Soalan Lazim Berhubung Skim Kewangan Haram Menggunakan Emas

S: Mengapakah pihak berkuasa membuat serbuan ke atas syarikat-syarikat tersebut?

J: Serbuan dibuat bagi melindungi kepentingan para pelabur daripada melaburkan lebih banyak wang dalam skim yang berisiko, dan juga untukmelindungi kepentingan orang ramai. Syarikat yang terbabit sedang dalam siasatan kerana disyaki melakukan kesalahan, termasuk mengambil deposit secara haram, mengubah wang haram, mengelakkan cukai, memberikan maklumat palsu termasuk pernyataan yang salah, melantik ejen tanpa lesen dan gagal mengemukakan dokumen berkanun.

S: Mengapakah timbul kebimbangan terhadap model perniagaan syarikat-syarikat tersebut?

J: Kebimbangan ini timbul kerana syarikat-syarikat tersebut dipercayai menjalankan skim yang tidak dapat bertahan lama. Syarikat-syarikat tersebut menjanjikan pelabur pulangan bulanan yang lumayan dan jaminan belian balik emas. Skim tersebut bukan dibiayai oleh jual beli emas yang sebenar, sebaliknya dibiayai dengan menggunakan wang yang baru dilaburkan dalam skim ini. Jumlah aset dan wang yang ada pada syarikatsyarikat ini biasanya tidak sepadan dengan jumlah yang dikumpulkan daripada para pelabur.

S: Mengapakah pihak berkuasa hanya mengambil tindakan sekarang?

J: Sebarang tindakan penguatkuasaan hanya boleh diambil setelah didapati terdapat sebab-sebab yang boleh dipercayai bahawa sesuatu kesalahan telah dibuat. Ini bagi mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan yang terburu-buru atau melulu yang mungkin boleh menjejaskan perniagaan yang sah.

S: Apakah status tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa?

J: Siasatan masih lagi berjalan. Orang ramai akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa mengenai status terkini siasatan dari semasa ke semasa. Orang ramai dinasihati supaya merujuk kepada kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh agensi penguat kuasa undang-undang sahaja untuk sebarang maklumat terkini kes-kes ini.

S: Berapa lamakah tempoh siasatan?

J: Tempoh siasatan akan bergantung pada tahap kompleksiti dan keseriusan kes. Tahap kompleksiti telah meningkat disebabkan oleh dimensi antarabangsa kes-kes tersebut.

Kerjasama daripada pihak yang terbabit akan membantu proses siasatan. Siasatan ini diberi keutamaan yang tinggi dan semua sumber yang perlu telah digembleng oleh agensi penguat kuasa yang berkenaan untuk mempercepat siasatan.

 S: Mengapakah aset dibekukan dan dirampas?

J: Berhubung dengan kes skim kewangan haram yang disyaki, pihak berkuasa boleh menjalankan operasi mencari dan merampas bagi mendapatkan bukti dan untuk mengelakkan syarikat daripada menyembunyikan atau memusnahkan bahan bukti. Ini juga menghalang aset daripada lesap kerana ia akan memberikan kesan buruk kepada pelabur.

Di bawah seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Akta Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA), agensiagensi penguatkuasaan undang-undang diberikan kuasa untuk membekukan apa-apa aset apabila disyaki bahawa suatu kesalahan pengubahan wang haram telah dilakukan.

S: Apakah yang akan terjadi kepada aset dan emas yang dirampas?

J: Aset yang dirampas semasa serbuan dibuat akan didokumenkan dengan teliti dan diambil kira serta disimpan di tempat yang selamat. Sekiranya terdapat prosiding jenayah, aset tersebut hanya boleh diuruskan atas perintah Mahkamah.

S: Bolehkah pelabur yang terbabit menuntut kembali wang atau emas mereka daripada aset yang dirampas?

J: Aset yang dirampas semasa siasatan dijalankan hanya boleh diuruskan atas perintah Mahkamah. Pelabur mungkin boleh memfailkan kepada Mahkamah tuntutan pihak ketiga bagi pemulangan wang atau emas mereka. Maklumat tentang sama ada dan bagaimana untuk memfailkan sesuatu tuntutan akan diberitahu apabila prosiding mahkamah selesai.

 S: Apakah nasihat kepada orang ramai yang ingin melabur?

