Tamak Jerat Mangsa Cepat Kaya

Laporan kes individu menjadi mangsa penipuan membabitkan kerugian jutaan ringgit kerap disiarkan di media massa. Mereka yang menjadi mangsa terdiri pelbagai lapisan umur, taraf pendidikan dan bangsa, membuktikan sindiket penipuan tidak memilih mangsa.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

Sepanjang 2011, seramai 876 rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan membabitkan kerugian berjumlah RM34.17 juta. Dari Januari hingga September 2012, seramai 613 telah menjadi mangsa membabitkan kerugian sebanyak RM25.89 juta.

Sabda Rasulullah SAW: “Andai kata anak Adam itu memiliki emas satu lembah, nescaya dia ingin memiliki satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulutnya (hawa nafsu) melainkan maut. Dan Allah menerima taubat sesiapa yang bertaubat kepada-Nya.” (Hadis riwayat Muslim)

Jumlah mangsa dan kerugian dicatatkan adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh mangsa kepada polis, sedangkan dipercayai banyak lagi individu yang menjadi mangsa tidak tampil membuat laporan.

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

Kes paling popular sekarang ini adalah penipuan bungkusan di mana mangsa diberitahu dia akan menerima bungkusan dari luar negara yang mengandungi hadiah mahal seperti barangan kemas atau wang tunai.

Bagaimanapun mangsa dikehendaki membuat bayaran kepada kastam bagi membolehkan bungkusan itu diambil.

Terdapat banyak lagi mondus operandi penipuan seperti gores dan menang, pelaburan emas, pelaburan saham, menang loteri, hadiah peraduan dan agihan pusaka menjerat mangsa tanpa belas kasihan.
Kes seumpama itu berlaku disebabkan sifat manusia mudah terpedaya dengan janji mendapat kekayaan. Sikap tamak dan tidak berhati-hati menyebabkan seseorang itu tidak berfikir panjang sebelum membuat keputusan memastikan sama ada perkara itu benar atau sebaliknya.

Mereka merasakan satu kerugian jika menolak atau tidak ikut serta program yang menawarkan keuntungan lumayan dengan sedikit pelaburan. Perkara ini tidak terjadi jika kita berfikir dan bertindak secara bijak. Sifat terburu-buru sememangnya mudah mengundang kesan buruk. Sikap tamak mendapat keuntungan besar dengan mudah mendorong seseorang menyebabkan fungsi akal tidak lagi digunakan, sebaliknya nafsu yang lebih menguasai diri.

Sememangnya manusia sanggup berdepan risiko menanggung kerugian asalkan ada peluang untuk mendapat lebih banyak kekayaan. Sesungguhnya sifat manusia tidak pernah puas dengan apa yang sudah dimiliki.

Sabda Rasulullah SAW: “Andai kata anak Adam itu memiliki emas satu lembah, nescaya dia ingin memiliki satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulutnya (hawa nafsu) melainkan maut. Dan Allah menerima taubat sesiapa yang bertaubat kepada-Nya.” (Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya apa saja keburukan yang bakal berlaku dapat diatasi jika kita menggunakan kebijaksanaan akal. Akal dapat membezakan antara perkara benar dengan palsu dan terhindar daripada melakukan perbuatan mendatangkan kerugian pada diri.

Banyak ayat al-Quran menyebut mengenai kegunaan akal membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya dalam semua itu ada keterangan-keterangan bagi orang yang mengerti (berakal).” (Surah Taha, ayat 54)
Firman-Nya lagi: “Sesungguhnya hal itu menjadi keterangan untuk kamu yang berfikir.” (Surah ar-Rad, ayat 4)

Individu menerima tawaran mendapat keuntungan besar mesti berfikir mengenai kewajaran tawaran itu. Gunakan akal fikiran untuk mengelak daripada terus menjadi mangsa penipuan. Orang bodoh sentiasa menjadi mangsa kepada orang cerdik.

Perbezaan orang cerdik dengan bodoh adalah orang cerdik menggunakan akal, sedangkan orang bodoh menggunakan nafsu untuk melakukan sesuatu. Harta dimiliki perlu dijaga dengan baik untuk manfaat diri sendiri dan keluarga.

Sabda Rasulullah SAW: “Jagalah hartamu baik-baik dan jangan dirosakkan. Kerana setiap orang yang diberi sesuatu pemberian, maka harta itu menjadi miliknya selama hidupnya dan apabila meninggal menjadi milik warisnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Mengambil harta orang lain secara penipuan samalah dengan merampas atau merompak. Sesungguhnya amat besar dosa yang dilakukan itu hingga menghalangnya memasuki syurga.

Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda: “Sesiapa merampas hak orang Muslim dengan sumpah, dia wajib masuk neraka dan haram baginya syurga.” (Hadis riwayat Muslim)

Laporan kes penipuan di media massa bukan sekadar bahan cerita, sebaliknya ia bertujuan memberitahu atau menyedarkan orang ramai supaya tidak menjadi mangsa penipuan. Malangnya kes yang sama masih berlaku dan bilangannya semakin bertambah. Jelas sekali, sikap tamak manusia menyebabkan mereka mudah menjadi mangsa penipuan. -BH

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>