Sejarah & Gambar 7 Masjid Berkubah Emas Di Seluruh Dunia

1. Masjid Qubbah As Sakhrah / Dome of the Rock di Yerusalem, Palestina

Masjid Qubbah As Sakhrah atau di kenal dengan Dome of the Rock dibangun pada sekitar tahun 690M oleh Abdul Malik bin Marwan yang merupakan salah seorang raja dalam bani Umayah dan kemudian diikuti dengan pembangunan Masjidil Aqsa yang selesai pada tahun 710M. Masjid ini dahulu, di anggap sebagai masjid Al Aqsa. Sebahagian orang juga menganggap bangunan ini bukanlah masjid melainkan hanya tumpukan batu besar.

 

2. Masjid Al-Askari di Samarra, Iraq

Masjid Al-Askari merupakan masjid syiah yang di bangun pada tahun 944 M. Masjid ini terletak di kota Samarra, Irak. Namun sayangnya masjid ini hancur pada bulan Februari 2006 akibat tidak langsung dari pencerobohan Amerika Syarikat ke Irak.

 

3. Masjid Suneri, Lahore, Pakistan

Masjid Suneri memiliki 3 kubah emas. Satu kubah utama, 2 lainnya di sisi kanan dan kiri. Masjid ini didirikan oleh Nawab Syed Bhikari Khan, anak Wakil Gubernur Lahore pada tahun 1753 M.

 

4. Masjid Jame’ Asr atau Masjid Bandar Seri Begawan di Brunei

Masjid yang merupakan bagian dari kompleks Istana Bolkiah didirikan pada pertengahan tahun 1980-an untuk memperingati 25 tahun Sultan Hassanal Bolkiah berkuasa. Masjid ini memiliki 29 kubah yang terbuat dari emas murni 24 karat. Bangunan yang terletak di tengah taman yang asri ini mempunyai luas hampir 2 hektar lebih. Keseluruhan kawasan masjid ini dipagari dengan kisi-kisi besi dengan panjang kira-kira 1.082 km. Terdapat lima pintu masuk ke lokasi ini, disamping dua pintu khusus untuk keluarga kerajaan dan tamu negara. Masjid ini memiliki 4 menara yang masing-masing tingginya 189 kaki, dimana ada sekitar 297 anak tangga pada setiap menara tersebut. Melalui menara ini, pengunjung bisa melihat pemandangan sekitar masjid dan juga pemandangan Bandar Seri Begawan dan Kampong Ayer.

 

5. Masjid Sultan Singapura

Tahun 1928, begitu mendapat wang dari Kongsi Dagang Inggeris sebanyak SGD 3000, Sultan Singapura langsung merenovasi sebuah masjid yang ada di kawasan Little India. Perubahan antara lain juga dengan mengganti kubah lama dengan kubah emas. Masjid ini segera menjadi masjid terbesar di Singapura, dari sekitar 80-an masjid yang ada.

Lain halnya di Singapura. Seberapa pun besar masjid dibangun di sini, tak 1 dB-pun bunyi adzan boleh dilantunkan. “Menganggu ketenangan,” kata seseorang. Meski muslim perlu pengingat solat yang unik seperti adzan, tapi kerana pemerintah tidak memahami kepentingan “adzan” maka adzan dilarang bunyi. Kerana minoriti maka muslim di Singapura diam saja. Diam juga pilihan dan mereka membunyikan adzan lewat speaker dalam ruangan masjid saja: tak sampai keluar.

Satu-satunya (mungkin) masjid yang boleh membunyikan adzan adalah masjid Sultan di sekitar Arab Street. Masjid Sultan adalah masjid tertua kedua di Singapura dan dikategorikan national heritage. Oleh sebab itu, ia mendapat perkecualian.

 

6. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin Brunei

Brunei memiliki 2 masjid yang berkubah emas. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin adalah yang didirikan pertama kali. Mulai digunakan tahun 1958, masjid ini terletak di tengah danau buatan yang bersih. Kubahnya terbuat dari emas 24 karat. Biaya pembangunannya menghabiskan USD 5 juta. Pada zamannya, Masjid Sultan Omar Ali diperhitungkan sebagai salah satu bangunan terindah di dunia.