J: Orang ramai dinasihati supaya sentiasa berhatihati terhadap skim pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang kelihatan rendah, dengan memberikan jaminan bahawa jumlah pokok yang dilaburkan akan dipulangkan. Orang ramai juga dinasihati supaya merujuk kepada agensi yang berkenaan apabila berurusan dengan syarikat atau individu yang menawarkan peluang perniagaan atau perkhidmatan kewangan yang kelihatan menarik tetapi tidak diberikan lesen oleh pihak berkuasa. Sebagai panduan, orang ramai digalakkan mengambil perhatian terhadap perkara berikut apabila menilai sesuatu skim pelaburan:

• Ingatlah – sekiranya skim tersebut adalah indah khabar dari rupa, berkemungkinan besar skim tersebut adalah skim palsu;

• Berwaspada dengan skim Ponzi. Ia merupakan skim pelaburan yang berunsur penipuan apabila pengendalinya mengambil wang daripada pelabur baharu untuk membayar kepada pelabur awal atau sedia ada. Akhirnya, akan sampai satu peringkat apabila jumlah pelabur baharu tidak mencukupi untuk menyokong skim ini, dan seterusnya keseluruhan skim mengalami kegagalan;

• Berurusan hanya dengan institusi kewangan berlesen dan peniaga yang sah;

• Rujuk kepada pihak berkuasa yang berkenaan sebelum melabur/mendeposit wang;

• Jangan terpengaruh atau terburu-buru untuk melabur;

• Hendaklah lebih berhati-hati dengan pelaburan melalui Internet;

• Berwaspada dengan apa-apa peluang pelaburan yang tidak bertulis;

• Jika pelaburan telah dibuat, simpan salinan semua dokumen pelaburan; dan

• Rujuk laman sesawang amaran penipuan kewangan berikut:

http://www.bnm.gov.my/microsites/fraudalert/index.htm

http://www.sc.com.my/sub.asp?pageid=&menuid =233&newsid=&linkid=&type=

Sekiranya anda mengetahui skim pelaburan yang berunsurkan penipuan, anda digalakkan untuk membuat laporan polis.

Sumber: Bank Negara Malaysia

Centamin Gets Egypt Approval To Restart Gold Exports

According to Egyptian Mineral Resources Authority, the shipment is worth $70 million.

CAIRO(BullionStreet): Days after resolved the latest crisis, Egypt’s largest gold producer Centamin were granted permission to restart gold exports from the Sukari mine.
Egyptian authorities allowed the Australia-based Centamin PLC, to export around 1.6 tonnes of the gold extracted from the mine to the Netherlands, where it will be purified and sold in the global market.
According to Egyptian Mineral Resources Authority, the shipment is worth $70 million. Egypt and Centamin signed deals to extract gold from the Sukari mine, which is the largest in Egypt and located next to the Red Sea.
According to the agreement, Egypt has received 55 percent of the extracted gold since 2012, while its foreign partner has taken the remaining 45 percent.
Centamin has been exploring for gold in Egypt since 1995.Construction of the Sukari gold mine began in 2007, with the first gold being extracted two years later.
In 2011, the mine’s total production stood at 202,698 ounces of gold, worth some $556 per ounce, representing a 35 per cent increase on 2010 production.
Centamin has suffered numerous production problems within the last two months.
In October, Centamin was ordered to halt all local operations after an Egyptian court ruled that the company’s legal right to operate the Sukari mine, located in Egypt’s Eastern Desert, was invalid.
Centamin went on an appeal the verdict and resume its operations.

– Google

8 Tips Membeli Barang Kemas Bernilai Tinggi

Ada juga sahabat yang berhajat nak melabur dalam emas, tapi terbeli barang kemas. Nasihat saya, kalau nak beli barang kemas, jangan sekadar untuk perhiasan, tapi jadikan ia sebagai aset (harta). Maksudnya, bila nak pakai duit, barang kemas tu boleh ditukar kepada duit dengan nilai yang tinggi.

Jangan lupa, tak semua barang kemas boleh jadi asset bernilai tinggi. Ada barang kemas yang akan terus susut nilai 25% – 50% lepas kita beli. So, untuk pastikan barang kemas tu bernilai tinggi, ikut tip-tip penting ni bila nak beli barang kemas:

Tip #1: Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k) sahaja
Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk. Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.

Perkembangan terkini, ada beberapa Ar-Rahnu tak terima pajakan barang kemas 999. Jadi, untuk pastikan barang kemas tu nanti boleh dipajak in case terdesak nak pakai duit,belilah barang kemas 916 sahaja.


