Kepelbagaian Pandangan Ulama Tentang Jual Beli Emas; Adakah ianya khilaf?

barang_kemas

Salah satu Riba yang melibatkan emas dan lain-lain barang ribawi ialah riba al-nasiiah dan al-yad. Iaitu penangguhan penyerahan salah satu item ribawi sama ada harga atau barang.

Berlaku khilaf di kalangan ulama fiqh. Sama ada di kalangan ulama silam atau sesama ulama kontemporari.

Pandangan Pertama
Mengharamkan secara mutlak sebagaimana yang tercatat dalam sirah. Gabenor Syam iaitu Muawiyah bin Abi Sufyan mengecualikan emas perhiasan daripada kategori barang ribawi. Bila Khalifah Umar bin Al-Khattab mengetahuinya… baginda meminta fatwa itu ditarik balik. Pandangan pihak yang menerima fatwa ini ialah emas adalah barang ribawi. Tak kira dalam apa bentuk sekali pun. Ini adalah pandangan khalifah Umar yang memang punya authority untuk mengeluarkan fatwa dan hukum. Pandangannya juga tidak dibantah oleh para sahabat nabi yang lain. Malah mereka mempertahankannya. Maka berlakulah ijmak sahabi.

Pandangan Kedua
Pandangan yang diguna pakai dan menjadi fatwa rasmi kerajaan Malaysia ialah …. hanya emas jongkong dan dinar yang mempunyai ‘ilah ribawi kerana fungsinya sebagai matawang. Manakala barang-barang kemas terkeluar daripada ‘ilah ini. di bawah tajuk perimeter syariah pelaburan emas. Baca di sini.

Asas kepada pandangan ini ialah pandangan Garbenor (Khalifah kemudiannya) Muawiyah yang memang lebih arif tentang selok-belok perniagaan. Dan juga pandangan Ibnu Taimiyyah dan muridnya Ibnu Al-Qayyim. Walaupun ada yang tidak bersetuju dengan perjalanan hidup Ibnu Taimiyyah, namun yang dilihat ialah kaedah beliau meng’istinbat’ hukum. Barang kemas dikira sebagai barang siap… komoditi yang diperdagangkan sama seperti kereta … motosikal dan sebagainya.

Begitu juga pandangan Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi. Menurut beliau… emas perhiasan terkeluar daripada item ribawi. Bukanlah kerana tiada riba padanya. Tapi kerana faktor ‘umum al-balw’ (maksiat yang sukar dihindar).

Pandangan pihak yang menerima fatwa ini ialah riba boleh berlaku jika melibatkan jual beli emas jongkong atau dinar sebab fungsinya sebagai maawang. Sekiranya hanya melibatkan barang kemas… tidak berlaku riba.

Pandangan Ketiga
Riba hanya berlaku jika ianya melibatkan pertukaran emas dengan emas. Jika emas dengan kertas (wang fiat) tidak berlaku riba sebab kertas bukan barang ribawi. Golongan ini menerima wang fiat sebagai ‘ilah laku ditukar dengan barangan je. Yang lain takde. Kalau dulu memang ya…. duit mewakili emas yang disimpan sebagai rizab. Tetapi selepas tahun 1971, wang kertas dipisahkan terus daripada emas. Ia diapungkan mengikut pasaran. Nilai yang ada padanya adalah nilai yang dipaksakan. Bukan nilai intrinsik. Kalau koyak atau hangus langsung tak laku. Duit Bhat atau Rupiah…. boleh ke buat beli emas di sini? Memang tak boleh. Wang Fiat setaraf dengan duit kulit siput pada masa dahulu. Penjelasan lanjut di sini.

Pihak yang berpegang dengan pandangan ini tidak menerima wang kertas sebagai item ribawi atau matawang yang dikiaskan kepada emas.

Setelah diteliti…. Hanya sedikit ulama yang berpandangan begini. Itupun atas kapasiti peribadi. Bukan atas pertubuhan yang bersifat akademik atau yang diberi authority mengeluarkan hukum.

Adab bila berlaku khilaf ialah kita berlapang dada dan cuba mencari pandangan dan hujah yang menghampiri sunnah.

Dengan rendah diri… penulis menghormati pandangan semua hujah-hujah di atas. Bukan calang-calang orang yang mengeluarkan pandangan tu. Namun, pandangan yang dipegang adalah sebagaimana yang ditetapkan oleh JAKIM. Tanpa mengurangkan penghormatan kepada tokoh-tokoh yang mempunyai pandangan berbeza. Sekian.

sumber – emasnperak2u.blogspot.com

Perlukah menyimpan Emas sebagai aset tetap?

investasi-emas

Perlu sangatkah kita menyimpan emas sebagai simpanan masa depan?

Jawapan mestilah sangat perlu, bahkan ianya adalah satu peringatan Rasullulah kepada kita seperti dalam Hadis baginda :-
“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah Dinar dan Dirham (untuk digunakan)” HADIS RASULULLAH S.A.W RIWAYAT IMAM AHMAD IBNU HANBAL

So apalagi, marilah kita menyimpan emas sebab satu masa nanti wang kertas yang kita gunakan sekarang tiada nilai. Ini adalah di sebabkan inflasi yang melanda saban tahun….

Mengapa anda perlu menyimpan emas?
1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
4. Aset yang terunggul
5. Ia tidak boleh dimanipulasikan

Emas ialah kekayaan yang sebenarnya.
Emas menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan kekayaan. Sejarah penggunaan emas sebagai wang boleh dilihat 6000 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop nama firaun sebagai wang.

Manusia memilih emas sebagai penyimpan kekayaan kerana:
1. Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak akan pudar selamanya.
2. Emas tidak boleh dibinasakan.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa. Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

 

Kenapa Emas sesuai untuk simpanan ?

