Kisah Sontot Tentang Emas ETA

Topeng

Cerita Sebenar Tentang Emas ETA.

bulan pertama
sipolan bernama A, ada modal 200k, beli emas 1kg = 135,000
dia akan jual emas ni dengan harga murah, contoh 100,000 tapi perlu delay selama 30 hari.
tapi dia tak buka di facebook, dia approach orang2 yang mata duitan yang tak berapa bijak matematik.
orang2 ini yang menamakan diri pengelola/wakalah akan order pada sipolan A ni,
tapi pada client, mereka akan beritahu yang mereka order dari kilang ( tak wujud pun kilang, sebenarnye order pada si A)
dan pengelola pun buka la ETA 30 harga 110,000 untuk 1kg.
_________________________________________________________________________________________

bulan ke dua
balance duit si A, ada 165,000. beli lagi emas 1 kg, harga 135,000.
jual emas ni harga murah lagi 100,000 pada pengelola. kerugian kali ni, pun sama 35,000
total kerugian = 70,000.
jangka masa untuk dua transaksi ini adalah 2 bulan. dalam masa 2 bulan, nama pengelola dah naik, pungpang trusted kiri kanan,
penjilat tumbuh bagai cendawan. segala ilmu, teknik pusing, teknik ar rahnu, teknik cincin belah rotan walaupun tak logik, orang akan percaya.
tapi si A rilek je kat rumah, no publisiti. tak ada orang kenal pun, yang orang sebut2 hanya pengelola.
_________________________________________________________________________________________

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

_________________________________________________________________________________________

setelah beberapa siri kerugian untuk pancing investor, si A deploy 5-6 orang untuk berlakon sebagai kilang, dan promot pada pengelola,
masa tu, kuota tak kurang 10kg, dan dalam market kalau kita kumpulkan, bertan2 emas diorang ni ada ( logik ke???)
pada masa ni, semua orang yang percaya dengan pengelola, yang percaya dengan teori akhir zaman, yang keluar hadis emas berbuku2, akan buatla pinjaman bank, keluarkan asb, gadai tanah, untuk beli emas eta.
bila dinasihat, dia kata ini tak lebih dari jual beli, kita pulak yang dikata bodoh tak faham jual beli. ada yang kata diorang tak main program (padahal program tu adalah berasaskan ETA, jika tiada ETA, tiada la program)
tapi mereka tak berapa bijak, jadi kita biarkan. yang ada kereta, gadai kereta dengan emas, kereta masih bayar bulan2. yang ada rumah, gadai rumah dengan emas, loan rumah masih perlu bayar.(keadaan paling bodoh kalau diorang fikir balik)
_________________________________________________________________________________________

tapi dalam cerita ni si A adalah yang paling bijak.
dia akan beli ETA dari pengelola secara senyap dengan amount yang banyak dari berpuluh2 pengelola. dan lipat berkali2 melalui beberapa orang.
sampai masa berKG emas yang dijanjikan pada pengelola, diorang tak deliver (sbb barang mmg takde), tapi pengelola perlu dahulukan duit sendiri untuk jaga nama, dan juga berharap kilang akan deliver.
tapi mereka tak faham game ni. jadi bergadaila bayar emas client (termasuklah emas si A yang diorang tak sedar A ni order pada diorang)
dan juga si A dah ada berpuluh2 bijik rumah berpuluh2 bijik kereta, hasil daripada tukaran dengan emas, sebab si A ni tahu, orang yang tukar barang dengan emas ni, takkan pulangkan balik emas, sebab pasti akan tersontot. sebab sistem ni dia yang cipta.
jadi dia tahu.
_________________________________________________________________________________________

ok sekarang. dengan modal 200k si A, berapa juta agaknya dia collect?
berapa banyak aset dia ada?
sy tahu ramai yang fikir “cilaka tokbomoh ni tipu aku”, dan menggangap tokbomoh itulah si A ni.
tapi sy rasa, tok bomoh ni pun kene tipu jugak, cuma depan orang ramai perlu berlagak bijak. leader marketing, biasalah, semua nak nampak bagus.
_________________________________________________________________________________________
ada yang bertanya kenapa tak pulang modal? beri modal pun dah ok.
hmmm.. fahamilah cerita ini dah selepas itu, tahu lah anda kenapa modal tak nampak langsung.
_________________________________________________________________________________________
sama cerita seperti penipuan topup dulu2. celcom, maxis, digi topup akan dijual harga 7rm, berebut la orang beli, order kali pertama 10k pcs, dapat.
order kali kedua 20k pcs pun, dapat.
order kali ketiga 100k pcs, duit dah bayar 700k, topupnye tak nampak sampai la tahun 2015 ni. untung tak seberapa, rugi berganda2.
si penipu hanya rugi 90k rm je. tapi bawak lari 700k.
hmm.. cerita tahun 2006. pengalaman mematangkan diri..
_________________________________________________________________________________________

