Waktu Pelaburan Emas Paling Sesuai

KUALA LUMPUR: Kini merupakan waktu yang paling sesuai untuk melabur di dalam emas berikutan penurunan harga dengan hanya RM1,560 seaun.

Menurut Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Habib, harga logam beharga itu yang menyaksikan sedikit kemerosotan ketika ini menjadikan ia satu pelaburan yang baik.

“Hanya tahun lalu harga emas mencatat paras harga tertinggi sebanyak RM1,945 seaun jadi ini adalah masa yang paling untuk melabur kepada emas,” kata Meer.

Tambah beliau, emas merupakan satu pelaburan yang bijak kerana ia telah menunjukkan peningkatan harga yang konsisten sejak 12 tahun lalu.

“Sebenarnya lebih banyak yang dilaburkan kepada emas, lebih banyak keuntungan yang bakal diraih dimana pihak kami pernah melihat harga emas meningkat secara mendadak. Disamping itu, pemilik juga boleh gunakan emas sebagai perhiasan selain pelaburan semata-mata,” tambahnya.

Meer berkata, melihat kepada peningkatan permintaan daripada pelanggannya terhadap emas untuk tujuan pelaburan, Habib mula memberi perhatian kepada memenuhi citarasa golongan ini.

Ini termasuk melancarkan koleksi barangan kemas menggunakan emas 916k seperti koleksi terbarunya, Ora Otalia 916 yang mampu memberikan nilai pulangan pelaburan emas lebih tinggi.

Samun : 4 Kelindan Lori Dijel 8 Tahun

PETALING JAYA – Empat kelindan lori, termasuk dua beradik, dipenjara lapan tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen menyamun seorang peniaga.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhi hukuman itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap M.Ramaesh, 23, Muhammad Ridzuan Shanmugam, 24, S.Premkumar, 23, dan adiknya S.Muniandy, 21, di akhir kes pembelaan.

Suraiya memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu 20 Ogos tahun lepas.

Mereka didakwa menyamun sebuah beg sandang milik Hue Chong Fong, 32, yang mengandungi ketulan emas, dua utas jam tangan berjenama, satu tangkal sembahyang dan wang tunai RM70, yang kesemuanya bernilai RM15,000 di Jalan Subang, Sungai Buloh pada 3 pagi, 20 Ogos tahun lepas.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Seramai enam saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

Tamak Jerat Mangsa Cepat Kaya

Laporan kes individu menjadi mangsa penipuan membabitkan kerugian jutaan ringgit kerap disiarkan di media massa. Mereka yang menjadi mangsa terdiri pelbagai lapisan umur, taraf pendidikan dan bangsa, membuktikan sindiket penipuan tidak memilih mangsa.

Sepanjang 2011, seramai 876 rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan membabitkan kerugian berjumlah RM34.17 juta. Dari Januari hingga September 2012, seramai 613 telah menjadi mangsa membabitkan kerugian sebanyak RM25.89 juta.

Sabda Rasulullah SAW: “Andai kata anak Adam itu memiliki emas satu lembah, nescaya dia ingin memiliki satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulutnya (hawa nafsu) melainkan maut. Dan Allah menerima taubat sesiapa yang bertaubat kepada-Nya.” (Hadis riwayat Muslim)

Jumlah mangsa dan kerugian dicatatkan adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh mangsa kepada polis, sedangkan dipercayai banyak lagi individu yang menjadi mangsa tidak tampil membuat laporan.

Kes paling popular sekarang ini adalah penipuan bungkusan di mana mangsa diberitahu dia akan menerima bungkusan dari luar negara yang mengandungi hadiah mahal seperti barangan kemas atau wang tunai.

Bagaimanapun mangsa dikehendaki membuat bayaran kepada kastam bagi membolehkan bungkusan itu diambil.

Terdapat banyak lagi mondus operandi penipuan seperti gores dan menang, pelaburan emas, pelaburan saham, menang loteri, hadiah peraduan dan agihan pusaka menjerat mangsa tanpa belas kasihan.
Kes seumpama itu berlaku disebabkan sifat manusia mudah terpedaya dengan janji mendapat kekayaan. Sikap tamak dan tidak berhati-hati menyebabkan seseorang itu tidak berfikir panjang sebelum membuat keputusan memastikan sama ada perkara itu benar atau sebaliknya.