 

7. Masjid Dian Al Mahri di Depok, Indonesia

Masjid dengan kubah emas yang terbaru adalah Masjid Dian Al Mahri yang letaknya di Depok, Jawa Barat, tepatnya di Jalan Meruyung, Kelurahan Limo, Kecamatan Cinere, Depok. Masjid ini mulai di bangun pada tahun 1999, dan di rasmikan pada bulan April tahun 2006. Masjid ini merupakan milik peribadi dari Hajjah (Hj) Dian Djurian Maimun Al-Rasyid, seorang pengusaha dari Serang, Banten dan pemilik Islamic Center Yayasan Dian Al-Mahri.

Masjid ini luas bangunannya mencapai 8.000 meter persegi dan berdiri di atas lahan seluas 70 hektare. Secara umum, senibina masjid mengikuti tipologi arsitektur masjid di Timur Tengah dengan ciri kubah, minaret (menara), halaman dalam (plaza), dan penggunaan detail atau hiasan dekoratif dengan elemen geometris dan obelisk, untuk memperkuat ciri keislaman para arsitekturnya. Ciri lainnya adalah gerbang masuk berupa portal dan hiasan geometris serta obelisk sebagai ornamen.

Halaman dalam berukuran 45 x 57 meter dan mampu menampung 8.000 jemaah. Enam menara (minaret) berbentuk segi enam, yang melambangkan rukun iman, menjulang setinggi 40 meter. Keenam menara itu dibalut batu granit abu-abu yang diimpor dari Italia dengan ornamen melingkar. Pada puncaknya terdapat kubah berlapis mozaik emas 24 karat. Sedangkan kubahnya mengacu pada bentuk kubah yang banyak digunakan masjid-masjid di Persia dan India. Lima kubah melambangkan rukun Islam, seluruhnya dibalut mozaik berlapis emas 24 karat yang materialnya diimport dari Italia.

60 Fakta & Sejarah Tentang EMAS

1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.

2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)

3. Nombor atom untuk emas adalah 79

4. Emas telah dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod.

5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial.

6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.

7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi.

8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.

9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)

10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.

11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.

12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.

13.Emas memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil pengeluaran yang lain.

14.Daya tahan terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik untuk memastikan penyambungan yang baik.

15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.

16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain

17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid Nitrik.

18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.

19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

21. Satu gram emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent

23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain

24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu kualiti emas.

25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.

26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan pelindung pada satelit buatan manusia.

27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.

28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.

29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.

30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.

31. Warna emas tulen adalah kuning metalic.

32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.

33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1) (bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)

34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)

35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.

36.Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang. Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.

37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

39. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan masing-masing.

40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

41. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

42. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

43 Walaupun emas adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.

44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.

45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).

48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.

49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle, Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22karat.

50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.

51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)

52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.

53.Emas koloid (nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.

54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.

55. Warna yang terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.

56.Emas merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan kemas.

57.Emas diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.

58.Emas terdapat di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006 tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan sekiranya emas diperolehi daripada air laut.

59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.

60.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.

 

Semenanjung Emas – Adakah Berkait Dengan Malaysia

Claudius Ptolemy & Semenanjung Emas, The Golden Chersonese.

1- Claudius Ptolemy, seorang ahli geografi, ahli astrologi dan ahli kaji bintang Greek yang terkemuka telah menulis, mengolah dan menyusun sebuah buku yang diberi tajuk Geographia yang mengandungi peta-peta bentuk muka empayar Rom sewaktu pemerintahan empayar Roman pada seawal abad kedua.