kesimpulan, jangan la percaya bulat2 perkara yang kita sendiri tak berapa faham. pakai ikut je. orang yang kita ikut jatuh tak seberapa, tapi kita jatuh dah tak boleh bangun dah.
banyakkan diri sendiri dengan ilmu. baca sejarah2. perkara ni bukan baru, sejarah yang berulang2. cuma watak berbeza2. mmg betul ada yang berjaya dengan emas, tapi orang tu betul2 berilmu.
bukannya ilmu yang tak jelas/tak logik, ilmu eta, ilmu pusing, ilmu manipulate arrahnu yang asasnya tak jelas. ada satu pengelola yang sy nampak di fb, kiraan matematik pun tak betul, siap tampal graf, tapi ramai yang komen nak belajar.
nasihat sy, belajar lah dari orang yang berilmu, tuhan bagi kita otak, nak fikir logik atau tidak, jika tak logik pun kita percaya, mana kita letak otak kita ni?

akhir kata.
selamat maju jaya pada si A, dan anda diperhatikan. ramai yang dah boleh baca anda ni siapa. dan tak lama lagi anda akan busted.

-cerita dari facebook

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Harga Emas di Malaysia : Siri 3

315699_308681889249650_553206616_n

Adalah disarankan agar pembeli membuat analisa dan penyelidikan sendiri sebelum membuat keputusan apakah pilihan terbaik untuk pelaburan atau pembelian yang ingin dilakukan. Jangan mudah terpengaruh dengan apa jua pengiklanan atau desakan sebelum membuat penyelidikan sendiri. Zaman ini kebanyakan maklumat berada dihujung jari, jadi amat mudah untuk pembeli membuat perbandingan. Justeru penjual yang tidak berkongsi maklumat seperti harga produk yang dijual di laman web mereka bolehlah dianggap tidak telus dan tidak prihatin.

Pembeli juga perlu membuat bandingan secara “apple-to-apple”. Contohnya perbandingan yang tepat ialah membandingkan harga emas jongkong 50g 999.9 (24k) dengan emas jongkong yang lain pada berat dan ketulenan yang sama.

Jangan sekali-kali membandingkan harga per gram emas 999 (24k) dengan harga per gram emas 916 (22k), dan juga jangan membandingkan harga per gram emas jongkong 50g dengan harga per gram emas jongkong 5g. Seperti yang telah dimaklumkan dalam siri sebelum ini, ketulenan berbeza dan denominasi yang berbeza membawa kepada premium yang berbeza.

Begitu juga dengan jenama. Setiap jenama meletakkan premium yang berbeza-beza untuk produk-produk keluaran mereka. Antara jenama-jenama besar yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (LBMA) di dalam “Good Delivery List” ialah PAMP, Perth Mint, Valcambi, Argor-Heraeus, Istanbul Gold Refinery, Johnson Matthey, Metalor, Umicore, OPM, dan lain-lain.

Pembeli juga perlu memberi perhatian terhadap harga emas yang ditawarkan dalam bentuk buku simpanan yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan (i.e : Gold Saving Passbook Account (GSPA), Gold Investment Account (GIA), dll). Ini kerana apabila pembelian tidak dibuat dalam bentuk fizikal, pembeli tidak mempunyai pilihan selain menjual kembali emas yang dibeli kepada institusi-institusi kewangan terbabit.

Contohnya pembelian emas yang dibuat melalui Gold Saving Passbook Account di Maybank hanya boleh dijual kembali ke Maybank. Ianya tidak boleh dijual kepada pembeli lain atau ke bank-bank lain seperti CIMB atau Public Bank.

Perlu diingatkan, institusi-institusi kewangan terbabit mempunyai kawalan penuh sama ada untuk menaikkan atau menurunkan harga jualan dan harga belian semula. Pembeli tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan menerimanya. Justeru pembeli terdedah kepada kawalan harga oleh para penjual yang tidak menawarkan pembelian emas dalam bentuk fizikal.

Walau bagaimanapun, masalah di atas boleh dielakkan sekiranya pembeli memiliki emas dalam bentuk fizikal kerana emas dalam bentuk fizikal boleh dijual semula dengan mudah kepada orang lain atau kepada mana-mana kedai dan syarikat yang menawarkan harga yang lebih tinggi. Mesej penting di sini ialah emas fizikal tidak terdedah pada risiko kawalan atau manipulasi harga oleh mana-mana penjual yang tidak menawarkan emas dalam bentuk fizikal.Mungkin pembeli akan dimaklumkan bahawa institusi-insitusi kewangan yang menjual emas melalui buku-buku simpanan juga menawarkan emas fizikal sekiranya pembeli mahu. Benar, sekiranya ini berlaku pembeli harus memasukkan pertimbangan-pertimbangan di bawah dalam kos pembelian:

  1. Premium yang dikenakan untuk emas fizikal yang diminta (contohnya setiap 100g yang dikeluarkan dari buku simpanan, premium atau caj untuk jongkong emas terbabit ialah RM 200). Kos ini hendaklah dimasukkan dalam kos keseluruhan pembelian;
  2. Kos transaksi / kos pemprosesan yang dikenakan untuk proses pengeluaran tersebut. Kos ini hendaklah dimasukkan dalam kos keseluruhan pembelian;
  3. Syarat denominasi minimum pengeluaran emas fizikal. Kebanyakan institusi-institusi kewangan yang menjual emas berbentuk buku simpanan menetapkan denominasi minimum sebelum pengeluaran berbentuk fizikal layak diproses. Contohnya pengeluaran berbentuk fizikal hanya boleh dibuat untuk berat 100g. Justeru sekiranya pembeli mempunyai emas sebanyak 150g di dalam buku simpanannya, dia hanya boleh mengeluarkan emas fizikal sebanyak 100g sahaja dari buku simpanannya dan baki 50g lagi hanya boleh dikeluarkan sekiranya pembeli menjualnya kembali kepada bank terbabit.

oleh Mohd Faizal Mohd Nor
www.nubex.my

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Hukum Pembelian Emas Secara Tempahan Berdiskaun

smartgold-main-menu

ISU:

Apakah hukum pembelian emas secara tempahan berdiskaun. Saya membeli emas 10gram, goldbar 999. Harganya RM1700. Setiap bulan saya mendapat diskaun sebanyak RM14 untuk setiap 1gram. Paling awal saya boleh mengambil emas ialah selepas tiga bulan dan paling lewat ialah selepas 36 bulan.

PENJELASAN:

Pemberian diskaun dalam penjualan emas adalah dibenarkan sekiranya pembelian emas dibayar dengan matawang selain daripada emas, seperti pembelian emas menggunakan perak, atau pembelian emas menggunakan mata wang kertas (spt. RM, USD). Manakala dalam pembelian/pertukaran emas dengan emas, diskaun pada harga adalah tidak dibenarkan kerana antara syarat khas jual beli emas dengan emas ialah tamāthul (persamaan) pada kadarnya.

Dalam skim yang disebut dalam soalan di atas, tidak ada isu syariah berkaitan dengan pemberian diskaun kerana emas dibeli dengan menggunakan duit kertas iaitu Ringgit Malaysia. Tetapi wujud isu kelewatan dalam penyerahan emas, kerana emas tidak diserahkan serta-merta selepas pembelian sebaliknya diserahkan seawal-awalnya selepas tiga bulan.

Ini tidak menepati salah satu syarat asasi dalam jual beli iaitu taqābudh yang menghendaki penyerahan emas dan pembayaran harga dilakukan dalam satu majlis iaitu ketika akad jual beli dijalankan. Dalam Parameter Pelaburan Emas, syarat tersebut disebut sebagaimana berikut: Parameter No. 11: Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

Justeru, akad jual beli emas sebagaimana skim yang disebutkan dalam soalan adalah tidak sah kerana tidak menepati syarat jual beli emas, dan tidak menepati Parameter Pelaburan Emas yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011. (parameter-pelaburan-emas)

Wallahu a’lam.

e-fatwa

Harga Emas di Malaysia : Siri 1

946519_651069418252682_1170546437_n

Sebelum kita berbincang tentang harga emas di Malaysia, pembeli perlu tahu tentang harga emas dunia. Ya, bagaimana harga emas dirujuk, dari mana sumbernya, siapa yang menetapkan harganya?

Dalam dunia hari ini, emas dianggap sebagai sebahagian dari komoditi seperti petroleum, kelapa sawit, getah, gula, dan lain-lain yang mana harganya sentiasa diapungkan di pasaran terbuka. Antara pasaran terbesar yang dijadikan rujukan harga emas ialah pasaran lani (spot market) dan pasaran hadapan (futures market) yang dikenali juga sebagai pasaran derivatif. Pasaran hadapan ini didagangkan di pelbagai bursa komoditi, antara yang terbesar ialah CME Group yang juga merupakan antara pemegang saham terbesar dalam Bursa Malaysia.

Antara laman web yang boleh dijadikan rujukan untuk harga emas lani (spot market) ialah Bullion Desk manakala untuk harga emas pasaran hadapan pula ialah di CME. Para pembeli yang baru berjinak dengan logam berharga ini mungkin akan menghadapi sedikit masalah kerana kedua-dua rujukan di atas menggunakan USD dalam paparan harga. Jadi untuk memudahkan para pembeli membuat rujukan dalam Ringgit Malaysia, adalah disyorkan agar mereka merujuk harga pasaran hadapan di Bursa Malaysia.

Perlu diingatkan bahawa harga emas di pasaran lani dan pasaran hadapan bukanlah petunjuk sebenar untuk harga emas fizikal yang dijual di pasaran runcit. Di pasaran runcit, secara umumnya terdapat perbezaan harga kerana pemborong dan peruncit menanggung kos atau diistilahkan sebagai premium untuk emas fizikal tersebut. Kos atau premium ini termasuklah kos perlombongan (mining), kos penulenan (refining), kos pembuatan (casting atau minting), kos pengangkutan, kos insurans, dan kos-kos lain berkaitan operasi.

