Gajah Emas Sultan Sarawak Kurun 18 Untuk Dilelong

gajah emas malaysia

Seorang peniaga emas ingin melelong patung gajah yang berusia hampir 183 tahun dan seberat 2.5kg miliknya , Item gajah ini dipercayai adalah peninggalan Sultan Sarawak yang memerintah bahagian kecil Krantong, sarawak pada kurun ke 18. maklumat barang rare ini seperti berikut

Gajah Emas: Walaupun tidak bertanda, gajah ini dipercayai alatan diraja yang ditemui pada tahun 1832, ia diperbuat dari emas 18K(750) dan matanya diletakkan batu delima, pada tengkuknya ditulis didalam bahasa arab berbunyi

(1) “Tuanku Mahkota Sultan” panggilan nama raja sarawak pada kurun ke 18

(2) “Tengah” Dipercayai merujuk kepada nama raja

(3)”Sharif Maula” atau “Sherip Milar” suatu kawasan ketua mukim Skrang, Sarawak

(4)”Sharif Shahir” atau “Sherip Sahib” suatu kawasan ketua mukim Sadong, Sarawak

(5)”A-B-C”;

(6)”1832″

Belalai gajah pada patung ini dalam posisi menegak dipercayai bermaksud “bernasib baik” dan senang-lenang, pada mereka yang berminat bolehlah menghubungi Penjual http://hrg.ms/1CpgkuY, bg kata kunci ‘hargaemas’ 🙂 , mana tahu dapat murah2

Wiki: Gajah Sarawak atau gajah borneo merupakan keluarga gajah pygmy merupakan binatang bernama gajah yang paling kecil dari keluarga2nya diseluruh dunia…kalau dalam bahasa melayu dipanggil gajah genit, bukan gedik.. Gajah borneo dipercayai jinak dan mudah untuk dilatih, tak melawan dan dengar cakap tuan, tp kenapa tahun 18-an raja di sarawak buat patung gajah, kenapa bukan patung buaya ke, patung rafflesia ke, xpun patung burung enggang yang sinonim dengan sarawak….

gajah emas malaysia2

gajah emas malaysia gajah emas malaysia3

Betul ke Pamp Suisse itu original?

pamp-suisse-original

TIPS – Adakah emas ‘cast bar’ 100g PAMP yang anda beli tulen? Cara pantas untuk tahu adakah emas tersebut tulen ialah seperti berikut :-

  • 1. Timbang, dan pastikan beratnya tepat 100 gram
  • 2. Ukur, saiz sepatutnya 47mm panjang x 27mm lebar x 4.5mm tebal

Berat dan ukuran (ketumpatan) setiap unsur adalah berbeza.

Apabila tembaga digunakan jika beratnya 100gram saiznya akan lebih dua kali ganda besar dari emas, dan jika saiznya sama dengan emas beratnya akan kurang dari separuh berat emas sebenar.

Ketumpatan emas = 19.3g/cm3, tembaga = 8.96g/cm3, TUNGSTEN = 19.25g/cm3

Setakat ini belum ada penipuan ‘cast bar’ menggunakan tungsten di Malaysia. Jika ada kemungkinan sukar untuk ‘penipu’ menghasilkan ‘cast bar’ emas di dalamnya tungsten dengan berat yang tepat.

Kaedah yang sama juga boleh digunakan untuk menguji emas ‘cast bar’ atau ‘minted’ yang lain. Yang penting mestilah tahu berat dan saiz emas tersebut yang betul.

Pastikan anda snap gambar IC penjual, sekadar untuk simpan rekod urusniaga
buka resit jual beli emas pamp suisse sebagai bukti urusniaga

Ar-Rahnu Pos Jangka Tiada GST Untuk Pelaburan Emas

ar-rahnu-pos

Ar-Rahnu Pos Sdn Bhd menjangka kerajaan untuk mengecualikan cukai keatas  pelaburan logam berharga (IPM, Investment Precious Metal)  daripada Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Naib Presiden Kanan Abd Razak Mohd A Kadir berkata syarikat itu, bersama-sama dengan bank-bank yang menjual emas sebagai satu pelaburan, pemborong, dan peruncit, baru-baru ini bertemu dengan kerajaan bagi memmbincangkan pengecualian GST untuk emas pelaburan seperti jongkong emas dan dinar emas.

Bercakap kepada Bernama, beliau berkata jika cukai  enam peratus dikenakan ke atas emas, pelanggan akan melarikan diri ke Singapura, yang tidak mengenakan cukai ke atas logam yang berharga.

Pos Ar Rahnu mensasarkan asas pelanggannya meningkat kepada 96,000 pada tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2015 daripada 48,000 pada masa ini, pada permintaan yang tinggi di pasaran tempatan terutama di Sabah yang, dengan empat cawangan, menyumbang 10 peratus kepada keuntungan syarikat.

Sehingga 31 Mac 2014, Pos Ar Rahnu telah mengeluarkan RM283 juta pinjaman kepada pelanggan.