Tip #2: Beli barang kemas padu/ tumpat sahaja
Elakkan barang kemas yang berlubang/ kosong di dalam. Ini penting untung memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik ataupun dipajak di Ar-Rahnu nanti. Densimeter tak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama.

Selain daripada tu, barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok, rosak dsb. Bila barang kemas tu rosak, terpaksalah trade-in sebagai ‘used gold’ dengan harga diskuan 25%! Banyak tu. Kalau simpan jer, nanti kena zakat sebagai emas yang tak dipakai yang nisabnya lebih tinggi emas yang dipakai.

Tip #3: Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata
Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916. Mungkin pada bahagian permata tu ialah emas 750, tetapi dijual semuanya pada harga 916! Ms. Denise (trainer Public Gold) dedahkan memang pernah ada kes macam ni.

Tip #4: Simpan resit belian
Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskuan 25% dari harga semasa.

Tip #5: Jangan beli emas putih
Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi samaada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain. Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop “750” atau “375” sahaja. Berdasarkan apa yang saya survey, ada juga kedai emas yang jual emas putih sanggup beli balik pada harga diskuan 30% kalau ada resit, dan 50% kalau tak ada resit. Tapi umumnya, bukan mudah nak jual balik emas putih tu. Pokoknya, memang ianya rugi dari sudut pelaburan.

Sebelum saya finalise posting artikel ni, saya terbaca beberapa tip lagi yang dikongsikan oleh Syukor Hasyim (Jutawan Emas) dalam artikelnya terbaru bertajuk “Tip: Bagaimana Memaksimakan Keuntungan Melalui Pelaburan Barang Kemas”:


Tip #6: Survey kos upah paling rendah. Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.


Tip #7: Cari kedai yang jual emas bawah harga FGJAM (Persatuan Pekedai Emas). Harga ‘standard’ pekedai emas boleh rujuk di sini www.fgjam.org.my


Tip #8: Cari kedai yang terima belian balik (trade-in) dengan harga yang tinggi.Secara puratanya, mereka beli balik dengan harga diskaun 20% – 25%, tetapi ada juga kedai yang sanggup beli balik dengan harga diskuan 15% untuk barang kemas yang dibeli di kedainya.
Mudah-mudahan, 8 tips ini boleh dijadikan panduan untuk sahabat-sahabat membeli barang kemas yang bukan sahaja berfungsi sebagai perhiasan, tapi ia juga boleh dijadikan pelaburan yang bernilai tinggi. Sambil menyelam minum air, insyaAllah.
Wallahu a’lam.
– www.mohdzulkifli.com

Ramalan Emas 2013 – mana yang patut dipercayai ?

2012 sudah hampir melabuh tirainya. Sepanjang tahun ini harga emas diniagakan dalam suasana yang kurang memberangsangkan dan tidak menepati ramalan pakar sebelumnya.

Bagaimana pula 2013 ?
 Emas dipercayai dan dijangka akan meningkat kerana Basel Committee of Bank Supervision akan membuat penilaian semula terhadap kedudukan nilai emas. BCBS akan melaksanakan peraturan bank antarabangsa yang merancang untuk mengembalikan emas sebagai aset kelas pertama (Tier 1 asset) yang membawa nilai sebenarnaya (100%) berbanding sebelum ini hanya 50% dari harga pasaran.

Di mana ?

Dijangkakan pada Januari 2013,  EMAS akan sama NILAI dengan WANG.

Bermakna: Harga emas akan meningkat 2 kali ganda pada tahun depan.

 

Tetapi tidak semua pakar membuat ramalan yang sama

Goldman Sachs meramalkan pelaburan emas tidak akan meningkat dan tidak akan menguntung pelabur. Para pelabur emas dingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga.

 

Jadi mana satu yang kita perlu percaya?

Mengikut penasihat pelaburan kita perlu bijak melihat isu disebalik ramalan ini. Kerana ramai pakar pelaburan di luar sana mempunyai agenda tertentu. Setengah dari mereka meramalkan emas akan turun mengharapkan supaya pemegang emas menjual stok mereka. Pada ketika itu mereka akan berpeluang membeli emas pada harga yang lebih murah.

