30 Fakta yang Perlu Tahu Tentang Emas

big4

1. Menyimpan emas dan perak adalah sunnah Nabi sejak 1400 tahun dahulu. Emas pada asalnya adalah matawang iaitu matawang sunnah

2. Nilai 1DINAR hari ni masih sama nilai 1DINAR zaman Rasulullah S.A.W

3. Pelaburan terbaik kerana harganya semakin naik

4. Penyimpan nilai terbaik dan kalis inflasi dimana emas juga disimpan oleh bank-bank pusat kebanyakan negara bagi memelihara nilai matawang

5. Mudah dicairkan/dijual bila memerlukan wang

6. Jual beli yang mudah tidak perlu pihak ketiga

7. Halal dengan akad jual beli mengikut Islam

8. Habuk emas lebih bernilai dari habuk kayu

9. Aset yang boleh diwarisi tanpa perlu dokumen, prosedur mahkamah dan campurtangan pihak ketiga

10. Sifat semulajadi manusia menyukai emas

11. Logam yang berharga, menarik dan cantik untuk perhiasan dan pelaburan

12. Senang dibawa ke mana-mana dengan pelbagai variety saiz yang sesuai

13. Boleh diniagakan tanpa campurtangan pihak ketiga

14. Sebagai salah satu cara menyimpan wang dari membazir membeli barangan yang kurang berfaedah

15. Permintaan yang semakin tinggi kerana banyak negara menyimpan emas untuk mengelak kekangan matawang dollar

16. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas bagi orang Islam. Mengeluarkan zakat adalah tanda bersyukur dan Allah akan menambah rezeki orang bersyukur akan nikmatNya.secara tidak langsung anda menunaikan Rukun Islam yang ke-5.

17. Boleh jadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga menyimpan emas untuk diniagakan

18. Membeli emas di dalam negeri membantu aliran matawang di dalam negeri berbanding membeli barangan import

19. Membeli emas bagi wanita bukan sahaja untuk dipakai tetapi juga membantu keluarga apabila keadaan memerlukan

20. Emas sebagai aset simpanan sebagai persediaan menghadapi keadaan ekonomi, politik yang tidak stabil

21. Emas boleh dijadikan hadiah untuk sahabat dan orang tersayang, Boleh dijadikan hantaran kepada mereka yang mendirikan rumahtangga.

22. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diistiharkan bankrupt

23. Kejatuhan nilai dollar (USD) yang mungkin menyebabkan inflasi yang besar

24. Menggantikan nilai matawang kertas (wang fiat) yang semakin susut nilainya ditelan masa sedangkan emas kalis inflasi.

25. Boleh dipajak di ArRahnu dengan kadar upah simpan yang rendah pada bila-bila masa apabila memerlukan pinjaman wang dari bank

26. Kegagalan wang kertas yang terjadi di Zimbabwe adalah kerana mencetak wang melebihi rizab/simpanan emas Negara..Buktinya 100 billion Zimbabwe hanya mampu beli 3biji telur. Indonesia bakal menjadi Negara seperti Zimbabwe jika inflasi yang melampau terus belaku

27. Emas tidak dicipta dan dikawal oleh kerajaan sedangkan wang fiat dicipta/dicetak dan dikawal oleh kerajaan

28. Pelarian Vietnam bertindak bijak dengan menukarkan harta kekayaan mereka kepada emas dan melarikan diri ke Malaysia ketika Negara mereka sedang bergolak dgn peperangan “PERANG VIETNAM 1955-1975”

29. Dikatakan kerajaan China menasihatkan rakyatnya menyimpan 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.Tahap kesedaran rakyat china terhadap penyimpanan emas begitu tinggi sehinggakan di Negara mereka terdapat satu vendor mesin yang menjual emas sedangkan di Malaysia vendor mesin hanya menjual Nescafe/air tin

30. Kerajaan Korea mmbeli 1billion emas/ 3tan emas daripada siapa?? Jawapannya dari U.S.. U.S terkenal dgn Negara yang paling banyak “hutang” tetapi kenapa dia boleh jual emas sebanyak 3tan kepada korea dengan mudah?? Ini kerana U.S ialah Negara yang paling banyak emas/rizab emas/simpanan emas. Ini bermksd berlaku satu perancangan hebat di mana mereka akan menggunakan emas sebgai transaksi..bagi yang beragama islam, terdapat hadis dari rasulullah :

“Akan tiba suatu zaman…di mana tiada apa yang bernilai…dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham untuk digunakan” [Hadis dari rekod Imam Ahmad Ibnu Hanbal]

sumber – www.emasedar.com

Tip bagaimana jana pendapatan dengan Emas

Gold-bar

Jana pendapatan dengan emas – Seringkali kita membaca dan ketahui EMAS adalah salah satu indikator yang digunakan untuk jana pendapatan dengan mudah dan lumayan. Namun begitu adakah kita tahu bagaimana kaedah terbaik untuk buat duit dengan emas.