Ia mempunyai 75 cawangan di pejabat pos terpilih dan berunding dengan peserta industri untuk mengembangkan perkhidmatannya untuk menjual barang kemas.

Bag Clutch Emas Berharga Setengah Juta

clutch-emas

Seorang pereka British, Christopher Shellis telah mereka satu beg clutch yang harganya mencecah setengah juta iaitu RM576,137 ($180,000)!

Clutch yang merupakan beg aksesori, sering digayakan pada majlis makan malam ataupun majlis anugerah yang dihadiri selebriti-selebriti sama ada dari dalam mahupun luar negara.

Clutch berukuran 7 kali 5 inci itu mempunyai berat mencecah setengah kilogram disebabkan penggunaan material mewah 345 berlian yang dijahit pada beg yang menggunakan emas 18 karat.

Shellis dan pasukannya mengambil masa selama 100 jam untuk menghasilkan clutch ‘masterpiece’ itu yang mengambil inspirasi daripada pagar Istana Buckingham, United Kingdom. – 

clutch1-bag

Elak Pakai Barang Kemas Ketika Ramadhan – Kes Pukau Tertinggi

Pukau rokok antara kaedah untuk memastikan mangsa menyerahkan barangan dan wang kepada penjenayah.
Pukau rokok antara kaedah untuk memastikan mangsa menyerahkan barangan dan wang kepada penjenayah.

Polis Metropolitan Jakarta Raya mengingatkan masyarakat agar lebih berwaspada terhadap peningkatan kadar jenayah seperti rompakan menggunakan pukau pada bulan Ramadan.Polis  mendapati kejadian rompakan menggunakan cara pukau adalah kes jenayah paling tinggi berlaku ketika Ramadan.

Peningkatan kadar jenayah itu didorong kerana keperluan harian yang mendesak pada bulan puasa.

Sehubungan itu, pihak keselamatan terbabit mengingatkan masyarakat supaya lebih berwaspada dalan menjalani kegiatan harian.

Seperti yang berlaku pada tahun sebelumnya, jenayah yang berlaku pada Ramadan terjadi dengan pelbagai modus operandi.

“Berhati-hati dan tidak menjadikan diri mangsa dengan tidak memakai barang kemas atau membawa barangan berharga ketika berada tempat awam,” katanya jurucakap polis itu.

Melalui data yang diperoleh, katanya, pukau antara jenayah paling tinggi berlaku ketika Ramadan dan ia biasanya terjadi kepada pengguna pengangkutan awam.

 

Harga Emas Sederhana Awal 2014

emas-sederhana

Kebimbangan pasaran emas tentang keputusan Rizab Persekutuan AS (Fed) untuk beransur-ansur mengurangkan suntikan mudah tunainya akan hanya reda pada lewat Februari atau awal Mac tahun depan dengan harga diunjurkan menyederhana pada US$1,322.50 (AS$1 = RM3.25) seauns (1 auns = 28.35 gram).

Peniaga dari Phillip Futures Sdn Bhd, Lim Eng Wee, berkata menurut satu laporan antarabangsa, harga emas berkemungkinan kekal rendah bagi tahun keduanya selepas mencatatkan kejatuhan tahunan pertamanya pada pertengahan 2013, dalam tempoh lebih sedekad.

“Harga rendah ini ditambah pula dengan siling hutang jangka pendek kerajaan AS yang akan tamat tempoh pada 15 Jan, 2014,” katanya kepada Bernama.

Tentang arah aliran semasa, Lim berkata pasaran seolah-olah kurang keyakinan terhadap emas apabila AS mencatatkan data-data ekonomi yang lebih baik daripada dijangkakan.

“Bagi tahun ini setakat ini, harga emas semerta menjunam 27.2 peratus kepada AS$1,219.83 seauns pada 2 Dis, 2013.

Mengenai dagangan hadapan emas, yang julung kali muncul di Bursa Malaysia Derivatives pada 7 Oktober, 2013, Lim berkata ia lebih sesuai bagi pelabur individu memandangkan keperluan marginnya yang rendah iaitu RM1,000 bagi setiap lot.

Beliau berkata kontrak itu juga dilunaskan dengan tunai, justeru itu pelabur boleh menyimpan pegangan hingga tamat tempoh kontrak.

“Pada masa ini, jumlah dagangan pasaran hadapan emas Bursa Malaysia agak rendah disebabkan oleh kurangnya kesedaran dan keyakinan dalam kalangan pelabur runcit.

“Kebanyakan pelabur Malaysia tidak terdedah kepada dagangan hadapan atau tidak mempunyai banyak pengetahuan mengenainya. Di samping itu, sesetengah mereka beranggapan dagangan hadapan adalah sama seperti berjudi.

“Lebih banyak iklan dan seminar diperlukan untuk mendidik dan memupuk minat pelabur Malaysia terhadap dagangan hadapan,” saran Lim.

Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd, Ermin Siow, berkata sambutan terhadap kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia hambar sahaja.

Poh Kong, sebuah syarikat pegang pelaburan, terlibat dalam pembuatan, perniagaan, peruncitan dan eksport barang kemas, batu permata, berlian dan barang perhiasan daripada emas, terutamanya di Malaysia.