Artikel-Suhaimi-pic-292x300

PENYIMPAN NILAI TERBAIK
Pakar-pakar pelaburan menyarankan supaya memilih emas sebagai simpanan dan pelaburan kerana emas sentiasa bernilai sepanjang zaman dan merupakan penyimpan nilai yg baik serta kalis inflasi. Rahsia jutawan mengekalkan kekayaan mereka walaupun dalam keadaan ekonomi yang tidak stabil serta kejatuhan matawang ialah dengan menyimpan emas sebagai penyimpan nilai harta mereka.

KALIS INFLASI
Wang kertas atau disebut ‘wang fiat’ boleh dimanipulasikan oleh mana-mana kerajaan di dunia dengan sewenang-wenangnya. Contohnya, Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe yang telah bertindak mencetak wang yang terlalu banyak, tidak seiring dengan perkembangan ekonominya, mengakibatkan negara tersebut mengalami hyperinflation. Kadar inflasi di negara tersebut menjangkau sehingga 5,000,000,000,000,000,000,000%.

Pada zaman Rasulullah SAW, Dilaporkan oleh Ahmad dalam Musnadnya, daripada ‘Urwah yang bermaksud:
“(Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w menemui sekumpulan binatang ternakan yang hendak dijual. Lalu Rasulullah s.a.w memberi kepada ku satu dinar dan berkata: “Wahai Urwah, pergi kepada lelaki tersebut dan belikan untuk ku seekor kambing.” Aku pun pergi menemui lelaki tersebut dan melakukan tawar menawar sehingga aku dapat membeli dua ekor
kambing dengan harga satu dinar. Kemudian aku membawa kedua ekor kambing tersebut.

Di perjalanan, seorang lelaki menemui aku dan ingin membeli salah seekor kambing daripada ku. Lalu aku menjualnya dengan harga satu dinar.

Kemudian aku berjumpa Rasulullah s.a.w dengan membawa seekor kambing dan satu dinar lalu aku berkata: “Wahai Rasulullah, inilah dinar dan kambing milik mu. ”Rasulullah bertanya: Bagaimana kamu melakukannya? Aku pun menceritakan kepada Baginda apa yang telah aku lakukan lalu Baginda berkata: “Ya Allah, berkatilah perniagaannya.”
Kesimpulan dari riwayat tersebut menunjukkan harga semasa seekor kambing pada zaman Rasulullah ialah 1 dinar. Kini harga seekor kambing adalah sekitar RM 700 hingga RM800 manakala harga emas 1 dinar ketika ini adalah dalam lingkungan RM700 hingga RM800. Ini menunjukkan emas mengekalkan kuasa belinya sejak zaman berzaman.

HARGA EMAS YANG TERUS MENINGKAT
Peningkatan harga emas dari tahun ke tahun adalah salah satu sebab, mengapa anda perlu menyimpan emas. Contohnya, harga emas telah meningkat daripada RM30/gram sekitar tahun 2000 kepada rm180/gram pada tahun 2012. Trend tersebut menjadikan menyimpan emas dalam jangkamasa panjang adalah satu langkah aktiviti pelaburan yang amat selamat. Rekod dan graf harga emas semasa dunia boleh di semak di website www.kitco.com.

Cuba anda bayangkan kalau anda membeli 1kg emas pada tahun 2000 pada harga ketika itu RM30k dan pada tahun 2012 nilainya menjadi RM180k . Apa akan jadi kalau anda menyimpan RM30k di bank atau Amanah Saham pada tahun 2000. Adakah mungkin pada tahun 2012 nilai simpanan itu menjadi RM180K? Belum lagi ditolak dengan inflasi yang kadar puratanya 2%.

MUDAH DITUKARKAN KEPADA TUNAI

Dengan kata lain emas merupakan aset yang sangat cair jika dibandingkan dengan eset tanah atau rumah yang amat sukar untuk dijual semula. Dengan memiliki emas, anda boleh menukarkannya kepada tunai dengan menjualnya.

Anda bimbang emas anda susah untuk di jual? Dimana-mana di seluruh dunia, permintaan terhadap logam emas adalah tinggi. Anda boleh menjualnya dikedai-kedai emas atau peraih emas dan pilihlah pembeli emas yang boleh membeli emas anda dengan harga paling tinggi.

Dalam situasi di mana anda perlukan wang tunai dengan segera tanpa melepaskan pemilikan emas, gadaian adalah jalan terbaik. Institusi Ar-Rahnu boleh memberikan pinjaman antara 65% sehingga 70% daripada nilai emas anda. Nilai pinjaman ini pula dikira berdasarkan kepada harga emas semasa.

LAIN-LAIN KEISTEMEWAAN EMAS
Warna kekuningannya yang cantik, menjadi kebanggaan kepada pemiliknya.
Diiktiraf di seluruh dunia sebagai logam yang paling berharga.

Bernilai untuk selama-lamanya walaupun telah berubah bentuk fizikalnya seperti patah, bengkok, telah menjadi serbuk dan sebagainya. Tidak seperti wang kertas, menjadi tidak bernilai bila terbakar atau koyak.

Mudah untuk dibahagikan tanpa merosakkan nilainya.

Meningkatnya keperluan emas untuk jangkamasa panjangdan sifatnya yang tidak boleh dicipta serta sumbernya makin berkurangan menyebabkan harganya semakin mahal.

sumber : internet

Profesor Umar Ibrahim Vadillo tentang Dinar dan Dirham

emas-public

Sistem ekonomi dunia lebih menguntungkan negara barat. Dunia ketiga (sebutan dunia ke tiga adalah terminologi yang dibuat dari sudut pandangan kapitalis) dan masyarakat miskin akan terus terpinggir. Bagaimana Islam menyelesaikan ketidakadilan ini?

Dinar emas dan Dirham perak adalah mata wang yang diterapkan pada zaman Nabi Muhammad, yang kini mulai dibangkitkan semula. Kerana, dianggap mampu melawan sistem ekonomi yang berbau riba. Gerakan dinar dirham pertama kali diusung oleh satu komuniti muslim di Eropah, bernama Murabitun pada 1991, dan sudah menyebar ke berbagai negara.

