Harga Emas Diramal Jatuh

Ilustrasi+Harga+emas+Turun

MO,NEW YORK Disember 2014 – Emas yang pernah dianggap sebagai ‘penyelamat’ bagi negara yang mengalami kegawatan ekonomi dijangka berhadapan kejatuhan teruk ekoran penurunan harga minyak selain kenaikan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).

Harga emas pernah meningkat 70 peratus antara Disember 2008 hingga Jun 2011 berikutan tindakan bank pusat AS membeli hutang dan memegang kos pinjaman yang direkodkan pada kadar yang rendah.

Menurut laporan Bloomberg, harga emas bagaimanapun merosot sehingga 28 peratus pada tahun lalu, dalam tempoh hampir tiga dekad selepas terdapat kalangan pelabur yang mula hilang keyakinan terhadap nilai komoditi tersebut. AS pula meletakkan kadar faedah akan berada pada paras 1.125 peratus menjelang hujung tahun ini.

Pakar ekonomi dan Pengerusi Lembaga Gabenor Sistem Rizab Persekutuan negara itu, Janey Yellen berkata, kadar inflasi akan mencapai sasaran rizab persekutuan dan membolehkan bank pusat negara itu meningkatkan kos pinjaman.

Berdasarkan data terkumpul Bloomberg, pegangan pelabur dalam dana dagangan bursa disokong oleh harga emas pada minggu lalu dicatatkan paling rendah sejak 2009, manakala AS$7.68 bilion (RM26.88 bilion) telah dihapuskan daripada nilai dana pada tahun ini.

Menurutnya, masa depan New York dan pilihan dalam kepentingan terbuka jatuh 5.3 peratus tahun ini, sekali gus mencatat kerugian tahunan buat kali kedua dan kemerosotan paling lama sejak 2005.

Selepas melonjak kepada 4.4 peratus pada awal November lalu setelah empat tahun berada dalam kadar rendah, purata harga emas dijangka berlegar sekitar AS$1,175 (RM4,112.50) pada suku depan, le­bih rendah berbanding AS$1,179.80 (RM4,129.30) yang ditutup semalam.

Sachs Group Inc. mengunjurkan harga emas jatuh sehingga AS$1,050 (RM3,675) pada Disember manakala Societe Generale SA menjangkakan komoditi itu berada di paras AS$950 (RM3,325) suku keempat 2015.

Berikutan itu, Ketua Pegawai Pelaburan Deltec International Group, Atul Lele melihat emas sebagai perlindungan nilai inflasi yang tidak perlu.

“Kami berpendapat, inflasi di AS mungkin akan meningkat tetapi tiada apa yang perlu dibimbangkan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pelaburan Bersama OakBrook Investments LLC, Peter Jankovskis berkata, kadar minyak yang dijangka naik tahun depan secara tidak langsung akan memperlihatkan emas mengalami tekanan memandangkan dolar terus bergerak lebih tinggi.

“Ketika ini, lupakan tentang inflasi sebaliknya kita bercakap tentang deflasi yang mana kejatuhan harga minyak akan menambah tekanan kepada deflasi,” ujarnya. ?– AGENSI

Kedai Emas Rugi RM300,000 Disamun Enam Lelaki Bersenjatakan Parang

parang

JOHOR BAHARU: Sebuah kedai emas di Jalan Sagu 3, Taman Daya, di sini, kerugian kira-kira RM300,000 selepas disamun enam lelaki bersenjatakan parang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian itu berlaku 8.57 pagi ketika kedai terbabit baru memulakan operasi perniagaan setengah jam sebelum itu.

“Tiba-tiba, enam lelaki berjaket hitam, bersenjatakan tiga parang serta memakai topi keledar berpenutup muka dikatakan menyerbu masuk ke kedai terbabit lalu memecahkan cermin rak pameran barangan kemas dengan menggunakan dua tukul,” katanya ketika dihubungi.

Sulaiman berkata kejadian berlaku dalam tempoh kurang tiga minit dan kesemua suspek kemudian dipercayai melarikan diri bersama barangan kemas terbabit dengan menaiki beberapa buah motosikal.

Beliau berkata terdapat lima pekerja di dalam kedai terbabit, namun, kesemua mereka sempat menyembunyikan diri di dalam bilik keselamatan di bahagian belakang kedai dan membunyikan alat penggera.

