Skim Pelaburan Emas Haram

KOTA KINABALU: Polis di sini kelmarin akan meningkatkan pemantauan bagi menangani skim pelaburan haram menggunakan emas di negeri ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Negeri, Superitendan Saiman Kasran berkata kerjasama dengan pelbagai pihak terutamanya Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus dipertingkatkan dari masa ke semasa bagi membanteras kegiatan itu.

Beliau, dalam pada itu, tidak menafikan Sabah turut terkena tempias kegiatan skim berkenaan dan berdasarkan rekod setakat ini, seramai 12 individu telah melaporkan kepada polis dan mendakwa kerugian RM603,998.53.

“Setakat ini, kita hanya menerima laporan daripada 12 individu yang mendakwa kerugian lebih RM600,000 setelah melakukan pelaburan emas di sebuah syarikat yang berpengkalan Semenanjung Malaysia di negeri ini.

“Namun begitu, kita hanya bertindak melaporkan serta menghantar dokumen kepada BNM sahaja dan setakat ini, polis masih belum melakukan sebarang serbuan ke atas mana-mana syarikat yang disyaki menjalankan skim pelaburan emas haram di Sabah,” katanya ketika dihubungi kelmarin.

Saiman turut menyarankan kepada orang ramai untuk mengelak daripada terikut-ikut dengan skim-skim yang mampu mendatangkan keuntungan dalam masa singkat bagi mengelak diperdayakan.

“Kita menasihatkan kepada masyarakat untuk mengawal kehendak mereka daripada terlibat dengan kegiatan seperti ini dan sekiranya hendak melaburkan wang mereka, polis menasihatkan agar ikutilah saluran yang betul serta sah seperti bank-bank yang sedia ada.

“Polis juga meminta kepada ramai untuk lebih peka dengan perkembangan semasa baik dari sudut pemberitahuan di akhbar ataupun di kaca televisyen mengenai skim-skim seperti ini bagi mengelakkan menjadi mangsa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas satu kenyataan daripada BNM mengenai serbuan dan penyitaan wang tunai daripada empat syarikat di ibu negara baru-baru ini.

Di dalam kenyataan itu menyaksikan penyitaan serta rampasan berupa 142.7 kilogram emas dan RM101.92 juta dalam akaun bank serta tunai daripada empat syarikat yang terbabit dalam skim pelaburan haram menggunakan emas.

Jumlah itu dinyatakan dalam kenyataan BNM bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Pelabur Skim Pelaburan Emas Genneva Minta Kerajaan Selesai Masalah Mereka

KUCHING: Kira-kira 200 pelabur Skim Pelaburan Emas Genneva meng-adakan perhimpunan aman di luar bangunan Bank Negara Malaysia (BNN) di sini, meminta kerajaan bertindak segera menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

Pelabur-pelabur terbabit men-dakwa pihak berkuasa mengambil masa terlalu lama untuk melakukan siasatan mengenai kesahihan operasi Genneva Malaysia Sdn Bhd.

Menurut jurucakap kumpulan berkenaan yang mewakili pelabur Sarawak, yang tidak mahu namanya disiarkan berkata sudah lima bulan berlalu selepas syarikat itu (Genneva Malaysia Sdn Bhd) diserbu tetapi masih tiada perkembangan terkini mengenai perkara itu.

“Kami mahu Bank Negara menyiapkan siasatan secepat mungkin kerana kami mahu tahu perkara sebenar yang berlaku. Kami benar-benar bimbang,” katanya ketika ditemui ketika melakukan perhimpunan aman itu sekali gus menye-rahkan memorandum kepada gabenor BNM.

“Kami berharap hasil siasatan dapat dikeluarkan tanpa berlengah lagi, dengan itu kami boleh mengambil tindakan sewajarnya untuk memulihkan kerugian yang kami hadapi,” katanya sambil mendedahkan kira-kira 10,000 orang di seluruh Sarawak terjejas selepas akaun mereka dibekukan.

Rata-rata daripada mereka kata-nya, bergantung sepenuhnya kepada pelaburan tersebut untuk menambah pendapatan serta menyara keluarga dan menampung perbelanjaan per-ubatan, pinjaman dan yuran pengajian anak-anak di universiti.

Kumpulan itu diketuai Setiausaha DAP Sarawak Chong Chieng Jen menyerahkan memorandum itu kepada pegawai BNM di sini.

Chong yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa, berkata siasatan mengenai kes itu boleh dipercepatkan dengan hanya memeriksa rekod-rekod transaksi akaun Genneva.