2- Seperti mana yang kita tahu melalui buku teks di sekolah-sekolah pada hari ini, Ptolemy telah menamakan semenanjung Malaysia sebagai Golden Chersonese atau pun Aurea Chersonesusyang bermaksud Semenanjung Emas atau Tanah Emas. Melalui Wikipedia, ada dinyatakan disitu bahawa nama Golden Chersoneseini diberikan kerana reputasi Semenanjung Tanah Melayu yang pada waktu itu, sangat terkenal sebagai pembekal emas yang terkenal di seluruh dunia. Ini juga disokong oleh teks-teks Buddha Theravada yang menggelarkan semenanjung tanah melayu sebagai Suvarnabhumi yang juga bermaksud Tanah Emas.

Peta dari Inskripsi Ptolemy

3- Benarkah negara kita yang tercinta ini sebenarnya kaya dengan unsur yang paling mahal didunia itu? Tahukah tuan-tuan dan puan-puan bahawa nama Gunung Ledang pernah disebut didalam kitab Injil Hebrew versi Raja James, Book of Job 28:16 yang dipetik sebagai menyebut:

It cannot be valued with the gold of Ophir, with the precious Onyx or the Sapphire.

4- Ophir atau Mount Ophir seperti mana yang disebut oleh Book of Job tersebut adalah merujuk kepada Gunung Ledang. Sehingga ke hari ini Gunung Ledang dikenali dengan nama inggerisnya, Mount Ophir. Pedagang-pedagang jawa di era Majapahitmenggelarkannya sebagai Gunung Ledang yang membawa maksud Gunung Dari Jauh. Para Pedagang – pedagang China yang sering menyusuri Selat Melaka pula menggelarkan gunung ini dengan nama Kim Sua yang bermaksud Gunung Emas. Terdapat beberapa tempat lagi yang turut dikenali sebagai Ophir, malah para sarjana masih lagi berdebat dan bertentang pendapat tentang lokasi sebenar Mount Ophir seperti yang di sebut didalam Injil mereka itu. Melalui perbandingan rekod-rekod purba dengan reputasi Semenanjung Tanah Melayu yang terkenal dengan emas ini, saya rasa Gunung Ledang adalah lokasi yang tepat.

Kerajaan Nabi Sulaiman, didalam mendapatkan bekalan emas telah menghantar kapal-kapal ke Ophir. Namun kapal-kapal ini mengambil masa yang sangat lama untuk kembali. Para sarjana ada membuat perbandingan dan kesimpulan yang direkodkan didalam The London Quaterly Review jilid 86-87 yang diterbitkan pada tahun 1850 yang menyatakan seperti berikut:

In truth, as Solomon’s ships, which brought back this gold,were absent so long, there seems to be good reason for believing that his Ophir may have been in the Malayan peninsula or adjacent countries, crystalline and granitic, which still furnish a considerable amount of gold.

5- William James Perry didalam bukunya The Children of the Sunyang diterbitkan pada tahun 1927 ada merekodkan seperti berikut:

The Malay Peninsula contains numerous remains of antiquity, not in the form of temples, but of ancient mines, the technique of which testifies to a high civilization.

6- Terdapat begitu banyak loji-loji kuno yang digunakan untuk melombong emas dijumpai berselerak di merata semenanjung. Loji-loji ini didapati menggunakan teknologi-teknologi yang terlalu tinggi sehingga kan menyebabkan para sarjana sukar untuk mempercayai bahawa ianya dibina dan dikendalikan oleh orang melayu sehinggakan ada yang mengatakan bahawa ia dibina oleh bangsa asing yang tidak diketahui. Perry dipetik sebagai menyebut:

In this same region of the Tui valley have been found some stone rings whose use and makers are entirely unknown. neither Malays nor Chinese in Pahang has any reasonable theory of the origin or the possible use of these things and it seems very improbable that the rings could have been made by either of these peoples. There are other signs of an alien people in this state.

Gelung Batu Dari Pahang yang dirujuk oleh Perry diatas.