Katanya anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang bertugas di kawasan berhampiran bergegas ke lokasi terbabit sebaik sahaja mendengar bunyi penggera tetapi gagal mengesan suspek.

Sulaiman berkata tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan polis sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) premis berkenaan bagi mengesan suspek.

sumber – www.mstar.com.my

Tauke emas tipu tauke emas RM6juta

ne_05.1

AMPANG JAYA – Keghairahan seorang tauke kedai emas mendapatkan emas jenis PAMP Suisse seberat 47.5 kilogram (kg) pada harga yang lebih rendah daripada sebuah kedai emas lain lebur apabila dia ditipu tauke kedai emas terbabit melibatkan kerugian hampir RM6 juta.

Difahamkan, mangsa seorang wanita berusia 30-an yang memiliki sebuah kedai emas di Jalan Selaman 1, Dataran Palma di sini menjalankan urus niaga di premis terbabit pada 5 Disember lalu dengan seorang pemuda yang juga tauke sebuah kedai emas di Jalan Kajang Perdana 3A, Perdana Avenue, Kajang.

Ketika berurus niaga, mangsa dipercayai menyerahkan wang tunai sebanyak RM5.89 juta bagi membeli 47.5kg emas pada harga RM124 segram kepada lelaki berusia 29 tahun.

Harga emas di pasaran semasa ialah RM132.70 segram.

Menurut sumber polis, selepas mangsa menyerahkan wang tunai kepada suspek, lelaki berkenaan berjanji akan menyerahkan emas yang dibeli itu pada 9 Disember lalu namun selepas tiga hari, mangsa belum menerima emas yang dijanjikan suspek.

sumber – www.kosmo.com.my

Riba Dalam Urusniaga Jual Beli dan Hutang

jual-beli-emas-periuk-nasi-emas

oleh SABREE HUSSIN

Sebelum kita bincangkan dengan lebih mendalam tentang riba, kita akan telusuri terlebih dahulu serba sedikit secara ringkas maksud bagi istilah riba ini.

Semoga selepas ini, para pembaca, dan pelawat sekalian akan memperoleh penjelasan yang lebih baik berhubung isu riba. In Shaa Allah, saya tak ada gunakan istilah arab atau hal-hal yang terlalu teknikal sehingga pembaca rasa susah nak faham.

Sila teruskan pembacaan ya. Anda mungkin dapat menyelamatkan diri anda daripada mendapat azab yang pedih diakhirat nanti. Wallahua’lam

Maksud Riba
Lebihan dari segi kuantiti, pertambahan, peningkatan melebihi daripada jumlah asal.

Kategori Riba
Riba boleh dibahagikan kepada empat (4) jenis, dua (2) daripadanya terhasil daripada urusniaga melibatkan hutang dan dua lagi daripada urusniaga berkaitan jual beli.

Riba daripada urusniaga Hutang:

1. Riba Qardh: Apa-apa faedah yang telah ditentukan oleh pemberi hutang kepada peminjam seperti yang telah dinyatakan dalam perjanjian pinjaman atau kontrak pinjaman yang mana peminjam perlu menjelaskannya.

Contoh – Interest yang perlu dibayar dalam mana-mana perjanjian pinjaman

2. Riba Jahilliyah: Sebarang lebihan dari segi pembayaran keatas hutang asal sebagai penalti yang dikenakan keatas peminjam disebabkan oleh kegagalan untuk melakukan pembayaran balik dalam tempoh yang ditetapkan.

Contoh: Interest yang dikenakan keatas pemegang kad kredit yang melakukan kelewatan dari segi pembayaran

Riba daripada urusniaga jual beli:

1. Riba Al-Fadl: Apa-apa kuantiti tambahan atau lebihan hasil dari penambahan yang tak seimbang dari timbangan dan ukuran yang melibatkan pertukaran barangan ribawi dari jenis yang sama. (Faktor kuantiti)

2. Riba An-Nasiah: Sebarang penangguhan yang berlaku terhadap pertukaran yang melibatkan barangan ribawi dari jenis dan kategori yang sama. (Faktor masa)

Barangan Ribawi dapat dikelaskan kepada dua kategori berdasarkan hadis nabi:

“Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, kurma dengan kurma, garam dengan garam (ditukarkan) sesama jenis, pada kadar yang sama, secara tunai (spot), sekiranya berlainan jenis, maka jual belilah sesuka hatimu selama mana ia adalah pertukaran tunai.” – (Muslim, Abu Daud, al-Nasai, dan Ahmad)

Kategori Pertama: Matawang

1. Emas

2. Perak

3. Matawang (RM, USD dll…)

Kategori Kedua: Makanan Asas

1. Gandum

2. Barli

3. Tamar (kurma)

4. Garam

Dari situ juga kita dapat mengetahui ada peraturan khas yang perlu kita FAHAMI dan IKUTI apabila melakukan transaksi yang melibatkan barangan Ribawi.

