KUALA LUMPUR: Saham-saham di Bursa Malaysia lemah pada akhir sesi pagi hari ini berikutan kegiatan pengambilan untung berterusan di kaunter-kaunter wajaran tinggi, kata peniaga.
Pada 12.30 tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.2 mata kepada 1,890.45, selepas bergerak antara 1,887.96 dan 1,892.17 pada sepanjang sesi pagi.
Seorang peniaga berkata sentimen bursa tempatan itu adalah sejajar dengan kebanyakan bursa serantau berikutan kadar inflasi pengguna China bagi Jun turun lebih besar berbanding unjuran yang merupakan petunjuk mengenai kedudukan ekonomi yang agak lemah.
Sebanyak 451 saham rugi berbanding 237 untung dengan 327 kaunter tidak berubah, 613 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 928.45 juta saham bernilai RM848.03 juta.
Di papan skor, Indeks Kewangan susut 0.14 mata kepada 17,397.37, Indeks Perusahaan turun 16.52 mata kepada 3,258.7 dan Indeks Perladangan susut 19.59 mata kepada 9,214.2.
Indeks FBM Emas turun 20.28 mata kepada 13,143.41, Indeks FBMT100 susut 18.42 mata kepada 12,754.87, FBM Ace turun 66.51 mata kepada 6,717.93 dan FBM 70 merosot 34.57 mata kepada 14,396.85.
Antara kaunter aktif, China Stationery naik 1.5 sen kepada 10 sen, Sona Petroleum menokok dua sen kepada 50 sen, Berjaya Corp susut satu sen kepada 47 sen manakala PDZ Holdings kekal 15 sen.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank untung dua sen kepada RM9.97, Public Bank meningkat empat sen kepada RM20.04, manakala TNB dan CIMB turun dua sen kepada RM12.46 dan RM7.26.
Tambahan:
Indeks emas dunia pula dalam keadaan menaik berbanding semalam, dan terus kekal hari ini, Lewat petang semalam indeks emas berada sangat-sangat rendah apabila jatuh hampir RM2.65/gram selepas cuti minggu. Bagaimanapun kemungkinan perkembangan perang di Gaza / ISIL / IRAQ bakal menaikkan kembali harga emas.
Kejatuhan sementara ini disebabkan pelabur mengambil untung singkat selepas indeks emas telah mencecah RM5200 minggu lepas, bagaimanapun emas masih berada diatas USD1300/onz selama lebih 20 hari, tiada kemungkinan emas akan jatuh dalam masa terdekat sebelum hari raya Aidilfitri.
Kuala Lumpur : Seorang pedagang emas termasuk 1,064 individu memfailkan saman terhadap syarikat pelaburan emas Genneva Malaysia Sdn Bhd kerana memungkiri perjanjian jual beli emas menyebabkan kerugian lebih RM146 juta.
Murshid Meam Ghouse Musa Meam dan 1,064 individu lagi selaku plaintif memfailkan saman itu melalui Tetuan Raj, Ong & Yudistra di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, Isnin lalu.
Dalam saman itu mereka menamakan Genneva sebagai defendan pertama dan Bank Negara sebagai defendan kedua.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa mereka mempunyai tiga jenis perjanjian dengan Genneva iaitu pembelian produk emas (pembelian pertama), membeli dan menebus produk emas (pembelian seterusnya) dan menjual produk-produk emas (penjualan emas).
Dalam semua perjanjian itu Genneva didakwa gagal menyediakan produk emas dan membayar balik harga jualan.
Kerugian setiap jenis perjanjian masing-masing adalah sebanyak RM48,816,915; RM81,952,471 dan RM15,255,953.
Oleh itu, semua plaintif memohon ganti rugi khas berjumlah RM146,025,339, emas dipulangkan dan perintah untuk mengarahkan Bank Negara menyerahkan emas dan wang kepada mereka.
Pukau rokok antara kaedah untuk memastikan mangsa menyerahkan barangan dan wang kepada penjenayah.
Polis Metropolitan Jakarta Raya mengingatkan masyarakat agar lebih berwaspada terhadap peningkatan kadar jenayah seperti rompakan menggunakan pukau pada bulan Ramadan.Polis mendapati kejadian rompakan menggunakan cara pukau adalah kes jenayah paling tinggi berlaku ketika Ramadan.
Peningkatan kadar jenayah itu didorong kerana keperluan harian yang mendesak pada bulan puasa.
Sehubungan itu, pihak keselamatan terbabit mengingatkan masyarakat supaya lebih berwaspada dalan menjalani kegiatan harian.
