Zakat Emas Dan Perak

Zakat Emas Dan Perak
Emas dan perak adalah logam galian yang berharga kurniaan Allah SWT. Ia merupakan hasil bumi yang banyak manfaat kepada manusia dan manusia pula menjadikannya nilai tukaran wang bagi segala sesuatu.

Sementara syariat pula mengibaratkan emas dan perak sebagai sesuatu kekayaan alam yang hidup dan berkembang. Syariat juga telah

mewajibkan kedua-duanya boleh digunakan dalam bentuk wang atau kepingan, bekas bejana, cenderamata, ukiran atau perhiasan. Zakat diwajibkan ke atas pihak yang memiliki emas dan perak apabila sampai nisab dan telah cukup haul setahun.

Kenapa Di Kenakan Zakat ?
Sebagaimana di ketahui umum ,sejak dari dahulu sampai sekarang emas dan perak merupakan logam yang sangat berharga dan menjadi sumber kekayaan seseorang.Oleh itu,pada pandangan Islam,ia mesti dikenakan zakat sama seperti sumber-sumber kekayaan yang lain

Dalil Wajib Zakat Emas dan Perak:-
Firman Allah SWT maksudnya:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah(mengeluarkan zakat), maka khabarkanlah kepada mereka dengan (balasan) azab yang pedih,pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu,maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu.”  

(Surah at-Taubah : 34 & 35)

Hadith Riwayat Mulim maksudnya:

“Tidak ada seseorang yang mempunyai emas dan perak tidak menunaikan zakatnya,melainkan pada hari kiamat dijadikan hartanya itu beberapa keping api neraka.Setelah dipanaskan, digosokkan lambung,dahi,dan belakangnya setiap kali ia sejuk dipanaskan semula, pada satu hari yang lamanya 50 ribu tahun sehingga Allah menyelesaikan segala perkara yang berkaitan dengan hambanya.”


Syarat-Syarat Wajib Zakat Emas
:-

1. Islam pemiliknya.
2. Cukup nisab.
3. Cukup haul atau setahun di dalam milik mengikut kiraan tahun hijrah.
4. Milik yang sempurna.

Pembahagian Zakat Emas

 

 

 

 

 

 

Nisab Zakat Emas
Sabda Rasullullah S.A.W. :

“Tidak wajib zakat pada emas yang kurang daripada dua puluh misqal dan tidak wajib zakat pada perak yang kurang daripada dua ratus dirham.”

 

Peringatan
Ijmak Ulama’ mengatakan kaum lelaki haram memakai barang kemas sekalipun dalam bentuk yang kecil jika cukup syarat-syarat zakat maka diwajibkan zakatnya.Walaupun perhiasan emas dan perak yang dipakai oleh lelaki diwajibkan zakat.Begitu juga diwajibkan zakat ke atas perkakasan dan peralatan,perkhidmatan,perhiasan yang diperbuat daripada emas dan perak.

ZAKAT EMAS SIMPANAN

Emas yang disimpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya cukup nisab dan genap haulnya.
Nisab bagi zakat emas ialah 20 misqal atau 85gm atau 25 mayam.Kadar zakat ialah 2.5% atau 1/40.

Contoh Kiraan:

Sekiranya anda memliki emas yang disimpan sebanyak 85gm.Nilai semasa emas ialah RM120.08 (Ogos 2010) bagi satu gram.

Nilai emas = 85gm x RM 120.08
= RM 10,206.80

Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5%
= RM 255.17

ZAKAT EMAS PERHIASAN

Emas yang di pakai adalah dikenakan zakat sekirannya ia melebihi had kebiasaan perhiasan (Uruf).Had kebiasaan perhiasan ini adalah senisab iaitu 85gm.Anda masih wajib membayar zakat walaupun anda memakai kesemua emas perhiasan yang melebihi had kebiasan ini.

Kaedah Kiraanya Ialah:-

Sekiranya anda memiliki dan memakai 170gm atau lebih emas perhiasan anda wajib membayar zakat.