Terdapat juga segelintir kelompok yang beranggapan bahawa harga emas dikawal oleh Bank Negara Malaysia. Ini adalah maklumat yang tidak tepat. Untuk makluman semua, Bank Negara Malaysia TIDAK mengawalselia sebarang urusniaga berkaitan emas di Malaysia. Ini selaras dengan peruntukan yang disediakan di bawah Akta Kawalan Pertukaran 1953 (semakan 2007) yang menyebut: “Pursuant to the Exchange Control (Gold Exemption) Order 1986, residents and non-residents in Malaysia are free to buy, borrow, sell, lend or export gold.”

oleh Mohd Faizal Mohd Nor
www.nubex.my

 

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Teknik Rahsia Urusniaga Jual Beli Emas

kejayaan-pelaburan-emas-3

Belajar cara dan teknik pelaburan emas sebenar : Ramai yang kata, buat bisness pelaburan emas ni menguntungkan sebab harga emas sentiasa akan naik. Benarkah?

Jika dilihat kepada harga emas semasa, tidaklah asyik naik sahaja, ada juga turun malah kini pun tidaklah sehebat harganya sewaktu di penghujung 2011 dan awal 2012 dulu. Sebab itu pelaburan emas ini sebenarnya bukanlah satu pelaburan yang terjamin dan pasti untung!

Hakikatnya ramai yang menceburi pelaburan emas ini sebenarnya rugi berbanding mereka yang untung dan berjaya beroleh pulangan seperti yang diidam-idamkan.

Ramai pula yang melabur sekadar ikut-ikut cakap orang atau pun melabur di bawah kendalian orang lain. Inilah masalah utamanya iaitu tidak mahu atau lebih tepat lagi malas untuk mencari ilmu dan melakukan sendiri. Bila rugi, salahkan orang lain! Harga emas jatuh anda pun terduduk sedangkan pelabur lain masih mampu meraih keuntungan!

Kenapa boleh jadi begini? Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan memahami konsep sebenar akan pelaburan emas ini.

Untuk Berjaya Perlu Berilmu

Oleh sebab itu, untuk menceburi bidang pelaburan emas ini, anda mesti mempunyai ilmu, panduan dan rujukan dari mereka yang benar-benar bertauliah dan terbukti berjaya dalam bidang ini. Siapakah yang terbaik untuk dijadikan mentor?

Beliau yang dimaksudkan adalah Saudara Azizi Ali iaitu penceramah, penulis, jurulatih dan juga mentor jutawan #1 Malaysia.

Nak berjumpa beliau untuk menuntut ilmu… sudah tentu boleh sahaja dengan menghadiri seminar-seminar beliau yang sentiasa dianjurkan di setiap pelusuk negara. Tapi anda haruslah bersedia untuk melabur sebanyak RM890 untuk menjadi peserta seminar ini. Ya! Itulah harga yang perlu dibayar untuk mendapatkan ilmu dari seorang yang telah terbukti keberhasilannya!

Rahsia-Emas

Rahsia Sebenar Kejayaan Pelaburan Emas

Namun begitu, janganlah pula anda risau kerana semua ilmu, teknik dan panduan untuk berjaya dalam pelaburan emas ini telah beliau dedahkan dalam bentuk audio dan e-book : “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Ianya juga amat mudah difahami dan serba lengkap. Untuk mengetahui maklumat produk ini dengan lebih jelas lagi sila ke link berikut : Rahsia Emas

Yang lebih menarik adalah tawaran harga yang ditawarkan, amat-amat murah tetapi berbaloi! Malah anda diberi jaminan 30 hari untuk mencubanya! Tak puas hati… pulangkan sahaja! Wang anda dikembalikan!

Jika anda sudah bersedia untuk memasuki bidang pelaburan emas ini maka dapatkanlah set audio dan e-book “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar” sekarang melalui link berikut: “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

 

Berikut adalah carta harga emas semasa di Malaysia sebagai rujukan anda
SpotPrice-chart

 

Usaha Untuk Mencapai Kejayaan

Tidak kira dalam apa jua yang anda lakukan, pastikan anda punya ilmu yang betul dan tepat serta yang telah terbukti untuk dijadikan panduan. Sedangkan Rasulullah SAW pun berguru dengan Jibrail inikan pula kita insan yang tiada keistimewaannya. Lihatlah… mereka yang berjaya ini pun masih berguru dan perlukan ilmu!

kejayaan pelaburan emas 2

Semoga anda semua berjaya mencapai cita-cita yang diimpikan. Ingat! Setiap usaha harus disusuli dengan keyakinan, doa dan tawakkal. Rezeki itu dari Allah SWT… dan akan dikurniakan kepada mereka yang berusaha untuk mendapatkannya!

 

sila klik banner @ link  : “Rahsia Kejayaan Emas Sebenar” untuk info lebih lanjut.