Seperti yang berlaku pada tahun sebelumnya, jenayah yang berlaku pada Ramadan terjadi dengan pelbagai modus operandi.
“Berhati-hati dan tidak menjadikan diri mangsa dengan tidak memakai barang kemas atau membawa barangan berharga ketika berada tempat awam,” katanya jurucakap polis itu.
Melalui data yang diperoleh, katanya, pukau antara jenayah paling tinggi berlaku ketika Ramadan dan ia biasanya terjadi kepada pengguna pengangkutan awam.
KUALA LUMPUR: Saham di Bursa Malaysia dibuka sederhana pagi ini dengan sedikit aktiviti pengambilan untung, menjejak pasaran serantau yang didorong sentimen positif daripada kenaikan semalaman di Wall Street, kata peniaga.
Bagaimanapun, sentimen pasaran hari ini dijangka lebih berhati-hati dengan sedikit keyakinan menanti data ekonomi yang akan dikeluarkan kerajaan Amerika Syarikat lewat hari ini.
Hingga jam 9.07 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 1.64 mata kepada 1,885.2 selepas dibuka 1,885.46.
Di papan skor, Indeks Kewangan susut 16.07 mata kepada 17,224.039 tetapi Indeks Perladangan naik 6.86 mata kepada 9,239.85 dan Indeks Perindustrian naik 10.45 mata kepada 3,262.22.
Indeks FBM Emas jatuh 10.92 mata kepada 13,078.41, FBMT100 susut 13.4 mata kepada 12,700.06, FBM ACE susut 0.62 kepada 6,734.46 manakala FBM 70 susut 24.5 mata kepada 14,260.29.
Jajaran pasaran adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 121 berbanding 85 dan 1,430 kaunter tidak berubah.
Jumlah dagangan sebanyak 128.2 juta saham bernilai RM54.6 juta.-BERNAMA
KETERANGAN
Bursa Malaysia adalah suatu syarikat pemegangan bursa yang diluluskan di bawah Seksyen 15 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Ia mengendalikan pertukaran yang bersepadu sepenuhnya, yang menawarkan barisan lengkap perkhidmatan berkaitan pertukaran termasuk perdagangan, penjelasan, penyelesaian dan perkhidmatan depositori.
Anak-anak syarikat milik penuh Bursa Malaysia memiliki dan mengendalikan pelbagai perniagaan.
EMAS Syariah indeks FTSE Bursa Malaysia telah direka untuk memberikan pelabur-pelabur Malaysia dengan tanda aras yang luas untuk pelaburan patuh Syariah.
FTSE BURSA MALAYSIA EMAS SYARIAH INDEX SARINGAN METODOLOGI
Indeks Syariah EMAS FTSE Bursa Malaysia menggunakan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh MPS dalam reka bentuk indeks ini.
Kriteria umum menetapkan bahawa syarikat-syarikat yang mematuhi Syariah tidak boleh terlibat dalam mana-mana aktiviti teras yang berikut:
• Perkhidmatan kewangan yang berteraskan riba (faedah)
• Perjudian
• Pengeluaran atau penjualan barangan yang tidak halal atau barangan yang berkaitan
• insurans konvensional
• Aktiviti hiburan yang tidak selaras dengan Syariah
• Pengeluaran atau penjualan produk tembakau atau produk berasaskan berkaitan
• Syarikat broker atau dagangan saham dalam sekuriti yang tidak patuh Syariah
• Aktiviti-aktiviti lain yang dianggap tidak selaras dengan Syariah
Maklumat lanjut mengenai MPS boleh diperolehi daripada laman web Suruhanjaya Sekuriti di
www.sc.com.my
PROSES PEMERIKSAAN
FTSE Bursa Malaysia Index Universe
\/
Saiz FTSE, mudah tunai dan skrin apungan bebas
\/
Pemilihan Universe – FTSE Bursa Malaysia EMAS Index
\/
Pematuhan penapis Syariah bagi menjalankan aktiviti perniagaan (MPS pemeriksaan metodologi)
\/
FTSE Bursa Malaysia EMAS Syariah Indeks
RANGKAIAN
FTSE Bursa Malaysia EMAS Index
FTSE Bursa Malaysia 100 Indeks ———-> FTSE Bursa Malaysia Large 30 Index
———–>FTSE Bursa Malaysia Mid 70 Indeks
FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah Index
FTSE Bursa Malaysia EMAS Syariah Indeks
FTSE Bursa Malaysia Small Cap Index
FTSE Bursa Malaysia Indeks yang baru
Indeks diuruskan mengikut set yang telus dan orang ramai kaedah-kaedah indeks dan juga diselia oleh
sebuah jawatankuasa bebas, untuk memastikan bahawa kaedah-kaedah yang digunakan dengan betul dan dipatuhi. ulasan mengambil tempat untuk memastikan bahawa perwakilan yang berterusan dan tepat pasaran dikekalkan.