Gerakan ini dicetuskan antara lain oleh Profesor Umar Ibrahim Vadillo seorang ahli ekonomi Islam yang berasal dari Sepanyol. anak murid kepada Syaikh Abdul Qadir As-sufi. Profesor Umar Ibrahim Vadillo banyak menerbitkan buku-buku dan membentangkan kertas kerja serta seminar berkaitan Dinar/Dirham serta pembangunan sistem muamalat Islam.

Dalam satu kesempatan kunjungannya ke Indonesia, wartawan Azzikra, Doddy Yuniarto dan Peter Walandow serta fotografer Ganang Arfiardi menemuinya untuk sebuah wawancara, petikannya:

Apa kepentingan Dinar dan Dirham bagi umat Muslim di dunia ?

Kita sebagai bangsa muslim telah memiliki sistem mata wang sendiri . Dinar emas dan Dirham perak. Mata wang ini sudah dipakai sebagai alat tukar selama ribuan tahun dan mulai dihidupkan kembali sebagai jalan menuju kehalalan, kewajaran dan kejujuran. Sistem mata wang kertas yang selama ini kita gunakan, seperti Rupiah di Indonesia atau Ringgit di Malaysia, terus mengalami depresiasi (susut nilai). Kembali kepada sistem Dinar Dirham sangat penting untuk kebebasan setiap individu dalam memilih alat tukar yang stabil.

Kenapa mata wang kertas selalu mengalami depresiasi ?

Bila anda memonopoli mata wang dan hal itu menekan pada semua orang, maka anda merosak perekonomian dan nilai dari mata wang itu sendiri. Ketika wang kertas dibuat terus menerus dalam jumlah besar, setiap pemilik wang kertas akan kehilangan atas nilai wang kertasnya. Inflasi sebagai salah satu akumulasi pencetakan wang kertas yang dilakukan negara, boleh disebut sebagai sebuah kejahatan. Jika disebutkan ada inflasi 20 peratus, bererti terjadi pencurian 20 peratus dari masyarakat. Wang kertas diciptakan oleh bank-bank dan mata wang rasmi pertama kali dibuat baru sekitar 200 tahun yang lalu. Wang kertas bukanlah wang menurut hukum Islam.

Mengapa disebut sebagai perompakan ?

Inflasi hanya menguntungkan segelintir orang kaya, tetapi nampaknya lebih mengenai kaum miskin. Ketika anda meminjam wang, inflasi bekerja untuk anda, kerana pada saatnya nanti, anda akan mengembalikan pinjaman wang yang nilainya sudah lebih murah. Yang terjadi dengan sistem wang kertas adalah sebenarnya wang yang ada di dompet kita sudah jatuh nilainya.

Bank ikut selesa dalam sistem ini?

Ketika berbicara mengenai wang kertas, tidak hanya secara tunai, jumlah terbesar edaran wang kertas tidak berada pada bentuk wang kertas, tetapi dalam bentuk format elektronik. Hanya dua atau tiga peratus yang beredar di masyarakat dalam bentuk wang kertas, selebihnya berada dalam deposit di perbankan. Bank memiliki kemampuan dan kapasiti unik iaitu menciptakan kredit. Mereka juga boleh mencetak wang dari kosong. Katakan, bank memiliki Rp. 10.000 dalam bentuk fizikal, mereka memiliki kapasiti untuk melipatgandakan wang hingga 20 kali lipat dalam bentuk elektronik. Bagaimana cara mereka? Dengan transaksi kewangan melalui komputer. Wang-wang ini dicetak secara banyak dengan menghasilkan keuntungan luar biasa kepada bank-bank. Hal ini memudahkan mereka untuk mengendalikan perekonomian dunia sesuai keinginan mereka.

Mengapa umat Islam justeru ikut menjadi sebahagian dalam sistem ini?

Sejak 100 tahun lalu, umat Islam telah dipaksa untuk memakai mata wang kertas, sebuah formula kapitalisme. Mereka berusaha memasukkan nilai kapitalisme dalam Islam. Jika ada bank, maka jadilah bank Islam, insuran menjadi insuran Islam, inflasi maka menjadi inflasi Islam, kad kredit maka kad kredit Islam dan seterusnya. Yang mereka lakukan bukanlah mengislamkan kapitalisme, tapi memperkayakan kapitalisme melalui hukum Islam. Pada pandangan internasional, dunia memiliki pengganti ‘emas’ baru iaitu US Dollar, dan Amerika Syarikat memiliki keistimewaan luar biasa untuk memberi kita selembar wang kertas, dan kita memberi mereka minyak, emas, dll. Mereka mencetak wang dollar sebanyak-banyaknya sementara kita mengerah keringat demi memperoleh wang tersebut.

Bagaimana sikap Islam dalam situasi ini?

Allah swt telah menekankan bahawa riba itu haram. Riba adalah instrumen bagi kaum kuffar menghancurkan Islam. Di setiap negara muslim seperti Arab Saudi, Pakistan, Indonesia dan negara lainnya, boleh ditemui riba. Keuntungan besar dari Dinar dan Dirham adalah memperbaiki keutuhan dari perekonomian Islam. Nilai satu Dinar di Maroko sama dengan satu Dinar di Turki, dan juga di Indonesia. Kerana nilai emas sama dimanapun di dunia. Semuanya terlindung dalam satu sistem nilai mata wang.

Nilai emas pernah tergugat ketika raja Mansa Mousa mengunjungi Kairo dan mendermakan begitu banyak emas sehingga nilai emas di Kairo jatuh, apakah ini ini bererti emas juga tak stabil ?

Tentu ada sejarah seperti hal itu, sama ketika terjadi demam emas besar-besaran di California pada masa lalu. Pengeluaran emas diluar jumlah emas di seluruh dunia hanya hampir kurang dari satu persen ketika itu. Harga emas dan perak mudah dimanipulasi seperti komoditi lainnya. Tidak seperti wang kertas yang misalnya senilai satu juta rupiah dalam satu kertas, nilainya tak ubahnya wang sepuluh ribuan yang juga sama-sama wang kertas. Jika Bank Indonesia hendak memberi anda satu juta rupiah, maka mintalah satu juta rupiah dalam koin emas, satu juta rupiah sekitar 10 kilo emas, sekitar 150 ribu dollar, itulah nilai sebenarnya dari nominal rupiah tersebut. Kini anda hanya memiliki berlembar-lembar wang kertas yang tidak sampai sepuluh peratus nilainya dari Dinar Dirham.