Persoalan skim cepat kaya melibatkan Emas

Kes-Penipuan-DhiyaFaris_zps2e18e11e

Soalan

Persoalan skim cepat kaya. Kawan saya ada mengendalikan satu skim cepat kaya, dengan menggunakan istilah hibah keatas pembelian emas, atau kadang kadang jual, kereta, basikal dll, hibahnya adalah emas.Hibah diberikan secara tetap sebanyak 10% daripada harga belian contohnya bagi pembelian 10k, hibah bulanan ialah 1k, sehingga 20 bulan. Hibah emas bernilai 100 gram, akan diberikan selepas 10 bulan bagi pembelian basikal yg harga asalnya rm500, dijual denga harga 10k. Sekiranya memang tidak ada elemen riba seperti jual beli emas secara tangguh, tidak melibatkan hutang yang memberikan manfaat kepada pemberi pinjaman, apa masalah feqah dengan skim ini?

Jawapan

Skim cepat kaya/money game/ponzi scheme direka oleh mereka yang tamak dan tidak bertanggungjawab dalam pelbagai inovasi, ada yg jual lintah, ikan kelisa, cacing, lembu, pokok depu, kad prepaid emas, perak dll. Diantara ciri2 utamanya ialah ia menjanjikan samada bertulis atau secara verbal memberikan pulangan yang tinggi di samping menjamin modal. Ada yang sanngup memberi cagaran rumah atau tanah atau apa apa harta untuk meyakinkan pelanggan, menggunakan kedudukan, hubungan persahabatan, dan yang paling teruk atas dasar agama kononnya ingin membasmikan sistem riba, (walaupun mereka sendiri yang menyebarkan riba). Tak kira samada dinamakan pelaburan atau jual beli atau hibah, tujuannya adalah sama, menarik perhatian mereka yg tak ambil berat tentang hukum hakam, tamak dgn pulangan yg menarik, samada sedar ttg risiko atau tidak, bahawa ia adalah money game/ponzi scheme, sesetengah pelabur mudah terjerat. Ada yang hati kecil mereka, curious, suspicious, tak berapa tenang, ada yang tak lena tidur, meragui tentang status halal haram dan juga samada akan dapat atau tidak pulangan keuntungan yang dijanjikan.

Pengendali skim pula sibuk mencari helah dan 1001 jawapan dan terus cuba meyakinkan pelabur walaupun dengan pembohongan, walaupun dengan mempertikaikan atau takwil hukum hakam dan hadis2 Rasulullah, sebab mereka sudah buat kesilapan, sudah terjerumus, munkin hati mereka sudah terlalu keras, sudah biasa berdalih, sudah terlalu sukar untuk berhenti, munkin ingin menjadi lebih kaya, munkin nak cover kos, munkin belum sampai target; kerana mereka tahu, sekiranya seorang pelabur menarik diri atau tidak ada pelaburan baru, maka akan hancurlah skim itu.

Untuk menjawab persoalan di atas, ya memang hukum asal hibah adalah harus, tetapi perlu diingat bahawa bukan riba sahaja yang diharamkan oleh Shariah Islam, bahkan penipuan (taghrir), gharar, perjudian, mengambil harta orang lain secara batil (aklu amwal al nas bi al batil) dll juga diharamkan.

Haram di dalam feqah terbahagi kepada dua haram lizati (ab initio), iaitu haram kerana sesuatu itu sendiri seperti arak, babi, riba. Kedua, haram lighairi,(external factor) iaitu sesuatu yang halal juga boleh bertukar menjadi haram kerana faktor luaran seperti menanam anggur untuk dijual kpd kilang arak, membekalkan botol arak ke kilang arak, dll.

Dalam isu skim cepat kaya yang munkin tidak melibatkan riba, seperti menaikkan harga basikal 20 kali ganda, kemudian dihadiahkan emas, atau menjual emas dengan harga mark up dan menjanjikan hibah berbentuk pulangan tetap bulanan yang sangat luar biasa, ia adalah helah untuk menarik lebih ramai pelabur.

Walaupun pada asalnya hibah adalah harus, tetapi apabila ada unsur penipuan, ia boleh bertukar menjadi haram, seperti hukum asal menanam anggur adalah harus, tetapi kerana tujuannya membawa kepada perkara haram, maka hukumnya berubah menjadi haram; samalah juga dengan money game yang mana pada kesudahannya akan ada yg menjadi mangsa penipuan, kerana ia bukan perniagaan yang sebenar, hanyalah fictitious, maka hibah tadi dan keseluruhan skim itu menjadi haram.

Skim cepat kaya/ponzi scheme/money game termasuk di dalam penipuan (taghrir), mengambil harta org lain dgn batil (aklu amwal al nas bi al batil) dan juga haram lighairihi.

Wallahua’lam

sumber – drazman.net (Dr.Azman Mohd Noor)

Pelaburan Emas Mengikut Islam

goldtreasure004

Emas sentiasa dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi muamalat Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang sangat bernilai.