Contoh Kiraan :
Memiliki emas perhiasan = 170 gm
Had kebiasan perhiasan (yang dikecualikan zakat) =
85gm
Baki yang dikenakan zakat = 85gm

Harga emas = 85gm x RM 120.08
= RM 10,206.80

Zakat yang wajib di bayar = RM 10,206.80 x 2.5%
= RM 255.17


Zakat Perak

Menurut hukum syarak, logam perak adalah termasuk dalam kategori jenis-jenis harta yang dikenakan zakat. Pada umumnya barang-barang logam perak yang digunakan oleh manusia terdiri dari 4 bentuk utama:

  1. Jongkong perak
  2. Matawang perak
  3. Perkakas atau perhiasan rumah daripada perak
  4. Barang perhiasan/barang kemas perak

Nisab dan kadar zakat perak

Ijma’ ulama telah menetapkan nisab perak sebanyak 200 dirham iaitu bersamaan 595 gram.Pengiraan zakat perak berdasarkan nilai barang perak samaada dipakai sebagai barang perhiasan ataupun tidak ( di simpan sebagai perhiasan di rumah).

Dalil zakat perak
Sabda Rasulullah SAW

Maksudnya:

“..Tidak diwajibkan zakat pada perak jika kurang daripada 5 awsuq (bersamaan lebih kurang 930 liter)”. (Riwayat Muslim)
Maksudnya:

 

“Pada perak (zakatnya) 1/40…”. (Riwayat Al-Bukhari )

 

Contoh Kiraan:
Berat barangan perak x harga semasa x 2.5%

Menyimpan 1,000 gram perak (telah melebihi nisab)

Kadar zakat = 2.5%
Harga semasa perak (contoh) = RM 0.62

Zakat yang wajib di bayar= 1,000 gm x 0.62 x 2.5%
= RM 15.50

Nota Pendek Ilmu Emas

Kepentingan Emas

– menghapuskan sistem kapitalis
– menghapuskan riba
– mengukuhkan kuasa membeli
– menambah pengaliran wang masuk (cash flow)

Jenis Emas

– 999
– 950
– 916
– Suasa
– Rantai Emas
– Gold Bullion – GCP, PG, LF,
– Berapa gram yang dijual, 20gm, 50gm,100gm.
– Hallmark

Web atau Carta Harga

– Web mana nak tahu kenaikan emas
– PG
– Kitco
– Kelantan Gold Trade
– Ada caj pengangkutan?

Beza Dinar dan Emas, Dirham dan Perak

Zakat Emas dan Perak? Bagaimana?

Pelaburan Emas

a) Pajak Gadai

– kena faham pasal Pajak Gadai
– Pajak Gadai Konvensional & Pajak Gadai islam
– Pajak Gadai Ar-Rahnu

b) Bank atau koperasi mana nak gadai

– Yapeim
– Agro Bank
– Bank Rakyat

c) Kena faham term-term dalam Pajak Gadai

– Marhun
– Caj Simpan
– Pinjaman
– Masa Pajakan contoh 6+6+6, 6+3

 

Matlamat Pelaburan Emas

a) Emas Fizikal

– Rantai Emas
– Gold Bar

b) Akaun Emas

– GSPA
– GIA
– KFH

*halal haram kena tahu.. sebab dan musabab nya.

Teknik Pelaburan Emas

1) Pajak dan beli Barang

– EPP sendiri

2) Pajak dan Rempit Emas

– Rempit biasa (selalu nya terduduk)
– Rempit bertaktik (kena kursus)

3) Simpan dan Naik – Jual

-Makan sekali je

4) Cara atasi Inflasi (the best ever investment)

5)Pelaburan Emas Vs ASB

6) Teknik 1 dinar 1 bulan

– Untuk pendapatan rendah dan nak melabur emas

7) Teknik dealer

– Komisen la

8) Pajak dan dapat duit harian atau mingguan

– totally cash flow

9) Pajak bulanan bagi kenaikan emas

– untuk bank tertentu sahaja

10) Taktik tanpa modal

– Teknik Air liur sahaja

 

Akhir sekali.