Apakah pertumbuhan ekonomi dunia akan terpacu dengan system ini?

This is completely nonsense. Ini seperti anda memberi makan pada para perompak yang telah mengatur ekonomi anda. Pencuri yang baik tidak hanya mencuri dari anda tetapi juga membuat anda merasa senang akan keadaan yang diciptakannya. Mereka membuat anda percaya pada mereka. Perekonomian di Indonesia, menurut mereka senilai 200 juta dolar, Microsoft sendiri disebutkan senilai 800 juta dolar, maka Bill Gates bekerja empat kali dibanding seluruh masyarakat Indonesia bekerja selama satu tahun penuh. Ini adalah pencurian. Membiarkan satu negara mengambil keuntungan besar-besaran dari sebuah negara kecil, yang mereka lakukan dengan sistem wang kertas. Jadi, pertumbuhan ekonomi dunia didasarkan pada pencurian terhadap bangsa muslim.

Apakah perekonomian Islam ditentukan oleh Dinar dan Dirham saja?

Dinar dan Dirham adalah sebahagian dari perekonomian Islam. Perdagangan Islam terdiri atas lima rukun ; Dinar dan Dirham sebagai mata wang, pasar terbuka Islam, caravan guilds sebagai pusat produksi Islam serta syarikat. Pada masa kini, muncul gergasi peruncitan seperti Carrefour, Wallmart ataupun Sogo. Bangsa Islam mempunyai pasar Islam atau dalam bahasa arab disebut souq atau bazar. Kita punya pasar terbuka yang boleh untuk siapapun. Jika kita ke Teheran atau Istanbul, souq masih berdiri dan menaungi sekitar lebih dari 4000 pedagang, 23 hotel dan karavan di dalam pasar yang seluas 40 hektar. Ketika anda masuk ke dalam pasar ini, maka anda bebas berdagang. Jika anda masuk ke supermarket saat ini, anda hanya boleh membeli barang-barang yang memang diperbolehkan masuk ke Carrefour dan sejenisnya. Mereka melakukan monopoli. Jika anda menjual sesuatu harus melalui mereka. Jika tidak, anda harus menjual dipinggir jalan dan tidak ada infrastruktur untuk anda.

Bolehkah pertumbuhan ekonomi berkembang lebih pesat dengan sistem ini ?

Tak perlu diragukan! Sistem Dinar dan Dirham akan memacu pertumbuhan ekonomi melebihi apa yang telah dilakukan sistem kapitalisme. Tapi anda juga harus bertanya apa istilah pertumbuhan atau growth? Misalnya GDP di Indonesia naik empat persen, tapi lihat disekitar anda orang-orang miskin ada dimana-mana. Lalu apa ukuran growth itu sendiri? Seratus tahun kita dibungkam untuk hal ini. Kita harus keluar dari anggapan seperti islamisasi kapitalisme. Lihatlah sejarah Rasul mengenai Dinar dan Dirham dan sistem ekonomi Islam di Madinah. Satu ayam dizaman Nabi di Madinah satu Dinar, satu ayam di Indonesia saat ini tetaplah satu Dirham. Selama lebih dari 1.400 tahun, inflasi adalah kosong.

Caranya ?

Langkah pertama adalah pencetakan mata wang Dinar dan Dirham, kedua membangun kembali pasar lalu mendirikan kembali caravan untuk memutuskan monopoli dan membolehkan para pedagang untuk memasarkan produknya dari satu pasar ke pasar lainnya yang akhirnya akan menambah nilai tambah produknya. Setelah itu kita bangun guilds atau taifa, ini sangat penting dan telah dilupakan. 99 peratus masyarakat yang hidup dalam kota-kota Islam saat khallifah berkuasa hidup dalam taifa.

Bagaimana kita boleh keluar dari praktik riba ?

Kita tahu bahwa tidak ada yang menghentikan kita dari meninggalkan riba ini kecuali diri kita sendiri. Kemudian pertanyaan, “Bagaimana memerangi riba?” harus diganti dengan “Bagaimana kita harus mengganti kelakuan kita sehingga kita tidak perlu riba lagi?”. Bila kita berpikir dengan cara ini, kita berada didalam kedudukan yang lebih baik untuk menyarankan jawaban-jawaban yang seharusnya. Pada saat sekarang tingkah laku kita sendiri membutuhkan keberadaan bank-bank dan sistem keuangan mereka. Oleh kerananya jika kita membuang bank-bank riba tetapi meneruskan tingkah laku yang sama, beberapa hari kemudian kita menerima pembentukan bank lain. Tidak ada yang akan berubah hanya dengan menyebutnya sebuah “bank Islam”. Kita harus merubah tingkah laku kita. Untuk melakukan itu kita harus mengingkari bahwa karakteristik manusia yang utama adalah karakteristik ekonomi. Kita bukanlah unit-unit perekonomian.

Bagaimana dinar dirham jadi jawapan kepada ketergantungan pada mata wang US Dollar ?