Ciri-Ciri FTSE Bursa Malaysia EMAS Index
• indeks terdiri daripada juzuk FTSE Bursa Malaysia EMAS indeks yang Patuh Syariah mengikut Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Council (MPS) kaedah saringan. The FTSE Bursa Malaysia EMAS index
menggabungkan saham bermodal besar dan sederhana Indeks FTSE Bursa Malaysia 100, dan FTSE Bursa Malaysia Small Cap Index
• Indeks ini adalah sebahagian daripada FTSE Bursa Malaysia siri indeks yang termasuk FTSE Bursa Large Malaysia 30, FTSE Bursa Malaysia Mid 70, FTSE Bursa Malaysia 100, FTSE Bursa Malaysia Small Cap, FTSE Bursa Malaysia EMAS Syariah, FTSE Bursa Bibit Malaysia dan FTSE Bursa Indeks Syariah Hijrah Malaysia
• FTSE Bursa Malaysia Hijrah Syariah Index adalah indeks kedua untuk Syariah pelabur dalam siri Bursa Malaysia. ini adalah indeks yang boleh diniagakan disaring untuk keperluan Syariah antarabangsa
• Indeks direka bentuk bagi mewujudkan derivatif, dana Penjejakan indeks, ETF dan prestasi tanda aras
• Stok bebas terapung wajaran untuk memastikan bahawa hanya set peluang dilabur dimasukkan ke dalam indeks
• Stok mudah tunai yang ditayangkan untuk memastikan bahawa indeks ini boleh diniagakan
• Modal dan pulangan indeks jumlah terdapat dalam siri ini
Emas merupakan barang kemas yang sangat disukai oleh kebanyakan wanita. Peliknya, ramai dikalangan lelaki turut menunjukkan minat dengan memakai emas.
Dalam Islam, kaum lelaki diharamkan memakai apa sahaja barangan yang berunsurkan emas termasuk gigi emas.
Larangan ini jelas dalam sebuah hadis sahih dari Abu Musa r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya”. (Hadis riwayat At-Tirmidzi. A-Nasai dan Ahmad)
Daripada hadis ini, emas dalam bentuk apa pun, sama ada emas putih, emas suasa atau apa sahaja logam pelbagai warna yang mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram.
Sementara itu, benda yang dicat dengan warna emas tidak boleh dikatakan sebagai emas. Ulama sependapat bahawa hukumnya tidak haram kerana ia bukannya emas – hanya rupa dan warna saja kelihatan sama. Yang haram adalah emas dan bukan kemiripannya.
Hikmah disebalik larangan itu, umat Islam sebenarnya diajar supaya senantiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan Rasul. Disamping mengajar kita supaya hidup secara sederhana dan tidak bermegah-megah dalam berhias.
Wanita memakai emas
Perhiasan emas hanya diberikan kelonggaran kepada wanita untuk memakainya sebagai alat mencantikkan diri dan menarik perhatian suami. Manakala lelaki pula tidak ada keperluan untuk menambah hiasan pada diri mereka kerana perhiasan sebegitu tidak sesuai dengan sifat dan kejantanan seorang lelaki.
Kebelakangan ini, perintah Allah yang diturunkan melalui Rasul sejak 1,400 tahun dahulu mula tersingkap hikmah dan kebenarannya terutama dari sudut perubatan.
Ahli sains menyimpulkan bahawa partikel emas mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah manusia yang mampu memberi kesan buruk kepada ketahanan badan seterusnya menjejaskan kesihatan kepada pemakai.
Dari sudut sains menjelaskan bahawa kondisi dan tekstur kulit lelaki sangat berbeza dengan seorang wanita.
Perhiasan emas yang kita pakai juga bukanlah seratus peratus emas tulen. Emas tulen adalah 24 karat tetapi kebanyakan barang kemas adalah dalam bentuk 18 dan 22 karat. Ini bermakna, jika emas itu 18 karat atau 22 karat, 75 peratus kandungannya ialah emas tulen, manakala 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi dibentuk daripada perak, tembaga, zink atau paladium.
