Harga Emas Jatuh, Apa Nak Buat ?

Harga emas turun lebih kurang 20% jika dibanding dengan harga tertinggi pada Ogos 2011. 1 Dinar sekarang sekitar RM695 dan harga tertinggi pernah capai sebelum ni sebanyak RM833.

Lihat pada gambar graf di atas, sejak dari 2011, kita boleh meraih 36% kenaikkan harga emas.
Pada Okt 2012 harga emas mencecah USD1791 dan sekarang turun sebanyak 13% dimana harga 1 dinar waktu tersebut Rm786 dan harga sekarang adalah RM695.

Bagi orang yang belum memahami emas, dia akan panik! Tetapi bagi mereka pelabur tegar yang tahu perangai emas, mereka pasti tersenyum lebar muka ada SINYUM. Kerana, waktu inilah mereka akan menambah simpanan emas selagi ada waktuuu… selagi mereka mampu…. Mereka akan bershopping sakan dan masa inilah peluang memaksimumkan keuntungan dengan teknik pajak di Ar-Rahnu!
Bagi mereka yang tahu, bila harga emas jatuh 13%, inilah masa mereka berpeluang dapat keuntungan 13% atau lebih dengan mudah!

EMAS Harga Jatuh, Untung atau Rugi?

Ok, bila harga jatuh, kita untung atau rugi? Bagi anda yang simpan 100 gram emas, cuba timbang balik, emas yang anda simpan tu berkurangan berapa gram masa harga emas jatuh? Pastinya tak berkurangan walaupun 1 gram. Jadi, anda rugi ke bila harga emas jatuh? Pastinya tidak… Begitu juga bagi sesiapa melabur dalam hartanah. Kalau nilai hartanah jatuh, kita bukan SEMEMANGNYA rugi. Rugi cuma atas kertas, tapi realitinya kita masih untung!

Ok, kalau anda melabur dalam saham contohnya, bila harga saham jatuh, apa yang anda ada? Nilai saham susut dan unit-unit saham yang anda ada tak memberi apa-apa makna sebab ianya cuma JANJI kekayaan yang ada atas kertas. Ia tidak real seperti ‘real property’ lain contoh rumah, tanah, emas, perak dsb!

Jadi, bagi sesiapa yang simpan ‘real property’, dia tak perlu risau walaupun harganya jatuh mendadak. Ianya cuma ANDAIAN yang anda telah rugi, tapi pada hakikatnya, anda tidak rugi pun.

Kalau Untuk jangkamasa panjang, Kita PASTI Untung

Ok, kita kembali pada Harga Emas Jatuh.Harga Jatuh, Apa Nak Buat?
Bila harga jatuh, strategi yang boleh kita buat ialah:

Strategi #1:
Beli lagi emas pada harga rendah kalau masih ada extra cash yang tak pakai dalam masa 3 – 6 bulan akan datang. Harga rendah seperti ini tidak akan lama. Paling lama pun 3 – 6 bulan lagiemas akan naik balik kepada harga tertinggi.

Strategi #2:
Pajak emas sedia ada di Ar-Rahnu dan beli lagi emas dengan duit pajak. Untuk strategi yang lebih selamat, simpankan sebahagian duit hasil pajak tu untuk bayar upah simpan 6 bulan akan datang. In case harga emas tiddak naik balik dalam masa 6 bulan, guna duit tu untuk bayar upah simpan dan sambung lagi pajakkan sampai harga emas naik balik ke puncak tertinggi sebelum ni. (ps:pastikan anda FAHAM apa itu ARRAHNU. Tanpa Disiplin boleh menjerat tengkok)

Strategi ini boleh digunakan sebab walaupun harga emas jatuh, harga emas di Ar-Rahnu (dan kedai emas) akan kekal tinggi. So, kita boleh pajak dengan harga mahal, dapat duit cash yang banyak, dan tambah lagi simpanan emas dengan banyak.

Strategi #3:
Tingkatkan promosi membeli emas harga rendah. Strategi ni untuk pelabur yang jadi dealer emas sahaja. Bila harga emas rendah, bagi tahu pada kawan-kawan untuk ambik peluang beli emas harga rendah. Disamping bagi peluang pada kawan-kawan beli harga rendah, anda dapat komisyen atas jualan emas. Bila harga emas jatuh banyak, ramai orang ambik peluang membeli emas banyak-banyak.