“Sudah lima bulan siasatan dilakukan tetapi masih belum ada keputusan menyebabkan mangsa (pelabur) me-nunggu tanpa jawapan sehingga menyebabkan mereka cemas.

“Mereka (pelabur) hanya mahu tahu sama ada syarikat itu melanggar undang-undang atau sebaliknya.

“Jika tidak ada (melanggar undang-undang), akaun mereka tidak seharusnya dibekukan,” tambahnya.

Sekiranya siasatan membuktikan Genneva beroperasi secara haram, Chong berkata pihak berkuasa harus mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan jenayah menipu.

“Kerajaan dan Bank Negara seharusnya mempercepatkan siasatan ke-rana sekarang sudah lima bulan berlalu. Sudah tiba masanya untuk me-reka mengumumkan keputusannya,” ujar beliau lagi.

Perkembangan terkini mengenai perkara itu tiga bulan lalu dan menurut jurucakap kumpulan itu lagi, Genneva Gold akan mengeluarkan surat kepada mereka bagi memaklumkan perkembangan terkini.

Sementara itu dalam satu kenya-taan dikeluarkan BNM awal Disember 2012, siasatan awal perakauan mendedahkan kerugian besar dialami syarikat itu tahun lepas. Syarikat itu menanggung liabiliti melebihi 10 kali ganda daripada asetnya.

Kenyataan itu turut menyebut jualan emas kira-kira 20 peratus hingga 25 peratus lebih tinggi berbanding harga pasaran, dengan bayaran pulangan kira-kira dua hingga tiga pe-ratus sebulan kepada pelanggan dan belian balik emas daripada pelanggan pada harga belian asal bukan usaha mapan.

Beli Emas Secara Ansuran

1. Dengan modal sekitar RM400 – RM500 sebulan anda dapat memiliki sekurang-kurangnya 30 gram emas 999.9 pada setiap tahun! (Zakat emas belum dikenakan kerana masih kurang dari kadar nisab iaitu 85 gram).

2. Kenaikan harga emas secara purata sekitar 20% setahun!

3. Kaedah ini anda membolehkan anda bebas hutang!

4. Kenaikan harga emas tak perlu tunggu 31 December pada setiap tahun. Anda boleh monitor sepanjang bulan dan boleh decide nak jual balik anytime as long harga jual balik sudah melepasi harga belian anda dulu.

5. Suami isteri pakat seorang keluar modal RM200 – 250 seorang setiap bulan. Lebih mudah nak beli emas.

Awas! Penipuan Kewangan Melibatkan Pelaburan Emas

Salam, saya ingin memetik daripada majalah Ringgit keluaran bersama Gabungan Persatuan-persatuan pengguna Malaysia dan Bank Negara Malaysia. Bank Negara Malaysia ingin mengingatkan orang ramai agar hanya melabur dengan pihak yang dilesenkan oleh pihak berkuasa.

Anda dinasihatkan agar lebih berhati-hati serta meneliti kesan-kesan buruk sebelum menyertai mana-mana skim yang menjanjikan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang singkat.

Ramai pelabur yang telah tertipu dan menjadi mangsa akibat keliru dengan tawaran-tawaran lumayan yang dijanjikan oleh penganjur kerana ingin menjadi “Cepat Kaya”.

Sejak kebelakangan ini, jenis skim cepat kaya yang kerap dilaporkan ialah Skim Pelaburan Emas. Pada kebiasaannya, pengendali menjalankan skim pelaburan emas dengan menggunakan syarikat perniagaan atau syarikat sendirian berhad (syarikat).

Syarikat memberikan jaminan pembelian balik (buy back guarantee) atas setiap skim pelaburan emas yang dijalankan. Jaminan pembelian balik tersebut mengakibatkan skim pelaburan emas yang dijalankan mempunyai elemen-elemen pengambilan deposit haram yang melanggar peruntukan dalam Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989 (BAFIA).

Trend Harga Menurun – Emas & Matawang Euro

Sejak September tahun lepas hingga kini, keadaan harga emas dalam trend menurun. Tertinggi di bulan September lepas adalah US 1795, kini dalam keadaan paras terendah iaitu US 1554,++.

Sesiapa yang ingin membuat pelaburan dalam jangka panjang, tentunya waktu ini adalah sesuai untuk memerhati pasaran semasa dan melabur dalam harga yang terbaik.

Tapi perlu diingatkan, harga pada January 2011 adalah sekitar US 1307 sahaja. Dan September 2011, paras tertinggi mencecah US 1902.++.