Tujuan utama menambahkan logam lain adalah untuk menguatkan produk tersebut dan emas campuran yang tahan lasak ini dipanggil aloi emas.
Kesan penggunaan emas terhadap kulit sebenarnya sudah dikaji oleh seorang pakar perunding dari International Gold Corporation di Johannesburg, Afrika Selatan bernama william S. Rapson.
Daripada penyelidikannya mendapati bahawa kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida.
Apabila kita berpeluh, kedua-dua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikesan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia.
Partikel-partikel aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang-liang roma kulit. Kajian dermatologi turut menunjukkan penyerapan partikel emas boleh dipercepatkan oleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi alkalinya. Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada perempuan.
Tambahan pula, lelaki lebih cenderung memiliki kulit dan bulu roma yang tebal serta kasar berbanding wanita. Sebab itulah kenapa sains mendapati lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi berbanding wanita.
Apa pula yang akan berlaku selepas penyerapan logam ke dalam kulit?
Apabila partikel emas sudah masuk ke dalam epidermis dan sistem peredaran darah, ia boleh menyebabkan clumping protein atau protein terkumpul.
Keadaan itu menjadikannya tidak berfungsi lalu memberikan impak kepada sistem kardiovaskular lelaki.
Malah, penemuan baru oleh pasukan penyelidik di University of California, San Francisco (UCSF), begitu mengejutkan apabila mendapati pengumpulan protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan.
Pengarah Larry L. Hillblom Center, Biology of Aging di USCF, Profesor Cynthia Kenyon, berkata kecenderungan protein melekat bersama-sama akan mengakibatkan saluran darah tersumbat dan tidak berfungsi, seterusnya menjadi toksik.
Apa yang mengejutkan, rupanya kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan di dalam otak pesakit-pesakit yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophic sklerosis lateral (ALS).
Penyakit neurodegenerative.
Bagaimana pula dengan wanita? Adakah pemakaian emas juga berbahaya kepada golongan ini?
Wanita tidak menderita masalah tersebut kerana mereka memiliki keistimewaan yang tidak ada pada lelaki iaitu hormon estrogen. Dari segi kesihatan, hormon ini membantu hal-hal mobiliti dalam peredaran darah. Apabila kepekatan estrogen tinggi terutamanya semasa haid, saluran darah akan mengembang dan membesar untuk keselesaan perjalanan serta pengeluaran darah.
Walaupun lelaki juga memiliki hormon estrogen, tapi ia sangat sedikit malah fungsinya juga tidak diketahui. Malah, estrogen lelaki cuma berkeadaan statik dan saluran darah mereka tidak mengalami pengembangan seperti wanita.
Jadi, jika sekiranya ada partikel emas memasuki badan lelaki, partikel berbahaya itu akan menyumbat saluran darah dan sebab itulah kenapa lelaki cenderung mengalami masalah kesihatan seperti kardiovaskular.
Dan inilah sebabnya kenapa Islam melarang lelaki daripada memakai emas.
Sepanjang May 2014, harga emas sangat sukar untuk dijangka, paling tinggi indeks emas dicapai pada bulan ini adalah RM5210/tael (6-5-2014) atau bersamaan dengan harga kami jual emas 916 baru RM137.27/gram, manakala paling rendah adalah hari ini (29-5-2014) apabila harga emas dunia sudah berada selesa dibawah paras genting USD1300/onz iaitu USD1256.91 dan kemungkinan sukar untuk naik lagi (untuk bulan ini, cuma tiggal 2 hari lagi)
Indeks emas minggu ini pula sangat rendah hanya berlegar pada paras 5000 iaitu 4950 (916 RM130.77/g), sangat mengecewakan lebih-lebih lagi kepada pelabur emas seperti kami. Semalam kita menyaksikan penurunan mendadak harga emas dunia yang tentunya memberikan kesan kepada nilai emas semasa pelabur. Jika dalam tempoh sebulan ini harga emas telah turun RM6.87/gram maka pelabur telah hilang RM687 untuk 100g emas ditangan, atau RM6870 untuk 1kg emas.
Graf harga emas 30hari diatas kelihatan sangat menjunam semalam. Ini disebabkan pelabur mula menjual emas dalam pegangan mereka untuk beralih kepada komoditi lain terutamanya minyak mentah yang lebih menguntungkan. faktor ketegangan ukraine-russia pula hampir lesu dan tiada tanda-tanda konflik akan berterusan, sebelum ini ramai spekulator, analyator, pakartorr menjangkakan konflik peperangan di balkan itu bakal menaikkan harga emas tetapi ia hampir tidak menjadi kenyataan, selepas berbulan krisis berlaku, kepercayaan pelabur kepada emas semakin surut dan mula beralih angin kepada medium pelaburan lain yang boleh menguntungkan.