Saya yakin teknik ni boleh dilakukan atas keyakinan harga emas akan pergi tinggi lagi dalam jangka panjang. Sebabnya, ada faktor besar yang masih belum settle dan belum nampak jalan keluarnya dalam masa terdekat iaitu krisis hutang US dan Eropah, krisis dagangan, penyusutan nilai dolar, perang matawang dsb. Bahkan, Mike Meloney, penulis buku “Guide To Investing in Gold & Silver” menjangkakan semua petanda yang ada hari ini menunjukkan bakal berlakunya keruntuhan sistem matawang yang menyebabkan duit kertas sama tarafnya dengan tisu tandas!

: www.bumiputeraemas.com

Pelaburan Emas : Fizikal atau Pada Nilainya ?

PELABURAN emas semakin mendapat perhatian orang ramai dan lebih banyak individu mula memilih emas sebagai medium pelaburan jangka panjang. Berikut adalah beberapa persoalan berkaitan pelaburan emas untuk dikongsi bersama.

ADAKAH pelaburan emas boleh memberi banyak keuntungan kepada pelabur?

Terdapat dua cara untuk membeli emas iaitu melalui ejen yang mendapatkan bekalan emas dari kilang atau membeli emas terpakai. Kedua-dua cara ini boleh memberi keuntungan kepada pelabur, namun memerlukan masa dan tidak boleh memberi keuntungan serta-merta.

Cara yang terbaik untuk mengoptimumkan keuntungan ialah dengan mendapatkan emas pada harga paling rendah iaitu melalui pembelian emas terpakai.

Ini kerana emas tetap dikira sebagai emas walaupun patah atau rosak kerana jika dileburkan ia masih dikira emas dan boleh dijual mengikut harga pasaran.

Adakah pelaburan emas fizikal lebih menguntungkan berbanding pelaburan emas mengikut harga pasaran seperti ditawarkan beberapa institusi kewangan?

Pelaburan emas fizikal adalah yang terbaik kerana pemilik emas boleh menilai dan memiliki emas dibeli.

Pelaburan emas berdasarkan harga emas tanpa mendapat produk emas dikategorikan sebagai haram kerana hanya membabitkan permainan harga tanpa memiliki emas sebenar.

Ia turut berisiko menyebabkan pelabur tertipu kerana tidak dapat menilai emas mengikut harga pasaran berikutan hanya bergantung kepada harga ditetapkan institusi kewangan.

Apakah cara terbaik untuk mengelak terperangkap dengan skim emas berunsur penipuan?

Apa-apa bentuk perniagaan atau pelaburan yang ingin dilakukan perlu dilengkapkan dengan pengetahuan dan maklumat kerana dapat mengelak pelabur tertipu.

Bagi melabur dalam emas, pelabur perlu mempunyai pengetahuan indeks harga emas, trend turun dan naik harga emas, cara mengenal pasti emas tulen dan tiruan serta yang paling utama teknik mendapatkan emas paling murah.

Jika memiliki ilmu berkaitan emas, pelabur emas boleh mendapat keuntungan serta-merta jika tahu cara yang betul.

Bagaimana jika seseorang individu ingin membuat simpanan emas untuk jangka panjang?

Menabung emas adalah lebih baik daripada wang kerana harga emas boleh meningkat walaupun mengambil masa lama.

Bagaimanapun, jika seseorang ingin menjadikan emas sebagai medium simpanan, ia adalah langkah terbaik kerana sekurang-kurangnya nilai simpanannya meningkat berbanding simpanan wang yang boleh dikeluarkan bila-bila masa.

Bagaimanapun, untuk memastikan simpanan emas dilakukan memberi pulangan tinggi, pelabur perlu mendapatkan emas pada harga paling rendah sama ada melalui harga kilang atau membeli emas terpakai.

Apakah langkah yang perlu diambil jika seseorang individu itu berminat membuat pelaburan emas?

Sebelum membuat pelaburan dengan jumlah wang yang banyak adalah lebih baik sekiranya pelabur mendapatkan ilmu berkaitan emas.

Ini bagi membolehkan pelaburan yang dibuat tidak merugikan kerana jika mengikut cara salah, pelaburan itu menjadi sia-sia dan pelabur mungkin menanggung kerugian walaupun ia berkaitan pelaburan emas.

Pastikan jenis pelaburan ingin dibuat, sama ada untuk simpanan sendiri bagi jangka panjang atau melabur untuk mendapat keuntungan kerana ia membabitkan konsep dan sistem berbeza.