Zakat Emas Dan Perak

Zakat Emas Dan Perak
Emas dan perak adalah logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah

mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Kenapa Di Kenakan Zakat ?
Sebagaimana di ketahui umum ,sejak dari dahulu sampai sekarang emas dan perak merupakan logam yang sangat berharga dan menjadi sumber kekayaan seseorang.Oleh itu,pada pandangan Islam,ia mesti dikenakan zakat sama seperti sumber-sumber kekayaan yang lain

Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak:-
Firman Allah SWT maksudnya:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah(mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih,pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu,maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu.”  

(Surah at-Taubah : 34 & 35)

Hadith Riwayat Mulim maksudnya:

“Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak tidak menunaikan zakatnya,melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka.Setelah dipanaskan, digosokkan lambung,dahi,dan belakangnya setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambanya.”


Syarat-Syarat Wajib Zakat Emas
:-

1. Islam pemiliknya.
2. Cukup nisab.
3. Cukup haul atau setahun di dalam milik mengikut kiraan tahun hijrah.
4. Milik yang sempurna.

Pembahagian Zakat Emas

 

 

 

 

 

 

Nisab Zakat Emas
Sabda Rasullullah S.A.W. :

“Tidak wajib zakat pada emas yang kurang daripada dua puluh misqal dan tidak wajib zakat pada perak yang kurang daripada dua ratus dirham.”

 

Peringatan
Ijmak Ulama’ mengatakan kaum lelaki haram memakai barang kemas sekalipun dalam bentuk yang kecil jika cukup syarat-syarat zakat maka diwajibkan zakatnya.Walaupun perhiasan emas dan perak yang dipakai oleh lelaki diwajibkan zakat.Begitu juga diwajibkan zakat ke atas perkakasan dan peralatan,perkhidmatan,perhiasan yang diperbuat daripada emas dan perak.

ZAKAT EMAS SIMPANAN

Emas yang disimpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup nisab dan genap haulnya.
Nisab bagi zakat emas ialah 20 misqal atau 85gm atau 25 mayam.Kadar zakat ialah 2.5% atau 1/40.

Contoh Kiraan:

Sekiranya anda memliki emas yang disimpan sebanyak 85gm.Nilai semasa emas ialah RM120.08 (Ogos 2010) bagi satu gram.

Nilai emas = 85gm x RM 120.08
= RM 10,206.80

Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5%
= RM 255.17

ZAKAT EMAS PERHIASAN

Emas yang di pakai adalah dikenakan zakat sekirannya ia melebihi had kebiasaan perhiasan (Uruf).Had kebiasaan perhiasan ini adalah senisab iaitu 85gm.Anda masih wajib membayar zakat walaupun anda memakai kesemua emas perhiasan yang melebihi had kebiasan ini.

Kaedah Kiraanya Ialah:-

Sekiranya anda memiliki dan memakai 170gm atau lebih emas perhiasan anda wajib membayar zakat.

Contoh Kiraan :
Memiliki emas perhiasan = 170 gm
Had kebiasan perhiasan (yang dikecualikan zakat) =
85gm
Baki yang dikenakan zakat = 85gm

Harga emas = 85gm x RM 120.08
= RM 10,206.80

Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5%
= RM 255.17


Zakat Perak

Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:

  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak

Nisab dan kadar zakat perak

Ijma’ ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.Pengiraan zakat perak berdasarkan nilai barang perak samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak ( di simpan sebagai perhiasan di rumah).

Dalil zakat perak
Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya:

“..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)”. (Riwayat Muslim)
Maksudnya:

 

“Pada perak (zakatnya) 1/40…”. (Riwayat Al-Bukhari )

 

Contoh Kiraan:
Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%

Menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%
Harga semasa perak (contoh) = RM 0.62

Zakat yang wajib di bayar= 1,000 gm x 0.62 x 2.5%
= RM 15.50

Nota Pendek Ilmu Emas

Kepentingan Emas

– menghapuskan sistem kapitalis
– menghapuskan riba
– mengukuhkan kuasa membeli
– menambah pengaliran wang masuk (cash flow)

Jenis Emas

– 999
– 950
– 916
– Suasa
– Rantai Emas
– Gold Bullion – GCP, PG, LF,
– Berapa gram yang dijual, 20gm, 50gm,100gm.
– Hallmark

Web atau Carta Harga

– Web mana nak tahu kenaikan emas
– PG
– Kitco
– Kelantan Gold Trade
– Ada caj pengangkutan?

Beza Dinar dan Emas, Dirham dan Perak

Zakat Emas dan Perak? Bagaimana?