Untuk mengira nilai semasa emas anda sekarang, boleh isi kalkulator emas dibawah;
Layari laman web www.hargaemas.my untuk maklumat terbaru harga emas Malaysia 2014, harga emas diupdate setiap hari, boleh hubungi/whatsapp 012-2864232 untuk jual atau beli emas physical.
LAIN orang lain pula persepsi terhadap Malaysia Airlines (MAS). Bagi sesetengah penganalisis ini adalah masa paling baik untuk membeli saham syarikat penerbangan nasional itu. Tetapi ada juga penganalisis berpendapat mengaut saham syarikat berkenaan mungkin berisiko.
Bagi masyarakat terbanyak yang tidak tahu hal-hal stok atau saham, memadailah mereka difahamkan bahawa syarikat yang membawa bendera dan jenama negara itu kini nazak. Sahamnya tidak sampai 20 sen. Isnin lalu ia menjunam di Bursa Malaysia, hanya 15.5 sen seunit.
Kalau mengikut congak bodoh orang kampung, seunit saham MAS hanya dapat membeli tiga biji gula-gula ubat serak tekak. Atau, jika jual 10 saham hanya dapat RM1.55 sen, lebih kurang sama nilainya dengan sebungkus nasi lemak di gerai tepi jalan.
Seperti diumumkan syarikat berkenaan mencatatkan kerugian bersih RM443 juta bagi suku pertama tahun ini. Ini bukan mengejutkan lagi, sebab bagi tempoh sama tahun sebelumnya syarikat juga merekodkan kerugian RM279 juta.
Tahun lalu kerugian keseluruhan syarikat ialah RM1.17 bilion. Dengan kerugian setakat suku pertama melebihi RM400 juta, tentu sekali kerugian keseluruhan tahun 2014 akan mececah ‘berbilion-bilion lemon’.
Pendek kata, dulu, kini dan selamanya, MAS rugi.
Mereka yang biasa dan mahir dengan selok-belok korporat mempunyai penilaian dan kaedah tersendiri mengenai mengapa syarikat gergasi berkaitan kerajaan (GLC) yang menggaji berpuluh ribu pekerja ini terus rugi. Adakah harapan untuk dipulihkan?
Seperti yang ditegaskan oleh Bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman beberapa langkah masih boleh dicuba untuk menyelamatkan syarikat penerbangan tersebut dari terus menjunam.
Antaranya, hentikan segera amalan pengurusan jangka pendek iaitu penjualan aset untuk menjana hasil semata-mata mahu menambah pendapatan dan keuntungan sekejap bagi menutup kerugian yang dialami.
Selain itu, syarikat penerbangan itu perlu menghentikan khidmat kepakaran asing yang menelan kos tinggi dalam pengurusan tertinggi, sebaliknya membawa masuk kembali tokoh-tokoh tempatan yang sebelum ini berjaya membawa syarikat itu melalui zaman kegemilangan.
Biasalah kita selalu yakin dan mengagungkan sangat kepakaran asing. Kita rela bayar mereka tinggi melangit, beratus-ratus juta RM, semuanya dari duit rakyat. Tetapi, seperti selalu dibuktikan, kesannya tetap serupa: Rugi, rugi, rugi.
Rakyat biasa, termasuk pembayar cukai, tid
ak arif sangat mengenai permainan korporat. Tetapi mereka tahu dan mengalami sendiri bahawa terbang dengan MAS, tidak kira destinasi, bukanlah murah.
Ambil contoh nasi lemak yang disajikan di udara harganya lebih RM25. Tetapi amat memalukan apabila nasi lemak yang dihidangkan langsung tidak menepati piawaian sebagai makanan jenama Malaysia. Ramai penumpang, termasuk Cef Datuk Wan, merungut nasi lemak dalam penerbangan tidak mempunyai ikan bilis dan timun. Ini bukan sekali terjadi.
Selain nasi lemak bogel, ada juga rungutan mengenai hidangan nasi dengan lauk ikan asam pedas yang juga lari jauh dari piawaian sebab asam pedas tidak diberikan. Pelik, namanya ikan masak asam pedas, tetapi tidak ada ikan.
Satu lagi yang selalu ditegur – tetapi tidak pernah diambil perhatian – ialah mengapa MAS sebagai syarikat penerbangan nasional, masih meghidangkan minuman keras. Apakah sekiranya tiada arak orang tidak sudi naik kapal terbang kita? MAS membawa bendera negara Islam, tetapi menghidangkan arak. Di mana maruah kita?