Kalau setakat dengar sembang di kedai kopi ramai orang-orang menyarankan untuk melabur dalam emas. Kata mereka emas ini memberi pulangan yang baik untuk jangka masa panjang dan tak kurang juga yang ambil kesempatan dengan menjalankan aktiviti SCAM penipuan pelaburan emas.

Kalau nak melabur emas, emas jenis apakah yang paling sesuai dan terbaik? Disebabkan terlalu banyak pandangan yang kadangkala amat mengelirukan, maka aku kongsikan sikit input secara umum mengenai pelaburan emas yang terbaik untuk bolehkan korang jana pendapatan dengan emas.

Aku harap lepas ini korang lebih jelas untuk melabur @ jana pendapatan dengan emas.

1. Emas fizikal atau bukan fizikal?

Sekiranya korang suka emas fizikal dan takde masalah untuk simpan aku sarankan korang beli syiling emas dengan gold bar. Jangan beli barang kemas untuk pelaburan. Kalau rasa susah nak simpan dan takut dirompak! Elok lah buka akaun simpanan gold saving. Dah banyak institusi perbankan tawarkan simpanan emas ni. Cuma kena perhalusi isu halal haramnya pula.

Syiling emas dan gold bar pula korang boleh beli dengan Maybank, Kedai emas atau syarikat pelaburan emas seperti Public Gold, GCP dll. Kaedah nak beli pula. Korang perlu perhatikan perbezaan spread harga emas. Cari tempat yang tawarkan spread yang rendah supaya korang boleh maksimakan keuntungan.

2. Takut nak simpan emas fizikal?

Kalau takut korang buka lah akaun simpanan emas dengan Bank. Maybank ada Public bank ada, OUB ada.. hurmm. Dah banyak bank yang tawar akaun simpanan emas ini Cuma macam apa yang aku katakan tadi, korang perlu perhalusi dahulu soal isu halal haramnya. Sebab pelaburan emas yang virtual ini agak rumit untuk dijelaskan.

Bagi aku kalau nak Jana pendapatan dengan emas lebih baik memilih emas fizikal daripada akaun simpanan emas. Sekurang-kurangnya emas itu ada dalam milikan kita. Kalau nak ketahui lebih lanjut mengenai Rahsia emas dan bagaimana nak maksimum kan keuntungan dalam pelaburan emas ada baiknya korang belajar dengan sifu Azizi Ali. Kalau lihat pada profail dia sememangnya beliau adalah orang yang layak untuk berbicara mengenai EMAS. Aku pun pernah cerita pasal perkara ini dalam tip rahsia bagaimana melabur emas cara betul nasihat Azizi Ali

Untuk makluman Azizi Ali ada keluarkan rakaman Audio mengenai Rahsia emas. Kalau korang nak dapatkannya boleh rujuk pada pautan di bawah.

-> Rahsia Emas Azizi Ali

Kalau korang nak tahu, ada rakan circle g+ Azizi Ali hampir muflis sebab terjebak dalam “skim pelaburan emas”. Disebabkan dia makan nasihat Azizi Ali, maka dipermudah urusannya dan dapat keluar daripada masalah hutang emas. Kalau korang nak tahu lagi lanjut elok korang dapatkan rakaman audio Azizi Ali.

sumber – www.ismailahmad.com

Anda Boleh Rugi Dengan Gadaian Emas di Ar-Rahnu Jika Tersalah Langkah

Ar-Rahnu-Banner

Salah satu kelebihan emas adalah ia boleh dicairkan kepada tunai dengan mudah.

Anda boleh menggadaikan emas anda di Ar-Rahnu. Lepas tu boleh pinjam 75% ke 80% cash daripada nilai emas anda.

Duit itu anda boleh gunakan mengikut keperluan anda.

Memang best simpan emas. Mudah dicairkan kepada tunai. Cepat dan selamat.

Gambar: Contoh institusi Ar-Rahnu ialah Ar-rahnu X’change

errr… jangan seronok terlebih dahulu… Ar-Rahnu juga boleh mengundang padah kalau tersalah langkah.

Ini kerana apabila anda menggunakan kemudahan pinjaman Ar-Rahnu, terdapat 3 kemungkinan:

  1. Anda untung
  2. Anda mungkin untung @ mungkin rugi
  3. Anda rugi

Untuk artikel ini, saya akan memfokuskan 3 kemungkinan dimana penggunaan Ar-Rahnu boleh merugikan anda.