Mereka merasakan satu kerugian jika menolak atau tidak ikut serta program yang menawarkan keuntungan lumayan dengan sedikit pelaburan. Perkara ini tidak terjadi jika kita berfikir dan bertindak secara bijak. Sifat terburu-buru sememangnya mudah mengundang kesan buruk. Sikap tamak mendapat keuntungan besar dengan mudah mendorong seseorang menyebabkan fungsi akal tidak lagi digunakan, sebaliknya nafsu yang lebih menguasai diri.

Sememangnya manusia sanggup berdepan risiko menanggung kerugian asalkan ada peluang untuk mendapat lebih banyak kekayaan. Sesungguhnya sifat manusia tidak pernah puas dengan apa yang sudah dimiliki.

Sabda Rasulullah SAW: “Andai kata anak Adam itu memiliki emas satu lembah, nescaya dia ingin memiliki satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulutnya (hawa nafsu) melainkan maut. Dan Allah menerima taubat sesiapa yang bertaubat kepada-Nya.” (Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya apa saja keburukan yang bakal berlaku dapat diatasi jika kita menggunakan kebijaksanaan akal. Akal dapat membezakan antara perkara benar dengan palsu dan terhindar daripada melakukan perbuatan mendatangkan kerugian pada diri.

Banyak ayat al-Quran menyebut mengenai kegunaan akal membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya dalam semua itu ada keterangan-keterangan bagi orang yang mengerti (berakal).” (Surah Taha, ayat 54)
Firman-Nya lagi: “Sesungguhnya hal itu menjadi keterangan untuk kamu yang berfikir.” (Surah ar-Rad, ayat 4)

Individu menerima tawaran mendapat keuntungan besar mesti berfikir mengenai kewajaran tawaran itu. Gunakan akal fikiran untuk mengelak daripada terus menjadi mangsa penipuan. Orang bodoh sentiasa menjadi mangsa kepada orang cerdik.

Perbezaan orang cerdik dengan bodoh adalah orang cerdik menggunakan akal, sedangkan orang bodoh menggunakan nafsu untuk melakukan sesuatu. Harta dimiliki perlu dijaga dengan baik untuk manfaat diri sendiri dan keluarga.

Sabda Rasulullah SAW: “Jagalah hartamu baik-baik dan jangan dirosakkan. Kerana setiap orang yang diberi sesuatu pemberian, maka harta itu menjadi miliknya selama hidupnya dan apabila meninggal menjadi milik warisnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Mengambil harta orang lain secara penipuan samalah dengan merampas atau merompak. Sesungguhnya amat besar dosa yang dilakukan itu hingga menghalangnya memasuki syurga.

Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda: “Sesiapa merampas hak orang Muslim dengan sumpah, dia wajib masuk neraka dan haram baginya syurga.” (Hadis riwayat Muslim)

Laporan kes penipuan di media massa bukan sekadar bahan cerita, sebaliknya ia bertujuan memberitahu atau menyedarkan orang ramai supaya tidak menjadi mangsa penipuan. Malangnya kes yang sama masih berlaku dan bilangannya semakin bertambah. Jelas sekali, sikap tamak manusia menyebabkan mereka mudah menjadi mangsa penipuan. -BH

Pembeli Emas Kena Tipu

BATU GAJAH – Kerana mempercayai seorang wanita yang mahu menjual surat gadai emas, seorang pembeli emas terpaksa berputih mata apabila kehilangan wang tunai RM10,400 di Tronoh, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shahanon Anuar Abd Latif memaklumkan, wang berkenaan telah dilarikan wanita terbabit dalam kejadian pada jam 1.30 petang.

Menurutnya, pengadu yang berusia 27 tahun didatangi wanita terbabit di premis perniagaannya dan telah bersetuju membeli emas berkenaan, lalu membawa wanita itu ke sebuah kedai pajak gadai.

“Pengadu telah menyerahkan wang berkenaan kepada suspek untuk tebus emas gadaian di kedai pajak berkenaan.

“Tindakan itu mengundang padah apabila suspek melarikan wang berkenaan dengan menaiki motosikal ditunggang seorang lelaki yang telah menunggu di lorong kedai pajak,” katanya.

Shahanon Anuar berkata, pengadu cuba mengejar suspek ketika itu, namun gagal keranan keretanya terlanggar sebuah van.

Menurutnya, susulan kegagalan itu, pengadu telah membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Dalam kejadian itu, pengadu telah diberikan surat pajak gadai dan kad pengenalan beralamat Kampung Parit Betak, Benut, Johor.