Bagi sesetengah orang, termasuk pengurusan tertinggi syarikat GLC ini, nasi lemak, gulai asam pedas dan arak, mungkin perkara remeh-temeh. Tetapi perkara seperti ini, lebih-lebih lagi arak, boleh menyumbang kepada lingkupnya sebuah syarikat gergasi.
Persepsi umum tentang kerugian mega yang dihadapi tahun demi tahun ialah: Pasti ada penyelewengan dalam MAS. Berbilion RM duit rakyat dicurah untuk menyelamatkannya, tetapi terus rugi.
Maka ada mencadangkan dari terus rugi, dan meningkatkan dosa penyelewengan, lebih baik jual sahaja MAS. Lupakan sentimen nasional. Tetapi dalam keadaan terlalu nazak, siapa sudi membeli?
Orang berduit lebih suka membeli emas. MAS tidak dipandang orang. Sepatah kata orang dulu-dulu: Potong-potong jual kati pun tiada orang hendak membeli!
p/s: sebenarnya harga emas telah jatuh menjunam sejak Sept 2011 lagi, sehingga sekarang iaitu 3 tahun kemudian, harga emas masih terus jatuh sehingga hampir RM40/gram, nampak sikit kan, tetapi bayangkan jika anda ada 200g jika dikali dengan RM40/gram ruginya sebanyak RM8000.00 atau jika nak kira peratus rugi adalah 23.5% bermaksud anda sudah lost ~25% dari capital…terduduk juga bukan?
Ketika manusia hanya mengetahui emas cuma boleh diperolehi daripada batuan yang kaya dengan unsur-unsur logam, ramai terlepas pandang tentang peluang yang satu ini.
Kajian yang dilakukan oleh ahli kimia Inggeris, S. Sonstadt, pada tahun 1872 mendapati emas bukan saja terdapat di daratan tetapi turut terkandung dalam limpahan air laut.
Dia menjadi orang pertama yang berjaya mengesan kewujudan emas dalam air laut. Persoalannya, berapa banyak sebenarnya emas yang terkandung di dalam air laut?
Menurut pakar, kepekatan emas di dalam air laut ualah sebanyak 0.00005 ppm (Parts per million) atau bahagian per juta. Jika keperkatan emas di dalam air laut sebanyak itu, bermakna kandungan emas dalam setiap satu liter air laut ialah 0.00005 miligram emas.
Jumlah tersebut dilihat memang sedikit tapi jika dihitung berapa banyak emas yang terkandung dalam satu kilometer padu air laut, jumlahnya sangat luar biasa!
Dianggarkan dalam satu kilometer padu air laut, terdapat 50,000 gram emas atau bersamaan 50 kilogram emas!
Nilai menguntungkan ini membuatkan banyak percubaan dilakukan untuk mengekstrak air laut menjadi emas.
Ahli kimia dari Jerman, Fritz Haber, merupakan antara orang yang memberi tumpuan terhadap perkara ini. Dia menghabiskan seluruh usahanya mengkaji dan mencipta teknik pengekstrakan yang berdaya maju.
Dia berharap usahanya akan berjaya dan berhasrat supaya emas tersebut akan digunakan untuk membayar hutang negaranya ketika pasca perang dunia kedua. Namun, usahanya gagal mencapai kejayaan.
Ramai pakar sependapat idea dan teori Sonstadt memang bagus tetapi mempunyai masalah dari segi praktikalnya. Sehingga ke hari ini, masih belum ada teknologi yang boleh digunakan untuk mengasingkan emas dari air laut.
Keadaan itu menyebabkan usaha untuk mengaut keuntungan daripada sumber paling berharga di bumi ini terbantut.
Sekiranya usaha itu mahu diteruskan dengan kapasiti teknologi yang ada ketika ini, saintis menjangkakan kerja-kerja memproses air laut dan menyaring emas akan memakan masa berpuluh-puluh tahun lamanya.
Sekiranya berjaya mengekstrak emas sekalipun, ianya tidak berbaloi dengan kos yang terpaksa dikeluarkan untuk menampung usaha tersebut. Mengekstrak emas tidaklah semudah mengasingkan garam dari air laut.
Garam merupakan satu-satunya mineral yang boleh di ekstrak dari lautan menerusi kaedah pengewapan. Malah, garam yang diasingkan dari satu mililiter kubik air laut hasilnya sangat banyak iaitu bersamaan 116,120 kilogram. Jumlah tersebut cukup untuk membekalkan garam ke seluruh dunia selama setahun.