Kat mana nak jual balik jika terdesak

– orang lain
– dealer anda
– syarikat emas
– Hargaemas Trading http://www.hargaemas.com.my/

 

Ilmu Emas – www.tokperaihemas.com

KELEBIHAN DINAR SEBAGAI MATAWANG

40 KELEBIHAN DINAR
1. Matawang Syariah
2. Diungkapkan di dalam Al-Quran dan Al-Hadist
3. Digunakan sejak 2500 tahun
4. Dikenali oleh semua orang
5. Sangat bernilai
6. Sedikit tapi bernilai
7. Nilai yang sebenar
8. Nilai yang stabil
9. Mudah dicairkan
10. Lambang kekayaan sebenar
11. Melindungi kekayaan
12. Tidak boleh dimonopoli
13. Menghapuskan riba
14. Menghapuskan kemiskinan

15. Menghapuskan spekulasi
16. Menghapuskan risiko pertukaran matawang
17. Nilainya bukan hutang
18. Menyelesaikan krisis ekonomi
19. Memberikan keadilan kepada masyarakat
20. Mengurangkan masalah sosial seperti jenayah
21. Merapatkan jurang antara kaya dan miskin
22. Harga barang tidak akan naik lagi
23. Kos haji semakin menurun berbanding dinar
24. Mempercepatkan pembahagian harta pusaka
25. Memudahkan pelaksanaan hudud
26. Pembayaran zakat lebih cepat
27. Penggunaan tiada batasan masa dan tempat
28. Tiada inflasi
29. Tidak berkarat
30. Tidak terbakar
31. Tiada tarikh luput
32. Warnanya tidak akan pudar
33. Tidak boleh dibinasakan
34. Tidak boleh ditiru
35. Tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpannya
36. Tidak boleh dimanupulasi
37. Tidak perlu jaminan kerajaan
38. Beratnya lebih ringan daripada wang kertas yang sama nilainya
39. Matawang 1 dunia pada masa hadapan
40. Boleh digadaikan

– Auraemas

Cara Proses Emas Dari Processor

Sapa rasa yang prosessor komputer yang dah rosak tu tak berharga? Kalau ada yang sangka macam tu, bermakna korang dah silap besar..Kalau korang nak tahu, setiap prosessor komputer sama ada yang masih baru atau yang telah rosak mempunyai kepingan emas di dalam nya yang bertindak sebagai konduktor..Lepas ni baru korang tahu kan kenapa prosessor komputer yang baru tu harga nya mahal? =D

Jadi, bagi korang yang suka kumpul atau mempunyai simpanan prosessor komputer yang dah rosak tu, boleh la cuba dapatkan kepingan emas yang ada kat dalam tu..Macam mana caranya? Kalau nak tahu cara nya, meh tengok step-step kat bawah ni..Kalau korang buang je prosessor tu, sah-sah rugi..huhuhuhu..

 

 

p/s: kalau ada banyak prosessor komputer ni kat rumah, mau kaya dah aku..hehehe $$$ (mata duitan)

Blog perniagaan vs facebook perniagaan

 

Dalam perniagaan, mana yang lebih penting? Guna Blog perniagaan atau Facebook perniagaan?

Jawapannya agak cliche, sebab kedua-duanya penting dan kedua-duanya lain fungsinya untuk sesuatu perniagaan. Saya pecahkan kegunaannya di bawah:

Facebook untuk perniagaan:

  • berhubung dengan pelanggan lama, baru dan prospek secara santai
  • kongsi maklumat-maklumat menarik yang berkaitan dengan industri
  • update pengikut dan penyokong tentang perniagaan yang dijalankan

Blog untuk perniagaan:

  • tunjukkan kepakaran dan bidang perniagaan anda
  • kongsikan perniagaan yang dijalankan dengan lebih terperinci
  • amat penting untuk mendapat kedudukan terbaik di enjin pencari!

Jadi, bagi yang tanya saya nak guna blog ataupun facebook dalam perniagaan, jawapannya adalah guna kedua-duanya sekali. Lagi banyak medium pendedahan kita di Internet, lebih mudah sesuatu perniagaan itu mendapat pendedahan di Internet untuk berkembang.

Tiada syarat yang tetap sama ada sesuatu post atau berita itu patut kita letak di blog ataupun facebook. Ia bergantung pada keadaan. Gunakan tip di atas sebagai panduan sahaja.

Seringkali, sebaiknya kita membawa bakal pelanggan ke blog dan juga laman web kita daripada Facebook. Facebook adalah amat baik untuk pendedahan perniagaan, tetapi agak sukar untuk dapatkan pelanggan. Gunakan blog atau laman web kita untuk close the sale. Jangan lupa juga kita boleh import blog posting kita ke dalam FB.