Dunia sudah dibanjiri terlalu banyak Dollar. Di pasar wang dunia kini transaksi Dolar telah mencapai angka 800 trillion Dolar AS per tahun. Sementara nilai perdagangan dunia yang merupakan sektor real sebenar ‘hanya’ 4 trillion Dolar AS per tahun. Ertinya, transaksi pasar wang itu besarnya 20 kali lipat nilai transaksi perdagangan sektor sebenar. Keadaan ini jelas mencemaskan, kerana transaksi di pasar wang sesungguhnya bersifat maya, kerana tidak ada barang yang diperdagangkan, kecuali wang itu sendiri.Dalam lima tahun terakhir, AS telah mencetak 10 triliun US Dollar, semuanya dalam bentuk mata wang kertas, bukan elektronik dalam bank. Dengan wang sebanyak ini mereka boleh membeli Indonesia sebanyak enam kali. Nah, dengan dinar dirham, maka ketergantungan dapat dihentikan.

sumber : www.emaspublic.net

Kenapa “Risau” Nak Simpan Emas Menggantikan Wang Ringgit??

emasvsduit

Ini adalah mungkin kerisauan yang selalu kita ada..even saya sendiri,sebelum kenal apa itu nilai emas,sebagai pelindung kekayaan yang kita ada.Emas adalah satu aset kewangan kita yang tidak boleh diganggu oleh kerajaan.mereka tidak mampu melakukan “cukai” ke atas kita, malah tidak mampu mengetahui berapa banyakkah kekayaan kita sekiranya kita menyimpan emas.,berbanding dengan menyimpan duit di bank

Jika kita tidak mampu untuk menyimpan dalam bentuk emas, belum tentu kita mampu menyimpan dalam bentuk wang kertas.Jika kita mampu menyimpan emas, sudah tentunya kita mampu menyimpan duit..

Di dalam artikel ini, saya mengumpulkan sedikit kerisauan kita bila bercakap soal menyimpan emas.

1.Tak ada Duit nak Beli Simpan Emas
Minda kita senantiasa memikirkan emas ini mahal.Cuba try beli n simpan dahulu..lepas tu..baru kita dapat rasa yang sebenarnya emas ini tak lah mahal yg seperti yang kita sangkakan.Kita boleh berabis duit nak beli kasut timberland,seluar levis,hset mahal,tapi bila bercakap pasal nak simpan duit n beli emas, begitu susah.
Saya sendiri “memaksa” diri dengan hasil gaji saya bekerja, simpankan sedikit untuk membeli emas..

2. Takut Di Rompak/Curi
Minda kita juga memikirkan bila simpan emas, risiko dirompak,dicuri adalah tinggi.Ya..memang betul..tetapi, kita lihat sendiri dalam family kita,bagaimana mereka menyimpan emas perhiasan mereka?mudah saja kan?risiko emas simpanan family kita lagi tinggi..bila dipakai,risiko dragut jg tinggi,bila dipakai,risiko org lain mengetahui family kita banyak emas,cukup tinggi.Cuba kita beli 1 dinar at least, simpan sekali dengan duit syiling lain pun, org lain tidak perasan.Bolehla rujuk artikel saya berkenaan dengan Cara Menyimpan Emas dengan Selamat

3. Kena Bayar Zakat.
Ada yang risau,kena bayar zakat kan?Alhamdulillah, kita juga sedar mengenai zakat sebagai satu kemestian bila menyimpan emas.Tapi, pada pandangan kiita, zakat itu mahal..Sebenarnya, cara pengiraan zakat adalah cukup murah.Tidak membebankan, berbanding dengan Cukai Pendapatan/Perniagaan yang cukup tinggi..bagi yg makan gaji,tahulah.. .Zakat emas hanya 2.5% sahaja jika cukup nisab dan syaratnya.
Untuk contoh kiraan Zakat, bolehla rujuk http://www.zakat.com.my/zakat-emas.html atau klik untuk pengiraan

4. Nanti Emergency, Susah nak dapat duit balik
Kita kena faham sifat emas..ia adalah satu benda yang boleh “digadai”.Ini adalah sifat paling unik “emas”.Biarpun nilainya kecil,emas tetap boleh digadai.,atau dijual.Emas adalah ibu duit.Bila emas ditangan kita,Bila kita terdesak, pergi sahaja ke Ar-Rahnu,gadaikan emas dan dapatkan wang cash.Bila ada duit,then tebus kembali.Jika nak jual pun, pergi ke tempat jualan yang betul.Bagi Emas Public Gold,jual sahaja semula ke Public Gold (jika anda adalah Dealer PG, anda akan dapat komisen 0.5% hasil jualan), atau ke ejen2 Public Gold.

5. Takut Emas Tidak Tulen dan sbgnya
Memang akan tertipu jika tidak ada ilmu emas..Pilih emas yang betul.Jangan hanya bersandarkan harganya.Banyak kriteria dalam memilih emas.Cthnya, ketulenan,senang nak jual balik, senang nak gadai susut nilainya,sijil ketulenan yang diperakui ,dsbya.

6. Nanti rugi bila jual emas semula
Memang pun rugi jika jual emas semula,jika membeli ditempat yang salah.Cari produk emas yang mempunyai nilai susut yang rendah.Emas bukan sahaja berbentuk barang kemas. yang dijual dikedai emas.Dinar,jongkong emas salah satu produk emas yang mempunyai nilai susut rendah,bukan emas perhiasan.Elakkan dari membeli emas dikedai emas,kerana selalunya harganya lebih mahal dan susut nilainya tinggi.Emas keluaran Public Gold antara salah satu produk emas yang tidak mahal dan susut nilainya rendah

Adakah kita berfikiran yang sama jika kita membeli kereta?Hpon?adakah kita fikir kerugiannya bila menjual semula?

Banyak lagi kerisauan dan ketakutan kita bila kita bercerita mengenai tukarkan simpanan wang kertas kita kepada emas..Sebenarnya,kita tidak faham apa itu “nilai” emas..cuba kita fikirkan, sekiranya kita menyimpan wang kita di bank pada tahun 2010 sebanyak RM10,000, dan pada masa tahun yang sama, kita menyimpan emas yang bernilai RM10,000. Berapa banyak jumlah dividen yang terkumpul dengan duit simpanan di Bank,dan berapa tinggi nilai Emas yang kita miliki ?

Jika kita tidak bermula, kita tidak akan tahu dan tidak dapat merasai apa yang menanti dihadapan.Jangan risau untuk mencuba.

Wallahualam,

Jusri

sumber – jusrirahman.blogspot.com

Kenapa perlu miliki Emas ?

etika_emas_3goldbar

1) Emas ialah kekayaan yang sebenar.

