2012 sudah hampir melabuh tirainya. Sepanjang tahun ini harga emas diniagakan dalam suasana yang kurang memberangsangkan dan tidak menepati ramalan pakar sebelumnya.
Di mana ?
Dijangkakan pada Januari 2013, EMAS akan sama NILAI dengan WANG.
Bermakna: Harga emas akan meningkat 2 kali ganda pada tahun depan.
Tetapi tidak semua pakar membuat ramalan yang sama
Goldman Sachs meramalkan pelaburan emas tidak akan meningkat dan tidak akan menguntung pelabur. Para pelabur emas dingatkan supaya mengambil langkah berjaga-jaga.
Jadi mana satu yang kita perlu percaya?
Mengikut penasihat pelaburan kita perlu bijak melihat isu disebalik ramalan ini. Kerana ramai pakar pelaburan di luar sana mempunyai agenda tertentu. Setengah dari mereka meramalkan emas akan turun mengharapkan supaya pemegang emas menjual stok mereka. Pada ketika itu mereka akan berpeluang membeli emas pada harga yang lebih murah.