Cara membeli emas dan melabur emas yang betul dan selamat

 

 

Pelaburan emas memerlukan cara membeli emas dan cara melabur emas atau teknik yang betul dan selamat agar kita dapat memaksimakan kuntungan dalam pelaburan emas fizikal.Sebelum melabur emas atau membeli emas jongkong atau syiling dinar kita mesti memeriksa syarikat terbaik, sah , “spread” (beza harga jual dan beli yang rendah, kemudahan menjual balik dan sbagainya.

Seterusnya anda perlu menggunakan cara teknik yang betul,utama,benar dan selamat seperti di bawah :

1. Hanya Beli Emas Fizikal

Hanya beli emas fizikal yang boleh anda pegang di tangan, iaitu beli emas dapat emas bukan beli emas dapat nombor. Sebab mengapa anda perlu beli emas yang boleh anda pegang dan simpan sendiri.

Pertamanya,  ia mengurangkan risiko anda ditipu. Beli emas tetapi tidak dapat emas, hanya dapat lihat nombor-nombor tercetak di atas slip (buku akaun emas / eft dan sebagainya).Entah betul atau tidak emas itu “benar-benar wujud”? Tidak anda ketahui! Jika bank tutup?(Tidak mustahil berlaku, malah pernah berlaku).  Apakah yang akan terjadi dengan nombor nombor yang tercatat pada slip akaun simpanan emas anda?.Jadi beli emas fizikal!

Keduanya, ia lebih selamat. Maksud saya, jika apa-apa berlaku kepada ekonomi negara, atau pihak syarikat/bank tempat anda beli emas itu (seperti ditutup). Anda tidak perlu risaukan apa-apa, sebab, emas tersebut masih di tangan anda!  Dan emas, adalah sesuatu yang bernilai! Anda masih boleh menjualnya kepada pihak lain (walaupun anda mungkin rugi sedikit akibat perbezaan spread yang besar), tetapi anda masih boleh menjualnya!.

Jika suatu hari nanti, negara kita mengalami masalah hyperinflasi dan suasananya menjadi kacau-bilau! Anda mempunyai pilihan untuk berhijrah ke negara jiran denganmembawa emas-emas anda. Kemudian, gadaikan ia disana dan mulakan kehidupan yangbaru! (Seperti mana yang pernah dilakukan oleh pelarian Vietnam ketika perang dulu!).Berbeza jika anda membawa wang kertas Malaysia  ke luar negara dan cuba tukarkannya dimoney exchanger, ianya mungkin sudah tidak diterima kerana sudah tidak begitu bernilai,ataupun anda hanya akan mendapat nilai yang sangat kecil sahaja. Jadi beli emas fizikal!

Ketiga, Penggandaan wang. Hanya emas fizikal kita boleh buat menggandakan wang atau emas yang paling banyak. Iaitu dengan cara pajak emas di Arrahnu atau bank. Pajak emas paling banyak dapat pinjaman iaitu 65% hingga 80% daripada nilai emas. Jika kita pajak tanah kita di bank hanya dapat 50% daripada nilai tanah sahaja. Kenapa ? Sebabnya pihak bank atau dunia mengetahui emas akan sentiasa meningkat harganya. Jadi beli emas fizkal sekarang.. Dan teknik ini, hanya boleh dilakukan jika anda memiliki dan memegang emas tersebut di tangan anda!.Kalau emas yg jenis dalam buku simpanan bank, memang tak boleh. Jadi belilah emas fizikal!

2. Membeli Emas Hanya Sebahagian Sahaja Daripada Wang Anda.

Walaupun pelaburan emas ini sangat menguntungkan, tetapi, usahlah menjadi terlalu fanatik (atau tamak sebenarnya), dan melaburkan kesemua wang anda kepada emas. Sebaik-baiknya hanya melabur 50% wang anda. Jangan sesekali melupakan hukum pelaburan.. “Don’t put all your eggs in one basket”.. jadi.. berpada-pada lah. Gunakan sebahagian lagi wang anda untuk pelaburan lain seperti tanah, dana amanah ( seperti Public Mutual, saya juga agen Public Mutual ) atau perniagaan. Tujuan utama yang lain adalah jika harga emas turun, anda boleh lagi membeli jongkong emas agar merendahkan harga emas anda melalui konsep pemurataan harga.