Pendakwah bebas, Shahrizan Daud At Tubari berkata, mengikut muamalat Islam, urus niaga jual beli emas adalah dikategorikan dalam kontrak Al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya secara mudah kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit dan dollar.

“Penyerahan (qabd) barangan emas dan nilai harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tassaruf emas oleh pembeli).

“Penyerahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembelian tunai, cek, kad kredit dank ad debit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau email.

“Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara terus tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru pembelian emas secara ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak,” katanya.

Menurutnya lagi, walaupun begitu kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.

“Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta. Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa’d) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.

“Maksudnya, walaupu harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya pada harga yang telah dikunci. Namun begitu ianya masih tertakluk kepada beberapa isu dan berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fartwa Majlis Kebangsaan yang brsidang pada 13 – 15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:

Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini adalah membuat, purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Perjanjian pembelian ini dinamakan `kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

Selain itu, terdapat beberapa syarat lain terutamanya berkenaan fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas.

sumber – Internet

Melabur Emas Mengikut Syariah

ba_04.1Umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan. – Gambar hiasan

EMAS pada sepanjang zaman dianggap sebagai simbol kekayaan, kemasyhuran dan kecantikan. Dalam sejarah ekonomi Islam, emas merupakan mata wang dan aset simpanan yang baik.

Teks al-Quran dan hadis banyak menjelaskan kepentingan emas dalam kehidupan manusia. Emas dirujuk sebagai mata wang dinar dalam firman-Nya: Dan di antara ahli-ahli kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, dia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepada kamu dan ada pula di antara mereka, yang kalau engkau amanahkan menyimpan hanya satu dinar sahaja pun, dia tidak akan mengembalikannya kepada kamu, kecuali kalau kamu selalu menuntutnya. (ali-‘Imran: 75)

Selain digambarkan sebagai harta kekayaan dalam surah ali-‘Imran: 14 dan 91, al-Nisa’: 20, al-Taubah: 34, al-Zukhruf:33-35, al-Quran juga mendedahkan emas akan kekal sebagai barang berharga sehingga hari akhirat seperti dalam surah al-Israk: 93, al-Kahfi: 31, al-Hajj: 23, al-Faathir:33, al-Zukhruf: 53, al-Zukhruf: 71 dan al-Insan: 21.

Selain dijadikan barang kemas, emas juga menyimpan kekayaan yang paling unggul. Ini kerana ia tidak boleh dibinasakan dan tidak hilang nilainya. Malah, nilainya sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.

Ini dibuktikan dengan kenaikan harga emas daripada RM1,740.65/per aun kepada RM5,890.93/per aun, iaitu kenaikan sebanyak 238 peratus harga emas dalam tempoh lima tahun (2006 hingga 2011) atau secara purata kenaikan setahun adalah 48 peratus.

Kebenaran emas sebagai penyimpan nilai yang stabil boleh disaksikan melalui nilainya yang hampir sama sejak zaman Rasulullah SAW hingga sekarang.

Dalam sebuah hadis daripada Syahib bin Garqadah berkata: Saya mendengar penduduk bercerita tentang ‘Urwah, bahawa Nabi SAW memberikan wang satu dinar kepadanya agar dibeli seekor kambing untuk beliau, lalu dengan wang satu dinar tersebut ia membeli dua ekor kambing, kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu dinar dan satu ekor kambing. Nabi SAW mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya ‘Urwah membeli tanah pun, ia pasti beruntung. (riwayat al-Bukhari)

Hadis ini menjelaskan harga seekor kambing pada zaman Rasulullah SAW lebih kurang satu dinar. Agak menarik, kestabilan harga emas terbukti dengan harga seekor kambing pada zaman kini juga lebih kurang RM750 atau satu dinar (bersamaan nilaian 4.25 gram emas).

Namun, akibat pelbagai hambatan ekonomi dunia fungsi dinar emas kini telah berubah kepada suatu komoditi yang diniagakan.

Perubahan landskap ekonomi dunia juga menimbulkan keghairahan di kalangan umat Islam di negara kita untuk melakukan urus niaga terhadap emas dalam bentuk pelaburan sama ada bentuk fizikal seperti siling, jongkong, barang kemas atau dalam bentuk akaun pelaburan emas.

Situasi ini menyebabkan kadang-kadang menyebabkan masyarakat yang lupa batas-batas syariah berkaitan urus niaga emas, terutama terjebak dengan amalan riba yang haram dan dikutuk dalam Islam, tidak memenuhi syarat kontrak dan sebagainya.

Mengikut muamalat Islam, urusniaga jual beli emas adalah termasuk dalam kontrak al-Sarf, iaitu jual beli mata wang. Maksudnya, kita membeli atau menjual emas dengan menggunakan mata wang seperti ringgit atau dolar.