“Suspek merupakan seorang wanita berusia 30 tahun, berbadan kurus dan berkulit hitam manis,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati kad pengenalan yang ada pada pengadu bukan milik suspek, manakala hasil semakan mendapati ia tiada dalam rekod jenayah.

“Kita juga berusaha mengesan suspek lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamah LC135 berwarna hitam, bertopi keledar dan jaket hitam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dan peniaga yang membeli surat gadaian diminta berhati-hati jika didatangi individu sebagaimana dalam kes ini,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini untuk menghubungi polisdi talian 05-3629222 bagi menyalurkan maklumat. -SinarHarian

Permintaan Emas Jatuh Tahun Lalu

LONDON – Permintaan terhadap emas dunia tahun lalu jatuh buat kali pertama sejak 2009, didorong oleh penurunan pembelian barangan kemas di Asia serta kemerosotan aktiviti pelaburan ke atas emas di negara-negara barat, menurut Majlis Emas Dunia (WGC).

WGC yang ditaja oleh pemain industri emas semalam menjelaskan, permintaan emas pada 2012 menurun empat peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 4,405 tan.

Majlis itu menjangkakan paras permintaan emas tahun ini mampu mengatasi tahun 2012, tetapi peningkatan itu hanya melibatkan peratusan yang kecil.

Jelas mereka lagi, agak sukar permintaan emas untuk kembali kepada paras yang tertinggi seperti mana ketika berlakunya krisis hutang dunia pada 2009.

Harga emas didagangkan sekitar AS$1,625 (RM5,037.5) dan AS$1,695 (RM5,254.5) seaun tahun ini. Namun, ia dijangka kembali meningkat.

Menurut WGC, secara purata harga emas telah jatuh 1.4 peratus sepanjang tahun ini. – REUTERS

Polis Tahan Empat Lelaki Berhubung Kes Samun Kedai Emas Di Selayang

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Polis menahan empat lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes samun kedai emas di hadapan Balai Polis Selayang Baru pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata suspek, yang berusia antara 16 dan 27 tahun, ditahan ketika polis menyerbu sebuah rumah di Lot 27, Jalan 18 Kampung Melayu, Batu Caves pada kira-kira 6.50 petang.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua motosikal iaitu Honda EX5 dan Kawasaki RR serta empat resit pajak gadai dan dua helai ”vest”,” katanya kepada Bernama malam ini.

Semalam, dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul melarikan tiga dulang emas bernilai kira-kira RM200,000 ketika menyamun sebuah kedai emas di depan Balai Polis Selayang Baru.- BERNAMA

RBM Releases New Coins For Queen’s 60th Anniversary

The Royal British Mint has released several products which celebrate the 60th Anniversary of the Coronation of Queen Elizabeth II.

The Royal British Mint has released several products which celebrate the 60th Anniversary of the Coronation of Queen Elizabeth II.

This follows the many Diamond Jubilee products issued last year to celebrate 60 years since the Queen’s accession.

The 2013 60th Anniversary of the Queen’s Coronation 5 pound Coin was released in December 2012. The reverse design features a depiction of the Imperial State Crown, which was worn just after the Coronation ceremony.

An inscription above the crown reads “To Reign and Serve – A Vow Made Good”.The obverse of the coin contains the Ian-Rank Broadley effigy of Queen Elizabeth II with the “2013″ date.

This coin is available in copper-nickel composition in brilliant uncirculated quality, packaged with an illustrated folder. A 22-karat gold proof version is available with a mintage limit of 2,000.

A silver proof version is limited to 15,000 pieces, a gold plated silver proof version is limited to 12,500, and a silver piedfort proof version is limited to 3,250.

The coin is also included in various annual sets. Just announced this month is 2013 The Queen’s Portrait Four Coin Set, available in three different precious metals options .

The obverse designs of the coins feature each of the portraits that the Royal Mint has used for circulation coinage, which were designed by Mary Gillick, Arnold Machin, Raphael Maklouf, and Ian-Rank-Broadley.

A common reverse design features the Royal Arms reimagined by sculptor James Butler. A Gold Proof Four Coin Set will be offered with a limit of 450 sets.
Also available will be a silver proof set limited to 4,800 and a piedfort silver proof set limited to 2,700 sets.

The Royal Mint has a section of their website which showcases products celebrating the 60th Anniversary of the Queen’s Coronation.