1. Lepas gadai tak tebus. Akhirnya emas dilelong. Adoi!!*@&#@^&)(!&@

2. Masuk skim belian emas  secara 30:70

3. Selepas gadai, tak boleh bayar balik. Sangkut di dalam Ar-Rahnu.

i. Kes 1: Emas yang digadai tidak ditebus. Akhirnya habis kena lelong.

Adalah menjadi tanggungjawab penggadai untuk menebus kembali emas yang digadai + membayar upah simpan.

Jika penggadai tidak menebus emas ini maka pihak Ar-Rahnu ada hak untuk melelong emas tersebut dan mengambil kembali hutang mereka + upah simpan + kos-kos pentadbiran (seperti kos lelongan, notis etc). Jika ada lebihan wang maka Ar-Rahnu akan memulangkan kembali wang tersebut kepada penggadai.

Kerugian akan berlaku jika emas anda dilelong pada harga diskaun 20% (mengikut pengiraan institusi Ar-Rahn). Berapalah sangat lebihan yang anda boleh dapat bila emas anda dilelong sebegitu murah?

Bayangkan anda beli emas dan bayar harga penuh, bila gadai dapat pinjaman 75% ke 80% sahaja. Kalau emas anda kena lelong pada nilai diskaun 20%, pasti anda rugi. Tambahan lagi kalau emas anda kena lelong ketika harga emas rendah.

Ini adalah gambar emas-emas yang dilelong oleh sebuah Ar-Rahnu bank di Melaka. Bulan September 2013. Nilai keseluruhan barangan yang dilelong mencecah RM120 ribu ringgit. Pemiliknya-pemilik emas tersebut membiarkan saja emas mereka yang cantik nie kena lelong. Sedih betul.

Yang lebih sedih ialah kebanyakan pemilik emas ini adalah mangsa skim belian emas menggunakan Ar-Rahnu 30:70 (juga dikenali dengan skim 35:65). Baca kisah selanjutnya di bawah.

(Klik gambar untuk besarkan)

emas_lelong

Gambar: Sebahagian emas-emas yang dilelong kerana tidak ditebus.

ii. Kes 2: Mangsa skim 30:70 (pinjam Ar-Rahnu untuk beli emas)

Apa perasaan anda jika anda kehilangan 90% modal dalam “pelaburan emas Ar-Rahnu?”

Sedih? Geram? Marah?

Inilah yang terjadi kepada Puan Azizah bt Ahmad (gambar)

Beliau terjerat dengan skim belian emas menggunakan Ar-Rahnu. Skim ini dianjurkan oleh sebuah syarikat di Kedah.

mangsa_skim_ar-rahnu

Gambar: Puan Azizah, mangsa skim 30:70 menggunakan Ar-Rahnu

Beliau datang berjumpa saya ketika saya berada di Alor Setar dan bercerita pengalaman terjerat dengan skim 30:70.

Beliau bercerita “Syarikat yang saya join ini mengadakan ceramah pelaburan emas di Hotel Seri Malaysia Alor Setar pada tahun 2012″.

“Di dalam ceramah yang dianjurkan oleh syarikat tersebut, penceramahnya menggunakan unsur-unsur agama bagi meyakinkan orang yang hadir” kemudian ditambah lagi dengan hujah harga emas sentiasa meningkat.

“Anda untung simpan emas” kata penceramah itu lagi.

Di akhir ceramah, hadirin diumpan dengan satu tawaran “menarik”

Penceramahnya berkata “Dengan hanya modal RM4,000 anda boleh membeli emas 50 gram (barang kemas) yang bernilai RM9,000. Modal tuan-tuan hanya RM4,000, kami akan tambah lagi RM5,000″.

“Baiknya hati syarikat nie. Nak tambah RM5000. Mereka nie ikhlas nak tolong orang ramai memiliki emas” kata beliau di dalam hati.

Apa lagi tunggu… beliau terus mengeluarkan duit simpanan RM4,000 untuk membeli emas daripada syarikat ini.

Rupa-rupanya…

Syarikat tersebut buat skim 30:70

Pembeli membayar modal RM4,000. Lepas tu mereka dibawa ke Ar-Rahnu sebuah bank. Syarikat tersebut menggadaikan kesemua 50 gram (barang kemas) di atas nama pembeli.

Hasil gadaian untuk keseluruhan emas semuanya diambil oleh syarikat.

Laa…. rupanya pembeli dapat surat gadaian untuk 50 gram emas. Tak bolehlah nak simpan emas tersebut sebab dah dijadikan cagaran kepada Ar-Rahnu.