: alexander-zulkarnaien.blogspot.com

Kedai Emas Rugi RM20,000 Akibat Disamun

SENAWANG – Dua perompak lelaki hanya mengambil masa kira-kira tiga minit bagi melarikan barang kemas bernilai RM20,000 dalam satu kejadian rompakan di sebuah premis di Taman Seremban Jaya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 tengah hari itu, dua lelaki berkenaan menaiki sebuah motosikal dan meletakkannya di hadapan premis sebelum melulu masuk ke kedai.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, ketika kejadian berlaku, pemilik kedai dan seorang anaknya berada di dalam premis.

“Kedua-dua suspek yang memakai topi keledar itu telah bertindak memecahkan cermin pameran barangan kemas dengan senjata tukul besi.

“Selepas mengaut beberapa barang kemas, kedua-dua suspek terus keluar dan melarikan diri dengan motosikal yang diletakkan di hadapan premis,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Menurutnya, premis yang dijalankan sebuah keluarga itu tidak mempunyai pengawal keselamatan dan tidak memasang kamera litar tertutup.

“Ketika kejadian, tiada pekerja dan pelanggan berada di dalam premis dan kedua-dua mangsa tidak dicederakan suspek.

“Siasatan sedang dijalankan dan kita akan mengesan suspek yang terlibat,” katanya.

Saiful Azly berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 397 dan 395 Kanun Keseksaan. – SinarHarian

Waktu Pelaburan Emas Paling Sesuai

KUALA LUMPUR: Kini merupakan waktu yang paling sesuai untuk melabur di dalam emas berikutan penurunan harga dengan hanya RM1,560 seaun.

Menurut Pengarah Urusan Habib, Datuk Meer Habib, harga logam beharga itu yang menyaksikan sedikit kemerosotan ketika ini menjadikan ia satu pelaburan yang baik.

“Hanya tahun lalu harga emas mencatat paras harga tertinggi sebanyak RM1,945 seaun jadi ini adalah masa yang paling untuk melabur kepada emas,” kata Meer.

Tambah beliau, emas merupakan satu pelaburan yang bijak kerana ia telah menunjukkan peningkatan harga yang konsisten sejak 12 tahun lalu.

“Sebenarnya lebih banyak yang dilaburkan kepada emas, lebih banyak keuntungan yang bakal diraih dimana pihak kami pernah melihat harga emas meningkat secara mendadak. Disamping itu, pemilik juga boleh gunakan emas sebagai perhiasan selain pelaburan semata-mata,” tambahnya.

Meer berkata, melihat kepada peningkatan permintaan daripada pelanggannya terhadap emas untuk tujuan pelaburan, Habib mula memberi perhatian kepada memenuhi citarasa golongan ini.

Ini termasuk melancarkan koleksi barangan kemas menggunakan emas 916k seperti koleksi terbarunya, Ora Otalia 916 yang mampu memberikan nilai pulangan pelaburan emas lebih tinggi.

Samun : 4 Kelindan Lori Dijel 8 Tahun

PETALING JAYA – Empat kelindan lori, termasuk dua beradik, dipenjara lapan tahun selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen menyamun seorang peniaga.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal menjatuhi hukuman itu selepas pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah terhadap M.Ramaesh, 23, Muhammad Ridzuan Shanmugam, 24, S.Premkumar, 23, dan adiknya S.Muniandy, 21, di akhir kes pembelaan.

Suraiya memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh mereka ditangkap iaitu 20 Ogos tahun lepas.

Mereka didakwa menyamun sebuah beg sandang milik Hue Chong Fong, 32, yang mengandungi ketulan emas, dua utas jam tangan berjenama, satu tangkal sembahyang dan wang tunai RM70, yang kesemuanya bernilai RM15,000 di Jalan Subang, Sungai Buloh pada 3 pagi, 20 Ogos tahun lepas.

Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan.

Seramai enam saksi pendakwaan dan lima saksi pembelaan memberi keterangan pada perbicaraan kes itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam. – Bernama

Simpanan Emas Fizikal vs Akaun Simpanan

Ramai yang suka membandingkan emas fizikal dengan akaun simpanan emas tanpa mengetahui fakta yang sebenar.

Bagaimana jika anda pergi ke sebuah restoran,tempah nasi ayam,apa yang anda dapat ialah kertas bertulis “nasi ayam” ? Best ke.

Kalau macam tu,mesti ramai yang dah kaya sebab jual kertas sahaja,dan boleh jual nasi ayam walaupun dengan harga RM1,bukan perlu wujud pun nasi ayam tersebut.