3. Beli Emas waktu Anda Ada Duit Sekarang, Jangan Tunggu Harga Rendah

Jika anda hanya merancang untuk membeli emas pada ketika harga emas rendah sahaja,kemungkinan besar, anda tidak akan membelinya sampai bila-bila. Waktu yang terbaik untuk membeli emas, adalah sewaktu anda mempunyai duit!, bukannya sewaktu harga emas sedang murah!, sebabnya, anda tidak akan tahu bilakah waktunya harga emas sedang benarbenar murah. Dan emas, sudah pastinya tidak akan jadi murah.. sebab.. ianya EMAS!(bukannya besi!). Semurah manapun emas, ia tetap “mahal” di pandangan masyarakat. Jadi, tidak perlu risau, jika anda ada duit, dan duit itu cukup untuk membeli emas pada waktu itu. Beli sahaja! Tak perlu nak tunggu sampai harga emas jadi murah .. baru nak beli! Sebab ia takkan berlaku. Tambahan pula jika anda membeli emas sekarang (jika harga tinggi) nilai gadaian yang akan anda dapat juga tinggi..

“Tetapi bagaimana kalau selepas saya beli! Harga emas jatuh?!”

Oh!.. itu mudah sahaja!.. Beli lagi! Dan teknik ini, dipanggail “cost averaging”, dengan kaedah ini, anda akan dapat merendahkan kadar purata kos anda membeli emas. Sebagai contoh, Anda telah membeli seketul emas 20gm, sewaktu ianya berharga RM3200, sebulan selepas itu, tiba-tiba harga emas tersebut turun menjadi RM2800.  Anda pun membelinya satu lagi. Kini secara puratanya, kos anda untuk memiliki 2 ketul emas 20gm ialah (3200+2800 / 2) =RM3,000. Kini, anda hanya perlu tunggu harga emas itu naik semula  melebihi RM3000 untuk membolehkan pelaburan anda untung semula. Berbeza kalau anda tidak membeli emas lagi, maknanya, anda perlu tunggu emas naik semula melebihi RM3200 untuk memastikan pelaburan anda terhadap seketul emas itu menguntungkan. Disebabkan itu jugalah, anda tidak digalakkan membeli  kesemua wang tunai anda kepada emas sekaligus, beli sedikit dahulu, kemudian tunggu, lihat pergerakkan harga emas tersebut, turun atau naik.. hanya selepas anda membeli buat pertama kali, barulah anda dapat lihat dengan jelas maksud “tinggi” atau “rendah” harga emas itu pada satu-satu waktu, kerana kini, anda sudahpun mempunyai “benchmark” (tanda pengukur) anda sendiri, iaitu harga emas sewaktu anda membelinya pada kali yang pertama. Selagi anda tidak membeli emas buat kali pertama, anda tidak akan tahu bilakah harga emas itu “rendah” atau “tinggi” , sebab anda tidak ada “satu harga”  benchmark untuk anda bandingkan. Jadi, beli sikit-sikit dahulu, malahan ada sesetengah penjual emas yang mengalakkan anda membeli 1 dinar 1 bulan. Cukup 12 bulan, sudah ada 12 dinar..

“Bagaimana pula jika pada waktu harga emas jatuh itu, saya sudah tidak ada duit untuk membeli emas lagi?”

Ada 2 pilihan disini!..

Pertama, anda boleh pajak emas yang anda sedia ada itu, kemudian, wang hasil pajakan itu anda gunakan untuk beli emas lagi! Kos upah simpan adalah 0.75% sebulan, bersamaan dengan 9% setahun (lebih kurang interest pinjaman bank). Untuk memastikan teknik ini berjaya, anda perlu pastikan, harga emas yang baru anda beli itu meningkat lebih dari 15% dalam masa setahun ( untuk cover semula kos 9% upah pajak + 6% spread emas). Jika tidak, anda mungkin akan sedikit rugi. Dan ya! Teknik ini hanya boleh dilakukan jika emas tersebut ada di tangan anda! Emas yg dibeli secara “buku akaun simpanan”, tidak boleh melakukan teknik ini.