7- Perry juga memetik catatan Hugh Clifford berkenaan dengan penemuan loji-loji emas kuno ini. Clifford tampak lebih terbuka untuk menerima penemuan-penemuan loji-loji emas kuno ini sebagai jawapan kepada persoalan kenapa Semenanjung Tanah Melayu digelar sebagai The Golden Chersonese. Clifford dipetik sebagai berkata:

The recent discovery in the Malayan state of Pahang, the homes of apes and ivory and peafowl, of immense goldmine of very ancient date and of a workmanship that has no counterpart in southeastern Asia, supplies an ample reason for the designation of Golden so long applied to the Chersonese. Here hidden away under the shade of the primeval forest, are excavations, which must have yielded in their time tons of their precious metal.

8- Adakah benar Semenanjung Tanah Melayu ini sememangnya kaya dengan emas? Kita sering mendengar cerita dan hikayatSultan Melaka mengutuskan rombongan yang diketuai oleh laksmana tersohor, Hang Tuah, ke Gunung Ledang dengan hasrat untuk menyunting serta memperisterikan seorang Puteri tinggal di gunung tersebut. Puteri cantik jelita yang terkenal dengan namaPuteri Gunung Ledang itu, seperti mana yang kita tahu, telah memberikan beberapa syarat-syarat untuk dipenuhi oleh Sultan sekiranya baginda Sultan ingin memperisterikan dirinya. Salah satu daripada syarat-syarat tersebut adalah sebuah jambatan emas daripada Gunung Ledang ke Istana Melaka.

9- Ada cerita yang mengatakan bahawa baginda Sultan tidak dapat memenuhi kesemua syarat-syarat tersebut dan ada pula yang mengatakan bahawa Sultan dapat memenuhi syarat-syarat tersebut kecuali syarat yang terakhir, yang seperti mana kita dengar, adalah semangkuk darah putera Baginda itu sendiri. Kiranya kita mengambil pendapat yang terkemudian, kita boleh menyimpulkan bahawa Melaka pada masa itu mempunyai jumlah simpanan emas yang banyak.

10- Mengikut catatan Thomas Stamford Raffles didalam The Malay Annals pula mencatatkan bahawa Sultan Mahmudmenyanggupi kesemua syarat-syarat tersebut kecuali yang terakhir itu. Stamford Raffles dipetik sebagai mencatatkan seperti berikut:

Then Tun Mamed returned and / descended to the laksamana and Sang Satia, and informed them of what had passed; after which they all returned and related the whole of the old woman’s conversation to Sultan Mahmud Shah, who said, ” all these requests may be complied with, but the taking of blood is an unpleasant business, and I have no inclination for it at all.”

– http://virginbitter.blogspot.com

8,000 Pelabur Genneva Malaysia Belum Dapat Emas

SHAH ALAM – Bank Negara mendedahkan lebih daripada 8,000 pelabur syarikat pelaburan emas Genneva Malaysia Sdn Bhd masih belum menerima emas mereka dengan jumlah berat melebihi 4,000 kilogram (kg) walaupun telah menyelesaikan bayaran.

Dalam satu kenyataan semalam, Bank Negara berkata, terdapat juga pelabur yang telah menyerahkan emas mereka berjumlah lebih RM80 juta kepada syarikat tetapi masih belum menerima bayaran balik tunai.

“Perakaunan forensik awal telah mendedahkan kerugian besar yang dialami oleh syarikat itu pada tahun 2012. Syarikat mempunyai liabiliti melebihi 10 kali asetnya.

“Menjual emas pada kira-kira 20 hingga 25 peratus lebih tinggi daripada harga pasaran, membayar pulangan kira-kira dua hingga tiga peratus setiap bulan kepada pelanggan dan membeli balik emas daripada pelanggan pada harga belian awal bukan merupakan satu usaha yang mampan,” kata kenyataan dari Bank Negara.

Ia juga menyatakan bahawa aliran tunai bagi syarikat itu untuk mengekalkan operasinya bergantung sepenuhnya kepada jumlah yang dikumpulkan daripada pelanggan baru.

Genneva, telah diserbu oleh Bank Negara, polis, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia pada 2 Oktober lalu.

Tiga hari kemudian, pihak berkuasa menjalankan serbuan ke atas premis perhiasan Emas Bhd, Caesar Gold Sdn Bhd dan Worldwide Far East Bhd yang disyaki terlibat dengan pengambilan deposit haram, pengubahan wang haram pengelakan cukai dan dan keterangan palsu.