Selepas itu, puan Azizah mula nampak masalah yang datang akibat skim ini.

1. Setiap bulan kena cas upah simpan. Duit kena keluar.

2. Bagaimana nak tebus emas 50gram nie?. Modal dah tak ada!

3. Syarikat suruh buat overlap surat gadai untuk bayar upah simpan.

….Tapi overlap tu menambahkan hutang lagi!

4. Tiada jaminan beli balik emas oleh syarikat berkenaan.

….Kalau emas sangkut kat Ar-Rahnu kena selesai sendiri.

5. Bila jual kat pihak ketiga, susut nilai barang kemas lebih tinggi. Rugi lagi

6. Bila jual pulak harga emas tengah jatuh. Rugi lagi!

Setelah setahun menanggung beban upah simpan. Beliau tak mahu teruskan lagi simpanan di Ar-Rahnu. Beliau mati akal bagaimana nak cari duit RM5000 + upah simpan dan keluarkan emas tersebut dari Ar-rahnu. Kalau dibiarkan, nanti kena lelong. Lagi teruk. Boleh hilang modal terus.

Akhirnya beliau meminta pihak Ar-Rahnu untuk mencari pihak ketiga yang boleh membantu membeli emas beliau.

Setelah pihak ketiga menolong tebuskan barang tersebut (dan pihak ketiga beli emas tersebut), puan Azizah cuma dapat duit yang berjumlah RM400 sahaja.

Cuba anda bayangkan. Modal asal RM4,000. Tinggal RM400 ajer.

Ini adalah kerugian 90% daripada modal. Sangat besar bagi puan Azizah kerana beliau tidak bekerja. RM4,000 itu pun adalah duit simpanan selama ini.

p/s: Ada rakan Puan Azizah yang kerugian RM4000 kerana tidak mendapat emas. Wakil syarikat lesap.

 Kes iii: Selepas gadai, tak boleh bayar balik. Emas sangkut di dalam Ar-Rahnu. Upah simpan berjalan….

Anda baca email kat bawah.

tak_boleh_tebus_emas

Daripada emel ini, masalah timbul kepada kak Yati kerana:

1. Duit hasil gadaian emas telah dibelanjakan ke tempat lain. Dah abis :(

2. Bila tiada wang untuk tebus, maka kak Yati terpaksa menanggung upah simpan

3. Dah 2 tahun bayar upah simpan, modal masih tak ada. Kesian kat kak Yati.

4. Sampai bila kak Yati nak tanggung upah simpan nie?

5. Nak overlap? tambah hutang? nanti lagi susah.

6. Emas 37.5 gram itu tidak banyak membantu sebab nilainya kecil.

Kalau digadaikan pun, nilainya cuma boleh membantu menampung upah simpan

Antara jalan penyelesaian yang dicadangkan kepada kak Yati adalah:

1. Akak ikhtiarkan untuk cari pendapatan sampingan, buat business part-time ke, online business ke untuk dapat income. Income ini boleh guna untuk bayar upah simpan dan sebagai modal untuk penebusan. Tak lah sakit sangat berbanding kena tanggung upah simpan menggunakan duit gaji.

2. Kalau harga emas naik tinggi contohnya USD1900 atau USD2000 se Oz, akak jual emas nie kepada pihak ketiga. Tapi kena buat pengiraan dululah (nilai emas semasa tolak susutnilai, tolak upah simpan).  p/s: Akak tak perlu jual semua emas tu. Kalau saya di tempat akak, saya akan jual nilai emas yang cukup untuk lepaskan kesemua emas yang sangkut di Ar-Rahnu nie.

3. Kalau akak staff government dan boleh buat personal loan dengan interest rate less than 5%, then buat loan dan langsaikan hutang di Ar-Rahnu. Sebab kos upah simpan di Ar-Rahnu adalah sekitar 9% ke 9.6% setahun. So gunakan hutang interest rendah untuk melangsaikan hutang yang mempunyai interest lebih tinggi.

Kesimpulan:

Setiap pelaburan memerlukan ilmu. Emas sangat menguntungkan, namun jangan tersalah langkah. Contoh diatas adalah cerita terbaik tentang kerugian yang dialami pelabur dan penyimpan emas.

Credit: En Syukor Hashim

artikel ini diambil dari laman web www.publicgoldsarawak.com

Lelaki Warga Emas Belikan Emas Untuk Isterinya Dengan Duit Hasil Kutip Sampah

cinta

Xinjiang: Seorang warga emas yang mencari rezeki dengan mengutip sampah mendapat perhatian di Internet selepas membeli cincin berlian untuk isteri kesayangannya menggunakan wang disimpan daripada hasil kutipannya sejak bertahun lalu.