Pilihan Kedua, rileks saja jangan takut emas akan naik kerana pningkatan manusia dan penggunaan emas dalam elektronik dan sebagainya akan meningkatkan permintaan emas seterusnya akan meningkat harga emas. Insyallah harga emas akan naik semula dalam masa 1 hingga 2  bulan kemudian. Itu adalah perkara normal, harga emas memang akan sentiasa turun dan naik, tetapi dalam jangka masa panjang, ianya pasti akan meningkat. Jadi, jangan terlalu gabra / cemas setiap kali melihat harga emas turun. Itu adalah perkara normal.

4. Beli Emas Yang Mudah Di jual beli, Tidak Cerewet Dengan Syarikat Pelaburan Emas Yang Sah

Emas yang tidak cerewet yang saya maksudkan ialah, emas yang tidak jatuh nilainya walaupun sudah tercalar, bengkok, dibuka sampul plastiknya atau sebagainya, tetapi, pihak penjual emas tersebut masih sedia untuk membelinya semula dengan harga yang tinggi!.  Manakala emas yang mudah dijualbeli pula bermaksud, emas tersebut senang dibeli dan dijual semula dimana-mana lokasi kerana terdapat ramai pengedarnya.

Jangan terlalu mudah menjual Semula Emas Anda

Walaupun emas itu boleh dijual semula dengan mudah, tapi saya nasihatkan, seboleh bolehnya,jangan jual emas anda Ini kerana, kemungkinan besar, selepas anda menjual emas anda itu, anda mungkin sudah tidak dapat membeli emas itu semula dengan harga yang pernah anda beli suatu masa lalu.. ini kerana, harga emas sentiasa meningkat .  Jadi, jika anda ingin menjual emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang betul-betul kukuh mengapa anda perlu menjualnya.  Tetapi, jika anda cuma terdesak nak pakai duit buat sementara waktu! Cara yang lebih baik..adalah dengan memajakkan emas tersebut! Dan bukan menjualnya! Itu lebih baik.

6. Jangan “saja-saja” pajak emas anda

Ya! Walaupun emas anda boleh dipajak, tetapi, anda janganlah secara “suka-suka sebab tak ada kerja” memajak emas anda. Memajak emas, sebenarnya, membawa erti/maksud “anda membuat pinjaman”. Jadi, nak buat apa anda mahu buat pinjaman jika tiada apa-apa sebab! Tak pasal-pasal  membazir duit bayar kadar faedah / upah simpan. Jika anda ingin pajak emas anda, pastikan anda mempunyai tujuan yang khusus dan kukuh, antara tujuan yang saya fikir sesuai untuk anda memajakan emas anda, adalah..

1. Ingin mendapatkan modal permulaan/pusingan perniagaan anda

2. Ingin membeli lebih banyak emas3. Memang sebab terdesak nak pakai duit sebab nak bayar hutang, kereta rosak atau hal-hal kecemasan yang lain.

Itulah sahaja 3 sebab yang saya rasa sesuai untuk anda memajakkan emas anda. Sebab sebab lain seperti,nak pakai duit sebab nak beli handphone baru, nak beli TV besar dan lain lain perkara didalam kategori liabiliti, adalah tidak digalakkan.

Penutup

Itulah antara beberapa tips tentang pelaburan emas yang betul, sebenarnya dan selamat. Jika anda ingin membeli dan melabur di dalam emas, belilah emas fizikal, belilah apabila anda sudah cukup duit, beli emas pada harga rendah seperti harga sekarang dan buat pinjaman peribadi untuk beli emas pada masa yang sesuai seperti sekarang.  Sebenarnya rugi jika membiarkan sahaja wang tunai itu terperap di dalam bank atau tidak mmbuat pinjaman peribadi. Nilainya akan menjadi semakin susut akibat inflasi. Gandakan wang dengan membeli emas atau  membuat pinjaman peribadi membeli emas fizikal. Dan akhir sekali, apabila sudah memiliki emas, jangan terlalu mudah menjualnya atau secara suka-suka memajaknya. Pastikan anda mempunyai tujuan yang kukuh jika anda mahu menjual atau memajaknya.

 

 

 

 

Membuat keuntungan menggunakan teknik pajak emas

 

Di sini saya ceritakan macam mana untuk membeli satu bar yang bernilai ribuan ringgit dengan modal yang kecil melalui wang pinjaman pendidikan. Katakan satu semester Azreen (nama seorang rakan) mendapat RM3250. Beliau mempunyai modal yang cukup untuk membeli satu bar emas Public Gold 20 g 999.9 yang bernilai RM3080 dengan harga cuma RM924.