Menurut kenyataan itu, wang Genneva sebanyak RM99.8 juta telah dibekukan dan 126kg emas disita, di mana pihak bank berkata, ia diperlukan untuk siasatan dan hanya akan diuruskan mengikut perintah mahkamah. Orang ramai dinasihatkan merujuk laman web Bank Negara untuk maklumat lanjut.

Kawasan didakwa ada Emas di Jelebu Diarah Tutup

SEREMBAN 30 Okt. – Kerajaan negeri mengarahkan supaya lokasi terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa wujud emas ditutup serta-merta.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, penutupan kawasan itu bertujuan mengelak sebarang tragedi selain tidak dapat dipastikan ketahanan struktur tanah di kawasan terowong terbabit.

”Kajian telah dilakukan di situ dan ia tidak mempunyai deposit emas. Terowong yang ditemui ini telah digali dan bukannya bersifat semulajadi. Maka kita tidak tahu sejauh mana ketahanannya,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Mohamad diminta mengulas penemuan terowong di pekan Titi, Jelebu yang didakwa penduduk sebagai laluan pelombong emas suatu ketika dahulu, di mana kini mula menarik minat orang ramai mendekatinya.

 

lombong emas di pekan titi kuala klawang jelebu

Terowong Emas di Jelebu Bukan Dongeng

lombong emas di pekan titi kuala klawang jelebu

JELEBU: Kerja menarah bukit di belakang pasar awam pekan Titi di Kuala Klawang, di sini, sejak awal tahun ini membawa penemuan empat terowong di situ yang menurut penduduk, dianggap sebagai kisah dongeng sebelum ini kerana lokasi sebenarnya tidak pernah diketahui dengan terperinci.

Sejak puluhan tahun lalu, kisah terowong berkenaan hanya diceritakan generasi tua di pekan didiami kira-kira 20,000 penduduk itu, namun tiada pihak tampil untuk melakukan kajian.

Tinjauan mendapati empat terowong itu terletak berasingan dengan setiap satu dibina kemas dengan dinding dibuat daripada batu dan boleh dimasuki secara berdiri oleh orang dewasa.

Beberapa penduduk yang ditemui mendakwa terowong itu mungkin dibuat pencari emas berdasarkan kewujudan beberapa lombong sekitar kawasan itu dan menolak ia mempunyai kaitan dengan kegiatan pengganas komunis Penoreh getah, Siow Yoke Kim, 54, berkata generasi tua di pekan itu pernah bercerita mengenai terowong untuk mencari emas, namun tidak menyatakan lokasinya sehingga awal tahun ini, ada pihak menarah bukit di belakang pasar.

“Kami terkejut kerana terowong yang diceritakan itu terletak di belakang pasar yang penduduk kunjungi setiap hari.

“Saya percaya terowong itu dibuat pencari emas, malah jalan utama pekan ini dinamakan ‘Kim Loong’ atau naga emas dalam dialek Hakka,” katanya ketika ditemui, semalam.

Peniaga, Lee Ah Chai, 51, pula mengaku pernah memasuki terowong itu, tetapi mendapati lubang itu terlalu panjang.

“Saya tidak masuk terlalu dalam kerana bimbang terowong runtuh. Pihak berkaitan terutama pengkaji sejarah wajar melakukan kajian terperinci bagi memastikan sejarah sebenar terowong itu sama ada digali oleh pelombong emas atau mempunyai kaitan dengan aktiviti komunis,” katanya yang menolak kemungkinan terowong itu digali pengganas komunis.

Emas: Diterima di seluruh negara di dunia!

 

Apabila meletusnya perang di Cambodia, ramai rakyatnya lari meninggalkan tanah air bagi menyelamatkan diri dan keluarga. Sebahagian besar daripada mangsa peperangan ini memilih Malaysia sebagai tempat melarikan diri bagi memulakan hidup yang baru. Kebanyakan dari mereka mendarat di selatan tanah air terutama daerah Kota Tinggi dan Mersing.