Dari 6000 tahun dahulu emas telah menjadi pilihan manusia sebagai penyimpan dan simbol kekayaan. Bermulalah sejarah emas di mana orang-orang Mesir telah menggunakan jongkong emas yang di cop dengan nama firaun sebagai mata wang mereka. Persoalannya mengapa manusia memilih emas sebagai simbol kekayaan? Ini adalah disebabkan:

1. Warnanya yang cantik, di mana warna kuning keemasan itu memang sangat menarik dan yang penting warnanya tidak akan pudar selamanya.
2. Kita tahu emas tidak boleh dibinasakan walaupun dengan haba yang tinggi, walaupun ia lebur ia tetap emas.
3. Tahan lasak.
4. Mudah dibahagikan kepada unit yang kecil tanpa menjejaskan nilainya.
5. Ia sukar diperoleh.

Pada zaman silam, emas digunakan sebagai simbol kekayaan. Sesiapa yang memiliki emas maka ia dianggap kaya. Jika kita memiliki banyak emas pada zaman ini. Kita juga dianggap kaya. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu kereta, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

Emas sifatnya berbeza dengan benda lain.. ia tidak boleh dibinasakan. Emas akan tetap bernilai walaupun ianya patah, penyek, calar dan bengkok asalkan ianya emas ia tetap bernilai.

2) Harga sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Harga emas akan meningkat dalam jangka masa panjang. Cuba kita ingat kembali pernahkah datuk nenek ataupun emak kita sendiri yang pesan bahawa belilah emas sebab kalau beli emas kamu xkan rugi. Kita buat xendah pun sebab kita berjiwa muda.. kita lebih gemarkan membeli barangan untuk bergaya. Beli pakaian yang berjenama, kereta yang sporty, joli belanja awek dan sebagainya. Sebenarnya kita telah silap.. kita membuat pelaburan yang silap. Itu tidak akan menjadi aset kepada kita. Kita perlu membezakan antara aset dan liabiliti. Pengetahuan yang mendalam mengenai aset dan liabiliti, insyaAllah kita akan melalui financial freedom yang diidam-idamkan selama ini. Perbezaan antara aset dan liabiliti akan saya buat pada posting yang lain, panjang lebar jugak penerangannya. Di sini saya sertakan graf kenaikan harga emas sejak 10 tahun yang lepas.

harga-emas-10th

Jadi jelaskan bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa panjang. Beli emas simpan… bila terdesak nak pakai duit baru jual. Nanti kita akan terkejut bila nak jual balik sebab nilainya dah jauh lebih tinggi berbanding masa kita beli dulu.

3) Nilai wang kertas semakin jatuh dalam jangka masa panjang.

Wang kertas (fiat money) adalah duit yang tiada nilai pada asalnya. Ia hanya berharga RM0.10 sen untuk kos membuatnya. Tetapi yang membuatkan ianya bernilai adalah kerana ia telah dijamin oleh pihak pemerintah (dalam konteks Malaysia, ianya dijamin oleh Kerajaan Malaysia). Jika tidak ianya tiada nilai dan hanyalah kertas semata-mata.

Wang kertas akan susut nilainya dalam jangka masa panjang. Ia adalah disebabkan wang kertas dikikis oleh kadar inflasi yang pada setiap tahun. Sebagai contoh, pada zaman persekolahan saya dahulu 18 tahun lepas 20 sen boleh membeli sepinggan nasi lemak. 10 sen boleh membeli segelas air sirap tetapi sekarang nasi lemak paling kurang berharga RM 1.50 (yang tiada lauk apa-apa kecuali sambal dan ¼ telur sahaja) dan air sirap pun berharga RM 1.00 segelas. Kadar susut nilai wang ringgit Malaysia hampir mencecah 700% selama 18 tahun.

Berbeza dengan nilai emas. Nilai emas hampir sama sejak zaman Rasulullah hinggalah sekarang. Pada zaman Nabi 1 Dinar (4.25g emas ketulenan 916) boleh membeli seekor kambing dan pada hari ini juga emas 1 Dinar boleh membeli seekor kambing (harga 1 dinar pada 1 Januari 2010 adalah lebih kurang RM 540).

4) Aset yang terunggul.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia dianggap bernilai oleh seluruh umat manusia. Ia juga merupakan aset yang paling mudah ditukarkan kepada wang kertas. Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia.

Orang kemboja datang ke Malaysia dengan membawa emas. Emas itu sangat senang untuk dicairkan berbanding dengan mata wangnya sendiri. Sekarang ni kita tengok orang Kemboja ramai yang dah kaya-kaya padahal masa datang dulu xde duit pun. Sebabnya emas yang dibawa tu boleh dicairkan diseluruh dunia. Boleh dapat duit balik untuk buat modal bisnes.

5) Tidak boleh dimanipulasikan.

Salah satu keistimewaan emas ialah ia sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Justeru itu ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai. Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Kenaikan harga barang yang menggila akan berlaku. Ia dipanggil hyperinflasi. Jika nilai wang kertas jatuh dengan teruk, wang kertas tersebut akan terus ditolak oleh rakyat. Sejarah telah membuktikan sistem wang kertas akan gagal. Terdapat banyak bukti kegagalan wang kertas di dalam sejarah tamadun manusia.

Di antara kisah kegagalan wang kertas yang pernah berlaku adalah:
1. Kerajaan Perancis –tahun 1715
2. Republik Weimer Jerman – 1922-1923
3. Hungary 1945-1946
4. Chile 1971-1981
5. Peru 1988-1991
6. Angola 1991 – 1999
7. Yugoslavia 1992-1995
8. Belarus 1994-2002
9. Kerajaan Mexico – pada tahun 1994
10. Kerajaan Argentina – pada tahun 2001
11. Zimbabwe 2000-2009

Jadi berdasarkan kepada fakta di atas jelaslah bahawa emas adalah salah satu pelaburan yang sangat menguntungkan. Terpulanglah kepada kita untuk meneroka khazanah alam yang sangat bernilai ini untuk kebaikan kita bersama. Akhir kata penganglah sabda Nabi SAW

“Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah DINAR (EMAS) dan DIRHAM (PERAK)[untuk digunakan]” Musnad Imam Ahmad Ibn Hanbal.

sumber – lygold.blogspot.com

ilmu Rahsia Kejayaan EMAS

0

Emas adalah satu logam yang amat berharga, dari dahulu, sekarang dan selamanya. Itulah sebabnya digalakkan kita melabur di dalam emas. Tapi sebelum melabur, pastikan anda ada ilmunya dahulu.