Peraturan dalam transaksi melibatkan barangan Ribawi

1. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dari KATEGORI YANG SAMA dan JENIS YANG SAMA

Contohnya emas dengan emas, gandum dengan gandum atau tamar dengan tamar

Pertukaran mesti dilakukan pada masa yang sama (on the spot) dan kuantiti mesti sama tanpa mengambil kira soal kualiti.

2. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dari KATEGORI YANG SAMA tetapi JENIS YANG BERBEZA

Contohnya antara emas dengan perak, beras dengan gandum, garam dengan kurma

Pertukaran mesti dilakukan pada masa yang sama (on the spot) tetapi kuantiti tidak perlu sama banyak.

3. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dari KATEGORi YANG BERBEZA dan JENIS YANG BERBEZA

Contohnya antara emas dengan gandum, RM dengan kurma, perak dengan barli

Pertukaran boleh dilakukan sama ada pada masa yang sama atau ditangguhkan dari segi pembayaran.

Kuantiti juga boleh SAMA atau berbeza

4. Jika transaksi melibatkan pertukaran antara barangan ribawi dengan bukan ribawi atau, antara barangan bukan ribawi dengan barangan bukan ribawi

Pertukaran seperti ini tak perlu mengikuti peraturan masa dan kuantiti

Boleh berurusniaga sesuka hati tanpa perlu risau bakal terlibat dengan dosa riba

Persoalan tentang kualiti

Boleh ke kita buat pertukaran secara suka sama suka antara 10 gram emas 999 dengan 15 gram emas 916? Seperti yang kita sedia maklum, harga emas 916 ini lebih rendah berbanding emas 999.

Bagi menjawab persoalan ini, kita akan melihat hadis Nabi SAW tentang pertukaran barangan ribawi dari kategori dan jenis yang sama ini

Dari Abu Hurairah r.a. sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengupah seseorang semasa di Khaybar, maka dia datang sambil membawa Tamar Janib, lalu Nabi bertanya: “Adakah semua tamar dari Khaybar sebegini?”, jawab lelaki itu: “Tidak, sesungguhnya kami mengambil (menukar) satu sa’ (3 kg) dari tamar kami dengan mengambil 2 sa’ (6 kg) tamar yang elok, dan kami juga menukar 2 sa’ (6 kg) tamar ini dengan 3 sa’ (12 kg).

Nabi bersabda: “Jangan kamu lakukan itu (kerana ia riba al fadhl), dan juallah terlebih dahulu (tamar yang kamu miliki itu dan dapatkan dirham) dan kemudian (dengan dirham itu), belilah tamar janib itu.” (Riwayat Al-Bukhari, No 4001, 4/1550)

Atau dalam hadis yang lain ada juga menyentuh isu dan perihal ini,

Dari Abu Sa’id al-Khudri, satu hari Bilal r.a. membawakan Nabi saw 1 sa’ (timbangan kurma) kurma yang berkualiti dan baginda pun bertanya sumber kurma tersebut. Bilal pun menjawab, “Saya ada 2 sa’ kurma yang berkualiti rendah dan saya tukar dengan 1 sa’ kurma berkualiti ini.”

Lantas baginda pun berkata, “Tidak! Ini adalah riba, jangan buat begitu. Kamu sepatutnya menjual dulu 2 sa’ kurma berkualiti rendah dan hasil jualannya barulah digunakan untuk membeli kurma yang berkualiti tinggi.” – (Muslim & Ahmad)

Transaksi tersebut adalah riba dan sesiapa yang terlibat dalam transaksi tersebut adalah berdosa besar walaupun ia berlaku atas dasar suka sama suka.

Hadis yang diriwayatkan dari Jabir : Rasulullah SAW melaknat seorang yang mengambil riba, seorang yang memberikan (membayar) riba , seorang yang mencatatkan (merekodkan) transaksi tersebut dan dua orang saksi yang terlibat. Baginda bersabda : Mereka semuanya sama bersalah”.(Hadis Riwayat Muslim).