Siow berkata dagangan hadapan emas masih belum meraih sambutan hangat setakat ini disebabkan oleh kurangnya maklumat tentang cara-cara berurus niaga logam berharga dalam pasaran hadapan.

“Meskipun kontrak hadapan emas tidak diniagakan 24 jam di Bursa Malaysia berbanding di Commodity Exchange Inc, satu bahagian New York Mercantile Exchange, namun orang perlu ingat bahawa emas diniagakan tanpa henti di peringkat antarabangsa,” tegas Siow.

Bursa Malaysia memulakan dagangan hadapan emas tiga bulan lepas, satu langkah untuk memperluas pasaran modal di negara ini.

Ia adalah kontrak hadapan logam berharga pertama di Bursa Malaysia dan kelas aset pendasar adalah berasaskan spesifikasi Penetapan Emas London.

Ketua Pegawai Eksekutif/Pengerusi Bursa Malaysia Bhd, Datuk Tajuddin Atan, berkata pelancaran kontrak hadapan emas Bursa Malaysia memperkukuh komitmen bursa itu untuk terus memperkenalkan produk-produk dan kelas-kelas aset baharu, sekali gus membawa lebih banyak peluang dagangan dan pelaburan kepada lebih ramai warga Malaysia.

“Tujuan kami ialah untuk mewujudkan sebuah pasaran lengkap dan menyeluruh yang ada sesuatu bagi setiap jenis peniaga dan pelabur di Bursa Malaysia.

“Kami yakin kontrak hadapan emas akan menjadi satu cara berniaga emas yang dipercayai di Malaysia kerana ia diniagakan di bursa kita yang sangat ketat kawalan selianya,” katanya.

Harga tertinggi emas yang diniagakan di Bursa Malaysia Derivatives ialah RM137 segram yang dicatatkan pada Oktober.

Kontrak bulan penanda aras mengakhiri tahun ini pada RM127.4.

— BERNAMA

Loket Logam Radioaktif Berbahaya

Contoh barang kemas bersadur Rhodium (Mempunyai Isotop Radioaktif) yang dijual secara online

Putrajaya: Penggunaan pendant atau loket mengandungi bahan radioaktif semula jadi tidak memberi sebarang faedah dari segi perubatan dan boleh memudaratkan pengguna.

Lembaga Pelesenan Tenaga Atom (LPTA) berkata, produk itu boleh memudaratkan pengguna jika terdedah kepada dos sinaran yang berlebihan. Setiausaha Eksekutif LPTA, Raja Datuk Abdul Aziz Raja Adnan, berkata Kementerian Kesihatan juga mengesahkan penggunaannya tidak memberi sebarang faedah perubatan.

Letak nota peringatan

Berikutan itu, beliau mengingatkan pengeluar, pengedar, penjual, pengimport, dan semua pihak yang berurusan dengan loket berkenaan memastikan sisipan peringatan keselamatan dikepilkan bersama produk yang dijual kepada orang awam. Umum harus dimaklumkan bahawa produk ini mengandungi bahan radioaktif semula jadi dan pengedar bertanggungjawab memaklumkan pengguna mengenai dos sinaran maksimum pada permukaan produk serta cara pemakaian yang selamat.

Tempoh maksimum
Tempoh maksimum pemakaian harian juga perlu dipastikan supaya had dos tahunan bagi orang awam tidak melampaui 1 mSv/tahun, selain pengedar memberi nasihat mengenai tatacara pelupusannya yang selamat.

Wanita hamil, ibu menyusu dan kanak-kanak yang menggunakannya perlu merujuk kepada pengamal perubatan. Kementerian Kesihatan menegaskan kumpulan ini paling terjejas jika terdedah kepada dos sinaran berlebihan, katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Peringatan keselamatan itu bertujuan memberi panduan kepada orang awam rentetan daripada keraguan yang timbul berhubung aspek keselamatan dan kesihatannya.
Abdul Aziz berkata, peringatan keselamatan itu turut terpakai kepada produk lain yang mengandungi bahan radioaktif semula jadi yang nyata.

Isu loket mengandungi bahan radioaktif semula jadi itu timbul September tahun lalu, apabila Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Kesihatan mengharamkan produk berkenaan.

Ia berikutan kajian LPTA pada awal 2011 mendapati kepekatan bahan radioaktif thorium-232 dan uranium-238 pada loket berkenaan melebihi paras dibenarkan.

22 Sebab Malaikat tidak masuk rumah


Antara Sebab KENAPA Malaikat Rahmat tidak memasuki rumah anda
1- Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2- Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3- Rumah yang memelihara anjing.

4- Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5- Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.

8- Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12- Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,intres.

14- Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.

15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16- Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).

22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Sumber: Antara Sebab Malaikat Tidak Memasuki Rumah | Kakiharu Blog™ http://kaki-haru.blogspot.com/2012/03/antara-sebab-malaikat-tidak-memasuki.html#ixzz1pdNToRPd