Saya rasa, pasti ramai yang telah dengar tentang pelaburan emas yang sedang hangat di sembang di media sosial. Mungkin ada rakan anda, atau saudara mara anda yang sedang mempromosi, dan mahu menjual emas kepada anda. Anda boleh membeli, tetapi harus diingat, anda perlu ada sedikit ilmu untuk menceburi pelaburan emas ini. Pasti ada diantara anda yang telah membeli emas tetapi tidak tahu bagaimana mahu menguruskannya.

Saya berbesar hati untuk berkongsikan dengan anda mengenai Buku Rahsia Emas dimana Azizi Ali telahpun berjaya menghasilkan ebook ( Buku ) yang bertajuk ” Rahsia Emas

rahsia-emas-6

Saudara Azizi Ali sendiri telah habiskan pembacaan lebih daripada 50 buah buku tentang pelaburan emas. Barulah beliau kemudiannya melabur di dalam emas.Itulah betapa tingginya ilmu diletakkan oleh beliau sebelum melakukan sesuatu.

Buku Rahsia Emas ini adalah hasil pengalaman dan ilmu saudara Azizi Ali sendiri. Jadi, pastinya ilmu yang anda dapat ini pun merangkumi daripada lebih 50 buah buku.

Dapatkan Laporan Percuma Rahsia Pelaburan Emas Yang WAJIB Anda Tahu Dan Praktikkan!

JANGAN KUATIR Dan BIMBANG
Saudara Azizi Ali bukan lah dari agen pelabur emas atau syarikat pelabur emas yang menjual emas. Beliau hanya ingin berkongsi ilmu dan pengalaman beliau kepada yang memerlukan sahaja. Jadi, anda dapat ilmu yang TIDAK BERAT SEBELAH – ini adalah penting kerana anda tidak mahu dipengaruhi oleh orang lain

Oleh itu, Tak kira anda yang membaca ini seorang yang sudah lama atau baru hendak berkecimpung di dalam pelaburan emas, mungkin ini lah buku yang patut baca untuk mengetahui dengan lebih dekat tentang ilmu pelaburan emas.

Jika anda berminat untuk mendapatkan buku ini, Sila klik link / Banner dibawah untuk membeli :

Kedai Emas dirompak , rugi RM400,000

ROMPAKAN KEDAI EMASAnggota Unit Forensik menjalankan siasatan susulan kejadian rompakan di kedai emas Jalan Tunku Hassan, Seremban awal pagi tadi.

Seremban: Sebuah kedai emas di Jalan Tunku Hassan di sini, kerugian hampir RM400,000 selepas empat dulang emas dilarikan dua lelaki bersenjatakan besi, semalam.

Dalam kejadian jam 11 pagi, kedua-dua suspek yang memakai baju lengan panjang, bersarung tangan dan topi keledar berpenutup penuh menyerbu masuk kedai berkenaan.

Pemilik kedai yang hanya mahu dikenali Teng, 30-an berkata, ketika kejadian, dia dan dua pekerjanya serta seorang pelanggan lelaki berada di dalam premis berkenaan.

“Suspek yang bersenjatakan besi panjang dibaluti tali berwarna merah putih mengarahkan kami diam. Mereka memecahkan kaca rak pameran emas menggunakan besi terbabit.

“Mereka kemudian melarikan empat dulang emas dengan membonceng sebuah motosikal yang diletak di lorong bersebelahan kedai,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Menurut Teng, kejadian hanya mengambil masa kira-kira dua minit. Dia yang tergamam hanya menekan penggera sebaik suspek melarikan diri sebelum menghubungi polis.

Teng berkata, ia kali ketiga kedainya itu dirompak sejak beroperasi sembilan tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Jaafar Mohd Yusof berkata, pihaknya sudah menjalankan siasatan di lokasi termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan.

“Kami sudah melancarkan Ops Tutup bagi mengesan kedua-dua suspek. Kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jaafar turut menasihatkan pemilik kedai emas supaya mempertingkatkan aspek keselamatan di premis masing-masing dan pihaknya pula akan meningkatkan rondaan terutama menjelang tahun baru.

sumber : www.hmetro.com.my

Pelaburan Emas : Tips Dari Amatur

goldbars--621x414

Masa zaman universiti, pelaburan emas sangat popular hingga lah ke tahun-tahun pertama saya bekerja.

Beberapa rakan menjadi ejen syarikat emas.

Saya sendiri telah melabur dengan beberapa ketul emas yang mampu milik.

Berdasarkan sedikit pengetahuan saya yang bukan ejen dan inginkan yang terbaik dalam pelaburan, maksudnya inginkan pulangan maksima, saya suka nak berkongsi beberapa tips berguna.

4 TIPS SEBELUM MENGUMPUL EMAS UNTUK PELABURAN:

Tips ini sebagai panduan supaya anda tidak tersalah beli atau beli secara bijak 😀

1) PASTIKAN JENAMA EMAS ANDA.

Banyak kedai barang kemas menjual emas. Syarikat emas pun tumbuh bagai cendawan.

Persoalannya, emas yang mana yang terbaik?

Pastikan emas yang anda pilih diterima baik di dalam Malaysia, mahu pun di luar Malaysia.

Maksudnya, kalau kita pergi ke persada antarabangsa sekalipun, emas itu diterima untuk di tunaikan.

Bayangkan, satu hari nanti Malaysia akan bergolak dan kita semua terpaksa berhijrah ke luar negara. (mohon dijauhkan, ini hanya sebagai contoh sebagai memudah faham)

Bayangkan di luar negara, RM sudah tiada nilai, hanya emas ada nilai.