Namun, keadaan ini sangat jauh berbeza dengan emas. Walaupun logam kuning itu ditemui dalam larutan air laut, kandungannya tidak sebanyak garam yang telah diekstrak. Jumlah kandungan emas dalam air laut juga bergantung kepada lokasi dimana ia dilombong.
Data yang dikumpulkan sejak tahun 1988 menunjukkan kepekatan emas paling tinggi dilaporkan telah datang dari sampel air laut yang di ambil dari Laut Bering yang merupakan sebahagian dari Lautan Pasifik.
Jumlah emas yang banyak dalam lautan itu dikaitkan dengan aliran sungai dari Alaska dan Siberia. Sungai-sungai di dua buah negara terbabit memang terkenal memiliki emas yang banyak dan dipercayai telah mengalir masuk ke Laut Bering.
Selain itu, emas turut dikesan di lautan Nome di Alaska, California, Austria, Laut Atlantik dan Laut Pasifik.
Kehadiran emas dalam air laut di sebahagian kawasan itu dipercayai terbentuk daripada bakteria. Bakteria seperti Chemosynthetic terbukti memiliki kebolehan dan sangat cekap menghasilkan emas, perak, tembaga, mineral dan logam berharga lain menerusi kaedah Akueus.
Dan ketika ini, manusia hanya menunggu teknologi yang benar-benar sesuai dan cekap untuk mengaut kekayaan daripada limpahan air laut itu.
Dunia ini penuh dengan risiko. Mahu tidak mahu kena kena ambil risiko tertentu supaya kita dapat melangkah ke hadapan.
Makan nasi pun adakalanya tergigit lidah atau tercekik tulang, tapi itu bukan alasan untuk kita tidak mahu makan langsung, bukan?
Justeru, berdasarkan 4 sebab kenapa kita perlu melabur kita perlu merancang pelaburan kita dengan bijak. Berikut adalah antara senarai peluang pelaburan yang ada di hadapan tuan dan puan:
1. Produk Deposit Bank
Dahulu yang popular adalah akaun pelaburan mudharabah. Hari ini bank-bank menawarkan structured investment product pula. Perbezaan utama keduanya adalah produk berstruktur ini cuba untuk bagi pulangan lebih dari biasa dari akaun pelaburan mudharabah. Kalau biasanya dapat 3%, maka produk berstruktur cuba dapatkan 6%. Secara umumnya, produk deposit yang ditawarkan oleh bank-bank adalah produk paling selamat dan paling rendah pulangannya.
2. Hartanah
Pelaburan hartanah disukai orang kerana ia wujud secara nyata. Kebanyakan orang tidak dapat memahami konsep ‘pelaburan kertas’ dengan baik jadi hartanah merupakan satu peluang yang sangat sesuai untuk mereka. Apa pun objektif pelaburan hartanah kita, pelaburan ini kurang bersifat ‘cair’. Kalau kita perlukan duit segera, maka kita tak dapat jual hari ini dan terus dapat duit. 3. Real Estate Investment Trust (REIT)
REIT dalam erti kata lain adalah pelaburan hartanah yang sama macam pelaburan saham amanah. Bezanya, REIT hanya membeli hartanah-hartanah sahaja.
4. Saham
Pelaburan yang paling popular. Hampir semua orang di Malaysia memiliki saham sama ada secara langsung atau tidak. Ya, jika kita mencarum KWSP itu bermaksud kita telah terlibat dengan pelaburan saham. Pencen pesara kerajaan yang diuruskan oleh Kumpulan Wang Amanah Pencen juga terlibat dalam bursa saham.
Sehingga Jun 2011 Bursa Malaysia mengandungi 847 kaunter saham patuh Shariah yang mewakili 89% dari kesuluruhan kaunter.
5. Saham Amanah
Pelaburan saham yang dibuat dengan melantik pihak ketiga menguruskannya untuk kita. Ada pelbagai syarikat yang ada. Ada pelbagai jenis saham amanah.
Ya, setiap satu saham amanah adalah berbeza. Justeru, pelabur yang baik akan mengambil tahu dana saham amanah yang mereka beli itu sebenarnya melabur dalam saham yang bagaimana sifatnya. Kebaikan utama saham amanah adalah dengan modal yang rendah, kita sudah boleh terlibat.
