Harga emas jatuh awal jun 2014, kira nilai emas anda sekarang

Sepanjang May 2014, harga emas sangat sukar untuk dijangka, paling tinggi indeks emas dicapai pada bulan ini adalah RM5210/tael (6-5-2014) atau bersamaan dengan harga kami jual emas 916 baru RM137.27/gram, manakala paling rendah adalah hari ini (29-5-2014) apabila harga emas dunia sudah berada selesa dibawah paras genting USD1300/onz iaitu USD1256.91 dan kemungkinan sukar untuk naik lagi (untuk bulan ini, cuma tiggal 2 hari lagi)

Indeks emas minggu ini pula sangat rendah hanya berlegar pada paras 5000 iaitu 4950 (916 RM130.77/g), sangat mengecewakan lebih-lebih lagi kepada pelabur emas seperti kami. Semalam kita menyaksikan penurunan mendadak harga emas dunia yang tentunya memberikan kesan kepada nilai emas semasa pelabur. Jika dalam tempoh sebulan ini harga emas telah turun RM6.87/gram maka pelabur telah hilang RM687 untuk 100g emas ditangan, atau RM6870 untuk 1kg emas.

KIRA VALUE EMAS KALKULATOR EMAS, AR-RAHNU, PAJAK GADAI
Kira Disini

graf-emas-30-hari-28-5-2014

 

SIMPLE GOLD TESTING KIT USING ACID TEST TO CHECK GOLD PURITY
Uji Emas Anda

Graf harga emas 30hari diatas kelihatan sangat menjunam semalam. Ini disebabkan pelabur mula menjual emas dalam pegangan mereka untuk beralih kepada komoditi lain terutamanya minyak mentah yang lebih menguntungkan. faktor ketegangan ukraine-russia pula hampir lesu dan tiada tanda-tanda konflik akan berterusan, sebelum ini ramai spekulator, analyator, pakartorr menjangkakan konflik peperangan di balkan itu bakal menaikkan harga emas tetapi ia hampir tidak menjadi kenyataan, selepas berbulan krisis berlaku, kepercayaan pelabur kepada emas semakin surut dan mula beralih angin kepada medium pelaburan lain yang boleh menguntungkan.

Untuk mengira nilai semasa emas anda sekarang, boleh isi kalkulator emas dibawah;

atau ke link : Kalkulator Emas

Layari laman web www.hargaemas.my untuk maklumat terbaru harga emas Malaysia 2014, harga emas diupdate setiap hari, boleh hubungi/whatsapp 012-2864232 untuk jual atau beli emas physical.

hargaemas-header-gradient

BELAJAR CARA KIRA HARGA EMAS DAN SENARAI SUPPLIER KILANG
Learn More

0 thoughts on “Harga emas jatuh awal jun 2014, kira nilai emas anda sekarang

  • walaupun harga jatuh tapi bukan masa yg baik untuk melabur krn dijangka akan turun lagi

  • Muhd Tarmizi says:

    Turun lagi ker… Mcm nak naik jer lagi…

  • mahpuzah says:

    saya nak tahu harga emas skrg pada 4/7/2014.

  • Kami bercadang untuk beli mas dlm skala besar as whole sale, jenis pamp suisse 999.9.Diharap dapat kerjasama tuan kirimkn info melalui whatsapp sya 0139227944.Tksh. Hilmi

  • Sekarang harga emas dah sampai paras yang tinggi . Pelabur emas yang buat pelaburan secara besar besaran menjual emas dengan sekali gus dan juga bila nampak indeks turun ramai pula yang panik dan menyebabkan kebanyakkan blh dikatakan hampir kesemua pelabur menjual balik emas mereka secara mendadak….dan ini jugalah yg menyebabkan harga emas menjunam dengan lebih banyak dari jangkaan dan cepat. George soros punya adik punya kerja kot…hehe. jikalau pelabur yg telah membeli pelaburan emasnya dh lama masa harganya yang sangat rendah….misalnya rm80 atau rm90..dan sekarang harga emas turun tak perlu lah nak panik jual dengan segera…walaupun dia turun sampai rm105…anda masih lagi tidak rugi. Kalau semua boleh atau 70% buat mcm ni harga takkan jatuh sampai tahap ni . Kalau jatuh pun takkan mendadak…graf akan stable juga. Tapi kalau turun paras rendah …contoh selalu klu turun mungkin rm2 +- tapi kali ni turun rm4…ramai akan cepat jual kalau boleh dan sebab itulag juga faktor yang menyebablan harga boleh menjunam sehingga jauh rendah….rm6-10!! Dengan cepat….pelaburan emas, hartanah semua ni adalah untuk jangka masa yang panjang…..saya masih lagi menyimpan emas saya walaupun sikit tapi keuntungan byk…dulu saya beli rm62 lebih kurang. Walaupun saya simpan dan harga turun sampai rm70 saya masih tak rugi juga….dan kalau saya simpan juga saya tahu dia akan naik juga sehigga rm180 se gram!!!….masa tu la saya akan jual.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>