: Google

Dagangan Emas Risiko dalam Untung

Tahun lalu negara ini dikejutkan dengan pelbagai berita berkenaan dengan dagangan komoditi emas melalui ejen jualan yang turut mengalami kerugian jutaan ringgit. Ironinya, bukan setakat golongan korporat yang mengaku terpedaya dengan skim pelaburan ini, malah golongan bawahan juga tidak terkecuali. Semuanya gara-gara terpedaya dengan pulangan lumayan yang bakal diperoleh melalui skim yang ditawarkan oleh ejen yang tidak diiktiraf pihak berkuasa ini.

Setelah beberapa bulan berlalu, kesan kerugian yang dialami komuniti pelabur negara ini masih belum reda. Realitinya, rakyat Malaysia mempunyai dana yang banyak di tangan mereka dan tercari-cari platform yang paling sesuai untuk pelaburan serta mendapat pulangan jangka masa panjang. Walau bagaimanapun, disebabkan tidak banyak platform pelaburan di negara ini yang mampu menawarkan pulangan tinggi, mereka terdorong untuk mencari alternatif lain walaupun kurang memahami konsep serta risiko yang bakal dihadapi mereka. Antara peluang tersebut ialah pelaburan emas.

Mengikut sejarah, dagangan emas digunakan pada ketika dahulu sebagai instrumen perdagangan yang mempunyai taraf seperti mata wang. Pada abad ke-19, kebanyakan negara Eropah menggunakan emas sebagai mata wang dalam urusan perdagangan antara negara. Namun, dagangan emas dihentikan penggunaannya pada Perang Dunia Pertama ekoran krisis ekonomi yang berlaku pada ketika itu. Pasca-Perang Dunia Kedua pula, sistem Bretton Woods yang turut menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia mengikat dolar Amerika kepada AS$35 (RM122.5) bagi setiap satu auns emas.

Sistem ini wujud sejak sekian lama, tetapi dihentikan pada tahun 1971 oleh Presiden Nixon dan menggantikan sepenuhnya kepada dagangan mata wang kertas (matawang fiat) tanpa cagaran emas. Sehingga kini, Switzerland negara terakhir yang berhenti menggunakan emas sebagai sandaran mata wang Swiss Franc pada tahun 2000. Banyak orang masih beranggapan bahawa pelaburan emas dapat memberikan keuntungan lumayan pada jangka masa panjang. Para sarjana dalam bidang teologi (agama) juga mendakwa emas merupakan satu bentuk instrumen pelaburan yang baik untuk dipegang dalam keadaan ekonomi tidak menentu.

Atas dasar kepercayaan inilah, banyak dalam kalangan masyarakat berfikiran bahawa dengan membeli emas, kekayaan mereka dapat dipertingkatkan atau sekurang-kurangnya, dipertahankan daripada inflasi. Tahun lalu negara ini dikejutkan dengan pelbagai berita berkenaan dengan dagangan komoditi emas melalui ejen jualan yang turut mengalami kerugian jutaan ringgit.

Ironinya, bukan setakat golongan korporat yang mengaku terpedaya dengan skim pelaburan ini,malah golongan bawahan juga tidak terkecuali. Semuanya gara-gara terpedaya dengan pulangan lumayan yang bakal diperoleh melalui skim yang ditawarkan oleh ejen yang tidak diiktiraf pihakberkuasa ini.Setelah beberapa bulan berlalu, kesan kerugian yang dialami komuniti pelabur negara ini masih belum reda. Realitinya, rakyat Malaysia mempunyai dana yang banyak di tangan mereka dan tercari-cari platform yang paling sesuai untuk pelaburan serta mendapat pulangan jangka masa panjang.

Walau bagaimanapun, disebabkan tidak banyak platform pelaburan di negara ini yang mampu menawarkan pulangan tinggi, mereka terdorong untuk mencari alternatif lain walaupun kurang memahami konsep serta risiko yang bakal dihadapi mereka. Antara peluang tersebut ialah pelaburan emas.

Mengikut sejarah, dagangan emas digunakan pada ketika dahulu sebagai instrumen perdagangan yang mempunyai taraf seperti mata wang. Pada abad ke-19, kebanyakan negara Eropah menggunakan emas sebagai mata wang dalam urusan perdagangan antara negara.Namun, dagangan emas dihentikan penggunaannya pada Perang Dunia Pertama ekoran krisis ekonomi yang berlaku pada ketika itu.

