Kedai Emas Paling Murah di Malaysia

Senarai kedai emas murah di Malaysia dan cara menentukan kedai emas yang betul-betul murah

Senarai kedai emas murah di Malaysia dan bagaimana untuk menentukan kedai emas itu betul-betul murah? Untuk pelawat yang mencari kata kunci "kedai emas murah", sila baca dan hadam artikel ini. Untuk rekod apabila disebut kedai emas murah di Malaysia hanya ada beberapa tempat yang akan bermain di fikiran.

Tempat-Tempat Sinonim dengan Emas Murah

  • Kedai emas murah Pasar Siti Khadijah, Kelantan
  • Kedai emas murah Jalan Masjid India, Kuala Lumpur
  • Kedai emas murah Lebuh Penang, Pulau Pinang
  • Kedai emas murah Kuala Pilah, Negeri Sembilan
  • Kedai emas murah Pasar Payang, Terengganu

Kenapa Harga Emas Setiap Kedai Berbeza?

  1. Harga emas berubah setiap hari - Ada kedai bernasib baik restock barang pada harga rendah, jadi mereka boleh jual rendah, tapi apabila mereka tersilap restock pada harga tinggi, maka mereka terpaksalah jual tinggi.
  2. Teknik buka harga rendah, naikkan upah - Ada juga kedai emas menggunakan teknik buka harga rendah, tapi naikkan harga upah, ini memang hampir majoriti kedai lakukan.
  3. Strategi peniaga - Setiap kedai / syarikat ada cara dan strategi mereka sendiri untuk tarik pelanggan, ada yang fokus kepada barang bajet, barang padu, design ciplak, design clone dan pelbagai lagi, lagi cantik & kemas suatu design lagi mahal upahnya.
  4. Emas bukan barang kawalan - Jadi setiap syarikat atau individu bebas untuk menjual berapa pun harga.

Harga Upah Standard untuk Design Emas

  • Emas padu – gajah, pasir, putra, putri: RM4-8/gram
  • Emas bajet simple – mesin, pintal: RM6-10/gram
  • Emas design simple – jagung, coco, lipan: RM8-RM12/gram
  • Emas fashion: RM8-20/gram
  • Emas eksklusif design: RM12-RM infiniti pergram
Tips: Sentiasa bandingkan harga sebelum membeli. Semak harga emas semasa di hargaemas.com.my/harga untuk rujukan sebelum membuat keputusan.

Cara Beli Kedai Emas Murah Online

  1. Cari peniaga-peniaga emas yang berdekatan tempat anda - Boleh COD (Cash on Delivery) untuk keselamatan lebih.
  2. Gunakan payment gateway di Shopee - Bayaran anda hanya akan didisburse kepada seller selepas item diterima, jadi risiko minimum.
  3. Baca review-review seller dahulu - Sebelum meneruskan transaksi, pastikan seller mempunyai rating dan review yang baik.
  4. Jangan melakukan pembayaran direct kepada akaun seller - Gunakan payment gateway yang disediakan untuk keselamatan.
  5. Semak harga jual di hargaemas.com.my - Jika terlalu murah dari harga spot, besar kemungkinan adalah scam.
  6. Post di Facebook tanya pendapat kawan-kawan - Mungkin ada kawan boleh membantu atau memberikan cadangan.
Ingat: Bila harga yang dijual too good to be true, biasanya memang not true. Simpan ini selalu di kepala, dan lihat harga emas semasa di www.hargaemas.com.my/harga sebelum membuat keputusan.
Dikemaskini: 01 February 2026