Lelaki itu dilihat membawa isterinya ke pusat beli-belah di Korla dan mengeluarkan seikat wang untuk membeli cincin buat isterinya. Imej yang dimuat naik ke Internet menjadi percakapan ramai yang rata-rata orang memuji perbuatannya yang disifatkan romantik itu.

Pengguna Weibo @zhelishixinjiang berkata, dia melihat lelaki dianggarkan berusia 70-an itu turut membantu isterinya memilih cincin paling sesuai untuknya.

“Kehidupan kami sukar dan saya cuma mahu menggembirakannya,” lelaki itu dilaporkan berkata di kedai berkenaan.

Pengguna Weibo memuji kejadian itu dan menganggap kasih sayang berpanjangan antara pasangan berkenaan membuktikan kisah percintaan romantik masih wujud pada zaman ini.-Agensi

Sejarah rompakan Jongkong Emas 1994 oleh Geng Mamak

geng-mamak-1Rompakan emas oleh Geng Mamak pernah mengemparkan negara pada 1994.

Tidak pernah menembak, tidak pernah membunuh…sekadar penyamaran dan pujukan… itulah kehebatan Geng Mamak asal yang pernah melakukan rompakan terhebat dalam sejarah Malaysia apabila melarikan jongkong emas bernilai RM12 juta dari kompleks kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) pada 1994.

Diketuai oleh 3 adik-beradik, Sharif, Rozlan dan Yusof Abu Bakar (gambar atas), Geng Mamak mengetahui, jika membunuh atau menggunakan senjata api, mereka akan dikenakan hukuman yang terlalu berat andai berjaya ditahan.

Dikenali Geng Mamak kerana setiap saksi sesuatu kejadian yang berkaitan kumpulan itu yang ditemuramah polis memberitahu, ahli-ahli kumpulan berkenaan menyerupai mamak.

C_Page_0436Kes rompakan Geng Mamak sentiasa mendapat publisiti media.

gang-mamakAntara ahli Geng Mamak yang jadi buruan polis.

Siasatan kemudian mendapati ketua mereka 3 beradik yang berasal dari Kuala Kangsar mempunyai darah campuran rakyat Sri Lanka dan Malaysia.

Lebih menarik, kumpulan asal seramai 14 orang itu sebahagian besarnya adalah bersaudara.

Kumpulan ini sangat licik dan bijak dari segala segi persis kumpulan penjenayah yang diagungkan atau dijadikan umpama hero dalam filem dari studio Hollywood.

Geng Mamak sentiasa berada satu langkah di hadapan pasukan polis yang menyiasat mereka.

Menurut Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi, Geng Mamak adalah kumpulan pertama dalam landskap jenayah di Malaysia yang bukan sekadar merancang cara merompak tetapi merancang sehingga ke tahap apa yang perlu dilakukan bila ditangkap dan dijamin.

“Mereka ketepikan wang untuk tujuan itu (untuk dijamin bila ditangkap),” katanya dalam satu temuramah untuk program Crime And Investigation (Ci).

Kejadian rompakan di LTAS yang menjadikan Geng Mamak sebagai lagenda berlaku pada malam 31 Ogos 1994, satu tarikh yang sengaja dipilih kerana kawalan keselamatan di kompleks kargo agak lemah ketika itu kerana ramai kakitangan sedang bercuti ketika itu.

Modus Operandi yang digunakan ialah yang menjadi umpama tanda dagang mereka iaitu penyamaran.
Kali ini mereka menyamar sebagai pegawai dan anggota polis.

Begitu hebat penyamaran mereka sehingga 3 pengawal keselamatan yang disiasat selepas kejadian memberitahu rompakan itu dilakukan oleh pasukan polis!

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh jua ke tanah. Kesemua ahli asal kumpulan Geng Mamak berjaya ditangkap seorang demi seorang dalam tempoh antara tahun 1995 hingga 2006.

Kejayaan ini bersandarkan kehebatan pasukan polis kita yang menubuhkan pasukan penyiasat terbaik dikendalikan dua anggota yang juga adik-beradik yakni Azizan dan Amidon Anan.