Apa kaitan cerita nasi ayam dengan emas ?Baca lebih lanjut penerangan di bawah

Soalan :

Saya nak minta pendapat,yang mana lebih baik,buat simpanan emas melalui akaun simpanan emas di bank atau emas fizikal?

Jawapan :

– Kalau nak harga murah lebih baik beli akaun simpanan emas sebab bank tak keluar kos untuk beli emas.

– Bank sediakan buku sahaja

– Bank jual murah-murah sahaja sebab emasnya tidak wujud.

Fakta tentang akaun simpanan emas :

1) Harga buku emasnya lebih murah dari harga emas sebenar kerana ia hanya ditulis di atas kertas berbanding emas sebenar yang boleh dipegang,dijual –beli,dipakai dan dipajak bila perlu.

2) Buku emas kalau hilang boleh ganti dengan buku baru.

3) Duit kita bank yang jaga dan gunakan sebagai modal bank berniaga.

4) Jika buku hilang boleh ganti dengan buku baru tapi jika duit dalam buku itu hilang bank tak ganti kerana tidak dilindungi PIDM.

5) Akaun simpanan emas (gold saving acc) Maybank/Public Bank/CIMB bank di bawah konvensional banking kerana tidak memenuhi syarat panel penasihat syariah bank.

6) Syarat untuk patuh syariah, beli emas mesti dapat emas, bukan beli emas dapat buku bank. Konvensional banking ini sebenarnya khas untuk menarik pengguna bukan islam yang takut dengan produk patuh syariah untuk beli buku emas ni. walaubagaimanapun bank tidak melarang orang Islam untuk beli produk yang tak patuh syariah ini.

ps: Sebagai umat Islam sejati,anda dinasihatkan peka dengan halal haram serta menjauhi perkara yang shubhah dan gharar.

Jika nak jaga rezeki kita dari sumber yang halal dan patuh syariah, beli emas yang boleh dapat emas fizikalnya.

Fakta simpanan emas fizikal :

1) Kita beli emas dan dapat emas di tangan.Emas itu adalah emas fizikal yang bernilai tinggi.

2) Emas itu boleh menjadi penyelamat sewaktu sesak nak pakai duit. Gadaikan emas itu di arrahnu dan kita dapat duit segera. Bila ada duit nanti kita tebus balik.

3) Jika kita perlukan duit untuk berniaga, kita boleh gadaikan juga emas itu di arrahnu untuk dapatkan tunai segera buat bisnes. Hasil untung bisnes itu buat tebus emas itu di arrahnu. Bisnes dapat, emas pun dapat balik + untung pun dapat.

4) Anda boleh simpan sendiri emas tersebut, dan jual bila bila masa jika perlu, berbanding dengan akaun simpanan emas,urusan hanya boleh dilakukan hari dan waktu bekerja sahaja.
Bagaimana jika anda tiba-tiba memerlukan tunai?

5) Dengan emas fizikal,anda mempunyai banyak pilihan tempat untuk menjual iaitu end user,pengedar,syarikat emas mahupun kedai emas. Namun akaun simpanan emas,anda tiada pilihan lain melainkan jual pada pihak bank sahaja dengan susut nilai.

6) Bagi mereka yang menyimpan sambil meniaga,mereka boleh meniaga dengan ulang proses jual-beli-restock dan mendapatkan keuntungan yang maksimum tanpa had.

Kesimpulannya ialah apa sahaja pilihan anda,buatlah pilihan yang terbaik dan boleh menenangkan jiwa anda. Umat Islam akan merasa tenang apabila beroleh hasil dari sumber yang halal dan berkat.

: www.jutawangold.com

Tamak Jerat Mangsa Cepat Kaya

Laporan kes individu menjadi mangsa penipuan membabitkan kerugian jutaan ringgit kerap disiarkan di media massa. Mereka yang menjadi mangsa terdiri pelbagai lapisan umur, taraf pendidikan dan bangsa, membuktikan sindiket penipuan tidak memilih mangsa.

Sepanjang 2011, seramai 876 rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan membabitkan kerugian berjumlah RM34.17 juta. Dari Januari hingga September 2012, seramai 613 telah menjadi mangsa membabitkan kerugian sebanyak RM25.89 juta.