Pelaburan Emas

a) Pajak Gadai

– kena faham pasal Pajak Gadai
– Pajak Gadai Konvensional & Pajak Gadai islam
– Pajak Gadai Ar-Rahnu

b) Bank atau koperasi mana nak gadai

– Yapeim
– Agro Bank
– Bank Rakyat

c) Kena faham term-term dalam Pajak Gadai

– Marhun
– Caj Simpan
– Pinjaman
– Masa Pajakan contoh 6+6+6, 6+3

 

Matlamat Pelaburan Emas

a) Emas Fizikal

– Rantai Emas
– Gold Bar

b) Akaun Emas

– GSPA
– GIA
– KFH

*halal haram kena tahu.. sebab dan musabab nya.

Teknik Pelaburan Emas

1) Pajak dan beli Barang

– EPP sendiri

2) Pajak dan Rempit Emas

– Rempit biasa (selalu nya terduduk)
– Rempit bertaktik (kena kursus)

3) Simpan dan Naik – Jual

-Makan sekali je

4) Cara atasi Inflasi (the best ever investment)

5)Pelaburan Emas Vs ASB

6) Teknik 1 dinar 1 bulan

– Untuk pendapatan rendah dan nak melabur emas

7) Teknik dealer

– Komisen la

8) Pajak dan dapat duit harian atau mingguan

– totally cash flow

9) Pajak bulanan bagi kenaikan emas

– untuk bank tertentu sahaja

10) Taktik tanpa modal

– Teknik Air liur sahaja

 

Akhir sekali.

Kat mana nak jual balik jika terdesak

– orang lain
– dealer anda
– syarikat emas
– Hargaemas Trading http://www.hargaemas.com.my/

 

Ilmu Emas – www.tokperaihemas.com

Hukum Jual Beli Emas – Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd.

Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-100 yang bersidang pada 4-6 Julai 2012 telah membincangkan mengenai Hukum Jual Beli Dan Pelaburan Emas Yang Dijalankan Oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

  • Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh syarak. Sesuatu transaksi jualbeli adalah dikira tidak sah sekiranya tidak memenuhi salah satu rukun jual beli. Muzakarah turut menegaskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas juga hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan dan kezaliman.
  • Berdasarkan laporan dan hasil siasatan Bank Negara Malaysia terhadap operasi jual beli dan pelaburan emas oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd., Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh Syarikat Genneva Malaysia Sdn. Bhd. tidak mematuhi sepenuhnya Parameter Pelaburan Emas sepertimana yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 pada 13 hingga 15 Oktober 2011.
  • Oleh itu, umat Islam dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri dalam aktiviti atau transaksi jual beli dan pelaburan emas yang dilaksanakan oleh mana-mana pihak sama ada syarikat atau individu di dalam atau luar negara yang bertentangan dengan prinsip-prinsip jual-beli emas seperti yang digariskan oleh syarak atau undang-undang negara.

 

* berhati-hati dalam pelaburan *

Ditipu Saudara Sertai Pelaburan Dinar Emas

KUALA LUMPUR; Angan-angannya untuk mendapat RM71,000 dengan modal pusingan RM500 bertukar menjadi pengalaman pahit buat seorang lelaki yang terpedaya dengan pujukan saudaranya sendiri untuk mencuba pelaburan dinar emas.

Pulangan lumayan itu ditawarkan kepadanya ketika dia baru mengeluarkan wang simpanannya dua bulan lalu dan ahli keluarganya itu menyarankan ia dilaburkan dalam skim berkenaan dengan mendapat mata wang Iraq sebagai jaminan.

Bagaimanapun mangsa yang bekerja sendiri tertipu dengan pelawaan itu apabila hanya menerima RM52 sebagai keuntungan pelaburan berbanding puluhan ribu dijanjikan sebelum ini.

“Saya dimaklumkan lelaki itu dengan menyertai pelaburan ini saya akan mendapat untung. Mulanya saya tidak percaya, tapi dia terus memujuk dan meyakinkan isteri saya mengenai hasil berganda yang kami akan peroleh,” katanya ketika membuat aduan di Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), semalam.

Mahu dikenali sebagai Azri, 48, dia kemudian menerima sepucuk sampul berisi beberapa keping mata wang Iraq sebelum dihubungi lelaki itu yang memaklumkan ia adalah keuntungan pertama pelaburan terbabit.

“Saya kemudian ke pengurup wang berhampiran rumah untuk menukar duit itu dan dimaklumkan ia tidak sah diperlakukan kerana ia digunakan pada zaman pemerintahan Presiden Saddam Hussein bernilai RM52 saja.