Kalau kita bawa bersama emas yang diterima di peringkat antarabangsa iaitu ‘internationally recognized’, maka lebih banyak tunai kita akan dapat sekiranya kita jual emas tersebut di luar negara berbanding emas yang hanya ‘local recognized’.

pelaburan-emas-pamp-suisseSalah satu emas yang ‘internationally recognized’

Contohnya

Sebagai contoh, jika kita beli emas dari Habib Jewel, kita akan dapat pulangan maksima hanya jika kita jual semula kepada Habib Jewel.

Tapi bila kita nak jual emas yang kita beli dari Habib Jewel kepada ejen Public Gold, kemungkinan besar harga jual kepada Public Gold adalah lebih rendah.

Begitu juga dengan emas dari Public Gold.

Jadi pastikan emas anda emas yang jual dimana-mana atau kepada mana-mana kedai atau ejen atau negara sekalipun, anda tetap akan dapat pulangan yang maksima.

2) BELI EMAS YANG BUKAN UNTUK DIPAKAI

Emas yang kita beli sebagai rantai, gelang, cincin- pendek kata sebagai perhiasan dan dipakai, nilainya akan susut.

Bila kita nak tunaikan, ia akan menyusut lebih banyak berbanding emas jongkong.

3) BELI EMAS DALAM KADAR SEDIKIT SEDIKIT

Ia lebih menguntungkan bila kita untuk tunaikan kelak.

Emas yang besar, kalau sekali kita tunaikan, dah tak dapat nak simpan lagi sebagai emas melainkan beli jongkong baru pada harga yang lebih tinggi berbanding harga yang kita beli 10 tahun lepas.

Sebagai contoh

Sebagai contoh, tahun 2010 kita beli emas 20 kg dengan harga RM 10 (contoh sahaja ya)

Tahun 2014, emas 20 kg naik harga RM 100

Bayangkan kalau kita beli 20 kg segedebuk, kemudian nak tunaikan hanya nilai 1 kg.

Tapi oleh kerana emas tak boleh dipotong-potong, kita terpaksa tunaikan semua satu jongkong 20 kg dan beli semula emas 19 kg dengan harga baru.

Dah satu kerugian di situ.

4) PASTIKAN EMAS FIZIKAL

Fizikal bermaksud benda yang ada dan kita boleh pegang.

Elakkan beli emas dan hanya simpan sijil. Sebaiknya beli, tengok dan simpan di peti simpanan.

Ini penting untuk persediaan, sekiranya darurat, kita nak keluarkan emas dari pihak bank, kemungkinan besar pihak bank sedang jatuh dan menggunakan emas kita untuk melabur di mana-mana tempat untuk atasi kejatuhan, dan kita tak dapat nak keluarkan emas kita.

pelaburan-emas-pamp-suisse-e-e1408903120115Pastikan anda simpan sijil belian emas. Pamp Suisse siap pakej bersama sijil.

 

oleh Khadeejah Hasmad
sumber – diaryofmuhammad.com

Harga Emas Diramal Jatuh

Ilustrasi+Harga+emas+Turun

MO,NEW YORK Disember 2014 – Emas yang pernah dianggap sebagai ‘penyelamat’ bagi negara yang mengalami kegawatan ekonomi dijangka berhadapan kejatuhan teruk ekoran penurunan harga minyak selain kenaikan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

Harga emas pernah meningkat 70 peratus antara Disember 2008 hingga Jun 2011 berikutan tindakan bank pusat AS membeli hutang dan memegang kos pinjaman yang direkodkan pada kadar yang rendah.

Menurut laporan Bloomberg, harga emas bagaimanapun merosot sehingga 28 peratus pada tahun lalu, dalam tempoh hampir tiga dekad selepas terdapat kalangan pelabur yang mula hilang keyakinan terhadap nilai komoditi tersebut. AS pula meletakkan kadar faedah akan berada pada paras 1.125 peratus menjelang hujung tahun ini.

Pakar ekonomi dan Pengerusi Lembaga Gabenor Sistem Rizab Persekutuan negara itu, Janey Yellen berkata, kadar inflasi akan mencapai sasaran rizab persekutuan dan membolehkan bank pusat negara itu meningkatkan kos pinjaman.

Berdasarkan data terkumpul Bloomberg, pegangan pelabur dalam dana dagangan bursa disokong oleh harga emas pada minggu lalu dicatatkan paling rendah sejak 2009, manakala AS$7.68 bilion (RM26.88 bilion) telah dihapuskan daripada nilai dana pada tahun ini.

Menurutnya, masa depan New York dan pilihan dalam kepentingan terbuka jatuh 5.3 peratus tahun ini, sekali gus mencatat kerugian tahunan buat kali kedua dan kemerosotan paling lama sejak 2005.

Selepas melonjak kepada 4.4 peratus pada awal November lalu setelah empat tahun berada dalam kadar rendah, purata harga emas dijangka berlegar sekitar AS$1,175 (RM4,112.50) pada suku depan, le­bih rendah berbanding AS$1,179.80 (RM4,129.30) yang ditutup semalam.

Sachs Group Inc. mengunjurkan harga emas jatuh sehingga AS$1,050 (RM3,675) pada Disember manakala Societe Generale SA menjangkakan komoditi itu berada di paras AS$950 (RM3,325) suku keempat 2015.

Berikutan itu, Ketua Pegawai Pelaburan Deltec International Group, Atul Lele melihat emas sebagai perlindungan nilai inflasi yang tidak perlu.

“Kami berpendapat, inflasi di AS mungkin akan meningkat tetapi tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pelaburan Bersama OakBrook Investments LLC, Peter Jankovskis berkata, kadar minyak yang dijangka naik tahun depan secara tidak langsung akan memperlihatkan emas mengalami tekanan memandangkan dolar terus bergerak lebih tinggi.

“Ketika ini, lupakan tentang inflasi sebaliknya kita bercakap tentang deflasi yang mana kejatuhan harga minyak akan menambah tekanan kepada deflasi,” ujarnya. ?– AGENSI