Sabda Rasulullah SAW: “Andai kata anak Adam itu memiliki emas satu lembah, nescaya dia ingin memiliki satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulutnya (hawa nafsu) melainkan maut. Dan Allah menerima taubat sesiapa yang bertaubat kepada-Nya.” (Hadis riwayat Muslim)

Jumlah mangsa dan kerugian dicatatkan adalah berdasarkan laporan yang dibuat oleh mangsa kepada polis, sedangkan dipercayai banyak lagi individu yang menjadi mangsa tidak tampil membuat laporan.

Kes paling popular sekarang ini adalah penipuan bungkusan di mana mangsa diberitahu dia akan menerima bungkusan dari luar negara yang mengandungi hadiah mahal seperti barangan kemas atau wang tunai.

Bagaimanapun mangsa dikehendaki membuat bayaran kepada kastam bagi membolehkan bungkusan itu diambil.

Terdapat banyak lagi mondus operandi penipuan seperti gores dan menang, pelaburan emas, pelaburan saham, menang loteri, hadiah peraduan dan agihan pusaka menjerat mangsa tanpa belas kasihan.
Kes seumpama itu berlaku disebabkan sifat manusia mudah terpedaya dengan janji mendapat kekayaan. Sikap tamak dan tidak berhati-hati menyebabkan seseorang itu tidak berfikir panjang sebelum membuat keputusan memastikan sama ada perkara itu benar atau sebaliknya.

Mereka merasakan satu kerugian jika menolak atau tidak ikut serta program yang menawarkan keuntungan lumayan dengan sedikit pelaburan. Perkara ini tidak terjadi jika kita berfikir dan bertindak secara bijak. Sifat terburu-buru sememangnya mudah mengundang kesan buruk. Sikap tamak mendapat keuntungan besar dengan mudah mendorong seseorang menyebabkan fungsi akal tidak lagi digunakan, sebaliknya nafsu yang lebih menguasai diri.

Sememangnya manusia sanggup berdepan risiko menanggung kerugian asalkan ada peluang untuk mendapat lebih banyak kekayaan. Sesungguhnya sifat manusia tidak pernah puas dengan apa yang sudah dimiliki.

Sabda Rasulullah SAW: “Andai kata anak Adam itu memiliki emas satu lembah, nescaya dia ingin memiliki satu lembah lagi. Tidak ada yang dapat mengisi penuh mulutnya (hawa nafsu) melainkan maut. Dan Allah menerima taubat sesiapa yang bertaubat kepada-Nya.” (Hadis riwayat Muslim)

Sebenarnya apa saja keburukan yang bakal berlaku dapat diatasi jika kita menggunakan kebijaksanaan akal. Akal dapat membezakan antara perkara benar dengan palsu dan terhindar daripada melakukan perbuatan mendatangkan kerugian pada diri.

Banyak ayat al-Quran menyebut mengenai kegunaan akal membezakan antara kebenaran dan kepalsuan.

Firman Allah SWT: “Sesungguhnya dalam semua itu ada keterangan-keterangan bagi orang yang mengerti (berakal).” (Surah Taha, ayat 54)
Firman-Nya lagi: “Sesungguhnya hal itu menjadi keterangan untuk kamu yang berfikir.” (Surah ar-Rad, ayat 4)

Individu menerima tawaran mendapat keuntungan besar mesti berfikir mengenai kewajaran tawaran itu. Gunakan akal fikiran untuk mengelak daripada terus menjadi mangsa penipuan. Orang bodoh sentiasa menjadi mangsa kepada orang cerdik.

Perbezaan orang cerdik dengan bodoh adalah orang cerdik menggunakan akal, sedangkan orang bodoh menggunakan nafsu untuk melakukan sesuatu. Harta dimiliki perlu dijaga dengan baik untuk manfaat diri sendiri dan keluarga.

Sabda Rasulullah SAW: “Jagalah hartamu baik-baik dan jangan dirosakkan. Kerana setiap orang yang diberi sesuatu pemberian, maka harta itu menjadi miliknya selama hidupnya dan apabila meninggal menjadi milik warisnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Mengambil harta orang lain secara penipuan samalah dengan merampas atau merompak. Sesungguhnya amat besar dosa yang dilakukan itu hingga menghalangnya memasuki syurga.

