Kalkulator Emas

Kira Harga Emas Terkini Hari Ini - 07 December 2025

Dikemaskini: 07 Dec 2025, 14:04

Kalkulator Nilai Emas

Masukkan berat emas anda untuk kira nilai semua karat

Masukkan berat emas dalam gram (cth: 10.5, 25, 50)
Pilih susut nilai mengikut keadaan emas
Harga Jual Emas 999 Hari Ini: RM 557.653 / gram

Masukkan berat emas untuk mula kira

Kenapa Ada Susut Nilai Emas?

Emas Terpakai

Emas terpakai, second hand, atau emas lama biasanya akan dibeli di bawah spot price kerana:

  • Mutu emas tidak tepat-tepat mengikut peratusan (cth: 916 tidak tepat 91.6%)
  • Ada kekotoran, campuran logam lain
  • Susut berat apabila dibakar/uji
  • Kos pemprosesan dan penyucian
Kadar Susut Nilai
  • 5% - Emas baru, baik, dengan sijil
  • 7% - Emas terpakai biasa, keadaan baik
  • 10% - Emas lama, rosak, patah, atau tanpa sijil

Nota: Kadar susut nilai mungkin berbeza mengikut kedai emas. Kalkulator ini memberikan anggaran sahaja.

Cara Guna Kalkulator Emas

  1. Masukkan berat emas anda dalam gram (cth: 10.5, 25, 50)
  2. Pilih susut nilai mengikut keadaan emas anda
  3. Lihat nilai spot dan nilai tunai untuk semua karat emas
  4. Nilai Tunai adalah anggaran yang anda akan dapat jika jual emas hari ini

Contoh Pengiraan:

Jika anda ada emas 916 seberat 10 gram, dan harga jual emas 999 hari ini adalah RM 557.653 per gram:

  • Harga spot emas 916 = (Harga 999 × 0.916) × 10 gram
  • Nilai tunai = Harga spot - (Harga spot × 7%)