Melarikan diri tanpa hala tuju.. Tiada kompas atau GPS.. Ke mana angin membawa haluan ke situlah tujuan mereka

 

Semenjak dari itu, bermula lah kehidupan baru mereka di bumi asing tanpa sebarang keistimewaan. Daripada sehelai sepinggang, mereka kini menguasai deretan bazar tekstil di tengah-tengah bandar Kota Tinggi dan memiliki banglo di Ulu Tiram.

Memang dah menjadi adat, orang yang berusaha dengan tekun lambat laun pasti berjaya! Dalam hal perniagaan, sekecil mana sekalipun tetap memerlukan modal bagi memulakannya. Daripada manakah orang-orang Cambodia ini mendapat modal mereka?

 

 

Rupa-rupanya rahisa mereka ada pada ‘benda’ yang mereka bawa bersama ketika melarikan diri. Semua harta benda yang lain ditinggalkan dan dirampas oleh rejim Khmer Rouge. Namun dalam keadaan tergesa-gesa mereka masih sempat membawa bersama beberapa keping ataupun ketul emas.

 

 

Vietnamese Kim Thanh gold bullion “bars” or leaves Fineness: .9999 Actual Gold Content: 1.205 troy ounce (37.5 grams) (Typically, three leaves wrapped in oil-paper: two leaves at 15gr apiece and a third at 7.5 gram)

 

Bukannya Cambodia tidak ada matawang ketika itu, malah matawang Dolar Amerika cukup banyak! Namun mereka sedar bahawa dalam situasi perang, duit tidak akan ada nilai lagi. Emas pula dalam bentuk apa sekalipun tetap diterima walau ke mana sahaja mereka pergi di muka bumi ini. Tidak ada satu negara pun di dunia ini mengatakan emas tidak bernilai!

 

 

 

Matawang yang diguna sebelum perang meletus

Pengalaman orang-orang Cambodia ini memang banyak memberikan pengajaran. Betapa peranan emas dapat menyelamatkan kelangsungan hidup mereka dan generasi seterusnya.

Dalam dunia yang moden ini, kaedah melarikan diri dengan emas juga telah berlaku.. Iaitu isteri bekas presiden Tunisia bernama LAILA!

 

Laila, melarikan diri menggunakan kapal terbang ke Eropah dengan emas yang begitu banyak!

 

 

Warga Emas Jumpa Harta Karun Bernilai RM123,864.00

metal detector, gold brooch,

 

Berbentuk hati dengan dua tangan berpegangan dan berukir di bahagian seperti lengan itu. Kerongsang kecil ini bukti kejayaan besar buat seorang warga emas dari england ini.

Stan Cooper, 60, menemui kerongsang emas sebesar 2.5 cm di sebuah ladang berdekatan Sandbach, Cheshire – dan beliau tidak sedar betapa berharganya kerongsang itu.

Kerongsang yang hanya sebesar duit syiling itu dikatakan dari era tahun 1350 hingga ke tahun 1450 dan dipercayai pada asalnya adalah hadiah pertunangan kerana tanda seperti lelaki dan perempuan berpegangan tangan.

Tambahan pula, nilai nya pada waktu ini adalah sangat menakjubkan iaitu sebanyak £25.000.
Pakar berkata penemuan seperti ini adalah amat jarang sekali. Bill Forrest dari Adam Partridge auctioneers di Macclesfield, Cheshire, dimana kerongsang ini dijual, berkata: “Ia adalah satu kerongsang gaya anulus yang menggabungkan dua simbol; jantung dan tangan tergenggam.”
“Jarang sekali untuk mendapatkan kedua-dua simbol ini bersama-sama pada satu kerongsang dan ia benar-benar adalah satu perkara yang baik bahawa seorang tukang emas hari ini akan bersusah payah untuk membuatnya.”
treasure, harta karun,
(Stan Cooper,60)
Tidak dijangka, barang kemas itu didapati berada dalam keadaan sempurna walaupun telah berada di bawah tanah selama beratus-ratus tahun.
Kerongsang itu telah dilaporkan kepada pihak berkuasa dan kemudian dihantar kepada Muzium British bagi pakar mengkajinya. Dan kerana pihak berkuasa menafikan hak ke atas kerongsang itu ia adalah tidak perlu untuk inkues harta karun dan ia adalah bebas untuk dijual.
Encik Cooper, yang merupakan seorang pengurus untuk sebuah syarikat perkilangan, telah mengesan selama lebih 20 tahun dan akan berkongsi apa-apa hasil jualan dengan petani tuan ladang dimana kerongsang dijumpai.