Perkara ini dijelaskan Rasulullah SAW melalui sabda: “Sesiapa merampas hak orang Muslim dengan sumpah, dia wajib masuk neraka dan haram baginya syurga.” (Hadis riwayat Muslim)

Laporan kes penipuan di media massa bukan sekadar bahan cerita, sebaliknya ia bertujuan memberitahu atau menyedarkan orang ramai supaya tidak menjadi mangsa penipuan. Malangnya kes yang sama masih berlaku dan bilangannya semakin bertambah. Jelas sekali, sikap tamak manusia menyebabkan mereka mudah menjadi mangsa penipuan. -BH

Pembeli Emas Kena Tipu

BATU GAJAH – Kerana mempercayai seorang wanita yang mahu menjual surat gadai emas, seorang pembeli emas terpaksa berputih mata apabila kehilangan wang tunai RM10,400 di Tronoh, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Shahanon Anuar Abd Latif memaklumkan, wang berkenaan telah dilarikan wanita terbabit dalam kejadian pada jam 1.30 petang.

Menurutnya, pengadu yang berusia 27 tahun didatangi wanita terbabit di premis perniagaannya dan telah bersetuju membeli emas berkenaan, lalu membawa wanita itu ke sebuah kedai pajak gadai.

“Pengadu telah menyerahkan wang berkenaan kepada suspek untuk tebus emas gadaian di kedai pajak berkenaan.

“Tindakan itu mengundang padah apabila suspek melarikan wang berkenaan dengan menaiki motosikal ditunggang seorang lelaki yang telah menunggu di lorong kedai pajak,” katanya.

Shahanon Anuar berkata, pengadu cuba mengejar suspek ketika itu, namun gagal keranan keretanya terlanggar sebuah van.

Menurutnya, susulan kegagalan itu, pengadu telah membuat laporan polis berhubung kejadian.

“Dalam kejadian itu, pengadu telah diberikan surat pajak gadai dan kad pengenalan beralamat Kampung Parit Betak, Benut, Johor.

“Suspek merupakan seorang wanita berusia 30 tahun, berbadan kurus dan berkulit hitam manis,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah beliau, hasil siasatan mendapati kad pengenalan yang ada pada pengadu bukan milik suspek, manakala hasil semakan mendapati ia tiada dalam rekod jenayah.

“Kita juga berusaha mengesan suspek lelaki yang menunggang motosikal jenis Yamah LC135 berwarna hitam, bertopi keledar dan jaket hitam. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai dan peniaga yang membeli surat gadaian diminta berhati-hati jika didatangi individu sebagaimana dalam kes ini,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini untuk menghubungi polisdi talian 05-3629222 bagi menyalurkan maklumat. -SinarHarian

Permintaan Emas Jatuh Tahun Lalu

LONDON – Permintaan terhadap emas dunia tahun lalu jatuh buat kali pertama sejak 2009, didorong oleh penurunan pembelian barangan kemas di Asia serta kemerosotan aktiviti pelaburan ke atas emas di negara-negara barat, menurut Majlis Emas Dunia (WGC).

WGC yang ditaja oleh pemain industri emas semalam menjelaskan, permintaan emas pada 2012 menurun empat peratus berbanding tahun sebelumnya kepada 4,405 tan.

Majlis itu menjangkakan paras permintaan emas tahun ini mampu mengatasi tahun 2012, tetapi peningkatan itu hanya melibatkan peratusan yang kecil.

Jelas mereka lagi, agak sukar permintaan emas untuk kembali kepada paras yang tertinggi seperti mana ketika berlakunya krisis hutang dunia pada 2009.

Harga emas didagangkan sekitar AS$1,625 (RM5,037.5) dan AS$1,695 (RM5,254.5) seaun tahun ini. Namun, ia dijangka kembali meningkat.

Menurut WGC, secara purata harga emas telah jatuh 1.4 peratus sepanjang tahun ini. – REUTERS

Polis Tahan Empat Lelaki Berhubung Kes Samun Kedai Emas Di Selayang

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Polis menahan empat lelaki hari ini bagi membantu siasatan kes samun kedai emas di hadapan Balai Polis Selayang Baru pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah berkata suspek, yang berusia antara 16 dan 27 tahun, ditahan ketika polis menyerbu sebuah rumah di Lot 27, Jalan 18 Kampung Melayu, Batu Caves pada kira-kira 6.50 petang.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas dua motosikal iaitu Honda EX5 dan Kawasaki RR serta empat resit pajak gadai dan dua helai ”vest”,” katanya kepada Bernama malam ini.

Semalam, dua lelaki bersenjatakan parang dan tukul melarikan tiga dulang emas bernilai kira-kira RM200,000 ketika menyamun sebuah kedai emas di depan Balai Polis Selayang Baru.- BERNAMA