Bagi peminat matawang Euro, hari ini tertinggi hanya lah 1.3072 dalam keadaan menjunam. Tertinggi tahun ini adalah 1.3710.

Trend masa ini masih lagi menurun dan menjunam ke 1.2966 minggu lepas, 1hb Mac 2013.

Bagi peniaga matawang, waktu ini adalah sesuai untuk mengutip mata-mata pelaburan jangka panjang.

Sekian, selamat berurus niaga.

Kelentong ‘Datuk’ Lombong Emas

Kuala Lumpur: Berbekalkan gelaran ‘Datuk’ dan mengaku memiliki sebuah lombong emas di Kelantan, seorang lelaki berusia 50-an memperdaya lebih 500 orang membabitkan jumlah pelaburan lebih RM10 juta.

Difahamkan, syarikat berkenaan mula beroperasi Ogos lalu dengan menawarkan pulangan keuntungan yang tinggi antara 1.5 dan tiga peratus sehari daripada nilai pelaburan dan keuntungan itu mula dibayar seminggu selepas pelaburan dibuat.

Janji manis bayaran keuntungan itu membuatkan pelabur terpedaya hingga sanggup melabur antara RM3,500 hingga RM50,000. Seorang mangsa, Farid Salahuddin, 51, berkata, dia tertarik menyertai pelaburan emas itu selepas ditawarkan keuntungan yang tinggi setiap hari sebelum membentuk rangkaiannya dengan menarik ahli dalam kalangan saudara-mara dan rakan.

Katanya, pada awal penubuhan syarikat itu, dia mendapat keuntungan pelaburan beberapa ribu, namun selepas dua bulan bermula November lalu, syarikat itu tidak lagi membayar keuntungan.

“Pemilik syarikat itu licik dengan mendakwa memiliki lombong emas di Kelantan dan menunjukkan gambar proses perlombongan yang dilakukan pekerja mereka.

“Selepas berfikir panjang, saya membentuk rangkaian dan menarik kira-kira 500 pelabur dengan jumlah pelaburan RM7 juta, namun tidak mendapat keuntungan dan wang modal itu lesap,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, semalam.

Farid berkata, ramai ahli di bawah rangkaiannya langsung tidak mendapat untung dan mereka kini menuntut bayarannya.

Beliau berkata, dia membuat laporan kerana mahu menuntut kembali wang modal miliknya dan pelabur lain.

Seorang lagi pelabur dikenali sebagai Shila, 30, yang mempunyai kira-kira 100 ahli di bawah rangkaiannya berkata, dia dan rakannya mengalami kerugian kira-kira RM3 juta selepas memasukkan wang pelaburan itu ke dalam akaun syarikat dan ‘Datuk’ terbabit.

Katanya, dia kini tertekan selepas orang bawahannya menuduh dia menggunakan wang pelaburan itu, padahal dia sudah memasukkan semua wang yang dikumpul itu dalam akaun syarikat.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kuala Lumpur Asisten Komisioner Izany Abdul Ghany mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

: Berita Terkini Online

Emas Hilang Ditemui Semula

Gombak: Sebahagian barang kemas dianggarkan bernilai RM40,000 daripada nilai keseluruhan RM250,000 yang disamun dua lelaki di sebuah kedai emas di Jalan 11, Selayang Baru, di sini, 18 Februari lalu ditemui semula.

Dalam kejadian jam 10.15 pagi itu, dua lelaki berkenaan yang memakai topi keledar bersenjatakan sebilah parang dan tukul memecahkan cermin kaca pameran sebelum melarikan barang kemas berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan berkata, hasil siasatan, sebahagian barang kemas itu dijumpai semula bersama motosikal berkuasa tinggi, dua topi keledar, vest dan resit pajak gadai sehari selepas kejadian itu dalam dua serbuan berasingan di daerah ini.

“Polis turut menahan sembilan orang termasuk dua wanita berusia 17 hingga 29 tahun dan setakat ini, tiga suspek dikenal pasti terbabit dalam kejadian itu.

“Malah hasil siasatan mendapati kebanyakan barang kemas itu digadai di kawasan sekitar Gombak dan Sentul dan polis kini mengesan di mana ia berada berdasarkan penemuan resit itu,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini, semalam.