Tak boleh buat pertukaran sedemikian.

Walaubagaimanapun, Nabi Muhammad SAW ada mengajar bagaimana untuk melakukan pertukaran tanpa perlu risau terjebak dengan dosa riba, iaitu

1. Jual terlebih dahulu salah satu barangan ribawi untuk dapatkan dirham atau RM dalam konteks kita di Malaysia

2. Apabila telah terima duit, barulah digunakan duit tersebut untuk membeli emas lain yang lebih tinggi harganya

3. Sebarang perbezaan harga boleh ditambah kemudian

Baiklah, saya kira penerangan tentang riba ini sebenarnya mudah sahaja.

Semoga anda semua beroleh manfaat daripada artikel ini.

sumber – www.sabreehussin.com

Sumber rujukan:

1. Principles of Fiqh Muamalat – Islamic Business Transaction, Faculty of Business Management UiTM

2. Wang, Anda dan Islam – Dr Zaharuddin Abd Rahman

3. Zaharuddin.net

4. e-fatwa

5. Majalah Niaga

Lelaki Warga Emas Belikan Emas Untuk Isterinya Dengan Duit Hasil Kutip Sampah

cinta

Xinjiang: Seorang warga emas yang mencari rezeki dengan mengutip sampah mendapat perhatian di Internet selepas membeli cincin berlian untuk isteri kesayangannya menggunakan wang disimpan daripada hasil kutipannya sejak bertahun lalu.

Lelaki itu dilihat membawa isterinya ke pusat beli-belah di Korla dan mengeluarkan seikat wang untuk membeli cincin buat isterinya. Imej yang dimuat naik ke Internet menjadi percakapan ramai yang rata-rata orang memuji perbuatannya yang disifatkan romantik itu.

Pengguna Weibo @zhelishixinjiang berkata, dia melihat lelaki dianggarkan berusia 70-an itu turut membantu isterinya memilih cincin paling sesuai untuknya.

“Kehidupan kami sukar dan saya cuma mahu menggembirakannya,” lelaki itu dilaporkan berkata di kedai berkenaan.

Pengguna Weibo memuji kejadian itu dan menganggap kasih sayang berpanjangan antara pasangan berkenaan membuktikan kisah percintaan romantik masih wujud pada zaman ini.-Agensi

Sejarah rompakan Jongkong Emas 1994 oleh Geng Mamak

geng-mamak-1Rompakan emas oleh Geng Mamak pernah mengemparkan negara pada 1994.

Tidak pernah menembak, tidak pernah membunuh…sekadar penyamaran dan pujukan… itulah kehebatan Geng Mamak asal yang pernah melakukan rompakan terhebat dalam sejarah Malaysia apabila melarikan jongkong emas bernilai RM12 juta dari kompleks kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang (LTAS) pada 1994.

Diketuai oleh 3 adik-beradik, Sharif, Rozlan dan Yusof Abu Bakar (gambar atas), Geng Mamak mengetahui, jika membunuh atau menggunakan senjata api, mereka akan dikenakan hukuman yang terlalu berat andai berjaya ditahan.

Dikenali Geng Mamak kerana setiap saksi sesuatu kejadian yang berkaitan kumpulan itu yang ditemuramah polis memberitahu, ahli-ahli kumpulan berkenaan menyerupai mamak.

C_Page_0436Kes rompakan Geng Mamak sentiasa mendapat publisiti media.

gang-mamakAntara ahli Geng Mamak yang jadi buruan polis.

Siasatan kemudian mendapati ketua mereka 3 beradik yang berasal dari Kuala Kangsar mempunyai darah campuran rakyat Sri Lanka dan Malaysia.

Lebih menarik, kumpulan asal seramai 14 orang itu sebahagian besarnya adalah bersaudara.

Kumpulan ini sangat licik dan bijak dari segala segi persis kumpulan penjenayah yang diagungkan atau dijadikan umpama hero dalam filem dari studio Hollywood.

Geng Mamak sentiasa berada satu langkah di hadapan pasukan polis yang menyiasat mereka.

Menurut Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi, Geng Mamak adalah kumpulan pertama dalam landskap jenayah di Malaysia yang bukan sekadar merancang cara merompak tetapi merancang sehingga ke tahap apa yang perlu dilakukan bila ditangkap dan dijamin.