RM 3250 – RM3080 = RM 170. Gila! Macam mana nak survive hidup di Shah Alam dengan RM170 untuk empat bulan!? Sabar dulu, dengan teknik pajakan, anda boleh dapat sehingga 70% daripada nilai emas semasa untuk terus menyara hidup anda. Anda perlu ke Ar-Rahnu Agro Bank berdekatan dan pajak emas anda. Lebih kurang 30 minit kemudian, anda mendapat semula wang pajakan anda, RM2156. Jadi, RM2156 + RM170 = RM2,326 tidakkah cukup untuk menampung hidup anda, RM581 sebulan selama empat bulan? Di sini, kalau duit anda habis pun, anda masih mempunyai aset di bank. Pelaburan yang bijak! Selepas tempoh matang pajakan iaitu enam bulan, anda perlu ke Ar Rahnu untuk memperbarahui agreement dengan bank. Jika ada perbezaan harga pada masa tersebut, bank akan membayar anda sehingga 30% kerana kenaikan harga emas ialah 30% setahun! Bank akan terus membayar anda setiap enam bulan sehingga anda terus memperbaharui perjanjian. Berapa yang akan anda dapat jika setiap tahun bank membayar anda RM924 selama empat puluh tahun akan datang?

Anda dapat apa yang saya cuba kongsikan? Kalau kira kira ini besar sangat, anda boleh cuba dengan menggunakan dinar emas yang berharga RM640 sekeping. Cuba buat kira-kira. Kemudian gandakan atau ulangi proses ini dengan menambah jumlah bar emas atau dinar emas anda. Inilah pelaburan yang bijak.

Jelas? Jika sebelum ini duit pinjaman anda dihabiskan tanpa sebarang aset, hari ini saya telah berikan anda satu cara untuk memiliki aset yang tidak akan turun nilainya. Anda masih boleh berbelanja dengan RM2,326 disamping mempunyai aset RM3080 di bank.

 

 

Tips Membersihkan Perhiasan Emas di Rumah

 

Perhiasan Emas yg dipakai setiap hari (cincin, gelang, rantai, anting-anting) jika dipakai dalam waktu yang lama, maka gemerlapnya akan pudar (tidak berkilat) seperti saat pertama beli. Karena banyak kortoran kecil yg melekat seperti serpihan sabun, losyen, bedak, dan juga peluhan yang dikeluarkan oleh badan kita. Berikut saya sharing disini tips senang untuk memberihkan perhiasan (emas) di rumah.

Untuk membersihkan perhiasan emas di rumah caranya sangat mudah. Cukup siapkan asam jawa (tamarin),  dan air secukupnya.  Lumatkan asam jawa dengan sedikit air, sampai menjadi adunan yg pekat/ mengental. Di dalam mangkok, masukkan perhiasan emas tersebut, hingga terbenam di dalam adonan asam jawa . Biarkan selama 30-60minit.

Lalu keluarkan perhiasan emas, bilas dengan air bersih. Keringkan pada kain lembut. Perhiasan anda akan tampak seperti baru kembali. Selamat mencoba.

 

 

10 Kesilapan pelabur emas

 

10 Kesilapan Pelabur Emas
Kesilapan #1: Melabur ikut-ikut tanpa ilmu. Ingat, lagi tinggi ilmu, lagi banyak untung anda akan dapat dalam mana-mana pelaburan. Baca at least 1 buku pelaburan emas yang ada kredibiliti sebelum bermula dan datanglah ke mana-mana talk tentang pelaburan emas.
Kesilapan #2: Tunggu harga emas paling rendah untuk buat belian pertama. Anda tak akan faham bila harga emas rendah selagi belum buat belian pertama sebab belum ada benchmark tersendiri. Cara yang lebih baik ialah beli dulu at least 1 dinar, dan lepas tu barulah boleh monitor harga. Untuk makluman anda, technical analyst harga emas yang paling pakar sekalipun tak tahu bila harga emas paling rendah.