Pasca-Perang Dunia Kedua pula, sistem Bretton Woods yang turut menubuhkan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia mengikat dolar Amerika kepada AS$35 (RM122.5) bagi setiap satu auns emas. Sistem ini wujud sejak sekian lama, tetapi dihentikan pada tahun 1971 oleh Presiden Nixon dan menggantikan sepenuhnya kepada dagangan mata wang kertas (matawang fiat) tanpa cagaran emas.

Sehingga kini, Switzerland negara terakhir yang berhenti menggunakan emas sebagai sandaran mata wang Swiss Franc pada tahun 2000. Banyak orang masih beranggapan bahawa pelaburan emas dapat memberikan keuntungan lumayan pada jangka masa panjang.

Para sarjana dalam bidang teologi (agama) juga mendakwa emas merupakan satu bentuk instrumen pelaburan yang baik untuk dipegang dalam keadaan ekonomi tidak menentu. Atas dasar kepercayaan inilah, banyak dalam kalangan masyarakat berfikiran bahawa dengan membeli emas, kekayaan mereka dapat dipertingkatkan atau sekurang-kurangnya, dipertahankan daripada inflasi.

Rencana ini dipetik daripada Dewan Masyarakat Januari 2013.

Cara Pajak Emas Di Ar-Rahnu

Antara kelebihan simpan emas ni ialah ‘pelaburan’ kita tak beku. Walaupun kita melabur, hakikatnya ‘duit’ tu ada di tangan kita sebab emas tu kita pegang sendiri. Kita yang control 100%. Kalau simpan dalam Tabung Haji ataupun ASB, duit kita dipegang oleh bank. Dan banklah yang gunakan duit tu untuk buat investment lain dan gandakan keuntungan mereka. Bila dapat untung, sebahagian kecil dia agihkan kepada kita (penyimpan) dalam bentuk dividen. Kalau keluarkan duit lebih awal in case nak pakai duit sekejap, kita akan rugi dividen hujung tahun. Tapi berbeza dengan emas.

Kalau nak pakai duit SEKEJAP untuk hal mustahak, emas tu tak perlu dijual. Pajak sahaja emas tu di ar-rahnu untuk dapatkan pinjaman bercagar dengan kadar SEGERA. Duit pinjaman akan dapat on-the-spot. Selesai jer urusan, tebus balik emas tu. Macam tu lah yang dibuat oleh makcik-makcik di Pasar Siti Khadijah (Kota Bharu). Gelang yang mereka pakai penuh sampai ke lengan tu sebenarnya modal pusingan mereka. Bila nak modal berniaga, mereka pajak emas tu. Lepas selesai urusniaga, mereka tebus balik dan duit untung hasil urusniaga tu dah boleh cover kos upah ar-rahnu.

Cara pajak di ar-rahnu ni mudah jer. Di bawah ni saya bagi panduannya secara umum:

Di mana tempat pajak emas?

Pajak di mana-mana ar-rahnu (halal), bukan kedai pajak (haram), dan bukan juga di bank sebab bukan semua cawangan bank ada fasiliti ar-rahnu. Hanya bank tertentu dan cawangan tertentu sahaja yang sediakan fasiliti ar-rahnu. Di bawah ni saya senaraikan antara ar-rahnu yang ada di Malaysia:

Apa yang anda perlu tahu, polisi setiap ar-rahnu berbeza-beza. Berapa nilai emas, apa dokumen yang diperlukan, berapa banyak pinjaman yang diberikan, berapa lama tempoh pinjaman, memang berbeza antara setiap ar-rahnu. Di bawah ni saya cuma bagi panduan umum sahaja.

Emas boleh dijadikan sumber tunai segera untuk para perniaga terutamanya.

Apa yang perlu di bawa?

Emas + sijil ketulenan (kalau ada) + resit belian asal. Sesetengah ar-rahnu tak perlukan resit belian.

Apa jenis emas yang diterima ar-rahnu?

Barang kemas solid (tanpa permata), gold bar, dinar, atau syiling emas. Asalkan ianya emas dan ianya tulen. Sesetengah ar-rahnu hanya terima barang kemas sahaja. Gold bar, dinar & syiling emas tak diterima.

Berapa banyak pinjaman akan diberi?

65% atas nilai emas yang dipajak. Sesetengah ar-rahnu bagi sehingga 70% daripada nilai emas. Apa yang anda perlu tahu, nilai emas bukan berdasarkan harga emas yang dijual oleh pengeluar emas seperti Kijang Emas, Dinar Kelantan ataupun Public Gold, tapi berdasarkan harga semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu itu sendiri. Dan harga setiap ar-rahnu pastinya berbeza. Anda perlu call ar-rahnu untuk tahu harga semasa mereka sebab kebanyakkan ar-rahnu tak publish harga semasa mereka di website.