“Mereka ketepikan wang untuk tujuan itu (untuk dijamin bila ditangkap),” katanya dalam satu temuramah untuk program Crime And Investigation (Ci).

Kejadian rompakan di LTAS yang menjadikan Geng Mamak sebagai lagenda berlaku pada malam 31 Ogos 1994, satu tarikh yang sengaja dipilih kerana kawalan keselamatan di kompleks kargo agak lemah ketika itu kerana ramai kakitangan sedang bercuti ketika itu.

Modus Operandi yang digunakan ialah yang menjadi umpama tanda dagang mereka iaitu penyamaran.
Kali ini mereka menyamar sebagai pegawai dan anggota polis.

Begitu hebat penyamaran mereka sehingga 3 pengawal keselamatan yang disiasat selepas kejadian memberitahu rompakan itu dilakukan oleh pasukan polis!

Namun, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh jua ke tanah. Kesemua ahli asal kumpulan Geng Mamak berjaya ditangkap seorang demi seorang dalam tempoh antara tahun 1995 hingga 2006.

Kejayaan ini bersandarkan kehebatan pasukan polis kita yang menubuhkan pasukan penyiasat terbaik dikendalikan dua anggota yang juga adik-beradik yakni Azizan dan Amidon Anan.

Adik-beradik penjenayah akhirnya ditangkap adik-beradik polis….ironis bukan?

sumber – beritasini.blogspot.com

Untuk kisah penuh…ikuti video di bawah -MYNEWSHUB

Kena Tipu Dengan Pelabur Emas

image (5)

TEMERLOH – Seramai tujuh mangsa penipuan pelaburan emas menggunakan sistem penggiliran membuat laporan polis selepas mendakwa ditipu seorang wanita yang menganjurkan pelaburan tersebut, di sini semalam.

Kesemua pelabur mendakwa tidak menerima barang kemas dijanjikan penganjur yang dikenali melalui laman sosial Facebook (FB).

Salah seorang mangsa Marina Abdul Jamai, 37, berkata, dia mengetahui mengenai pelaburan itu pada Mac lalu dan tertarik apabila dimaklumkan pelaburan menggunakan sistem kutu tersebut membolehkannya memiliki emas tulen setelah tiba gilirannya.

Menurutnya, dia kemudian memasukkan wang tunai seperti dijanjikan di sebuah bank di Jengka sejak April hingga September 2014 berjumlah keseluruhan RM720.

“Sepatutnya saya terima barangan kemas itu pada September lalu, tapi sampai sekarang belum dapat. Apabila saya hubungi pemilik akaun berkenaan, dia beri macam-macam alasan,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Temerloh, semalam.

Seorang lagi mangsa, Farnida Mohamed Norawi, 39, berkata, dia mengenali pemilik akaun FB itu sejak Mac lalu melalui seorang kawan yang terlibat sama melabur.

Menurutnya, selepas beberapa bulan, dia mengambil keputusan menyertai pelaburan tersebut dengan bayaran RM100 setiap bulan.

“Pada awal pelaburan, saya dapatkan maklumat lengkap mengenai penganjur dan hanya mula melabur pada Ogos 2014. Apabila ingin melabur untuk bulan keempat, saya dapat maklumat dalam laman sosial mengenai pelabur terdahulu masih belum menerima barangan kemas seperti yang dijanjikan.

“Saya ambil keputusan menarik diri daripada skim itu dan cuba pujuk penganjur pulangkan duit saya… Tapi, selepas dia berikan pelbagai alasan, saya hanya menerima kembali RM200,” katanya.

Menurutnya, dia turut dimaklumkan terdapat ramai individu yang turut menjadi mangsa penipuan penganjur berkenaan.

“Selain kumpulan kutu yang saya sertai, ada 20 lagi kumpulan lain dari seluruh negara menjadi mangsa penganjur yang sama. Ini bukan lagi soal wang sikit atau banyak… kalau kami tak buat laporan polis, kami bimbang ramai lagi akan jadi mangsa pelaburan kutu emas ini,” katanya.