– www.hmetro.com.my

30 Minit Amah Lesap RM25,000

Petaling Jaya: Seorang warga emas kerugian kira-kira RM25,000 selepas barang kemas serta wang tunai sebanyak RM3,000 miliknya dilarikan pembantu rumah yang hanya ditinggalkan selama 30 minit dalam kejadian di Kampung Tunku, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa yang berusia 63 tahun dikatakan keluar dari rumahnya sebelum kembali setengah jam kemudian apabila mendapati pembantu rumah warga Sri Lanka terbabit sudah tiada.

Menurut sumber, mangsa yang cuba mencari pembantu rumahnya yang berusia 31 tahun itu kemudian terkejut selepas melihat biliknya berselerak sebelum mendapati laci tempat menyimpan barangan kemas seberat kira-kira sembilan kilogram (kg) turut digeledah.

“Selepas memeriksa laci berkenaan, mangsa mendapati semua barangan kemas bernilai lebih RM20,000 miliknya berserta wang tunai sebanyak RM3,000 lesap,” katanya.

– www.hmetro.com.my

Rugi RM50,000 Ditipu Skim Pelaburan Emas

BATU PAHAT – Seorang pembekal bahan binaan kerugian RM50,000 setelah terperdaya dengan skim pelaburan emas yang ditawarkan menerusi laman Internet oleh sebuah syarikat beralamat di Klang, Selangor.

Ketua Polis Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, mangsa berusia 38 tahun itu pergi ke pejabat syarikat berkenaan, apabila tertarik dengan tawaran keuntungan 15 peratus yang dijanjikan.

Menurutnya, selepas melihat sendiri pejabat syarikat berkenaan dan diterangkan keuntungan yang bakal diperoleh, mangsa bersetuju untuk melabur menerusi skim pelaburan emas itu dan mendepositkan RM50,000 ke dalam akaun syarikat berkenaan.

“Mangsa yakin untuk melabur dalam skim itu berikutan syarikat terbabit turut menyediakan dokumen perjanjian untuk ditandatangani, selain berjanji akan menghantar dokumen perjanjian berkenaan selepas selesai menguruskannya.

“Bagaimanapun, selepas dua bulan, syarikat terbabit masih gagal menyerahkan dokumen perjanjian itu. Mangsa cuba menghubungi syarikat berkenaan namun tidak berhasil.

“Malah keuntungan yang dijanjikan selepas sebulan melabur tidak diterimanya. Mangsa yang menge­syaki dirinya ditipu akhirnya membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat, semalam.

Din berkata, walaupun mangsa membuat laporan polis pada 31 Januari lalu, pihaknya masih memburu suspek utama kes berkenaan.

“Polis juga berjaya menangkap dan mendakwa pemilik akaun yang menerima wang RM50,000 yang dideposit mangsa,” katanya.

Beliau berkata, polis kini mencari seorang wanita, Rimaliza Mustafa, 28, yang beralamat terakhir di Kuantan, Pahang, untuk membantu siasatan kes berkenaan.

“Kita meminta kerjasama orang ramai yang mengenali Rimaliza supaya dapat menghubungi pihak polis,” katanya.

Kelebihan Emas

Kami cuba menyenaraikan sebanyak mungkin kelebihan yang ada didalam pelaburan dan simpanan emas, secara jujurnya? apa yang menarik minat pembeli untuk membeli emas? kami pernah berjumpa pelanggan dari putrajaya yang membeli sekadar untuk merasai feeling menyentuh emas, ada pelanggan di Bangi membeli emas kerana tertarik dengan design dan kilauannya, ada yang membeli untuk bagi kepada anak2 dan isteri..tapi umumnya di Malaysia, ramai yang menyimpan untuk dipakai di majlis kahwin dan hari raya.

Kata kanak-kanak kecil yang belum kenal kehidupan, emas hanya logam.

Kata orang dewasa yang kenal dunia, kerja, hutang dan cukai, emas sangat-sangat bernilai.

Kata nenek, emas ni nak bagi ke cucu (perempuan sahaja).

Kata orang yang nak kahwin, kenaikan harganya, menyusahkan mereka untuk merancang dan membina istana.

Kata pakar ekonomi pula, “setiap kelebihan yang ada pada pelaburan emas sebenarnya bergantung kepada apa yang anda mahu”

jadi adalah kebebasan anda untuk memilih apa kelebihannya yang sesuai sebelum melabur dan menyimpan emas. lain orang lain caranya begitu juga lain kepala lain pemikirannya..maka antara 30 kelebihan melabur didalam emas adalah

1. Suatu pelaburan untuk jangka masa sederhana dan panjang sebagai aset simpanan pelabur.

2. Simpanan aset yang mudah dicairkan dan laku dimana sahaja pada bila-bila masa.

3. Tidak memerlukan pihak ketiga untuk urusan jual-beli, pelabur sendiri boleh menjual emas simpanan pada bila-bila masa.