Adik-beradik penjenayah akhirnya ditangkap adik-beradik polis….ironis bukan?

sumber – beritasini.blogspot.com

Untuk kisah penuh…ikuti video di bawah -MYNEWSHUB

Alasan Ilmiah, Laki-Laki Dilarang Memakai Perhiasan Emas

laki-laki-diharamkan-pakai-emas

Laki-Laki Dilarang Memakai Perhiasan Emas, Ini berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukminah, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka.” (QS. Al-Ahzab: 36)

Jelas sekali dibawah ini, Nabi Muhammad Saw dengan tegas dan lugas melarang laki-laki muslim memakai emas di tubuhnya. Berikut hadits-hadits larangan memakai emas bagi laki-laki :

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Al-Bara’ bin Azib Radhiyallahu ‘anhu, bahwa ketika Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, maka beliau memintanya supaya mencopot cincinnya, kemudian melemparkannya ke tanah. (HR Bukhari & Muslim).

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang cincin emas (bagi laki-laki),” (HR Bukhari No 5863 & Muslim No. 2089).

Rasulullah shallallahu ’alaihi wa sallam pernah bertemu seorang lelaki yang memakai cincin emas di tangannya. Beliau mencabut cincin tersebut lalu melemparnya, kemudian bersabda,

« يَعْمِدُ أَحَدُكُمْ إِلَى جَمْرَةٍ مِنْ نَارٍ فَيَجْعَلُهَا فِى يَدِهِ »

(“Seseorang dari kalian telah sengaja mengambil bara api neraka dengan meletakkan (cincin emas semacam itu) di tangannya”).

Lalu, setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pergi, ada yang mengatakan kepada lelaki tadi, “Ambillah dan manfaatkanlah cincin tersebut.” Ia berkata, “Tidak, demi Allah. Saya tak akan mengambil cincin itu lagi selamanya karena Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam telah membuangnya,” (HR Muslim No. 2090, dari hadits ‘Abdullah bin ‘Abbas).

Imam Nawawi rahimahullah ketika menjelaskan hadits ini berkata, “Seandainya si pemilik emas tadi mengambil emas itu lagi, tidaklah haram baginya. Ia boleh memanfaatkannya untuk dijual dan tindakan yang lain. Akan tetapi, ia bersikap waro’ (hati-hati) untuk mengambilnya, padahal ia bisa saja menyedekahkan emas tadi kepada yang membutuhkan karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tidaklah melarang seluruh pemanfaatan emas. Yang beliau larang adalah emas tersebut dikenakan. Namun untuk pemanfaatan lainnya, dibolehkan,” (Syarh Shahih Muslim, 14: 56).

Imam Nawawi rahimahullah berkata dalam Syarh Shahih Muslim (14: 32), “Emas itu haram bagi laki-laki berdasarkan ijma’ (kesepakatan) para ulama.” Dalam kitab yang sama (14: 65), Imam Nawawi juga berkata, “Para ulama kaum Muslimin sepakat bahwa cincin emas halal bagi wanita. Sebaliknya mereka juga sepakat bahwa cincin emas haram bagi pria.

sumber – baitulmaqdis.com

Sebab Mengapa Lelaki Dilarang Memakai Emas

2293

Dalam Islam, kaum lelaki diharamkan memakai apa sahaja barangan yang berunsurkan emas termasuk gigi emas.

Larangan ini jelas dalam sebuah hadis sahih dari Abu Musa r.a. bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda, “Telah diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dari umatku dan dihalalkan bagi wanitanya”. (Hadis riwayat At-Tirmidzi. A-Nasai dan Ahmad)

Daripada hadis ini, emas dalam bentuk apa pun, sama ada emas putih, emas suasa atau apa sahaja logam pelbagai warna yang mengandungi unsur emas hukumnya adalah haram.

Sementara itu, benda yang dicat dengan warna emas tidak boleh dikatakan sebagai emas. Ulama sependapat bahawa hukumnya tidak haram kerana ia bukannya emas – hanya rupa dan warna saja kelihatan sama.
Yang haram adalah emas dan bukan kemiripannya.

Hikmah disebalik larangan itu, umat Islam sebenarnya diajar supaya senantiasa tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan Rasul. Disamping mengajar kita supaya hidup secara sederhana dan tidak bermegah-megah dalam berhias.

Wanita memakai emas

Perhiasan emas hanya diberikan kelonggaran kepada wanita untuk memakainya sebagai alat mencantikkan diri dan menarik perhatian suami. Manakala lelaki pula tidak ada keperluan untuk menambah hiasan pada diri mereka kerana perhiasan sebegitu tidak sesuai dengan sifat dan kejantanan seorang lelaki.
Kebelakangan ini, perintah Allah yang diturunkan melalui Rasul sejak 1,400 tahun dahulu mula tersingkap hikmah dan kebenarannya terutama dari sudut perubatan.

Ahli sains menyimpulkan bahawa partikel emas mampu menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah manusia yang mampu memberi kesan buruk kepada ketahanan badan seterusnya menjejaskan kesihatan kepada pemakai.