 

 

Ungkapan Menarik mengenai Emas

Jutaan ungkapan menarik telah ditulis mengenai emas sejak dahulu lagi. Ada yang baik dan ada juga yang negatif. Mungkin ada yang melihat emas sebagai simbol kekayaan atau mungkin simbol ketamakan. Walaubagaimanapun, ramai yang menerima emas sebagai aset yang berharga terutamanya ketika fasa kejatuhan ekonomi atau peperangan. Emas kekal sebagai medium memelihara aset yang selamat dan dipercayai sejak zaman-berzaman.

 

“Terdapat kira-kira 300 ahli ekonomi di dunia yang tidak bersetuju dengan emas, dan mereka berpendapat emas ialah harta Zaman kuno – mereka mungkin betul. Malangnya, terdapat 3 billion penduduk dunia yang mempercayai emas”

Janos Fekete (1912)

 

“Emas masih kekal sebagai bentuk pembayaran yang unggul di dunia. Wang Fiat secara ekstremnya tidak diterima oleh sesiapa. Emas pula sentiasa diterima.”

Alan Greenspan, Bekas Pengerusi Federal Reserve

 

“Kecuali hanya ketika emas standard, secara parktikalnya, semua kerajaan dalam sejarah telah menggunakan kuasa eksklusif mereka mengeluarkan wang untuk menipu dan merampas daripada orang ramai.”

Fredrich August von Hayek, Ahli Falsafah Austria

 

“Kuasa ketiga, mengembangkan dirinya dengan perlahan, kini menjadi lebih kuat daripada yang lain: kuasa emas”

John Lothrop Motley, Ahli sejarah Amerika

 

“Apabila kita miliki emas, kita berada dalam ketakutan, apabila kita tiada emas, kita berada dalam bahaya.”

Peribahasa Inggeris

 

“Emas masih merupakan simpanan kekayaan yang unggul. Ia adalah satu-satunya wang yang benar di dunia. Dan jumlahnya amat sedikit.”

Mark Nestman, Penulis

 

“Negara-negara bertamadun biasanya menggunakan emas atau perak atau kedua-duanya sebagai wang”

Alfred Marshall, Ahli Ekonomi Inggeris

 

“Dengan ketiadaan standard emas, tiada cara untuk melindungi simpanan daripada kemelut inflasi. Tanpanya, tiada simpanan nilai yang selamat”

Alan Greenspan, Bekas Pengerusi Federal Reserve

 

“Emas masih mewakili cara pembayaran yang unggul di dunia”

Alan Greenspan, Bekas Pengerusi Federal Reserve

 

“Wang kertas akhirnya akan kembali kepada nilai dalamannya – kosong.”

Voltaire, Ahli Falsafah Perancis

 

“Kita memiliki emas kerana kita tidak boleh percaya kepada kerajaan”

Peribahasa Amerika yang digunakan oleh Presiden Herbert Hoover terhadap pengambil alihnya Theodore Roosevelt selepas dia membatalkan standard emas.

 

“Tanpa mengira harga dolar yang terlibat, satu auns emas akan membeli saman seorang lelaki yang berkualiti pada akhir Perang Revolusi, Perang Saudara, Presiden Franklin Roosevelt dan hari ini.”