4. Halal dengan akad jual beli emas yang dituntut islam.

5. Mudah dan senang untuk diuruskan. Hanya simpan dan tunggu.

6. Aset simpanan apabila keadaan ekonomi, politik walaupun sistem ekonomi jatuh.

7. Harga emas adalah stabil dan tidak terikut dengan kesan kenaikan inflasi “Kekukuhan nilai emas memang tiada bandingannya. Misalnya, harga 1 dinar emas yang bernilai kira-kira RM50 pada era 1960an dapat membeli seekor kambing pada masa itu; sekarang ini 1 dinar emas telah bernilai kira-kira RM397 dan juga dapat membeli seekor kambing. “Berdasarkan contoh ini, ternyata nilai emas adalah kukuh berbanding wang kertas yang meningkat ekoran kenaikan kadar inflasi,” tambahnya (Berita Harian – 11 Januari 2008).

8. Pelaburan yang selamat, jika amaun simpanan adalah besar, pelabur boleh menyimpan di peti simpanan keselamatan pada kadar sewa yang berpatutan.

9. Aset yang boleh diturunkan ke waris tanpa perlu pertukaran dokumen, mahkamah dan campur tangan pihak ketiga.

10. Boleh dipakai, disentuh dan dilihat dengan mata kasar.

11. Boleh dipajak untuk tunai sementara, pada bila-bila masa dengan kadar upah yang rendah di ar-rahnu.

12. Design yang cantik dan mempunyai kilauan warna emas yang menarik.

13. Senang untuk dibawa kemana-mana kerana mempunyai pelbagai variasi saiz dari 5gram – 100gram

14. Boleh diniagakan tanpa campur tangan pihak ketiga.

15. Sebagai salah satu cara menyimpan duit dari berbelanja kearah perkara yang membazirkan.

16. Permintaan emas agak tinggi akhir-akhir ini kerana banyak negara mula membeli dan mengelak dari kekangan matawang dolar.

17. Boleh menjadi permulaan suatu bisnes untuk keluarga dengan menyimpan emas untuk diniagakan.

18. Tiada cukai dikenakan kecuali zakat emas untuk orang islam.

19. Membeli emas didalam negeri dapat membantu aliran matawang didalam negeri sahaja berbanding membeli barangan import seperti Honda, Toyota dan Mercedes.

20. Membeli emas bukan sahaja menguntungkan diri sendiri bagi wanita, tetapi juga dapat membantu suami, anak-anak dan keluarga apabila keadaan memerlukan.

21. Sebagai hadiah kepada isteri, anak-anak dan ibu bagi menghargai mereka.

22. Kawalan penuh, sebagai pemilik emas yang disimpan sendiri, anda tidak memerlukan pengurus dana, consultant atau apa sahaja untuk menentukan masa atau bila untuk dijual.

23. Aset fizikal yang tidak boleh dibekukan walaupun diisytiharkan bangkrup.

24. Hutang amerika syarikat berjumlah trilion dollar pada bila-bila masa sahaja boleh tumbang dan bakal menyebabkan recession diseluruh dunia, disebabkan itu banyak negara mula membeli dan menyimpan emas.

25. Ketika keadaan kacau bilau wang kertas sudah tidak bernilai, hanya mereka yang ada simpanan emas sahaja survive dan bank pula pastinya akan tutup.mesin ATM? Erm..

26. Backup didalam modal perniagaan, cagaran perniagaan dan sebagainya.

27. Pelaburan yang tidak terjejas dalam sebarang bentuk naik turun ekonomi.

28. Memulakan perniagaan baru seperti orang kemboja yang berpindah ke Malaysia akibat perang di negara mereka.

29. Kerajaan China menasihatkan rakyat mereka menyimpan sekurang-kurang 5% dari kekayaan mereka dengan membeli emas.

30. Emas tidak boleh dimanipulasikan dan tidak boleh ditiru.

31. HANTARAN KAHWIN!! SAPA KAHWIN TAK BELI EMAS. Lebih lama ditunggu, harga emas akan lebih tinggi..

Jadi, tu sedikit sebanyak kelebihan emas. bagi sesiapa yang masih xtau kelebihan emas fizikal, ni adalah jawapannya. banyak lagi. bergantung pada individu.

:erozbyte.com