannya. Maka berakhirlah riwayat Diktator paling lama memerintah Libya selama 42 tahun. (1969-2011). Innalilah hiwainna ilaihi roji’un.
sepanjang hidup penulis, tidak ada banyak kisah yang tentang Ghadafi, hidup sahaja didunia ini, Ghadafi telah memimpin Libya dan merupakan musuh utama Amerika, Libya sendiri adalah begitu asing bagi penulis. Sebagai catatan Libya adalah negara bersempadanan dengan Mesir dan Tunisia dengan penduduk hanya seramai 6 juta orang tetapi 6 kali ganda lebih luas dari Malaysia yang mempunyai 27 juta penduduk. Ghadafi adalah seorang Badwi (tidak hairan kenapa pakaiannya begitu) dan ketika berumur 27 tahun beliau telah berjaya mengetuai sebuah negara dan membubarkan institusi Monarki Libya dalam rampasan kuasa pada tahun 1969.
Ghadafi adalah seorang diktator dan sepanjang pentadbirannya, kebebasan penduduk Libya disekat, maklumat dikawal, media ditapis bagi membolehkannya terus berkuasa seperti kebanyakan pemerintah negara arab yang lain. “Arab Spring”, istilah yang merujuk pemberontakan pemuda melalui laman sosial setakat ini telah menumbangkan 3 diktator dan Ghadafi adalah mangsa terbaru dan yang paling tragis. Ghadafi mungkin dianggap hero, tetapi perjuangan terakhirnya untuk terus berkuasa dengan menyerang dan membunuh pemberontak dalam perhimpunan aman menyebabkan segala jasa beliau sebelum ini lenyap kecuali kebencian dan keinginan untuk menghapuskannya meluap-luap dalam diri setiap pemuda Libya.
Ribuan nyawa pemberontak melayang adalah kos yang dibayar warga Libya sebelum nyawa Ghadafi ditarik bersama 3 anaknya yang telah terbunuh. Bagaimana nyawa Ghadafi melayang masih menjadi tanda tanya, tetapi beliau meninggalkan aset hampir USD200bilion yang mungkin sedang dicongak-congak barat bagi menyelesaikan kemelut ekonomi eropah dan amerika. Penulis tidak pasti samada kematian Ghadafi membawa lebih kebaikan atau keburukan kepada kepada dunia Islam.
Yang pasti, harga emas telah jatuh, seperti juga kes di Iraq ketika ditakluk Amerika, berjuta-juta emas akan ambil dan sayonara diingatkan, Libya mempunyai tidak kurang separuh dari jumlah emas dimiliki oleh Britain selain simpanan minyak hampir setara dengan Arab Saudi.
Ketakutan krisis eropah, harga emas jatuh
Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View CatalogSaham-saham di bursa saham eropah jatuh pada dagangan hari ini dengan penurunan tertinggi berlaku di Paris sebanyak 4%. Penurunan ini terjadi akibat tekanan krisis dan risiko hutang yang semakin besar di Eropah Harga surat hutang yang diterbitkan oleh Greece dan Itali hari ini jatuh menjunam mengakibatkan nilai bunga pinjaman meningkat tinggi. Nilai tukaran matawang euro hari ini ditutup lebih rendah berbanding dollar (usd) menyebabkan pelabur mengalihkan pelaburan mereka keluar eropah ekoran sentimen risiko hutang tersebut. Sementara itu, harga emas yang naik melebihi $1900 per.ounce USD semalam mulai pada awal hari ini. Gabernor Bank Pusat Eropah, Jean-Claude Trichet mengingatkan keperluan bijaksana bank pusat Greece bagi usaha penyelamatan kedua menangani krisis hutang negara tersebut. Sementara itu, Pengarah IMF, Christine Lagarde, meminta bank bank utama eropah pmenyedian modal besar untuk terus bertahan dalam krisis hutang yang kini melanda kuasa utama Eropah. Pada awal dagangan hari ini, bursa Paris jatuh 4%, London jatuh 2.45%, Franfurt jatuh 3.85% manakala bursa Madrid jatuh 3.63% dan Milan turun 3.67% Bursa asia juga turut mengalami nasib yang sama dipimpin oleh kejatuhan Bursa Saham Tokyo 1.68%. Sebelum ini, Kerajaan Amerika Syarikat menuntut gantirugi bernilai USD 200 bilion daripada institusi perbankan ekoran krisis suprime yang melanda negara tersebut tahun 2008 lalu, ini termasuk 1 bilion dari setiap 17 bank yang mengakibatkan krisis besar hutang tahun lalu. Tuntutan tersebut mengakibat Bank bank utama yang berpangkalan di eropah berada.pada.zon merah dalam dagangan hari ini.
Harga emas jatuh ke paras lebih rendah
Katalog Barang Kemas Baru di Laman Web Kami
View Cataloghari ini harga emas jatuh ke paras lebih rendah dari sebelumnya, memgikut index global, harga emas jatuh kepada USD1346/onz, dari paras terendah sblmnya 1353. pada minggu lepas harga emas berlegar sekitar 1362 ada sedikit kenaikan dan penurunan dengan lower high with slowly lower trend. jangkaan moneytrend, harga emas mungkin akan turun sekitar 1320 – 1280 dalam tempoh 2-3 minggu akan datang. tetapi diingatkan sekali lagi, ini cuma jangkaan sahaja, tiada signal yang jelas pergerakan harga emas ketika ini. index emas chl malaysia pula jatuh kepada 5065 hari ini, kejatuhan pertama dibawah paras 5100, pemilik emas mula akan kerugian ketika ini jika menjual emas disebabkan kemampuan pembeli emas kini menurun. daripada harga index diatas, harga emas dalam rm/g adalah rm133.40, jatuh dibawah harga rm134.65. (ini adalah nilai jika diconvert dari usd/onz sahaja, tidak melambangkan dengan tepat harga emas di pasaran malaysia) pasaran emas mula menunjukkan series of downtrend, dengan bbrp pergerakan turun lebih tinggi berbanding kenaikan. tetapi jika dilihat secara keseluruhan dalam tempoh 6 bulan, penurunan ini sangat, amat, teramat2 kecil berbanding dengan kenaikan yang tinggi sebelum ini. sekali lagi saya repeat ini hanya correction sementara samada disebabkan tarikh smkn hampir kepada tahun baru cina (china adalah pengeluar emas terbesar didunia), atau sebetul-betulnya signal downtrend. tunggu dan lihat, ini mungkin masa terbaik untuk mula membeli emas.