Emas Di Timbunan Sampah

ACCESSORIES 916 UNTUK SAMBUNG PUTUS ROSAK
View Catalog

Bau busuk, bahaya timbunan sampah runtuh dan hujan lebat yang boleh menaikkan paras air tanpa disedari, bukanlah halangan kepada berdozen-dozen pemungut  barangan logam terpakai untuk “melombong” di kawasan timbunan sampah berketinggian hampir 300m di utara Guatemala. Setiap hari, kira-kira 300 orang yang menggelar diri mereka “pelombong” turun ke bawah jurang dan mengharungi air sampah yang busuk semata-mata untuk mencari cincin dan gelang perak atau emas yang mungkin terdampar di situ. “Saya mendapat lebih banyak wang datang ke sini daripada pergi ke syarikat, di pejabat kami selalu ditengking dimarah, tapi disini kami bebas,” kata Eddie Miranda, 41 tahun. Eddie bernasib baik baru-baru ini apabila menemui  gelang emas seberat 9 gram, emas tersebut dijual dengan harga 2000 quetzals ($ 256). Jika dikira dalam ringgit, 9gram emas buruk bernilai hampir RM1170. Ia mungkin tidak kelihatan seperti banyak, tetapi jika dibandingkan dengan gaji purata penduduk Amerika Tengah, jumlah tersebut hampir sama dengan $ 270 (RM860) gaji minimum di negara Amerika Tengah. Walaupun nyawa jadi taruhan akibat air sampah yang berasid, ramai pekerja dan penganggur memilih cara hidup seperti ini apabila mereka mampu mendapat $20 dollar sehari, dua kali ganda gaji sehari jika bekerja biasa.
3PLY FACEMASK FOR RM0.10 PER PCS LOCAL SELLER
View Item

BELAJAR KIRA EMAS EBOOK ASAS NIAGA EMAS KILANG
View Catalog