Untuk menentukan berapakah nilai emas anda, ar-rahnu akan timbang berat dan test ketulenan menggunakan alat densimeter. Kalau ketulenannya berbeza daripada apa yang tertera dalam sijil ketulenan, samada (1) anda ditipu oleh penjual, atau (2) mesin densimeter tu ‘problem’. Kalau nak kepastian, bawa emas tu ke ar-rahnu cawangan lain.


Contoh surat pajak Ar-Rahnu Agrobank

Berapakah caj yang dikenakan?

Caj pajakan ar-rahnu dinamakan “upah simpan” seolah-olah kita bayar caj ar-rahnu simpankan emas kita. Tapi hakikatnya ia adalah caj pinjaman, cuma kaedahnya dibuat supaya patuh syariah. Secara umumnya, caj dikenakan sekitar RM0.70 sebulan atas setiap RM100 nilai emas yang dipajak (istilahnya “marhun”), BUKAN atas nilai pinjaman.

Apa yang anda perlu tahu, caj adalah tetap sebagaimana tertera pada surat pajak walaupun harga emas turun naik dalam tempoh pajakan. Dan anda bebas untuk bayar upah simpan tu pada bila-bila masa samada dalam tempoh pajakan ataupun sekaligus masa tebus emas tu nanti.

Berapa lama tempoh pinjaman?

Tempoh standard ialah 6 bulan. Sesetengah ar-rahnu bagi ‘extended-period’ sehingga 9 – 11 bulan. Habis tempoh pinjaman, anda kena tebus balik emas tu ataupun emas tu kena lelong! Kalau nak sambung lagi pajakan, kena renew surat pajak.

Dan jangan lupa, anda bebas untuk tebus emas tu pada bila-bila masa walaupun tempoh pajakan belum tamat. Kalau tebus dalam masa sebulan, maka caj pajakan cuma dikenakan untuk sebulan sahaja.

Bagaimana cara sambung pajakan bila tamat tempoh?

Sebelum habis tempoh pajakan, datang ke ar-rahnu dan settlekan kos upah sahaja. Kemudian emas tu akan dinilaikan semula mengikut harga semasa. Katakanlah dulu nilai emas RM10,000, tapi masa renew surat pajak (untuk sambung pajakan), nilai emas naik menjadi RM12,000, maka jumlah pinjaman baru akan diberi sebanyak 65% atas RM12,000 (bersamaan RM7,800) dan caj pajakan (“upah simpan”) juga dikenakan atas nilai RM12,000 (bersamaan RM84 sebulan).

Berdasarkan carta di atas, bila renew surat pajak, ar-rahnu akan tambah lagi pinjaman sebanyak RM1,300. Tapi apa akan berlaku kalau sebaliknya (harga emas turun)? Maka kita kena top-up (bayar) RM1,300 baru boleh sambung pajakan! Haa… Kat sinilah ramai pemajak tegar tersangkut pada tahun 2012 bila harga emas bergerak mendatar!

Itulah panduan asas cara pajak emas di ar-rahnu. Ada beberapa tips penting lagi yang anda perlu tahu sebelum memajak emas. Artikel tu masih diperingkat draft. Nanti dah siap saya akan postkan, insyaAllah.

Wallahu a’lam.

Fakta Ar-Rahnu : Ar-Rahnu pertama di tubuhkan di Malaysia ialah Ar-Rahn PKB (Permodalan Kelantan Berhad) iaitu pada 19 Mac 1992.

: www.mohdzulkifli.com

China Jadi Pengeluar Emas Terbesar di Dunia

Menurut data Persatuan Emas China baru-baru ini, jumlah pengeluaran emas China mencatat 403.05 tan pada tahun 2012, sekali gus menjadikannya negara pengeluar emas yang terbesar di dunia enam tahun berturut-turut.

Dengan jumlah penggunaan emas sebanyak 832.18 tan, China turut menjadi negara pengguna emas yang kedua terbesar selepas India. Berbanding dengan tahun 2011, jumlah penggunaan emas China meningkat 9.35%, iaitu sebanyak 71.13 tan.

Peningkatan permintaan terhadap emas di China berikutan semakin ramai pengguna dan pelabur melihat emas sebagai aset yang penting. Pelaburan emas menjadi langkah utama warga China untuk mengatasi inflasi.