Peter A. Bushre (1927)

“Ia adalah menarik untuk diambil perhatian bahawa pendapatan purata pekerja Inggeris pada tahun 1900 adalah sebanyak setengah satu auns emas seminggu dan bahawa pada tahun 1979, selepas Perang kedua dunia, kemerosotan dunia dan inflasi dunia, pekerja British mempunyai pendapatan purata setengah auns emas seminggu. ”

William Rees Mogg (1919)

“Dengan persetujuan bangsa-bangsa bersama , emas dan perak adalah satunya benda bernilai. Mereka adalah pengawal selia perlu dalam perdagangan. Saya  tidak syak lagi bahawa logam tersebut telah disediakan oleh Yang Maha Kuasa untuk tujuan ini,manakala besi dan arang batu telah disediakan untuk tujuan di mana ia sedang digunakan. ”

Helen McCulloch (1808-1895)

 

“Walaupun emas dan perak tidak ada sifat wang , wang adalah dengan sifat emas dan perak”

Karl Marx (1818-1883)

“Tidak ada keraguan bahawa standard emas antarabangsa, kerana ia berubah daripada abad ke kesembilan belas, dengan syarat dunia industri yang semakin bertambah dengan sistem yang paling berkesan pelarasan bagi baki pembayaran yang pernah mempunyai, sama ada oleh kemalangan oleh perancangan sedar.”

W.M. Scammell (1920)

 

 

 

 

 

Muzium Emas di Bogota

 

Hari Ahad adalah hari malas di Bogotá. Banyak tempat ditutup dan terdapat sedikit lalu lintas di semua jalan-jalan – agak kontras akan kesesakan lalu lintas yang berlaku semasa minggu.

Muzium, bagaimanapun, adalah salah satu daripada beberapa tempat yang buka pada hari Ahad, dan Muzium Emas (Museo del Oro) adalah lebih padat pada hari Ahad, menjadikannya salah satu rancangan untuk melawat tempat kegemaran saya pada hari cuti ini.

Muzium Emas di Bogotá mempunyai koleksi terbesar di dunia artifak emas pra-Hispanik. Pengumpulan dalam muzium bermula dengan satu bahagian yang dipanggil Quimbaya Poporo pada tahun 1939. Ia adalah bekas kapur yang dijumpai di Antioquia dalam abad ke-19 dan adalah tiruan labu, yang bulat ciri-ciri yang dikaitkan dengan pertubuhan wanita. Relik ini telah menjadi simbol muzium sejak pembukaannya.

 

 

Sebagai tambahan kepada peyimpanan emas yang luas, muzium ini juga mempunyai banyak artifak yang lebih asli yang dibuat dari batu,zamrud, dan kayu, antara lain. Koleksi terdiri daripada kira-kira 55.000 artifak, walaupun hanya 6.000 biasanya kekal di paparan.

Majoriti muzium membuat pameran kekal, tetapi mereka juga kadang-kadang mempunyai pameran sementara. Antara yang paling terkini adalah satu tentang masyarakat dan budaya Maya dan satu mengenai imperialis Cina naga, pameran di sebuah muzium di Shanghai.

Jika anda berada di Bogotá dan belum lagi ke Muzium Emas, ataubahkan jika anda tidak pergi pada masa ini, saya sangat mengesyorkan anda pergi pada hari  Ahad. Bagi anda yang berada di bahagian lain negara ini dan di dunia, di sini adalah beberapa gambar dari lawatan terbaru saya ke muzium untuk memberikan anda pelancongan mini:

 

(Helmet Emas)

 

(Batu permata dan batu zamrud)

 

(“Disebabkan kulit emas, berkilat dan agresif, astuteness, dan kecergasan, jaguar telah dikaitkan dengan kuasa-kuasa regenerasiemas dan matahari. Ia juga biasanya simbol lelaki. “)

 

(Hiasan penghulu tipikal)

 

 

(” dipercayai ini adalah Ini penghulu wanita yang berpakaian mewah-telah menerima pakai dengan sesungguhnya, sikap leka. Shaman, ketua-ketua, tembikar,dan tukang emas melakukan ritual untuk memastikan bahawa proseskitaran alam akan terus bersambung. “)