6. Exchange Traded Fund (ETF)
Variasi saham amanah. Tidak begitu popular di Malaysia. Sehingga Jun 2011 cuma ada 5 kaunter ETF dan cuma 1 yang patuh Shariah.
7. Komiditi Fizikal
Pelaburan komoditi fizikal yang sedang popular ketika ini adalah emas danperak. Mudah menjadi popular kerana ia melibatkan barang yang nyata. Komoditi fizikal ini lebih kepada aktiviti bisnes justeru tidak mempunyai peraturan yang ketat seperti ‘pelaburan kertas’. Oleh yang demikian, ramai pihak mengambil kesempatan menawarkan skim penipuan.
8. Komiditi Kertas
Bahasa teknikalnya adalah commodity futures market. Di Malaysia, yang popular adalah Crude Palm Oil Futures (FCPO) kerana ia adalah produk Bursa Malaysia sendiri. Dengan teknologi yang ada, ramai yang dapat terlibat dengan commidity futures yang ditawarkan oleh Chicago Mercantile Exchange (CME) misalnya.
Potensi pulangan yang lumayan, dan potensi kerugian yang menakutkan juga. Ho ho. Pergi jauh-jauh dari terlibat dengan produk sebegini kalau KWSP beri dividen rendah pun dah marah-marah, atau pelaburan saham amanah rugi sikit dah naik ‘tension’.
9. Derivatif Selain komoditi ‘kertas’
Index futures, warrants dan options. Pasaran di Malaysia belum cukup matang, pelaburnya juga tidak begitu sophisticated. Jadi, produk sebegini juga kurang popular.
Tiada Pelaburan yang ‘Perfect’
Setiap satu produk pelaburan ada baik dan buruk. Tidak sempurna. Pasti ada untung rugi.
Beberapa hari lepas, akhbar-akhbar harian negara telah melaporkan mengenai penemuan dua syiling di Pulau Nangka. Dua keping ‘medal’ dipercayai dari perak atau emas daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka itu ditemui dalam pencarian harta zaman kesultanan itu oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn. Bhd. di Pulau Nangka pada 30 April, pukul 11.15 malam dan 11.30 malam.
Bagaimanapun, menurut penulis di Malaysian Coin , syiling tersebut bukan berasal dari Melaka. Menurut beliau:-
Duit syiling atau medal yang dikatakan syiling emas Sultan Melaka itu hanyalah duit medalion yang sama tarafnya dengan duit syiling Yassin. Duit Semar yang berasal daripada Indonesia ini digunakan sebagai azimat atau pelindung diri dan juga digunakan di dalam ritual untuk menarik duit. Jika anda mencari di dalam internet menggunakan kata kunci “Koin Semar” di Google, sudah pasti akan terjumpa gambar yang serupa dengan syiling itu. Jika anda membaca blog-blog daripada Indonesia yang berkongsi cerita mengenai koin Semar tersebut, kebanyakannya menulis yang syiling itu berasal daripada zaman Majapahit. Sebenarnya, syiling itu tidaklah mempunyai jangka hayat yang lama. Sepertimana syiling Yassin, ianya dibuat sendiri di Indonesia untuk dipasarkan sebagai duit azimat sahaja. Penjual di internet biasanya menjualnya didalam lingkungan RM30-RM70 tetapi tidak menghairankan jika ada penjual ubat dikaki lima yang akan menjualnya pada harga RM3,000 sehingga RM7,000.
Duit syiling itu pastinya bukan syiling emas atau mengandungi emas. Ianya ada kemungkinan diperbuat daripada tembaga atau besi aloi sahaja. Daripada rupa bentuknya sahaja kita sudah dapat melihat ianya bukan duit lama, jika menggunakan kanta pembesar, sudah pasti nampak syiling tersebut berlubang-lubang serta tulisannya tidak cantik dan sekata.
Jika waris Sultan Melaka masih hidup, pasti baginda akan marah dengan kenyataan akhbar hari ini yang mendakwa syiling azimat ini adalah Syiling emas Sultan Melaka.
Mengikut carian di Internet menggunakan kata kunci “Koin Semar”, terdapat syiling serupa dengan medal yang dijumpai di Pulau Nangka oleh pekerja syarikat tersebut yang dijual oleh warga Indonesia. Contohnya di sini ()
Malah ia juga dijual di Facebook, dengan Facebook di bawah sebagai contoh.
Terdapat pelbagai spekulasi mengenai bagaimana koin semar tersebut dijumpai di sana buat masa ini dan setakat ini, sama ada benar syiling itu berasal dari zaman kesultanan melayu Melaka sedang disiasat kesahihannya.