Secara umum, urus niaga emas hendaklah memenuhi syarat utama kontrak al-Sarf yang digambarkan oleh Rasulullah SAW dalam riwayat oleh ‘Ubadah bin al-Samit: Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, tamar dengan tamar, garam dengan garam, perlu sama, timbangan sama dan diserah tangan segera. Jika berlainan jenis, juallah seperti mana kamu kehendaki selagi ia serahan segera (tidak bertangguh). (riwayat Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad).

Hadis ini menjelaskan syarat transaksi emas dengan mata wang iaitu:

Serahan (qabd) barangan emas dan harga berlaku antara penjual dan pembeli (atau wakilnya) dalam majlis akad sebelum berpisah. Serahan emas oleh penjual boleh berlaku dalam bentuk hakiki (serahan fizikal emas) atau secara hukmi (penguasaan dan kemampuan mengendali/tasarruf ke atas emas oleh pembeli).

Serahan harga oleh pembeli pula boleh berlaku melalui pembayaran tunai, cek, kad debit atau kad kredit. Serahan ini mestilah berlaku dalam satu majlis akad antara penjual dan pembeli (atau wakil) sama ada melalui pertemuan fizikal, khidmat pesanan ringkas (SMS), telefon atau emel.

n Serahan barangan emas dan harga hendaklah berlaku secara on the spot tanpa ada sebarang tempoh penangguhan masa. Justeru, pembelian emas secara bayaran ansuran atau hutang tidak dibenarkan syarak.

Walaupun begitu, kontrak jual beli emas yang melibatkan pembayaran cek atau pemindahan wang yang memerlukan tempoh matang seperti tiga hari bekerja dianggap masih belum berlaku akad tersebut hinggalah penjual mendapat bayarannya.

Apabila mendapat bayaran, kontrak akan berlaku dan penjual hendaklah menyerahkan emas kepada pembeli serta merta.

Suatu perkara yang penting dalam jual beli emas adalah berkaitan lock price (kunci harga), iaitu pembeli meletakkan perjanjian (wa’d) untuk membeli atau menjual pada harga tertentu.

Maksudnya, walaupun harga emas naik atau turun, pembeli dapat membelinya dengan harga yang telah dikunci tersebut.

Berhubung dengan perkara ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah memberikan panduan seperti berikut:

Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini adalah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu.

Perjanjian pembelian ini dinamakan ‘kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

Selain itu, terdapat beberapa syarat-syarat lain terutama tentang fizikal emas dan harga yang mesti diambil berat oleh pelabur-pelabur emas, antaranya :

– Emas hendaklah wujud, dimiliki penuh oleh penjual dan boleh diserahkan kepada pembeli sekurang-kurangnya dalam tempoh uruf (kebiasaan);

– Emas hendaklah diketahui sifat fizikal, timbangan berat dan ketulenannya sama ada melihat sendiri fizikalnya atau melalui contoh pesanan.

– Nilai harga emas hendaklah diketahui dan dipersetujui oleh penjual dan pembeli.

– Kontrak jual beli hendaklah dilakukan atas dasar persetujuan dan keredaan, tanpa wujudnya sebarang paksaan, tipu helah atau sebarang penyembunyian keaiban.

Akhirnya, perlu diingatkan bahawa umat Islam perlu mengembalikan fungsi asas emas sebagai mata wang dan aset simpanan.

Jika terlibat dalam pelaburan emas yang menjanjikan bahagian sementara. Seharusnya kita tidak terjebak dengan amalan yang dilarang syarak seperti riba, perjudian, spekulasi, penipuan dan sebagainya.

sumber : ww1.utusan.com.my

Pengurus didakwa tipu urusan jual beli Emas

37Penipuan (2)

KUALA LUMPUR: Seorang pengurus syarikat jual beli logam berharga mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini semalam terhadap empat pertuduhan menipu seorang ahli perniagaan berhubung urusan jual beli 47.5 kilogram emas membabitkan lebih RM5.3 juta, awal bulan ini.

Mohd Khairul Firdaus Mohd Rejab, 29, didakwa memperdayakan Nurul Syazalina Md Isa, 29, untuk mempercayai bahawa dia boleh menyerahkan 47.5kg emas sedangkan dia tidak mempunyai emas itu sehingga mendorong wanita berkenaan menyerahkan wang tunai berjumlah RM5,352,950 kepadanya.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat bernombor B-12A-G, Jalan Selaman 1, Dataran Palma, Ampang Jaya di sini pada jam 5 petang, 3 hingga 5 Dis lepas.

Bagi kesemua pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz menawarkan jaminan RM535,000 dengan seorang penjamin atas alasan amaun itu adalah munasabah memandangkan ia hanya 10 peratus daripada jumlah kerugian.

Peguam Abd Muiz Samsuri yang mewakili tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM100,000 memandangkan anak guamnya menanggung isteri yang tidak bekerja dan tiga anak yang masih bersekolah.

Hakim Unaizah Mohd membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan dua penjamin bagi kesemua pertuduhan serta syarat tambahan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan menetapkan 5 Feb untuk sebutan.
Di mahkamah sama, seorang penganggur mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan menyerang seorang anggota polis menggunakan parang, bulan lepas.