Sementara, Aspa Zaida Saidin, 25, yang juga mangsa penipuan pelaburan ini berkata, dia sepatutnya menerima barangan kemas mengikut giliran kutu pada Oktober lalu, namun sehingga kini masihk menerimanya hingga dia kerugian RM500.

sumber – mediashahalam.blogspot.com

Sempat curi dua Rantai Emas

1222apen1.transformed

Oleh Muhammad Apendy Issahak

Ipoh: Kedai emas di persimpangan Jalan Ali Pitchay-Jalan Yang Kalsom disamun sekumpulan empat lelaki, 2.15 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada 2.30 petang dan siasatan awal mendapati kejadian dilakukan empat lelaki yang memakai topi keledar berpenutup penuh.

“Suspek dipercayai empat lelaki yang menaiki dua motosikal, namun hanya dua daripada suspek menyerbu masuk ke dalam kedai emas terbabit.

“Kedua-dua suspek berkenaan kemudian bertindak memecahkan cermin pameran barang kemas menggunakan tukul besi, namun hanya sempat melarikan dua utas rantai emas sahaja kerana ketakutan selepas penggera keselamatan premis terbabit berbunyi,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Katanya, rantai tersebut bernilai kesluruhan kira-kira RM4,000.

Menurutnya, ketika kejadian, tiada pelanggan dalam kedai emas itu dan hanya terdapat seorang pemilik premis serta tiga pekerja, namun mereka tidak dicederakan. -www.hmetro.com.my

Syiling Emas sempena pemerintahan Sultan Ahmad Shah

syilingemas..ROZAINI ROSDIN (kiri) dan Datuk Leen Mustafa menunjukkan syiling emas edisi terhad di Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan, semalam. – UTUSAN/ABD. RAZAK AID

SEREMBAN 21 Dis. – Sebanyak 3,999 keping syiling emas edisi terhad ditawarkan untuk jualan sempena sambutan 40 tahun pemerintahan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Pengeluaran syiling emas itu adalah kerjasama antara kerajaan negeri Pahang dan syarikat penyedia perkhidmatan jual beli emas milik bumiputera, Triplenine Goldworld Gallery Sdn. Bhd (Triplenine).

Ketua Pegawai Eksekutif Triplenine, Datuk Rozaini Rosdin berkata, syiling emas itu akan diedarkan secara eksklusif sebagai koleksi kenang-kenangan pada harga RM6,999 setiap keping.

Beliau berkata, setakat ini, sambutan yang diterima untuk koleksi tersebut amat menggalakkan.

“Ia dijangka menarik orang ramai terutamanya dalam kalangan pengumpul koleksi keluaran khas,” katanya kepada Utusan Malaysia di Nilai, dekat sini semalam.

Majlis Pelancaran Syiling Peringatan dan Setem Kenangan Sempena Memuliakan Sambutan 40 Tahun Pemerintahan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah akan berlangsung di Kuala Lumpur malam esok.

Rozaini berkata, syiling itu mengandungi emas tulen 999.9 dengan berat 31.33 gram setiap keping.

Tambahnya, ukur lilit syiling adalah 32 milimeter (mm) manakala tebalnya tiga mm.

Jelasnya, pengesahan ketulenan syiling itu dibuat oleh assayer dari KL Assay Office (M) Sdn. Bhd, Abdul Shukor Anuar.

“Kami berharap orang ramai akan mengambil peluang daripada majlis sambutan 40 tahun pemerintahan Sultan Ahmad Shah untuk mendapatkan syiling emas ini yang mempunyai edaran terhad iaitu 3,999 keping sahaja,” ujarnya.

goldsultan

Maklumat lanjut mengenai koleksi syiling emas itu boleh diperoleh daripada Datuk Leen Mustafa di talian 012-9996006, 017-9996006 dan e-mel: leentriplenine@gmail.com.

sumber – www.utusan.com.my

Maut tertimbus ketika melombong Emas

2fcebea0f1ffde181ddef8676ff24e0e

Seorang remaja maut akibat tertimbus tanah runtuh semasa melombong emas di lombong haram di Ulu Luit, Sri Jaya dekat Maran semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Maran, ASP Abdul Razak Abdul Majid berkata dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, Mohd Shahril A. Wahab@Amin, 17, dari Felda Sri Desa, Felda Kampung New Zealand mati di tempat kejadian.

“Mangsa dikatakan melombong secara haram bersama beberapa penduduk apabila tanah di kawasan itu tiba-tiba runtuh menyebabkan mangsa tertimbus.

“Pelombong lain yang mencarinya kemudiannya menemui mangsa yang sudah tidak lagi bernyawa,” katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Maran sebelum dihantar ke Hospital Jengka pada pukul 8 malam.

– Bernama