Dari sudut sains menjelaskan bahawa kondisi dan tekstur kulit lelaki sangat berbeza dengan seorang wanita.

Melalui satu perkongsian sumber yang dimuatnaik di sebuah blog, perhiasan emas yang kita pakai juga bukanlah seratus peratus emas tulen. Emas tulen adalah 24 karat tetapi kebanyakan barang kemas adalah dalam bentuk 18 dan 22 karat. Ini bermakna, jika emas itu 18 karat atau 22 karat, 75 peratus kandungannya ialah emas tulen, manakala 25 peratus lagi terdiri daripada logam lain yang mungkin boleh jadi dibentuk daripada perak, tembaga, zink atau paladium.

Tujuan utama menambahkan logam lain adalah untuk menguatkan produk tersebut dan emas campuran yang tahan lasak ini dipanggil aloi emas.

Kesan penggunaan emas terhadap kulit sebenarnya sudah dikaji oleh seorang pakar perunding dari International Gold Corporation di Johannesburg, Afrika Selatan bernama william S. Rapson.
Daripada penyelidikannya mendapati bahawa kulit manusia boleh menghasilkan asid amino dan natrium klorida.

Apabila kita berpeluh, kedua-dua bahan kimia tersebut akan bertindak balas dengan aloi emas yang dipakai. Kesan reaksi kimia dan geseran kulit, aloi emas dikesan boleh menyerap masuk ke dalam kulit manusia.

Partikel-partikel aloi emas yang kurang daripada 40 nanometer memang terbukti boleh memasuki liang-liang roma kulit. Kajian dermatologi turut menunjukkan penyerapan partikel emas boleh dipercepatkan oleh keadaan pH (ukuran keasidan) kulit yang tinggi alkalinya. Dan terbukti, pH kulit lelaki adalah beralkali lebih tinggi daripada perempuan.

Tambahan pula, lelaki lebih cenderung memiliki kulit dan bulu roma yang tebal serta kasar berbanding wanita. Sebab itulah kenapa sains mendapati lelaki mampu menyerap partikel emas lebih tinggi berbanding wanita.

Apa pula yang akan berlaku selepas penyerapan logam ke dalam kulit?

Apabila partikel emas sudah masuk ke dalam epidermis dan sistem peredaran darah, ia boleh menyebabkan clumping protein atau protein terkumpul.

Keadaan itu menjadikannya tidak berfungsi lalu memberikan impak kepada sistem kardiovaskular lelaki.
Malah, penemuan baru oleh pasukan penyelidik di University of California, San Francisco (UCSF), begitu mengejutkan apabila mendapati pengumpulan protein ini boleh mempercepatkan proses penuaan.

Pengarah Larry L. Hillblom Center, Biology of Aging di USCF, Profesor Cynthia Kenyon, berkata kecenderungan protein melekat bersama-sama akan mengakibatkan saluran darah tersumbat dan tidak berfungsi, seterusnya menjadi toksik.

Apa yang mengejutkan, rupanya kehadiran protein tidak larut ini banyak dikesan di dalam otak pesakit-pesakit yang menghidap penyakit neurodegenerative, termasuklah Alzheimer, Parkinson dan Amyotrophic sklerosis lateral (ALS).

penyakit

Penyakit Neurodegenerative.

Bagaimana pula dengan wanita? Adakah pemakaian emas juga berbahaya kepada golongan ini?
Wanita tidak menderita masalah tersebut kerana mereka memiliki keistimewaan yang tidak ada pada lelaki iaitu hormon estrogen.

Dari segi kesihatan, hormon ini membantu hal-hal mobiliti dalam peredaran darah. Apabila kepekatan estrogen tinggi terutamanya semasa haid, saluran darah akan mengembang dan membesar untuk keselesaan perjalanan serta pengeluaran darah.

Walaupun lelaki juga memiliki hormon estrogen, tapi ia sangat sedikit malah fungsinya juga tidak diketahui. Malah, estrogen lelaki cuma berkeadaan statik dan saluran darah mereka tidak mengalami pengembangan seperti wanita.

Jadi, jika sekiranya ada partikel emas memasuki badan lelaki, partikel berbahaya itu akan menyumbat saluran darah dan sebab itulah kenapa lelaki cenderung mengalami masalah kesihatan seperti kardiovaskular.

Dan inilah sebabnya kenapa Islam melarang lelaki daripada memakai emas.

diambil dari laman web amekaw.com
sumber: inibl0gberita.blogspot.com

Membeli Sebatang Pen dan Dapat Hadiah Emas

pen-cincin

Soalan

Ada yang mencadangkan aqad untuk menutupi masalah riba jual beli emas secara ETA. Apa pandagan ustaz?