“Saya maklumkan kepada lelaki itu dan dia bukan saja tidak mahu membayar kembali wang saya, malah meminta saya memasukkan RM1,000 untuk menggandakan pulangan,” katanya.

Sementara itu Ketua Unit berkenaan, Saharudin Bakar berkata, pihaknya mendapati ia menyamai beberapa kes penipuan membabitkan pelaburan sebelum ini.

Katanya, yang berbeza hanyalah mata wang yang digunakan sebagai medium pelaburan berbanding emas atau sebagainya. -METRO

KELEBIHAN DINAR SEBAGAI MATAWANG

40 KELEBIHAN DINAR
1. Matawang Syariah
2. Diungkapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadist
3. Digunakan sejak 2500 tahun
4. Dikenali oleh semua orang
5. Sangat bernilai
6. Sedikit tapi bernilai
7. Nilai yang sebenar
8. Nilai yang stabil
9. Mudah dicairkan
10. Lambang kekayaan sebenar
11. Melindungi kekayaan
12. Tidak boleh dimonopoli
13. Menghapuskan riba
14. Menghapuskan kemiskinan

15. Menghapuskan spekulasi
16. Menghapuskan risiko pertukaran matawang
17. Nilainya bukan hutang
18. Menyelesaikan krisis ekonomi
19. Memberikan keadilan kepada masyarakat
20. Mengurangkan masalah sosial seperti jenayah
21. Merapatkan jurang antara kaya dan miskin
22. Harga barang tidak akan naik lagi
23. Kos haji semakin menurun berbanding dinar
24. Mempercepatkan pembahagian harta pusaka
25. Memudahkan pelaksanaan hudud
26. Pembayaran zakat lebih cepat
27. Penggunaan tiada batasan masa dan tempat
28. Tiada inflasi
29. Tidak berkarat
30. Tidak terbakar
31. Tiada tarikh luput
32. Warnanya tidak akan pudar
33. Tidak boleh dibinasakan
34. Tidak boleh ditiru
35. Tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpannya
36. Tidak boleh dimanupulasi
37. Tidak perlu jaminan kerajaan
38. Beratnya lebih ringan daripada wang kertas yang sama nilainya
39. Matawang 1 dunia pada masa hadapan
40. Boleh digadaikan

– Auraemas

Kenapa Genneva Diserbu BNM ?

Bank Negara Malaysia (BNM) mendapati liabiliti syarikat pelaburan jongkong emas, Genneva Malaysia Sdn Bhd (Genneva Malaysia) melebihi aset syarikat itu.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata keadaan itu jelas menunjukkan bahawa Genneva Malaysia tidak mampu membayar pulangan kepada pelabur.

Beliau berkata siasatan awal BNM mendapati syarikat itu memang menjalankan urusniaga penjualan emas untuk menarik minat pelabur, tetapi bertukar kepada hanya mengambil deposit dan urusan pemberian jongkong emas kepada pelanggan tergendala serta lambat.

Beliau menyifatkan operasi Genneva Malaysia sama seperti kebanyakan skim cepat kaya yang tidak sah.

“Genneva sudah ada unsur pengambilan deposit dan jumlah yang dilabur oleh rakyat dengan aset yang ada pada syarikat begitu kecil, jadi ada jarak yang amat besar antara aset dan liabiliti.

“Jadi bagaimana dia (Genneva) nak bayar bila liabiliti berbilion ringgit dan aset pula hanya dalam lingkungan jutaan (ringgit),” kata beliau ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat semalam.

Baru-baru ini, BNM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menyerbu beberapa premis Genneva Malaysia serta kediaman pengarah syarikat selepas beberapa pelabur yang menjadi mangsa tampil membuat laporan polis.

Dalam pada itu, Awang Adek berkata Bank Negara sedang meneliti tindakan sewajarnya ke atas Genneva Malaysia dan Bank Negara juga tidak mungkin dapat membayar nilai pelaburan kepada para pelanggan syarikat terbabit.

“Pada mulanya ada yang dapat pulangan dua peratus sebulan, dan ini tidak betul. Kita tak boleh kata pelabur tak bersalah, dia pun melabur dan ada risiko.

“Syarikat memang salah. Mana ada skim yang boleh bagi pulangan baik, jika ia terlalu bagus, ia tidak mungkin betul,” katanya. -BERNAMA