Noorzyzy Shah Abdul Rahman, 32, didakwa menyerang Sarjan Rohaizad Jaafar, 46, dari Bahagian D9 (Siasatan Khas), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, menggunakan parang yang boleh mengakibatkan kematian.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan tapak pasar malam, Lorong Sarawak, Taman Melawati, Ampang pada 1.50 tengah hari 25 Nov lepas mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Nurakmal Farhan tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu adalah serius.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 29 Jan untuk sebutan. — Bernama

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Pelaburan Emas kini semakin panas

63968_175188385842103_174685805892361_515248_1487934_n

Pelaburan Emas kini semakin panas. Berbagai skim kini muncul dan sudah banyak yang “tersontot”. Saya tak pasti siapa yang memulakan istilah sontot ini, namun ia kini mula digunakan secara meluas untuk mengambar mereka yang telah membuat pelaburan emas sebelum ini sudah kena tipu.

Tiada Manipulasi Emas sebenarnya…Yang dimanipulasi sebenarnya ialah wang pelabur dan ditambah dengan item ribawi iaitu emas sebagai penarik minat bakal mangsa. Emas yang berfungsi sebagai logam berharga dijadi satu alat manipulasi untuk menari minat mangsa.

Pada awalnya mereka membayar, yang kononnya sebagai dividen. Apabila sudah tepi, mereka akan menyepi, jadi munculkan istilah sontot ini.. Mereka juga mengunakan hadis tentang Rasullullah SAW yang menyarankan agar umat Islam menyimpan emas. Ya. Itu betul, menyimpan emas. Jadi jika anda membeli emas, pastikan anda mendapat emas berkenaan secara terus dan tidak bertangguh.

Jika mendapat pulangan wang ringgit yang tetap dalam tempoh tertentu. Ia adalah satu transaksi riba. Ia bermakna anda mungkin terlibat dalam satu transaksi yang Allah benarkan untuk diperangi dan dibunuh.

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

Bagaimana Hukum Pembelian Emas Secara Berdiskaun atau ETA

Apakah hukum pembelian emas secara tempahan berdiskaun. Saya membeli emas 10gram, goldbar 999. Harganya RM1700. Setiap bulan saya mendapat diskaun sebanyak RM14 untuk setiap 1gram. Paling awal saya boleh mengambil emas ialah selepas tiga bulan dan paling lewat ialah selepas 36 bulan.

PENJELASAN:

Pemberian diskaun dalam penjualan emas adalah dibenarkan sekiranya pembelian emas dibayar dengan matawang selain daripada emas, seperti pembelian emas menggunakan perak, atau pembelian emas menggunakan mata wang kertas (spt. RM, USD). Manakala dalam pembelian/pertukaran emas dengan emas, diskaun pada harga adalah tidak dibenarkan kerana antara syarat khas jual beli emas dengan emas ialah tam?thul (persamaan) pada kadarnya.
Dalam skim yang disebut dalam soalan di atas, tidak ada isu syariah berkaitan dengan pemberian diskaun kerana emas dibeli dengan menggunakan duit kertas iaitu Ringgit Malaysia. Tetapi wujud isu kelewatan dalam penyerahan emas, kerana emas tidak diserahkan serta-merta selepas pembelian sebaliknya diserahkan seawal-awalnya selepas tiga bulan. Ini tidak menepati salah satu syarat asasi dalam jual beli iaitu taq?budh yang menghendaki penyerahan emas dan pembayaran harga dilakukan dalam satu majlis iaitu ketika akad jual beli dijalankan. Dalam Parameter Pelaburan Emas, syarat tersebut disebut sebagaimana berikut: Parameter No. 11: Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

Justeru, akad jual beli emas sebagaimana skim yang disebutkan dalam soalan adalah tidak sah kerana tidak menepati syarat jual beli emas, dan tidak menepati Parameter Pelaburan Emas yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011. – parameter-pelaburan-emas

Artikel diatas saya salin daripada Facebook JAKIM.

Daripada komen yang di page berkenaan, ada yang mempertikaikan Hukum-Hukum ini dengan membandingkannya dengan cabutan bertuah di tv, ASB, Cadbury, Pusat Judi Nombor Ekor dan sebagainya.

Saya pasti mereka ini adalah golongan yang telah “tersontot” dalam pelaburan emas. Emosinya jelas terganggu apabila pihak JAKIM mengeluarkan kenyataan sedemikian. Penentuan HUKUM sebegini bukan dibuat oleh individu sebaliknya satu persidangan oleh pakar-pakar agama dan ekonomi yang akan membincangkan secara sangat mendalam. Hasilnya ialah pengumuman Hukum berkenaan di laman web JAKIM.

Bagi yang menyimpan emas, jangan lupa tentang zakat Emas ya.

sumber artikel – www.shamsuriyadi.com

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”

“Rahsia Kejayaan Emas Sebenar”