Kesilapan #3: Membeli barang kemas. Barang kemas bukanlah emas pelaburan. Harga emas perhiasan lebih tinggi dari emas pelaburan dan kos workmanshipnya boleh dimanipulasi oleh kedai emas. Susut nilainya juga tinggi bila nak jual balik, iaitu sekitar 25%.
Kesilapan #4: Membeli gold coin dan gold bar di kedai emas. Harganya lebih tinggi dari emas pelaburan lain, dan banyak syarat yang cerewet seperti tak boleh buka seal dsb. Kalau buka seal, emas tu boleh susut nilai sehingga 25%.
Kesilapan #5: Beli emas dengan duit yang nak digunakan dalam masa terdekat. Emas adalah pelaburan jangka sederhana dan jangka panjang. Minimum setahun. Kalau beli hari ini, bulan depan nak jual balik, anda mungkin rugi atas spread antara 4% – 10% kalau harga emas tak naik banyak. Apatah lagi kalau harga emas jatuh.
Kesilapan #6: Pinjam duit untuk beli emas. Pelaburan sebenar ialah menggunakan duit lebihan yang tak digunakan, bukan dengan cara meminjam. Daripada duit tu tak dimanfaatkan dan dimakan inflasi, lebih baik melabur. Kalau tak ada duit, lebih baik berniaga, bukan melabur.
Kesilapan #7: Membeli emas paling murah, tanpa ambil kira faktor lain. Emas paling murah, jual balik pun murah. Kena ambil kira juga kadar spreadnya, permintaannya, syarat-syarat jual baliknya, ketulenannya, kredibiliti pengeluar dsb. Sebagai contoh, emas Public Gold dan Dinar Kelantan bukanlah paling murah, tapi ia adalah emas berpermintaan tinggi dan mempunyai kredibiliti yang tinggi. Senang beli, senang jual balik.
Kesilapan #8: Pajak emas tanpa alasan kukuh dan tak faham teknik yang betul. Teknik memanipulasi pelaburan emas cara memajak hanya sesuai pada 2 situasi sahaja; (1) Harga emas turun banyak, (2) Duit itu digunakan untuk perkara yang menguntungkan, melebihi kos pajakan seperti untuk pusing modal bisnes. Tip penting, kalau nak pajak 5 keping emas, buat 5 surat pajak supaya senang nak tebus satu persatu nanti. Ingat, 1 emas, 1 surat pajak.
Kesilapan #9: Membeli emas fizikal di bank. Biasanya emas pelaburan di bank sangat cerewet. Mereka tak terima balik kalau seal dibuka, calar, kemek dsb bila nak jual balik. Kalau tak boleh buka seal, maksudnya tak boleh pajak! Dan kalau bank tak terima, kita akan rugi 25% kalau jual sebagai ‘used gold’ di kedai emas.
Kesilapan #10: Menjual emas ditempat yang salah. Tempat terbaik jual emas anda ialah di mana anda membelinya. Sebelum beli, fahami dulu syarat jualan baik, dan spread (diskaun) yang dikenakan daripada harga semasa.

Tulen kah emas anda?

Saya percaya kita akan terfikir apakah emas yang dijual atau yang bakal kita beli itu asli atau tulen..dan bagaimana untuk mengesahkan ketulenannya itu?

Terdapat beberapa kaedah yang boleh menguji ketulenan emas:
1.           Ujian Gigitan
Emas tulen adalah logam yang sangat lembut. Jika digigit ia akan meninggalkan kesan lekuk di permukaannya.
2.         Ujian pembakaran
Emas tulen sekiranya dibakar dengan suhu amat tinggi sekalipun tidak akan meninggalkan kesan terbakar atau hangus malah ia tetap kekal bersinar
3.         Kaedah Timbangan Ketumpatan.
Kaedah paling popular yang sering digunakan di bank-bank, syarikat-syarikat atau kedai-kedai yang membekal atau menjual emas.
mesin timbangan ketumpatan emas – pic google
Kaedah kimia

Ketulenan emas juga boleh diuji dengan menitiskan asid kepermukaannya. Warna kuning emas tulen tidak akan berubah walaupun dimasukkan atau dititiskan dengan bahan kimia ini.
contoh larutan asid – pic:google
5.         Kaedah Penguji Eletronik

Dalam Kaedah ini emas akan dikepit dan disentuh kepada penguji ini. Apabila tersentuh lampu LED akan menyala berdasarkan nilai karat emas tersebut.
alat uji emas elektronik – pic google
Harapan perkongsian ringkas ini boleh mengurangkan kesangsian anda berurusniaga dengan logam berharga ini.