Contohnya: “Saya jual Pen sebatang dengan harga RM12600. Tuan bayar hari ini RM12600 saya akan beri sebatang Pen dan selepas 7 hari bekerja saya akan beri hadiah kepada tuan 100g EMAS”.

Jawapan

Ia adalah helah yang jelas ke atas jual beli emas bertangguh. Jumlah RM 12600 adalah nilai 100g emas, bukannya harga sebenar pen. Jual beli emas bertangguh serahan atau bayaran adalah riba. Helah untuk melakukan perkara yang haram adalah haram.

Ada satu cerita dari sheikh Soleh al-Lheidan, dari Riyadh, seorang Arab badwi, sesat di padang pasir, dia bernazar, kalau dia boleh balik ke kampung halamannya, dia akan menjual untanya dengan harga 1 dirham (lebih kurang rm50). Kemudian dia selamat. Masa nak bayar nazar, dia ikat kucing mati di kaki untanya, lalu dia lelong untanya: “Unta untuk dijual, harganya hanya 1 dirham, tetapi ia mesti dibeli bersamanya kucing mati dengan harga 10 dinar (RM5k).”

Ia adalah helah dan penipuan. Nak tipu siapa? Nak tipu Tuhan?

Hindarilah transaksi tersebut.

sumber – drazman.net (Dr. Azman Mohd Noor)

Apakah Maksud Tersontot?

tersontot2

Apakah maksud tersontot?

Tersontot ialah situasi apabila perjanjian antara penjual dan pembeli telah gagal.
Kegagalan urusniaga ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
1. Program atas program oleh pengelola.
2. Program Singaporey dan ala singaporey.
3. Kegagalan sistem pengelola.
4. Faktor yg dirahsiakan.

Kegagalan ini boleh menyebabkan kedua-dua pihak kehilangan duit atau barang urusniaga.
Maksudnya rugi.

Berikut adalah kemungkinan jalan penyelesaian.
1. Pengelola akan berikan kembali jumlah wang yang diurusniaga tanpa duit imbuhan dalam tempoh yang ditetapkan.
2. Jalan lain boleh tanya pengelola.

Oleh itu, proses tindakbalas ini dikenali dengan tersontot.
Yang menyontot dan yang tersontot.

sumber – soal jawab goldemas.com

Syiling Emas sempena pemerintahan Sultan Ahmad Shah

syilingemas..ROZAINI ROSDIN (kiri) dan Datuk Leen Mustafa menunjukkan syiling emas edisi terhad di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, semalam. – UTUSAN/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 21 Dis. – Sebanyak 3,999 keping syiling emas edisi terhad ditawarkan untuk jualan sempena sambutan 40 tahun pemerintahan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Pengeluaran syiling emas itu adalah kerjasama antara kerajaan negeri Pahang dan syarikat penyedia perkhidmatan jual beli emas milik bumiputera, Triplenine Goldworld Gallery Sdn. Bhd (Triplenine).

Ketua Pegawai Eksekutif Triplenine, Datuk Rozaini Rosdin berkata, syiling emas itu akan diedarkan secara eksklusif sebagai koleksi kenang-kenangan pada harga RM6,999 setiap keping.

Beliau berkata, setakat ini, sambutan yang diterima untuk koleksi tersebut amat menggalakkan.

“Ia dijangka menarik orang ramai terutamanya dalam kalangan pengumpul koleksi keluaran khas,” katanya kepada Utusan Malaysia di Nilai, dekat sini semalam.

Majlis Pelancaran Syiling Peringatan dan Setem Kenangan Sempena Memuliakan Sambutan 40 Tahun Pemerintahan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah akan berlangsung di Kuala Lumpur malam esok.

Rozaini berkata, syiling itu mengandungi emas tulen 999.9 dengan berat 31.33 gram setiap keping.

Tambahnya, ukur lilit syiling adalah 32 milimeter (mm) manakala tebalnya tiga mm.

Jelasnya, pengesahan ketulenan syiling itu dibuat oleh assayer dari KL Assay Office (M) Sdn. Bhd, Abdul Shukor Anuar.

“Kami berharap orang ramai akan mengambil peluang daripada majlis sambutan 40 tahun pemerintahan Sultan Ahmad Shah untuk mendapatkan syiling emas ini yang mempunyai edaran terhad iaitu 3,999 keping sahaja,” ujarnya.

goldsultan

Maklumat lanjut mengenai koleksi syiling emas itu boleh diperoleh daripada Datuk Leen Mustafa di talian 012-9996006, 017-9996006 dan e-mel: leentriplenine@gmail.com.

sumber – www.utusan.com.my